Showing posts with label UMNO. Show all posts
Showing posts with label UMNO. Show all posts

Monday, August 17, 2009

Apakah ini boleh ....SPRM?!

Sumber: Cikgu Bad

TV3 lapor Nuri bawa Najib mendarat cemas dan salah guna kuasa Muhiyuddin

TV3, Buliten Utama semalam melaporkan hari ini helikopter Nuri milik TUDM yang membawa Tan Sri Muhyiddin Yassin,Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden UMNO terpaksa membuat pendaratan kecemasan di Tuaran disebabkan cuaca buruk.

Muhyuddin Yassin dilaporkan didalam penerbangan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu dari Kudat setelah selesai merasmikan Mesyuarat Agung UMNO Bahagian tersebut.Muhyiddin selanjutnya dijadualkan merasmikan pula Mesyuarat Agung UMNO Bahagian Penampang di sebelah petang.

Alhamdunillah Muhiyuddin terselamat kalau tidak terpaksa pula berarak ke Johor untuk pilihanraya kecil.

Apa yang tersirat dari laporan berita itu ialah penyalah gunaan kuasa. Muhiyuddin menggunakan peruntukan yang seharusnya boleh digunakan untuk dengan lebih berfaedah untuk rakyat hanya untuk menerbangkan dia bagi merasmikan mesyuarat Umno. Berapa belas ribu atau mungkin lebih dari itu terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddin bagi urusan Umno.

Persoalanya jika SPRM itu tidak pekak, buta dan kuda maka siasatlah berapa banyak wang rakyat terbazir hanya untuk menerbangkan Muhiyuddion atau banyak lagi pemimpin kanan Umno untuk merasmikan mesyuarat Umno di musim mesyuarat ini.
Continue Reading...

Friday, August 14, 2009

The MACC's job is to cover PDRM's backside; and vice versa

Sumber: Malaysia Today

Malaysians can't understand why the police is covering up the death of Teoh Beng Hock at the hands of the MACC. Well, when the MACC's job is to cover PDRM's backside what do you expect? You scratch my back and I scratch yours, the saying in Malaysia goes. And the MACC and PDRM treat this dogma as a religion that replaces Islam.

HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Read more...

Part 1: Screw you, IGP. Reply to this!

Part 2: MACC is PDRM’s baruah goon squad

Continue Reading...

Monday, August 10, 2009

Umno dan DAP

Sumber:Penarik Beca

Amaran kepada DAP jangan hina Islam (Utusan Malaysia 10/8/09)

Ingat malas dah nak siar lagi perkara-perkara berikut, tapi dah depa pun ulang, terpaksa siar lagi:

Kawan bangsa Umno dalam Barisan Nasional Datuk Seri Samy Vellu pernah berkata, "Apa, Quran boleh bikin lebuhraya ka?" (Majalah Detik keluaran 15 Oktober 1999 mukasurat 11 - kalau tak betul, Samy Vellu boleh saman penerbitnya).

Pemimpin parti mana yang menyatakan, kalau nak makan sup tangan, pergilah ke Kelantan?

Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan - kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak pada 20hb April 1983 kepada para wartawan.

Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu - kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan.
Continue Reading...

Saturday, August 8, 2009

Laman Web Pemuda Dulu Kini Dan Selamanya.....BxxxxN!!

Oleh Lukman Abas

Marang -- Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairy Jamaluddin mencabar Pemuda Pas yang selama ini ini mendakwa mereka memperjuangkan Islam supaya sama-sama menyertai pergerakan itu mengutuk penghinaan terhadap agama Islam oleh pihak-pihak tertentu dalam ceramah perdana yang akan diadakan di Shah Alam pada 14 Ogos ini.

Pemuda tegasnya ingin melihat sejauh mana pendirian dan keberanian Pemuda Pas dalam mengutuk sikap lantang pihak tertentu termasuk rakan sekutu mereka DAP yang semakin berani menghina agama Islam akhir-akhir ini.

Tambah beliau lagi jika benar Pemuda Pas ikhlas dalam perjuangan Islam, mereka dijemput bersama Pemuda UMNO dalam ceramah perdana secara besar-besaran di Shah Alam Selangor pada hari Jumaat ini.

