Showing posts with label Nasional. Show all posts
Showing posts with label Nasional. Show all posts

Monday, March 16, 2009

Poll shows Pak Lah’s men back on top, Najib’s popularity down

Sumber: Suara Keadilan
By Wong Choon Mei

najib-dollahIf a survey conducted by Universiti Malaya into the prospects of the leaders vying for top Umno posts is accurate, then there has been a clear and significant shift in members’ preference since nominations took place in October last year.

At that time, a resurgent Deputy Prime Minister Najib Abdul Razak had swept the party presidency uncontested, while his perceived choice of deputies secured the highest number of nominations.

On the other hand, those considered as close to outgoing Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi just managed to scrape in.

But the story appears to be the reverse now, perhaps a reflection of the party’s own growing discomfort with Najib and the policies that he promulgates - including the much-feared return to hard-line polices espoused by his mentor, former premier Mahathir Mohamad....

Read more...
Continue Reading...

Monday, March 9, 2009

Arumugam hubungi Anwar mahu kempen di Bukit Selambau

Sumber: MStar
Oleh ARIFUDDIN ISHAK

[DIKEMAS KINI] SHAH ALAM: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bekas Exco Kerajaan Negeri Kedah, V. Arumugam yang menghilangkan diri sebelum meletakkan jawatan awal bulan lalu, telah menghubunginya tiga hari lalu.

Bagaimanapun Ketua Pembangkang di Parlimen itu tidak menyatakan dari mana Arumugam, yang sebelum ini dikatakan telah ke luar negara, dipercayai berada di India, menghubungi beliau.

Menurut Anwar, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri kerusi Bukit Selambau itu menghubungi beliau untuk mendapatkan kebenaran pulang bagi membantu Pakatan Rakyat berkempen dalam pilihan raya kecil kerusi Bukit Selambau.

"Dua hari lalu Arumugam telefon saya, dia tanya saya sama ada boleh atau tidak beliau pulang sebab hendak tolong dalam pilihan raya (kecil).

"Tetapi saya kata kepadanya nanti dulu Arumugam kerana saya tidak jamin tentang keselamatan," kata beliau ketika menyampaikan Pidato Kebangsaan Ketuanan Rakyat 2009 untuk pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Auditorium MBSA di sini petang semalam sempena setahun selepas pilihan raya umum ke-12.

Anwar yang juga Penasihat PKR berkata, beliau tidak yakin dengan keselamatan Arumugam jika beliau kembali buat masa sekarang.

"Saya tidak berani jamin (keselamatan) kerana dia mungkin akan diculik oleh si anu," kata Anwar.

Selanjutnya...
Continue Reading...

PPSMI: GMP cabar kenyataan Hishammuddin

Sumber:Suara Keadilan
Isnin, 9 Mac 2009

KUALA LUMPUR 9 Mac (SK): Timbalan Pengerusi Gerakan Mangsuhkan (GMP) Pengajaran dan Pembelajaran Sains, matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) Prof. Dr Shahrir Muhamad Zain mencabar Menteri Pelajaran Hishammuddin Hussein supaya berterus terang tentang proses tertentu yang perlu diikut sebelum dibawa ke kabinet.

Mengulas tentang laporan sebuah akhbar harian hari ini bahawa beliau tidak mempunyai kuasa untuk membuat sebarang keputusan tetapi menolak perkara tersebut kepada kabinet.

Menurut laporan akhbar berkenaan, Hishammuddin menegaskan kajian masa depan dasar PPSMI perlu mengikut proses tertentu sebelum di kemukakan kepada kabinet untuk diputuskan.

Pada Sabtu 7 Mac lalu, seramai 60,000 penyokong gerakan mangsuh PPSMI berdemonstrasi di perkarangan Masjid Negara.

Dr Shahrir berkata,” Proses tertentu apa yang dimaksudkan oleh Hishamuddin dan sila nyatakan dengan terperinci,” tegas beliau kepada Suara Keadilan.

“GMP telah mengemukan segala resolusi, kertas kerja hasil kajian ahli akademik, memorandum dan demonstrasi semuanya telah kami lakukan,” jelas Beliau

“Selama enam tahun kami memperjuangkan untuk menentang dasar itu, langsung tidak diendahkan oleh beliau, kenapa pula sekarang ini Hishamuddin berasa tergugat kedudukan apabila keadaan sudah hampir kepada pemilihan Majlis Tertinggi Umno di penghujung bulan ini,” tambah Dr Shahrir.

Sementara itu, aktivis penentang PPSMI, Hasni Abas merasa kenyataan Hishamuddin sebagai sengaja melengah-lengahkan masa.

