Showing posts with label Pak Lah. Show all posts
Showing posts with label Pak Lah. Show all posts

Saturday, March 14, 2009

Mahathir Terus Ragui Abdullah

Sumber: Masomelayu

DR MAHATHIR Mohamad nampaknya istiqamah terhadap kepercayaanya (perasaan politik) yang Abdullah Ahmad Badawi tidak akan melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Mohd Najib Razak meskipun Abdullah memberi laluan untuk nAJIB menang tidak bertanding sebagai Presiden Umno. Menurut Mahathir kemungkinan Najib akan jadi Presiden Umno tanpa memegang jawatan perdana menteri.

Keraguan dan perasaan politik Mahathir itu dikemaskan lagi dengan apa yang berlaku sebelum ini. Katanya di zaman beliau dulu, Hussein Onn masih jadi PM walaupun dia menjadi Presiden Umno, walaupun untuk beberapa minggu. Maknanya sudah ada precedent mengenai hal itu.

Tegasnya perlembagaan tidak mengatakan Presiden Umno itu mesti menjadi PM dan apa yang diamalkan sebelum ini hanya konvensyen di dalam Umno saja.

Pandangan Mahathir itu walaupun berbau cemburu dan provokasi kepada Abullah namun ia ada logik dan 'sanadnya'. Mungkin Mahathir sudah mendapat menghidu rahsia dan tanda-tndanya yang Abdullah tidak akan mudah melepaskan jawatan PM kepada Najib.

Perkembangan yang begitu drastik sekarang ini di sekitar diri Abdullah memungkinkan Mahathir terus istiqamah dengan teori itu dan sekaligus membimbangkannya takut idman hatinya Najib tidak dapat menjadi PM.

Ada tanda-tanda menunjukkan teori Mahathir itu akan berlaku. Sekiranya teori itu tidak benar masakan Mahathir terus membuat provokasi demikian, yang mana dengan harapan supaya Abdullah mengotakan janjinya. Sepatutnya Mahathir tidak terus menyerang psikologis Abdullah apabila Yang di-Pertuan Agong sendiri sudah pun merakamkan penghargaan kepada Abdullah pada pembukaan sidang parlimen lalu. Apakah rakaman itu juga sandiwara?

Pertemuan Abdullah dengan Anwar di Hulu Langat masih menjadi satu yang misteri. Mungkin insiden ini menjadi bahan kajian mendalam dalam makmal politik Mahathir di Yayasan Perdana. Pertemuan itu turut sama merujakan veteran politik itu.

Walaupun keduanya kata tidak ada perundingan, tetapi bagi mereka yang percaya politik itu serba mungkin mengangap perjumpaan itu bukan sekadar makan tengah hari saja, tetapi tentu lebih jauh dari itu. Lagi pun sifir politik kalau tidak itu bermakna ya, dan kalau ya itu bermakna tidak. Jawaban yang tegas dalam politik ialah 'mungkin'.

Samada dalam pertemuan makan tengah itu disertai perundingan atau tidak tergantung dan terserah kepada Anwar dan Abdullah yang berada di dalam rumah berkenaan selama satu jam. Dalam tempoh satu jam macam-macam yang boleh dibincangkan.

Selain itu teori Mahathir itu juga tentu berpandukan kepada perkembangan terkini mengenai desakan agar Abdullah supaya tidak melepaskan jawatan kepada Najib juga semakin banyak yang datang dari berbagai pihak. Cuma kenapa desakan itu tidak nampak kerana ia tidak dibuat secara zahir seperti desakan rakyat Perak agar DUN Perak dibubarkan. Tetapi pergerakan bawahan sedang berlaku ke saat ini.

Gerakan untuk mempertahankan Abdullah tetap diadakan. Munasabahnya mereka yang sayangkan kepada Abdullah, yang bimbang negara ini dlilepaksan kepada Najib atau mereka yang mahu menumpang tuah Abdullah mereka tentu tidak mendiamkan diri tanpa berbuat sesuatu.

Sanusi Junid pernah bermadah mengenai Abdullah Badawi ini di mana saya pernah rakamkan dalam sebuah buku. Kata Sanusi, "Abdullah macam kura-kura di depan orang dia melindungi kepalanya dan bila orang tidak ada dia akan mengeluarkan kepalanya." Apakah sifat kura-kura yang dikatakan Sanusi itu masih ada kepada Abdullah?