"Saya jemput Pemuda Pas untuk bersama dengan kita atas pentas Pemuda UMNO pada malam tersebut untuk sama-sama menenteng penghinaan terhadap Islam.

"Ini bukan soal muzakarah, ini bukan soal wacana, ini bukan soal kerajaan perpaduan...kita masih lagi ada pendekatan berbeza, tetapi atas isu tersebut yang mana saya percaya ramai orang Melayu, orang Islam merasa tersinggung perasaan dengan perangai mereka (hina agama Islam) dan ini perlu kepada satu usaha bersama," katanya.

Baca Wacana Merapu "Pemuda UMNO Cabar Pemuda Pas Kongsi Satu Pentas Kutuk Pihak Hina Islam"

Ulasan:

Bila pulak orang-orang UMNO cintakan Islam nee...Nak buat apa ajak PAS Berceramah ??
UMNO-UMNO ...... buatlah ceramah siapa agaknya nak dengar......satu syarat dapatkan permit dulu......IGP pasti bagi.......Hidup Melayo!!!
Continue Reading...

Tuesday, August 4, 2009

Adakah demonstrasi mengancam nyawa?

Sumber: Penarik Beca

Bukan saya yang tanya gitu. Datin Paduka Marina Mahathir yang tanya gitu. Kalau nak jawab, jawab la di sini,

Pada 28 Julai 2006, perarakan lebih 50 ribu manusia diketuai Presiden PAS yang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Pusat Konvensyen KLCC dan akhirnya ke Kedutaan Amerika Syarikat.

Berapa kedai ditutup? Berapa juta rugi? RM100 juta? RM200 juta? Berapa bekas air pecah? Berapa orang bertempiaran lari? Keselamatan negara tergugat?

"Rakyat dapat melihat dengan jelas bahawa perarakan 28 Julai 2006 itu tidak diganasi dan tidak berlaku kekecohan kerana ia tidak mengancam kepentingan Barisan Nasional (BN) dan Umno.

"Adakah tidak bertindak ganas terhadap perarakan tersebut tidak selaras dengan SOP yang didakwa itu?

"Tetapi perhimpunan anti-ISA semalam terpaksa berhadapan dengan tindakan ganas pihak polis kerana ia menacabar Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang sentiasa menjadi talian hayat Umno," kata Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar.

Ketika itu, Pemuda Umno di bawah pimpinan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, kini Naib Presiden Umno dan Menteri Dalam Negeri, juga mengadakan demonstrasi. Lihat gambar di bawah.


Continue Reading...

Saturday, May 9, 2009

Perak fiasco: 'Najib digging own grave'

Sumber:Malaysiakini

‘Looking on the bright side, he is being very helpful. I'd suggest that Najib continue to do what he's best at. That will make the next general election much easier for Pakatan and the rakyat.'

On Sivakumar dragged out, BN speaker takes over

CY: After what we had seen in Ipoh yesterday, I am convinced that Najib is digging his own grave.

He is being very helpful in assisting all Malaysians to make a decision about who they need to govern the country.

Looking on the bright side, I'd suggest that Najib continue to do what he's best at. That will make the next general election much easier for Pakatan and the rakyat!

Oscar the Grouch: Dear Mr Speaker Sivakumar, you are the hero - you da' man - ‘jantan tulen'.

You have shown great courage - standing alone in battle - against the mighty combined forces of the federal government, the monarchy and the police.

You did not budge - you did not waver. I had expected you to falter. After all, any ordinary man would.

But you held on, demonstrating nerves of steel. And held on you did - before you were physically removed from the speaker's chair.

I come to understand that you were mildly injured during the scuffle. Worry not, for you shall wear those physical scars proudly as your crowning glory for the people of Malaysia.

I bow to you, dear Sir, for you richly deserve my praise. Thank you, dear sir. God bless.

Angry Rakyat: What is wrong with BN? Why are they desperate for power in Perak? Is there any gold mine that is waiting to be uncorked by BN cronies in Perak?

Even people having breakfast in a restaurant are arrested. Is this the kind of freedom that we voted for?

