Showing posts with label Kerusi DUN Kota Seputeh Kosong. Show all posts
Showing posts with label Kerusi DUN Kota Seputeh Kosong. Show all posts

Wednesday, August 19, 2009

Pilihan raya kecil DUN Kota Seputeh? SPR tunggu respon AG

Sumber:Malaysia Today

Oleh G. Manimaran, mStar Online

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kini meneliti implikasi perundangan sama ada perlu mengisytiharkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Seputeh, Kedah kosong, sekali gus memanggil pilihan raya kecil.

Oleh kerana kes itu, yang pertama dalam sejarah pilihan raya negara ini, melibatkan aspek perundangan negeri dan persekutuan, SPR memerlukan masa untuk mengkaji secara mendalam, kata Timbalan Pengerusi suruhanjaya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Kami sedang mengkaji perkara ini. Penasihat undang-undang SPR dan Jabatan Peguam Negara sedang meneliti dari aspek perundangan.

Kita tunggu dulu maklum balas, tunggu dulu," kata beliau ketika dihubungi sebentar tadi.

Kata beliau, SPR tidak menetapkan masa khusus bagi Jabatan Peguam Negara untuk memberikan maklum balas.

Kita tidak mahu terburu-buru dalam soal ini. Kami mahu betul-betul berpuas hati kerana ini melibatkan aspek perundangan," katanya lagi.

Wan Omar memberitahu, SPR yang berhak untuk mengisytiharkan kekosongan sesuatu kerusi.

Saya dimaklumkan surat Speaker sudah ada di pejabat (Putrajaya). SPR yang akan mengisytiharkan sama ada wujud kekosongan atau tidak.

Kami akan mengadakan mesyuarat (khas) sebaik sahaja maklum balas diterima daripada penasihat undang-undang dan Peguam Negara," katanya lagi.

Pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari jika wujud kekosongan.

Wan Ahmad mengulas laporan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Seputeh, Datuk Abu Hassan Sarif kemungkinan digugurkan daripada jawatannya kerana gagal hadir dua kali sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)tanpa kebenaran Speaker.

Semalam, Speaker DUN, Datuk Dr. Abdul Isa Ismail berkata, beliau sudah menghantar surat kepada SPR memaklumkan mengenai kegagalan Abu Hassan hadir sidang DUN pada 19 April dan Ahad lalu.

Mengikut Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah, mana-mana ahli dewan yang tidak hadir pada sidang DUN selama dua kali berturut-turut tanpa kebenaran Speaker, tempatnya hendaklah dikosongkan.

Kerusi itu dimenangi Abu Hasan dengan majoriti 495 undi.

Lawannnya, Ismail Wan The dari PAS menerima 7,665 undi.
Continue Reading...

Kerusi DUN Kota Siputeh kosong?

Sumber: Malaysiakini

Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kedah telah menghantar kepada ibupejabatnya di Putrajaya, surat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail berhubung kedudukan anggota DUN Kota Siputeh Datuk Abu Hassan Sarif yang didakwa hilang keanggotaannya.

Pengarah SPR Kedah, Zainal Abidin Zakaria berkata surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan mengenai kedudukan Abu Hassan yang hilang keanggotaan setelah beliau dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lepas.

"Perkara ini akan dikendalikan di peringkat ibu pejabat. SPR mempunyai bahagian undang-undang yang akan meneliti perkara ini," katanya kepada Bernama hari ini.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.

Dr Abdul Isa dijangka mengadakan sidang akhbar mengenai kerusi DUN Siputeh itu di pejabatnya di Wisma Darul Aman di sini, pukul 10 pagi esok.

Sebelum ini, negara sudah menyaksikan tujuh pilihanraya kecil selepas pilihanraya umum tahun lalu.

Manakala pilihanraya kecil kelapan di DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang akan berlangsung minggu depan.

Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template