Tuesday, September 1, 2009

Selangor sasaran BN seterusnya

Sumber:Malaysiakini

Semasa Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi pengerusi perhubungan Umno Perak, BN berjaya merampas kembali pemerintahan negeri itu dari tangan Pakatan Rakyat.

Ia menjadi kenyataan apabila tiga ADUN Pakatan Rakyat - dua dari PKR dan seorang dari DAP - bertindak keluar parti dan menjadi wakil rakyat bebas yang menyokong BN.

Apabila Umno melakukan rombakan kepimpinan peringkat negeri pada 24 April lalu, Najib mengambil alih pula jawatan pengerusi Umno Selangor.

"Jika kita masih ingat apa yang berlaku di Perak, maka kita juga boleh membuat kesimpulan bahawa Selangor adalah sasaran Najib seterusnya. Beliau berjanji akan merampas semula Selangor, dan beliau mungkin dapat melakukannya," kata pensyarah antropologi dan sains sosial Universiti Malaya, Noor Sulastry Yurni Ahmad.

Berbeza dengan pergelutan di belakang tabir sebelum tumbangnya kerajaan Pakatan di Perak, Najib telah mengisytiharkan niatnya secara terbuka untuk 'merampas semula Selangor, ketika merasmikan mesyuarat perwakilan Umno bahagian Kuala Selangor pada 9 Ogos lalu.

Kenyataan perdana menteri itu telah menimbulkan kegelisahan di kalangan pemimpin Pakatan dan masing-masing mengambil langkah untuk memastikan tiada wakil rakyat mereka melompat parti.

Namun, langkah tersebut mungkin sudah terlambat kerana ADUN Pelabuhan Klang dari PKR, Badrul Hisham Abdullah tidak dapat dikesan.

Sepertimana yang berlaku di Perak, ADUN terbabit pada kebiasaannya 'hilang' sebelum muncul semula untuk mengumumkan mereka telah keluar parti. Inilah yang berlaku dalam kes ADUN Perak - Jamaluddin Mohd Radzi, Osman Jailu, Hee Yit Foong dan Nasharuddin Hashim.

Dengan mengambilkira 'kehilangan' Badrul Hisham dalam kontak ini, nampaknya usaha untuk menumbangkan kerajaan Pakatan Selangor mungkin sudah lama berjalan, walaupun Najib baru membuat pengumuman mengenainya beberapa minggu yang lalu.
Continue Reading...

PAS: Jangan lantik semula Musa

Sumber: Malaysiakini

kemaskini 2.07pm PAS memohon campur tangan Yang di-Pertuan Agong supaya menolak pelantikan semula Tan Sri Musa Hassan sebagai ketua polis negara pertengahan bulan ini.

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata, baginda sebagai pemerintah tertinggi negara mempunyai kuasa penuh dalam perkara itu.

“Oleh kerana kes yang dibentangkan ini, kes yang sangat serius melibatkan jaminan keselamatan untuk kehidupan rakyat, maka Yang di-Pertuan Agong, saya mohon untuk menolak usaha dan cadangan yang mungkin dibuat (kerajaan) bagi menyampung perkhidmatan ketua polis negara,” katanya.

“Dan kalaupun (cadangannya) sudah dikemukakan kepada Yang di-Pertuan Agong, mungkin baginda sudah merestunyai, (tetapi) oleh kerana ia belum dirasmikan, saya merasakan baginda boleh menarik balik (perkenan itu).”

Gesaan itu dibuat ekoran peningkatan kadar jenayah yang gagal dibendung dan muncul dakwaan terbaru bahawa wujud penglibatann kongsi gelap dalam mengatur kenaikan pangkat pegawai polis.

Jumaat lalu, blog kontroversi Malaysia-Today menyiarkan akuan bersumpah, didakwa dibuat seorang pegawai polis yang pernah menjadi pembantu peribadi Musa.

Pegawai polis itu, antaranya, mendakwa Musa membiarkan penjenayah memanipulasi kenaikan pangkat anggota polis dan jawatan mereka.