I am so sad with the political developments in Perak. This is the beginning of the end of BN. When is that? The next GE. Wait and see.

Vastu Raman: It's shame on Malaysian democracy. If Umno can throw away a legitimate speaker in a barbarian manner, then I don't have anything to say other than ‘demokrasi Malaysia dah masuk longkang'.

But believe me, Malaysian will rectify this in the 13th general election and I'm committed to change the barbarian rule.

Perak Citizen: I respect and wish to congratulate the Perak state speaker Sivakumar. He had sacrificed for the nation and especially for the Perak ‘rakyat' by sitting in his chair for almost six hours without food and easing himself.

All motions passed by Barisan Nasional (BN) were illegal as the speaker Sivakumar had to pass the motion first.

The circus created by BN and appointing a circus clown as a speaker, switching off the speaker's microphone and allowing police to remove the speaker are all illegal.

Anonymous: ‘1Malaysia', 2 speakers, 2 MBs, 2 Perak governments, and 2 ADUNs. This is the meaning of Najib's ‘1Malaysia'. I hope he is happy.

VC: Absolutely disgusting and despicable that BN will resort to such repugnant and vile techniques to snatch power from the people of Perak.

They will use any way or method to kidnap the power of the ‘rakyat' to feed their power-hungry pursuits. BN has just lost Perak for a whole generation. ‘1BlackMalaysia' indeed!

WongCiLik: Whether infinite or accidental, the Sultan of Perak has done the right thing for the ‘rakyat'.

First in allowing Pakatan to form the government after the March 8 election when he could have let Umno, the single, largest party to do so.

Secondly by insisting on a Muslim/Malay to be the MB, he has neutralised the race effects of Pakatan Perak government.

I believe any further decision by the Sultan or Regent would be for the ultimate good of the Perak ‘rakyat'.

Steve Yeoh: Isn't the Malaysian currency note a national property? It seems that Jelapang assembly person Hee Yit Foong has committed a serious crime by tearing into pieces the RM1 note that Yew Tian Hoe (DAP-Aulong) showered unto her.

Someone please do Malaysia a favour: Lodge a police report, take this criminal to court, and strip her of her status as a state assembly person.

One who has no respect for our national property is as good as a traitor. We do not need a traitor as the people's voice.

Isaac Stephen Anthonysamy: Is it in the police's jurisdictions to drag a house speaker out from an Assembly? The police should be ashamed of themselves, sending plainclothes policemen to drag V Sivakumar out of his chair.

Two days ago, IGP Tan Sri Musa Hassan said that they do not have enough police personnel to combat crimes.

But it's amazing that they were able to send hundreds of police personnel to Ipoh. I do not think the Malaysian police are really concerned over the 'rakyat'.

Sang Kancil: The fiasco in Perak, which was created by BN, is nothing but digging their own graves. BN doesn't have the basic decorum to show that they respect the ideology of democracy.

Millionth Citizen: I urge the Pakatan government to be calm. One thing is for sure: in the next GE, it will give the people more excuses to vote for anything but BN. So, BN you can cheat now but remember it is not halal.

Peter Ooi: I am utterly disgusted by the way Sivakumar was ousted by the BN ADUNs.

Stop taking the rakyat for a ride. All your antics in the ‘Dewan' were relayed live to all readers on the Internet.

The way power was grabbed showed that you and BN ADUNs are no better than highway robbers. Can highway robbers be lawmakers? A real joke it must be.

John Johnson: A number ‘1BlackMalaysia' day indeed. People are being thrown into prison or arrested for being in a coffee shop near the vicinity of the secretariat building, and people were arrested for wearing black.

No more fence-sitting and watching our respect, self-esteem, human rights, and dignity being trodden and trampled by the powers that be.

Let us seek help from relevant international bodies to scrutinise our government and check the imbalances and irregularities faced by our people here.

Frustrated Malaysian: From yesterday's episode, I doubt our country has a bright future. Police detained the ‘innocents', who in my opinion, do not even pose any threat to the country.

From the Perak political fiasco yesterday, there is clearly no justice right now in Malaysia.