“Kenapa beliau harus tunggu sebegitu lama selepas enam tahun untuk membuat atau melalui proses ‘tertentu’ seperti kenyataan beliau hari ini, pada hakikatnya aktivis penentang PPSMI telah menggunakan pelbagai cara untuk beliau menanggani permasalahan mempertabatkan bahasa Melayu,” jelas beliau kepada Suara Keadilan tengah hari tadi.
Continue Reading...

Sunday, March 8, 2009

Let the truth be told

Tomorrow, Malaysia Today will reveal the truth behind the Altantuya Shaaribuu murder. How and why was she killed and were Azilah and Sirul hired to kill her, and by whom? Today, we shall recap on what Supt Gan Tack Guan, the Investigating Officer in the Altantuya murder, has thus far told, and refuses to tell, the court during my sedition trial.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Read more...
Continue Reading...

2008: Kelahiran baru nasionalisme

Sumber:Malaysiakini
Mar 8, 09 9:00pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime".

Dalam ucapannya sempena ulangtahun setahun pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Anwar menggesa pakatan pembangkang supaya mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan pergerakan tersebut.

anwar ibrahim special briefing 280209Beliau mahu mereka mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan 'kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua.

Anwar adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi pada 1998 dan 10 tahun kemudiannya - dalam pilihanraya umum 2008 - pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihanraya umum tersebut.

"Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara.

"Jangan lepaskan peluang ini. Saya minta semua rakyat Malaysia yang berkongsi impian ini, supaya bersama-sama dengan gerakan untuk perubahan ini," katanya.

Anwar turut membidas kerajaan BN yang menurutnya, walaupun lebih setengah abad berkuasa dan bercakap tetapi pembaharuan, semuanya berupa "cakap tak serupa bikin".
Continue Reading...

PPSMI: Umno takut dedah kerugian puluhan juta ringgit

Sumber: Suara Keadilan
Ahad, 8 Mac 2009

KUALA LUMPUR, 8 Mac (SK): Timbalan Pengerusi Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) Dr Shahrir Md Zin meluahkan kekesalan beliau terhadap kenyataan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) semalam yang menyatakan tindakan GMP keterlaluan dan tidak mengikut saluran yang betul dengan mengadakan perhimpunan semalam (7 Mac).

“Setelah berpuluh-puluh memorandum, resolusi dan surat-surat yang di hantar kepada Kementerian Pelajaran selama enam tahun ini namun semuanya hampa,” kata Dr Shahrir ketika di tanya Suara Keadilan.

“Saya meminta GPMS minta kepada pihak Kementerian supaya membuka dan rujuk secara teliti setiap resolusi dan memorandum yang di hantar pihak GMP selama enam tahun kebelakangan. GPMS jangan beretorik dan mengampu kerana sebahagian besar dari mereka terlibat dalam mendapat projek-projek dasar PPSMI,”

“Lihatlah kepada kenyataan daripada kebangkitan rakyat semalam dan GPMS perlu berpijak dibumi nyata” Dr Shahrir berkata.

Continue Reading...

PPSMI: Profesor-profesor Melayu yang menentang PPSMI

Sumber: Suara Keadilan
Ahad, 8 Mac 2009

Berikut adalah nama-nama ahli akademik Melayu yang tampil menentang dasar
Pengajaran Dan Pembelajaran Sains Dan Matematik (PPSMI).

Prof. A. Rahman A. Jamal (Perubatan), Prof. Abd Rahim Shamsudin
(Geologi), Prof. Abdul Jalil Abdu Kader (Mikrobiologi) , Prof. Dato’
Abdul Latif Mohamad (Botani), Prof. Abdul Razak Hamdan (Teknologi
Maklumat), Prof. Dato’ Abdul Razak Salleh (Matematik), Prof. Abdul
Salam Babji (Sains Makanan), Prof. Abu Osman Md Tap (Matematik).

Prof. Ainoon Othman (Perubatan), Prof. Alias Kamis (Biosains), Prof.
Aminah Abdullah (Sains Makanan), Prof. Azimahtol Hawariyah Lope Pihie
(Biosains), Prof. Aziz Bidin (Sains Sekitaran), Prof. Aziz Deraman
(Teknologi Maklumat), Prof. Baharudin Yatim (Fizik Tenaga), Prof.
Basir Jasin (Geologi), Prof. Bohari Mohd Yamin (Kimia), Prof. Che
Husna Azhari (Kejuruteraan) Prof. Faridah Habib Shah (Genetik).