Kemungkinan ilusi politik Mahathir itu menjadi kenyataan juga apabila Tengku Razaleigh Hamzah begitu yakin bahawa Yang di-Pertuan Agong dikatakan tidak akan memberi perkenan kepada Najib.

Ulasan seterusnya...
Continue Reading...

Monday, February 23, 2009

SENARIO TEMPANG SERBA MEMALUKAN

Oleh:KAMAL AMIR

KUASA RAKYAT & PERLEMBAGAAN DIPERSENDA

PIMPINAN Kerajaan Barisan Nasional dibawah teraju imam besar mazhab Islam Hadhari Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Najib meneruskan percaturan politik cukup “sempang peranang” dalam usaha mengapai kuasa sekali gus mengenepikan “suara rakyat kuasa keramat” serta dilihat bagai mempersendakan perlembagaan dalam menangani krisis politik di negeri Perak Darul Redzuan.

Situasi geruh serba kelam kabut saat menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat dan “menendang keluar” Datuk Menteri Besar Perak dari menerajui pemerintahan di negeri tersebut dilihat cukup mengaibkan serba memalukan serta amat diragui oleh pencinta aroma demokrasi.

Rakyat melihat dengan “jelek” dan merasakan sinario yang terjadi merupakan buah tangan cukup ternoda dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi di penghujung era pemerintahannya sebelum diserahkan kepada Mohd Najib pasca peralihan kuasa.

Di sebalik situasi penuh gawat, bercelaru dan amat berserabut, ia bukan sahaja menjadikan hati rakyat digamit resah, benci dan kurang yakin terhadap hala cara kepimpinan Mohd Najib di masa hadapan, malahan turut mengundang “dendam” serta amarah berpanjangan hingga mencetuskan “sengketa” tanpa noktah antara rakyat dan pemimpin.

Kalaupun Baginda Sultan Perak telahpun bertitah meminta Datuk Nizar Jamaluddin berserta barisan “exco” kerajaan negeri untuk mengosongkan kerusi di pejabat pentadbiran negeri, namun hati rakyat bakal terus membara membenci dan berdendam terhadap Mohd Najib yang bertindak sebagai dalang utama hingga tercetusnya peristiwa “ciluk menciluk”, lompat melompat, culik menculik, ugut mengungut membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad telah menyelar “al kisah” lompat melompat “ yang dilakukan oleh tiga orang anggota pakatan rakyat memberikan sokongan kepada Barisan Nasional di mana menurutnya persoalan “moral” serta persepsi rakyat pasti tercalar yakin mereka kepada Barisan Nasional.

Ini disebabkan dua anggota Pakatan Rakyat yang mengistiharkan dirinya keluar dari gagasan tersebut merupakan anggota exco kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan kedua-dua mereka sedang menghadapi perbicaraan di mahkamah berhubung tuduhan terlibat dalam kes rasuah.

Apakah tindakan kedua mereka itu bagaikan ada “udang disebalik batu” untuk mempastikan terlepas dari hukuman mahkamah atas tuduhan jenayah pecah amanah sebegitu? Kalaupun terbukti mereka tidak bersalah nanti, mampukah dipertahankan kewajaran serta mampannya proses perbicaraan serta keadilan ? Bolehkah rakyat percaya tiadanya sebarang campur tangan politik dalam penentuan sesuatu kes di mahkamah?

Sesungguhnya keyakinan rakyat terhadap institusi kehakiman cukup parah terhakis sejak era pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad membawa kepada musim Abdullah Ahmad Badawi. Dan kini Najib di lihat bagaikan mahu meneruskan legasi sebegitu dangkal. Bagaimana pula jadinya jika mahkamah mendapati kedua mereka bersalah? Apakah kerusi yang disandang oleh mereka tetap kekal tanpa diadakan pilihanraya kecil?

Atas kesedaran mahu melihat aroma demokrasi terus subur dan rakyat tidak berterusan menyingkirkan Umno di masa hadapan mantan Menteri Kewangan Tengku Razaleigh Hamzah melontarkan pandangan cukup ikhlas di mana menurut beliau Perlembagaan merupakan paksi utama dan terulung dalam aspek perundangan untuk ditegakkan. Malahan pemerintah dan duli Raja-raja turut bersumpah untuk melaksana serta mempertahankannya saat diamanahkan memegang teraju kuasa.