‘Looking on the bright side, he is being very helpful. I'd suggest that Najib continue to do what he's best at. That will make the next general election much easier for Pakatan and the rakyat.'
Continue Reading...

Thursday, May 7, 2009

Pelantikan Speaker baru Perak tidak sah - Timbalan Speaker Dun Kelantan


Sumber: Harakahdaily


Tindakan Menteri Besar kudeta Barisan Nasional Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato' R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.

Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan 'haram' dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.

Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.

Continue Reading...

Friday, April 17, 2009

Bukan soal siapa MB, tapi siapa wakil dalam kabinet


Sumber:Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri | Apr 17, 09 12:07pm

Rakyat Perlis tidak memikirkan berhubung persoalan masalah perebutan siapa yang sepatutnya untuk memegang jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Sebaliknya mereka memikirkan ketiadaan pemimpin dari Perlis dilantik menganggotai kabinet baru Datuk Seri Najib Razak, kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Perlis.

"Pemimpin Umno di Perlis langsung tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib," kata Datuk Zahidi Zainol Abidin kepada Malaysiakini.

"Rakyat kecewa. Sokongan mereka tidak dihargai. Menjadi hasrat mereka, wakil rakyat Perlis mengganggotai kabinet, sekurang-kurangnya timbalan menteri.

"Kena ingat undi rakyat. (Undi) mereka minta dihargai," katanya.

Umno Perlis memenangi kesemua tiga parlimen di negeri itu: Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Sebelum ini, dalam era kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua ahli parlimen Perlis menjadi menteri penuh iaitu, Radzi dan Azmi masing-masing menteri hal-ehwal dalam negeri dan menteri sumber asli dan alam.

Mengulas keinginan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mendapat jawatan pengerusi perhubungan Umno Perlis, Zahidi berkata keputusan tersebut terserah kepada Najib, sebagai presiden Umno, untuk mempertimbangkannya.

"Itu masalah lama ... ia (adalah) mainan politik 'pemimpin purba' di negeri Perlis,” katanya.

"Dalam usaha untuk meremajakan Umno, lebih-lebih lagi Umno dalam keadaan lemah, kepentingan peribadi letak tepi."

Diminta mengulas kemungkinan krisis di Terengganu berulang di Perlis, Zahidi berkata beliau tidak nampak kemungkinan akan berlaku undi tidak percaya kepada Md Isa.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berdepan dengan masalah pemulauan 10 ADUN BN, Selasa lalu - pada asalnya ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di DUN yang berakhir Rabu lepas.
Continue Reading...

Monday, March 16, 2009

DAP Semakin Berubah Berbanding UMNO

Sumber: Telaah Politik

Wednesday, 25 February 2009

Parti Tindakan Demokratik (DAP) adalah sebuah parti multi-racial yang berpegang kepada satu ideologi politik iaitu 'Social Democracy'. Ideologi ini merupakan alternatif kepada ideologi Liberalism Capitalism yang diamalkan oleh kebanyakan negara blok Barat. Socialism Democracy juga merupakan alternatif kepada Socialism Karl-Marx dan Komunisme yang diamalkan oleh kebanyakan negara blok Timur. Jerman adalah antara negara yang mula-mula diperintah oleh parti yang berhaluan Social Democracy melalui parti Social Democracy Party (SDP). Negara-negara lain adalah seperti New Zealand dan Norway.

Dari segi ideologi, DAP tiada beza dengan UMNO kerana kedua-duanya berpegang kepada ideologi sekular yang dicipta oleh falsafah pemikiran manusia. UMNO semasa ditubuhkan merupakan sebuah parti yang mendukung ideologi Nationalism dan selepas Merdeka UMNO mewarisi ideologi Liberalism British dalam menerajui Malaysia. Apabila Tun Razak mengambil alih teraju pemerintahan dari Tunku Abdul Rahman, beliau cenderung kepada pendekatan Social Democracy. Penggubalan DEB adalah antara contoh amalan Social Democracy yang turut mendapat sokongan DAP pada awalnya, sehinggalah DEB disalahgunakan untuk kepentingan elit-elit Melayu.