Beliau juga mendakwa diarahkan "menyelaraskan arahan mengenai pangkat dan jawatan para pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh (ketua sindiket) BK Tan".

Musa dituduh mengarahkan supaya diwujudkan blog tanpa nama pemiliknya untuk menuduh timbalan menteri dalam negeri ketika itu Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga kepala penjenayah.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi ini, Mahfuz berkata, pasukan keselamatan itu mempunyai banyak calon bagi mengisi kekosongan itu.

“Itu kita serah kepada Yang di-Pertuan Agong sendiri untuk mempertimbangkan calon-calon yang banyak di kalangan pelbagai polis yang berintegriti tinggi,” kata ahli parlimen Pokok Sena.

Mahfuz turut mendesak penubuhan sebuah suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan terhadap Musa, seterusnya “membersihkan” pasukan keselamatan itu daripada pengaruh kongsi gelap.

Sementara itu, bagi menambahkan keberkesanaan pemantauan jenayah, Mahfuz mencadangkan nisbah anggotanya di lapangan distruktur semula.

“Kita lihat, (bilangan) polis sendiri, 70 peratus daripada 96,000 (orang) ini, banyak terlibat dalam pentadbiran, di pejabat. Maknanya majoritilah.

“Jadi, yang kita hendak sekarang ini, lebih banyak anggota polis berada di lapangan, bersama masyarakat untuk membasmi jenayah, bukannya duduk di pejabat,” katanya.



Continue Reading...

Anwar : Siasat Ketua Polis Negara

Sumber: Malaysia Today

Dalil Terbaru Hubungan KPN dan Kongsi Gelap

Dakwaan Ketua Polis Negara Musa Hassan terbabit dalam kegiatan kongsi gelap kini diperkuatkan lagi dengan kemunculan satu lagi akuan bersumpah oleh pegawai polis kanan yang pernah berkhidmat di pejabat Musa sendiri.

Akuan Bersumpah oleh bekas pembantu peribadi atau ADC (aide-de-camp) kepada Musa itu didedahkan menerusi blog Malaysia Today.

Kenyataan bersumpah itu adalah susulan daripada akaun bersumpah oleh bekas pegawai polis lain yang tampil mengaitkan Musa dengan kongsi gelap.

Ketua Umum Keadilan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata akaun bersumpah terbaru oleh seorang lagi pegawai yang pernah bekerja rapat dengan Musa harus disiasat dengan bebas dan segera bagi mengelak sistem kepolisan negara menjadi bobrok dan porak-peranda.

"Tidak boleh bertolak ansur dalam hal ini. Kalau kita bertolak ansur, maka keyakinan rakyat terhadap institusi polis, akan terhakis lagi sedangkan ramai anggota polis bersikap profesional dengan prestasi membanggakan," kata Anwar.

Beliau berkata, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein sepatutnya mengarah siasatan segera dilakukan, bukan cuba menutup tuduhan itu.

"Apakah kini, KPN tutup kes menteri; menteri pula tutup kes KPN?" katanya sambil meminta pimpinan kerajaan Persekutuan supaya lebih serius dalam menghormati undang-undang.  

Dalam akuan bersumpah terbaru ini, bekas ADC Musa mendakwa ditugaskan oleh Musa untuk "menyelaraskan arahan mengenai kenaikan pangkat dan jawatan pegawai polis berdasarkan draf dan cadangan yang dibuat oleh BK Tan" - ketua sindiket jenayah terancang yang terbabit dalam pengedaran dadah, pelacuran, ceti haram dan perjudian haram.

Menurut akuan bersumpah itu, Musa turut mengarahkan supaya diwujudkan blog untuk menuduh Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri ketika itu, Datuk Mohd Johari Baharum menerima rasuah RM5.5 juta daripada tiga ketua penjenayah.