“ Dato’ Seri Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah dari aspek perundangan dan perlembagaan melainkan jika beliau meletak jawatan atau disingkirkan melalui undi tidak percaya di persidangan Dewan Undangan Negeri. Tiada sebarang “provision” atau keizinan dalam perlembagaan boleh menyingkirkannya dari jawatan tersebut dengan apa cara sekalipun termasuklah melalui “petitions” atau tindakan di mahkamah mahupun melalui arahan dari mana-mana pihak berkuasa.

“Kerajaan sedia ada terjelma berasaskan dua prinsip utama yang termaktub dalam perlembagaan secara sah “legitimate” dan mutlak bukan terasas dengan kezaliman atau kekejaman menurut undang-undang rimba.

“Kerajaan yang sah (legitimate) memperolehi kuasa dari kepercayaan dan kerelaan rakyat berserta pemimpin dipilih menerusi pilihanraya bebas dan adil. Untuk mengetahui sah dan mutlaknya sesabuah kerajaan samada di Sabah, Sarawak atau Perak mahupun di mana – mana negeri hanyalah melalui pilihanraya untuk mendapatkan mandat rakyat. Inilah asas amalan kita atas nama “demokrasi berperlembagaan”.

“Dalam sistem demokrasi berparlimen, pembentukkan atau pembubaran sesabuah kerajaan yang dilakukan tidak mengikut lunas-lunas perlembagaan atau bertentangan dengan kehendaknya merupakan penghakisan perlaksanaan undang-undang (rule of law) memungkinkan tertubuhnya kerajaan yang tidak sah.

“Menyentuh persoalan sah atau tidak perlantikan mahupun pemecatan jawatan ketua kerajaan (Perdana Menteri ataupun Menteri Besar) Perlembagaan menetapkan hanya kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat .atau Dewan Undangan Negeri sahaja penentu mutlak dan tidak boleh dilakukan di luar dewan atau melalui pengumuman, desakan, siaran media mahupun sebarang cara yang tidak dihalalkan oleh perlembagaan.

”Kuasa mutlak hanya diperolehi melalui hala cara menurut perlembagaan dan tidak secara paksa atau adanya elemen “jual beli” mahupun sogokkan. Inilah perundangan bagi membolehkan kita menubuhkan kerajaan, negara dan masyarakat . Teramat sukar untuk saya bayangkan kesan kepada pemilikan kuasa yang diperolehi diluar paksi perundangan. “ jelas Tengku Razaleigh.

Persoalannya apakah kerajaan Abdullah Ahmad Badawi dan Najib mampu menambah yakin rakyat serta memadamkan “kembara dendam” di masa mendatang kesan percaturan merebut kuasa yang cukup berkelam kelibut di Perak? Kecelaruan yang berlaku oleh percaturan songsang kedua pemimpin tersebut tentunya tidak memungkinkan situasi damai berpanjangan. Ini disebabkan menurut sifir nyata, Barisan Nasional sekadar memiliki 28 kerusi di Dewan Negeri, begitu juga dengan pakatan rakyat.

Bagaimana mungkin keputusan majoriti di perolehi melalui tiga wakil yang mengistiharkan diri mereka bebas? Apakah pengertian bebas sebenarnya? Adakah ia bebas kerana tidak bernaung dibawah mana-mana parti siasah atau bebas serta berkecuali dalam membuat sesuatu keputusan?

Menjadi kehairanan di kalangan ahli-ahli Umno, bagaimana tiga wakil dari luar parti Barisan Nasional boleh diterima sebagai ahli? Sudahkah ianya diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno dan Dewan Tertinggi Barisan Nasional?

Lebih misteri lagi kenapakah keputusan menerima ketiga-tiga anggota yang diluar Barisan Nasional dibuat dalam keadaan tergesa-gesa? Apakah kerana ada dendam yang belum terbalas atau ada percaturan baru yang bakal dicetuskan? Bagaimana pula jadinya nanti jika ketiga-tiga mereka kembali kepada parti asal yang diangotai atau hilang kelayakan sebagai ahli Dewan?
Alahai.... gayat dan cukup menyesakkan nafas jadinya landskap politik aserba cempera dan amat sempang peranang cetusan Abdullah Ahmad Badawi dan Mohd Najib Razak.

http://perakinfo.com/
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template