Tun Razak semasa belajar di England banyak dipengaruhi oleh ideologi ini kerana beliau menyertai sayap Labour Party. Labour Party selalu dikenali sebagai parti yang mendukung ideologi Social Democracy ataupun dianggap sebagai pendukung Socialism sederhana Robert Owen. Semasa memerintah, Tun Razak memperkenalkan banyak pendekatan seperti membuka tanah-tanah pertanian yang dikaitkan dengan Rancangan Buku Hijau, diikuti dengan membuka Bilik Gerakan Negara. Kesemua pendekatan ini adalah begitu asing bagi negara-negara yang mendukung aliran Laissez Faire. Tindakan Tun Razak ini menyerlahkan lagi pengaruh Social Democracy yang didukunginya.

Selanjutnya...
Continue Reading...

Friday, March 13, 2009

NORZA MENANGIS – malaysiakini

Sumber: Tukar Tiub
Jumaat, 2009 Mac 13

Datuk Mohamad Norza Zakaria yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh hari ini atas dua tuduhan rasuah, berkata beliau tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hanya disebabkan oleh kes yang dihadapinya itu.

Sebaliknya, kata Mohamad Norza, beliau akan terus bertanding jawatan berkenaan dalam pemilihan Umno hujung bulan ini dan menyerahkan kepada perwakilan untuk menentukan kedudukannya.

Dua tuduhan rasuah itu didakwa dilakukannya pada 6.30 petang 20 Januari lalu di No 38, Pinggiran Tasik, Taman Bandar Temerloh.

Sambil menitiskan air mata, Mohamad Norza yang ditemui pemberita selepas kesnya disebut di mahkamah, berkata beliau berasa amat sedih terhadap perkara yang berlaku ke atas dirinya hari ini kerana menganggapkan beliau banyak berjasa kepada parti.

Mohamad Norza yang ditenangkan oleh beberapa pengikutnya, berkata beliau akan akur dengan apa jua keputusan mahkamah berhubung kes itu nanti.


kah kah kah… BUKAN MENANGIS... MUNKEEE NI MERAUNG… kah kah kah…

woit… TAK MERAUNG MACAM MANA… HABIS ILANG KONTREK…. kah kah kah…

kah kah kah… PELOK JAWATAN…. JANGAN LEPAS LEPAS…. KALAU TERLEPAS MUKA JADI BANGKA NANTI.... kah kah kah…

woit…. KESIAN…. KESIAN…. NAK BUAT KERJA APA LAGI…. NAK JUAL KONTREK… TAK DAPAT…. kah kah kah…….
Continue Reading...

Tuesday, March 10, 2009

Ubah format pilih PM - Ku Li

Sumber mSTAR Online
10 Mac 2009

BEKAS Naib Presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mengesyorkan dua langkah penting semalam, antara lain membolehkan keahlian secara langsung bagi mengembalikan keyakinan orang ramai dan kekuatan Barisan Nasional (BN). Kata beliau, BN perlu mengambil langkah seumpama itu untuk membuka keahlian kepada orang ramai tanpa perlu menyertai perikatan ini melalui mana-mana parti komponen. Malah, kata beliau, ia penting bagi mencerminkan bahawa BN merupakan sebuah pakatan politik yang benar-benar demokratik.

"Pada masa ini, anggota Barisan Nasional terdiri dari parti-parti komponen, tetapi kita boleh ubah kita buka BN kepada orang ramai. Supaya boleh menjadi ahli secara langsung dalam BN. "Ini mencerminkan bahawasanya parti BN adalah parti yang demokratik yang membuka keahliannya kepada semua pihak... baik orang Melayu, Cina, India dan suku kaum yang lain. "Tetapi syaratnya saya rasa, untuk merasa kesan tindakan ini ialah supaya undang-undang dipinda. Terutamanya perlembagaan, supaya setiap parti yang menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya mesti mengubah kedudukan parti masing-masing untuk membuka partinya kepada seluruh rakyat untuk menyertai parti," kata beliau dalam temu bual dengan saluran Astro Awani malam tadi,

Razaleigh yang juga Ketua Umno Gua Musang dan bekas Menteri Kewangan memperincikkan dua cadangan itu untuk merealisasikan reformasi BN. Syor kedua ialah mengadakan proses pemilihan BN melalui Parlimen, sekali gus penyandang jawatan Perdana Menteri.