Pegawai tertinggi polis itu turut didakwa mendalangi tindakan terhadap Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Datuk Ramli Yusof dan pegawai lain kerana menyiasat beberapa ketua penjenayah, dengan mengheret mereka ke SPRM yang ketika itu masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Bekas ADC berkenaan mendakwa pernah mengadu salah laku Musa kepada beberapa orang kenamaan termasuk Johari dan bekas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Sri Mohd Radzi Sheikh Ahmad. Bagaimanapun aduan itu tidak diendahkan dan kontrak perkhidmatan Musa dilanjut dua tahun lagi pada 2007.

Kini kerajaan Umno-BN sedang menimbang untuk melanjutkan lagi kontrak Musa.

Anwar berkata Umno-BN tidak harus menutup mata kepada perlakuan Musa kerana ada puluhan akuan bersumpah telah dibuat terhadap Ketua Polis itu yang mengaitkannya kepada pelbagai aktiviti jenayah dan kongsi gelap.

"Terakhir, orang paling dekat dengannya pun menjadi mangsa. Ia mungkin sesuatu yang mengejutkan orang lain tapi bagi kita, ia bukan kejutan," katanya yang dipercayai merujuk kes Datuk Ramli. -TV Antara
Continue Reading...

Monday, August 31, 2009

Sejarah berulang dalam MCA

Sumber:Malaysiakini

Ia merupakan sejarah yang berulang kembali bagi parti komponen kedua terbesar dalam BN, MCA apabila pemimpinnya terpaksa mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan krisis politiknya.

Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan supaya parti itu mengadakan EGM, dijangka diadakan pada hujung bulan ini, bagi mengesahkan keputusan Majlis Presiden memecat timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berikutan skandal seks membabitkan bekas menteri kesihatan itu pada awal 2007.

Berikutan pemecatan itu, penyokong Dr Chua melancarkan kempen tandatangan bagi mendapatkan satu pertiga perwakilan memohon bagi EGM diadakan untuk membatalkan keputusan itu.

Belum pun sempat penyokong Dr Chua mengemukakan permohonan bagi EGM itu diadakan, Ong terlebih dahulu memutuskan untuk mengadakan EGM.

Berdasarkan perlembagaan parti, EGM mesti diadakan dalam tempoh 30 hari seperti yang diperuntukkan mengikut Artikel 30.1 perlembagaan MCA dan notis EGM mesti dihantar kepada perwakilan 21 hari sebelum tarikh EGM. Namun, parti boleh memendekkan tempoh itu kepada separuh.

"Apa yang saya lihat ialah Presiden mahu isu ini diselesaikan sekali gus. Kelihatannya EGM bakal diadakan seawal 13 September atau seminggu selepas Hari Raya pada 27 September, sebelum parti mengadakan mesyuarat agung tahunannya (AGM) pada 11 Okt yang akan dirasmikan Perdana Menteri. Satu EGM sebelum AGM merupakan satu landasan bagi menyelesaikan isu ini sekaligus," kata veteran MCA Datuk Yap Pian Hon.

Bagi pemerhati dan penganalisis politik, apa yang berlaku ketika ini adalah sama dengan apa yang terjadi kepada parti itu pada awal 80-an.

Bekas setiausaha agung MCA Tan Sri Dr Ting Chew Peh berkata senario semasa adalah hampir sama dengan krisis yang dihadapi MCA pada 1984 berhubung isu anggota hantu di mana pemangku presiden ketika itu, Neo Yee Pan memecat Tan Koon Swan dan 13 pemimpin serta anggota parti.

Krisis bermula apabila Neo memecat Tan dan Datuk (kini Tan Sri) Lee Kim Sai daripada jawatan masing-masing sebagai pengerusi perhubungan MCA Wilayah Persekutuan dan MCA Selangor pada 17 Mac 1984.

Pada hari yang sama Datuk Mak Hon Kam, menerusi kapasitinya sebagai pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti mengumumkan pemecatan 14 pemimpin dan anggota termasuk Tan, Lee dan anggota Jawatankuasa Pusat seperti Dr Ling Liong Sik, Datuk Kee Yong Wee, Wong Choon Wing dan Datuk Wong Mook Leong.