Prof. Halimah Bdioze Zaman (Teknologi Maklumat), Prof. Hamid Lazan
(Botani), Prof. Hamzah Mohamed (Geologi), Prof. Hassan Basri
(Kejuruteraan), Prof. Hatta Shaharom (Perubatan), Prof. Ibrahim
Abdullah (Kimia), Prof. Ibrahim Abu Talib (Fizik), Prof. Ibarahim
Komoo (Geologi), Prof. Ikram Mohd Said (Kimia), Prof. Ismail Sahid
(Sains Sekitaran), Prof. Jaafar Sahari (Kejuteraan), Prof. Jamaludin
Mohame (Bioperubatan), Prof. Kamarudin Mohd Yusof (Kejuruteraan).

Prof. Kamaruzzaman Sopian (Kejuruteraan), Prof. Karis Misiran
(Perubatan), Prof. Kasmiran Jumari (Kejuruteraan), Prof. Dato’ Khalid
Yusof (Perubatan), Prof. Khalijah Mohd Salleh (Pendidikan Fizik).
Prof. Lim Swee Cheng (Fizik Teori), Prof. Mahani Mansor Clyde (Sains
Sekitaran), Prof. Masbah Omar (Perubatan), Prof. Md. Pauzi Abdullah
(Kimia), Prof. Mohammmed Yusoff (Teknologi Maklumat)
Prof. Mohd. Azman Abu Bakar (Bioperubatan), Prof. Mohd Ismail Noor
(Pemakanan), Prof. Mohd Nordin Hassan (Sains Sekitaran).

Prof. Mohd Salleh Mohd Said (Entoologi), Prof. Mohd Yusof Othman
(Fizik Tenaga), Prof. Mokhtar Abdullah (Statistik), Prof. Muhamad
Yahya (Fizik Pepjal), Prof. Muhammad Mat Salleh (Fizik Pepejal)
Prof. Nik Aziz Sulaiman (Perubatan), Prof. Noraini Tamin (Sains
Sekitaran), Prof. Normah Mohd Noor (Bioteknologi), Prof. Othman Ross
(Sains Laut), Prof. Othman Omar (Biosains Molekul), Prof. Paden Morat
(Bioperubatan).

Prof. Rohani Ahmad (Botani), Prof. Roslan Abd. Shukor (Fizik
Semikonduktor), Prof. Sallehuddin Sulaiman (Bioperubatan), Prof.
Shahabuddin Shaari (Kejuruteraan), Prof. Shaharir Mohamad Zain
(Matematik), Prof. Shahrim Ahmad (Fizik), Prof. Syed Muhamed Aljunid
Syed Junid (Perubatan), Prof. Tg Mohd. Tg Sembok (Teknologi aklumat),
Prof. Wan Ramli Wan Daud (Kejuruteraan), Prof. Zainal Abidin Abu
Hassan (Zoologi), Prof. Zainon Mohd Ali (Botani), Prof. Zubaid Akbar
Mukhtar Ahmad (Sains Sekitaran).
Continue Reading...

Lagi bukti penglibatan Najib - Altantuya, AMK desak siasat Najib

Sumber: Suara Keadilan
Ahad, 8 Mac 2009

ANGKATAN Muda KeADILan Malaysia meminta polis agar menyiasat pendedahan terbaru, sebuah akhbar Perancis, The French Liberation yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor serta Abdul Razak Baginda di dalam satu penerbitan artikel di akhbar tersebut.

Artikel berkenaan, ‘The Altantuya Shaaribuu’s Case: How and why she was killed?’ yang disiarkan pada 5 Mac lalu ditulis oleh Arnaud Dubus yang berpengkalan di Thailand mengaitkan kedua nama tersebut dikaitkan dengan komisyen berjumlah 114 Juta Euro sebagai pembelian kontrak kapal selam Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM) sewaktu Najib menjawat Menteri Pertahanan.

Selain itu, artikel berkenaan juga dengan jelas menyebut nama seorang warganegara Mongolia, Altanyuya Shaaribuu - yang dibunuh kejam penghujung tahun 2006 di Malaysia yang dikatakan teman wanita Abdul Razak yang disebut sebagai seorang yang mempunyai hak ke atas komisyen 114 Juta Euro berkaitan dengan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM.

“Keraguan timbul melalui laporan artikel tersebut apabila wartawan artikel telah menyatakan dengan jelas bagaimana kaitan di antara Altantuya, Abdul Razak dan Najib yang dikatakan mempunyai hubungkait rapat berkenaan dengan urusan pembelian kapal selam oleh pihak TLDM yang seterusnya mengakibatkan Altantuya Shaaribuu mati dibunuh oleh pihak Unit Tindakan Khas (UTK),” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Najib yang juga Timbalan Presiden Umno sebelum ini menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Continue Reading...

Friday, March 6, 2009

Pidato Kebangsaan ‘Ketuanan Rakyat’

Sabtu, 7 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Mac (SK): Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Pidato bertajuk ‘Ketuanan Rakyat’ pada Ahad ini akan menumpukan isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia.

Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.

Butiran program:

Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 3.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara

Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template