"Pendapat saya, tidak semestinya pemimpin parti komponen perlu menjadi Perdana Menteri kerana menurut perlembagaan, Yang di-Pertuan Agong akan melantik seseorang menjadi Perdana Menteri sekiranya dia menguasai sokongan majoriti, ahli-ahli parlimen atau ahli-ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen."Ini bererti tidak semestinya pemimpin parti dipilih, sesiapa sahaja yang dapat sokongan majoriti dalam Parlimen boleh menjadi Perdana Menteri. "Jadi kalaulah individu itu menjadi presiden parti komponen, berada dalam dewan rakyat tidak semestinya dia dipilih sebagai ketua parti dalam dewan rakyat," katanya.

Sebaliknya kata beliau, jika individu itu menjadi ketua parti dalam Dewan Rakyat, maka dia layak ditimbang menjadi Perdana Menteri. "Ini kerana individu itu memimpin golongan majoriti dalam Dewan Rakyat," katanya.
Continue Reading...

Sunday, March 8, 2009

Nazri Aziz: Budaya Rasuah UMNO dah ke akar umbi! Saya takkan bertanding!

Sumber: Tranungkite
Oleh dewa

" Nazri Aziz meluahkan rasa meluatnya terhadap UMNO yang sudah tidak mesra rakyat dan tenggelam dalam budaya rasuah. Menurutnya, AHLI UMNO MASUK UMNO HANYA UNTUK KEPENTINGAN DIRI. Adakah ini petanda Nazri Aziz akan mengikut jejak langkah Zaid Ibrahim yang turut muak dengan budaya rasuah dan kezaliman UMNO lalu menyokong Pakatan?

"The Star, Sunday, 8 March 2009-Datuk Seri Nazri Aziz who opted not to contest the Umno elections this time shares his views on many aspects of the party which he says is still in denial."

"Datuk Seri Nazri Aziz who opted not to contest the Umno elections this time shares his views on many aspects of the party which he says is still in denial.

IN a frank interview, Datuk Seri Nazri Aziz, the minister in charge of law, talks about why he is not taking part in the upcoming party elections, his support for certain candidates, and the need for members to go back to the days when Umno was people-friendly.

He also says money politics in Umno has gone underground and he is not confident that delegates will pick the right candidates for the top posts.

Continue Reading...

Saturday, March 7, 2009

SPRM dicabar,mana hilang kes Ketua dan Menteri Besar?

Sumber: Harakahdaily
Nyza Ayob
Sat | Mar 07, 09 | 7:35:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - "Saya cabar SPRM. Di mana dia isu 18 kes rasuah serta laporan BPR terhadap Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar yang perlu diberi 'priority' apabila BPR ditingkatkan menjadi SPRM?"

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebagai respons kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan yang menyifatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang seolah-olah beliau tidak boleh mendengar kes-kes yang melibatkan pembangkang.

Pada 25 Februari lalu, SPRM merekodkan keterangan Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Ahmad Said menyatakan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, pihaknya percaya Speaker DUN Perak itu perlu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Continue Reading...

Friday, March 6, 2009

Serah tugas Pak Lah kepada pemimpin bermasalah: Satu pengkhianatan buat negara

7 Mac 09

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dipetik dari blog "nakmarahmarahlah" mengulas tentang penyerahan tugas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya dianggap satu pengkianatan kepada negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdullah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal.

"Najib masih lagi belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah jadi kreadibilitinya dipersoalkan kerana terpalit dengan pelbagai isu. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya Abdullah menyerahkan tugas beliau kepada Najib kerana rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang penuh dengan skandal. Negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri, "ujarnya .

Continue Reading...

Apakah Umno akan diharamkan sekali lagi?

Sumber:msomelayu

TERSIMPUL persoalan besar apakah Umno akan diharamkan untuk kali kedua? 21 tahun lalu Umno telah diistyharkan sebagai pertubuhan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Keputusan dibuat oleh Hakim Datuk Harun Hashim. Gara-gara keputusan mahkamah itu menyebabkan Umno yang ditubuhkan di Istana di Johor Baharu pada 11 Mei 1946 hakikatnya telah berkubur.