Pengumuman itu bukan hanya mengejutkan parti tetapi seluruh masyarakat Cina sehingga menyebabkan anggota parti di seluruh negara mendesak parti untuk menarik balik arahan pemecatan itu.

Dalam tempoh 48 jam selepas pemecatan, lebih 1,499 anggota perwakilan mengemukakan petisyen bersama mendesak supaya EGM diadakan bagi membatalkan arahan pemecatan dan melantik satu jawatankuasa khas bagi menyiasat dan menangani isu anggota hantu.

Desakan itu bagaimanapun tidak dihiraukan pemimpin ketika itu sehingga menyebabkan kes itu berlanjutan ke mahkamah.

Krisis itu tamat pada 24 November 1985 apabila mesyuarat perwakilan diadakan dan memilih kepimpinan baru di bawah Tan Koon Swan dan Datuk (kini Tun) Dr Ling Liong Sik sebagai timbalan presiden dan Lee sebagai setiausaha agung.

Satu lagi senario krisis politik MCA yang diselesaikan menerusi EGM ialah apabila kepimpinan parti yang diketuai Dr Ling memutuskan untuk membeli Nanyang Press Holding Berhad.
Krisis itu menyebabkan parti berpecah kepada dua kumpulan, iaitu Team A dengan kumpulan diketuai Dr Ling dan Dr Chua, yang menyokong pembelian Nanyang Press Holding Berhad manakala timbalannya Tan Sri Lim Ah Lek mengetuai satu kumpulan lagi termasuk presiden sekarang, Ong yang membantah pembelian itu.

Isu itu selesai selepas Dr Ling mengadakan EGM yang menyaksikan majoriti anggota perwakilan mengesahkan pembelian Nanyang Press Holdings Bhd menerusi badan pelaburan parti, Huaren Holdings Sdn Bhd.

Sumber dalaman parti berkata keputusan mengadakan EGM bakal menjadi cabaran terbesar yang dihadapi Ong kerana kegagalan untuk memenangi hati anggota perwakilan akan bermakna kerjaya politiknya terkubur.

"Jika anggota perwakilan gagal mengesahkan keputusan Majlis Presiden memecat Dr Chua ini bermakna keseluruhan anggota Majlis Presiden perlu meletak jawatan kerana ia merupakan keputusan bersama untuk memecat Dr Chua.

"Begitu juga, jika EGM mengesahkan keputusan Majlis Presiden memecat Dr Chua, ia juga akan menunjukkan berakhirnya kerjaya politik Dr Chua. Bukan itu sahaja, penyokongnya juga akan tersingkir keluar daripada parti," kata sumber dalaman parti itu. Bernama
Continue Reading...

Agenda politik tersirat di sebalik perarakan kepala lembu

Sumber:Detikdaily


Oleh DR MUHAMMAD NUR MANUTY

Adalah amat pelik dan mendukacitakan apabila melihat tindakan sekumpulan 50 penduduk mengarak kepala seekor lembu, melaungkan kata-kata provokatif dan bertakbir tidak pada tempatnya.  Ia dilakukan pada hari (Jumaat) dan di bulan (Ramadan) yang cukup mulia bagi umat Islam.  Seharusnya, bulan Ramadan ini dapat melatih kita untuk menundukkan nafsu amarah yang merajalela dalam diri. Tindakan kumpulan ini adalah terasing dan bukan mewakili kehendak Islam.

Agama mengajar kita agar menangani isu-isu seperti yang dihadapi dengan penuh kesabaran, bijaksana dan berhikmah.

Kebebasan bersuara dan memberikan pandangan adalah suatu perlu diizinkan. Inilah iklim yang kita mahu demi membina masyarakat madani dan masa depan negara yang lebih gemilang.

Namun, apabila kita lupa kepada adab dan susila yang sewajibnya, ia jadi memalukan diri sendiri, menjatuhkan imej agama dan mencalar maruah umat.  Malah, lebih parah ia boleh menimbulkan tindakbalas anarki yang mungkin tidak mampu kita kendalikan lagi.