Ramai yang tidak tahu Umno yang ada hari ini adalah Umno Baru ciptaan Dr Mahathir Mohamad. Proses pengharaman Umno begitu tektikal sekali. Ia bermula dengan kumpulan 11 membawa masalah Umno ke mahkamah. Sekumpulan 11 ahli Umno meminta mahkamah supaya membatalkan pemilihan Umno pada tahun itu dan diadakan semula kerana ianya tidah sah apabila cawangan haram ikut sama mengambil bahagian.

Disebabkan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk memutuskan hal dalaman sesebuah pertubuhan, mahkamah tidak ada pilihan lain melainkan mengistyharkan Umno sebagai pertubuhan tidak sah. Pengharaman Umno itu menimbulkan tanda tanya kerana ada yang berpendapat ianya disengajakan kerana ingin menjaga kedudukan dan kuasa seseorang.

Yang jelasnya pengharaman itu sungguh menyayatkan hati orang Melayu.

Apakah perisitwa itu akan berulang kembali? Umno baru dikatakan dicipta Mahathir untuk menghalang Tengku Razaleigh Hamzah berkecimpung dalam Umno itu akan menerima gilirannya dan akan menemui maut di mahkamah juga.
Baca seterusnya...
Continue Reading...

Apabila Agong berkuasa penuh lantik PM

Sumber: Malaysiatoday

Kini, khabar angin tersebar luas kononnya Yang di-Pertuan Agong tidak berapa senang dengan bakal Perdana Menteri yang ada. Ini kerana, beliau terlalu banyak “masalah” yang belum selesai yang dipikul dan digalasnya.

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

"Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.
Kuasa inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Ia juga berlaku di Perlis. Walaupun Abdullah, melalui suratnya mahukan Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi MB, namun Datuk Mat Isa Sabu yang diperkenankan oleh Raja Perlis.

Selepas Mac 2009 nanti, Abdullah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Inilah janji beliau dan ia diulangi lagi baru-baru ini.

Selepas beliau meletakkan jawatan, sebagaimana dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik siapa sahaja yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Tidak boleh. Baginda mesti melantik ketua parti iaitu Najib?" kata seorang anggota Parlimen Umno kepada saya. "Dalam kes Terengganu berbeza kerana Idris bukan ketua parti," tambah ahli Parlimen dari Umno berkenaan lagi.

Jika benar apa yang dikatakan beliau itu, bermakna tidak benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.

Baca seterusnya..
Continue Reading...

Tuesday, March 3, 2009

Politik Wang dan rasuah itu amalan UMNO/BN

Politik wang: Umno digesa tunda perhimpunan 24 Mac
Jimadie Shah Othman Mar 3, 09 1:43pm

Umno digesa menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan hujung bulan ini sehingga siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap amalan politik wang dalam parti itu selesai.

Bekas exco Pemuda, Datuk Mazlan Haron dan perwakilan Umno Muar, Datuk Kadar Sulaiman berkata mereka sedia memohon injunksi daripada mahkamah bagi menghalang perhimpunan itu jika saranan itu diabaikan oleh parti.

"Saya serta Datuk Mazlan akan mengkaji untuk mengambil injuksi mahkamah sekiranya Umno belum habis menyelesaikan kes salah laku dan politik wang sebelum persidangan diadakan, dan juga segala permintaan-permintaan saya seperti yang disebutkan di atas tidak diambil tindakan," kata Kadar.

Selanjutnya...
Continue Reading...

Monday, March 2, 2009

Tiada Esok Bagi Mu, Zambri


Oleh alhusseyn

"Zambry kini sedang tercungap-cungap berhadapan dengan situasi yang amat genting bagi kerajaan kudetanya di Perak.

Esok tentunya dia dalam keadaan yang sangat serba salah. Apakah dia perlu hadir atau tidak ke persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pagi esok? Kalau dia hadir, maknanya dia terlibat dengan persidangan haram ; kerana dia dan Najib awal-awal lagi dah katakan sidang dewan tergempar itu tidak sah kerana melanggar perlembagaan !

Dan kalau dia tidak hadir, bertambah lagilah gundah gulananya kerana tidak cukup perwakilan untuk melawan undi Pakatan Rakyat yang ada 28 kerusi. Mereka mengharapkan sangat campur tangan Istana , namun pihak Istana terus menyepi menyebabkan pihak Zambri terpaksa berkejar ke Mahkamah Tinggi pagi tadi sebagai talian hayat terakhir.

Adakah masih ada esok untuk Zambri dan Enam Jahanamnya itu? Sangat menarik kita ikuti perkembangan ini esok.

Zambri telah begitu bersungguh-sungguh berusaha supaya rakyat Perak menerimanya sebagai Menteri Besar. Dimana-mana dia pergi, maka ia akan mengulangi ungkapan yang sama : “Saya Menteri Besar untuk semua”

Zambri menaburkan ratusan ribu wang untuk mengambil hati rakyat. Sewaktu di kuil Hindu Gunung Churoh tempohari merayakan Thaipusam, Zambri telah meluluskan peruntukan segera RM100,000 untuk perayaan Thaipusam.

Sehari sebelum itu, Zambri menghadiri majlis Tahun Baru China tajaan BN dan mengulangi ungkapan yang sama : “Saya Menteri Besar untuk semua”

Tetapi ungkapanya seperti itu sewaktu menghadiri Sambutan Tahun Baru China tajaan MCA disebuah sekolah China telah ditengelami oleh riuh pikuk oleh ratusan rakyat yang menyuarakan bantahan terhadapnya diluar kawasan sekolah tersebut!

Zambri telah memberikan akuan meluluslkan peruntukan untuk kumpulan Okestra Muzik China, dari salah sebuah sekolah yang terkaya di bandar ini.

Bahawa bukan semuanya dalam dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit sebagaimana tiga ekor katak dulu itu. Ada juga yang memohon kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya, supaya ‘kebenaran’ dapat melenyapkan ‘kebathilan’ .

Apa-apa pun kita berharap Allah akan kabulkan hajat munajat kami selama ini.Doa orang yang dizalimi tidak ada hijabnya. Apabila datang ‘kebenaran’ , maka akan lenyaplah ‘kebathilan’.

Al-Sultan Azlan Shah sendiri pernah menasihati Nizar dengan kalimah Allah yang mulia lagi benar : Innallaha ma’a-sabiriin.Semoga masanya itu akan sampai esok."
Continue Reading...

Sunday, March 1, 2009

Ajar BN-Umno di peti undi - Sasterawan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Mac (Hrkh) -Rakyat disaran menggunakan 'bahasa undi' untuk mengajar pimpinan Melayu yang 'membunuh' bahasa ibundanya (Melayu) sendiri demi menyelamat bangsa dan bahasa dari kepupusan.

Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said, 76, berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerangan Isu Pengajaran Pembelajaran Sains & Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) di pekarangan Surau Tuan Guru Zainal Abidin, Sura Gate, Dungun, kelmarin.

Katanya, pemimpin Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) hanya boleh diajar dengan kuasa undi dalam pilihan raya.

"Saya menyarankan jika kita (rakyat) sayangkan bahasa kita. Jika mahu bahasa (Melayu) kita dilanjutkan dan dilestarikan. Gunakanlah undi anda (kita), gunakan undi anda.

Baca selanjutnya disini
Continue Reading...

Friday, February 27, 2009

TOLAK UMNO BERMAKNA TIDAK PATRIOTIK?

Macam nee pulok....sapa habaq kat hangpa neeee????

Mungkin ramai yang sempat mengikuti rancangan Hujah yang disiarkan oleh TV9 malam semalam. Ahli panel yang diundang adalah Tan Sri Rahim dan DS Syed Hamid, calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.

Tajuk perbincangan malam tadi adalah “Peralihan kuasa, apa yang berubah?”.

Melihat kepada tajuk perbincangan malam tadi, saya jangkakan isi perbincangan akan menjurus kepada “apa yang akan berubah”, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Selanjutnya klik disini.
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template