Garis panduan mengenai hal ini telahpun digariskan Allah di dalam Al Quran yang bermaksud:

“Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan.”

(Al-An’am: 108).

Jelasnya, tindakan provokatif ke atas agama lain seperti ini boleh mencetuskan reaksi dan ketegangan yang tidak perlu sama sekali dalam masyarakat Malaysia yang majmuk dan harmoni ini.  Bukankah Islam itu merupakan agama pelindung dan rahmat untuk sekalian alam?

Melihat kepada ironisnya peristiwa yang terjadi, kita mengesyaki bagaikan ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk memenuhi agenda politik tersirat yang telah dirancang lebih awal. Maka itu, semua pihak perlu berhati-hati dan berwaspada.

Dengan kejadian ini, kita menuntut agar tindakan segera hendaklah dilakukan oleh semua pihak berwajib – polis,  Kerajaan Negeri dan pihak berkuasa agama sendiri.   Siasatan perlu perlu dibuat, siapa sebenarnya mereka (khususnya kewujudan individu yang tidak dikenali bersama kepala lembunya), siapa di belakang mereka dan apakah matlamat mereka sebenarnya.

Kita juga memohon kesabaran dan ketenangan semua pihak. Suasana dialog dan mesyuarah dalam menyelesai segala kemelut yang berlaku hendaklah disuburkan. Ini sudah pasti dapat meningkatkan persefahaman dan saling menghormati di antara satu sama lain.  Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakatnya. Bukankah Islam itu agama yang membawa kesejahteraan?


DR.MUHAMMAD NUR MANUTY
Pengerusi, Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama
Parti Keadilan Rakyat
Continue Reading...

Saturday, August 29, 2009

Persoalan Kuil Seksyen 19 dan Tindakan Pewaris

Sumber:Anwar Ibrahim Blog

Oleh Khalid Samad

Kerajaan BN telah meninggalkan banyak perkara yang perlu diperbetulkan oleh kerajaan PR selepas kami mengambil alih. Selain dari penyelewengan dan salah guna kuasa yang menjadi bagaikan ‘signiature’ BN, terdapat juga persoalan projek-projek terbengkalai, projek-projek di lereng bukit yang tidak patut diluluskan tetapi diluluskan, penduduk rumah setinggan, kemiskinan bandar dan ‘lain-lain’. Di antara yang ‘lain-lain’ itu adalah persoalan kuil-kuil yang bertaburan yang telah tidak diurus dengan baik apatah lagi bertanggung jawab oleh BN.

Kebanyakan dari kuil-kuil ini merupakan kuil yang telah dibina semasa tempat berkenaan merupakan estet getah pada tahun-tahun sebelum Malaya merdeka. Apabila estet itu diambil-alih untuk dijadikan kawasan perumahan, pada tahun-tahun selepas merdeka, pekerja-pekerja ladang dipindahkan tetapi kuil mereka dibiarkan di tempat asal. Ianya tidak dipindahkan bersama penduduknya. Akhirnya penduduk asal terus mengunjungi kuil tersebut sambil kawasan persekitaran dibangunkan. Kuil mereka juga terus dibangunkan mereka.

Kesudahannya adalah seperti apa yang terdapat di Seksyen 19, Shah Alam! Rumah-rumah yang didiami orang Melayu berhampiran dan berhadapan kuil. Keadaan ini lebih merumitkan apabila penduduk memberitahu bahawa semasa membeli rumah-rumah mereka, PKNS telah menjamin bahawa kuil berkenaan tidak akan lagi berada disitu apabila rumah mereka siap. Namun, di bawah BN, janji seperti biasa tinggal sebagai janji. Masalah ini telah wujud selama 20 tahun lebih dan apabila PR mengambil alih, kami terpaksa menyelesaikan masalah yang diwujudkan BN ini. BN hanya pandai menimbulkan masalah tetapi buntu untuk mencari penyelesaian.

Dasar kerajaan PR adalah mudah. Pertama, kuil-kuil yang lama ini perlu dipindahkan ke satu tempat yang lebih sesuai. Tempat perlu dikenal pasti oleh PBT dan semestinya dipersetujui oleh pengguna kuil berkenaan. PBT perlu mengambil kira segala permasalahan yang akan dihadapi oleh pengguna kuil hasil dari pemindahan tersebut. Sambil itu, pembinaan kuil baru, selain dari hasil perpindahan, juga dihentikan.

Pada Khamis 8hb Januari, sambil saya menghadiri mesyuarat berhubung penduduk Rimba Jaya yang telah dirobohkan rumah-rumah mereka oleh kerajaan BN (masalah yang diwarisi lagi!), saya mendapat maklumat dari seorang penduduk Melayu Seksyen 19 bahawa ada sekumpulan Melayu telah datang untuk menimbulkan ketegangan di kuil tersebut. Selepas mesyuarat berkenaan saya bergegas ke sana dan mendapati sekumpulan orang, kebanyakan mereka orang luar, berkumpul berhampiran kuil tersebut. Mereka ingin membina ‘gelanggang silat’ di tepi kuil dan akan mengadakan kenduri untuk merasmikan pembukaan gelanggang tersebut pada hari Sabtu 10hb ini. Untuk kenduri itu mereka akan tumbangkan 2 ekor lembu! Seterusnya mereka akan menjamu penduduk dan orang ramai di depan kuil berkenaan. Gelanggang mereka akan dibina tanpa membuat apa-apa permohonan kepada pihak berkuasa kerana kata mereka, kuil tersebut juga tidak mendapat kebenaran!

Continue Reading...

Using a cow head to overthrow Selangor govt?

From Malaysia Today

The ‘Cow Head’ Demo in Shah Alam - Another attempt to create disunity and overthrow the Selangor government?

The rally by some 50 Malay Muslims, parading the head of a chopped cow, to dramatically protest the re-location of a Hindu temple to their neighbourhood is strangely unusual.

We have never seen such an overt display of religious discord in Malaysia, unless it is orchestrated by ruling UMNO, despite the escalation of racial tension in the last few years.

Selangor Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim has been portrayed as a traitor to Islam and over the last few weeks, we have seen Pakatan Rakyat politicians in Selangor targeted by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC).

It is also weird that dozens of policemen watched silently when the protestors were spitting and kicking the bloodied cow head. The Selangor police chief Datuk Khalid Abu Bakar, glossing over the inaction of his officers, said that he would definitely take action if a police report is lodged.

One protestor is reported to have challenged the state government to go ahead with the re-location, warning that it would guarantee bloodshed and racial tension. I am stumped as to what else the state police chief is waiting for, given that opposition politicians are quickly nabbed for what is alleged as statements that could threaten national security.

Furthermore, the Malaysian Insider has quoted a local resident of Section 23, where the temple is to be built, as saying that some of those who had protested were not even from their area.

All this points to dirty politics played by ruling UMNO heads, desperate to see the toppling of the Pakatan-led Selangor state government. This is shocking and absolutely despicable. I also strongly condemn the lack of action on the part of the police, who have subtly been accomplices to the act that is totally disrespectful of Hindus.

Malaysia is gearing up for its Merdeka Day celebration, complete with the glitz and pomp. But the rally comes amidst Prime Minister Najib Tun Razak's new campaign, dubbed 1Malaysia, aimed at promoting national unity and integration by emphasizing equality among all races.

The protest not only questions the viability of the campaign but screams out at simmering issues that need the attention of the federal government. UMNO and its component parties cannot afford to apple polish or close a blind eye to the increasing racial tension, brought about by unequal treatment of the minorities and rising influence of Islamic hard-liners.

What happened outside the Selangor secretariat building on Friday is violence against minority Indians, who have been marginalised over the last 53 years. And it has certainly cast a shadow over Monday's celebrations.

Read More...
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template