Showing posts with label PPSMI. Show all posts
Showing posts with label PPSMI. Show all posts

Monday, August 17, 2009

... Bila Ada Pilihanraya, Saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undi siapa saja tapi jangan undi UMNO.....Pak Samad

Sumber:Malaysiakini

Pak Samad di P. Pasir desak mansuh segera PPSMI

P
emansuhan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) tidak dapat meredakan perasaan tidak puas hati kumpulan seniman dan budayawan yang bergabung dalam Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP).

Jumaat ini, empat hari sebelum pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir berlangsung, penasihat GMP Sasterawan Negara A Samad Said dijadual turun berkempen atas pentas PAS bagi meminta dasar itu dimansuhkan segera.

Awal bulan lepas, kerajaan mengumumkan PPSMI dimansuhkan mulai 2012.

"Saya diberi pentas, bercakap soal PPSMI, tentang perkembangannya. (Tindakan) itu biasa sahaja, oleh kerana (ada) pilihan raya kecil," katanya kepada Malaysiakini hari ini.

"Itu adalah tafsiran (orang ramai). Saya cuma guna pentas (PAS)," tambahnya, apabila diminta pembabitannya bersama parti itu pada pilihan raya DUN itu.

Baca seterusnya....
Continue Reading...

Monday, March 16, 2009

Bahasa lebih penting daripada wang ringgit - A. Samad Said

Sumber :Harakahdaily

Ekmal Yusof
Mon | Mar 16, 09 | 1:13:39 pm MYT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengumumkan Pilihan Raya P-59 diadakan pada 7 April depan manakala Hari Penamaan Calonnya 29, Mac ini.

"Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang, katanya.

Beliau menegaskan, sejak awal Tun Dr Mahathir Mohammad memperkenalkan PPSMI itu, telah heboh diperkatakan oleh tokoh bahasa negara akan kesan dan akibatnya terhadap pembelajaran murid-murid Melayu dalam sains dan matematik berpenghantar Inggeris itu.

Kata A. Samad, setelah digunakan beberapa tahun kaedah tersebut, hasil kajian profesional membuktikan kemampuan pelajar-pelajar menggunakan bahasa Inggeris dalam peperiksaan itu bertambah lemah dari tahun ke setahun hingga kini.

Selanjutnya...

Moto Kami: Bahasa Jiwa Bangsa

Continue Reading...

Samad Said cabar pemimpin Umno berbahasa Inggeris dalam kempen pilihan raya kecil

Sumber: Harakahdaily

Bashir Ishak
Mon | Mar 16, 09 | 8:06:44 pm MYT

ALOR SETAR, 16 Mac (Hrkh) - Sasterawan Negara, Dato' A Samad Said mencabar pemimpin kerajaan Umno-BN untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil yang akan berlangsung tidak lama lagi dengan bercakap dalam bahasa Inggeris.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, hasil daripada usaha yang dibuat oleh Gerakan Mansuh Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (GMP) baru-baru ini, tidak mustahil isu ini akan dibincangkan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno, yang dijadual akhir Mac ini.

Dan dalam perhimpunan itu, oleh kerana pemimpin Umno terlalu mengagungkan bahasa Inggeris, adalah lebih baik mereka, dari peringkat atas hingga ke bawah, berbincang dalam bahasa Inggeris," tegas A Samad.

"Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris," ujar pejuang bahasa itu lagi.

Selanjutnya...
Continue Reading...

Sunday, March 8, 2009

Bahasa Kebangsaan Bahasa Ilmu

Janganlah biarkan pelajar kita mengalami sindrom “Tiga Kebodohan” atau “Tiga Kedunguan”.

Ikuti ulasan dan pandangan berhubung dengan 'PPSMI'oleh Ketua Perusuh seterusnya....

Tahniah saya ucapkan atas keperihatinan semua pihak yang bersama-sama menjayakan Perhimpunan 100.000 umat GMP (anti-PPSMI) semalam. Alhamdulillah, dalam kesempatan yang terbatas, saya mampu menghadirkan diri dicelah-celah para pejuang Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) demi memperjuangkan martabat dan keperluan Fasal 152 Perlembagaan Malaysia kekal malah diperbaiki demi kesinambungan wacana ilmu dan kehendak warga Malaysia.

Sejak PPSMI dilaksanakan, saya telah menjelajah terlalu banyak kawasan luar bandar (terutamanya di pantai timur) dan menjengah beberapa sekolah rendah demi untuk melihat sendiri apa sebenarnya yang berlaku diperingkat sekolah. Hampir 99% pelajar sekolah rendah dikawasan luar bandar dilihat tercicir dari menguasai ilmu Matematik dan Sains hasil dari perlaksanaan PPSMI.

Saya mendapat pendidikan awalan didalam bahasa penjajah (Bahasa Inggeris), namun begitu jiwa saya begitu kental untuk memastikan bahawa Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) tetap menjadi pilihan utama dalam pencernaan ilmu.

Ulasan seterusnya...
Continue Reading...

Saturday, March 7, 2009

PPSMI: PM risau tekanan makin besar

Sumber: Malaysiakini
Mar 7, 09 6:34pm

Perdana menteri meminta isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera kerana bimbang bantahan orang ramai makin meluas pada masa depan.

"Saya harap keputusan ini akan dibuat segera. Kalau tidak nanti
tekanan-tekanan dan tindakan-tindakan NGO akan berterusan
dan akan menjadi isu yang lebih besar," kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini.

Menurut Bernama, beliau berkata kerajaan mengakui adanya desakan yang kuat daripada rakyat khusunya orang Melayu yang sedang memberi perhatian terhadap perkara terbabit.

Abdullah mengulas demonstrasi besar anjuran Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) ke Istana Negara petang ini selepas melancarkan novel Dragon Fire Hammer karya penulis berusia 14 tahun, Adam Umemoto di Petaling Jaya.

Beliau berkata Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO bagi membincangkan perkara berkaitan PPSMI.

Bagaimanapun, tambahnya, kementerian berkenaan buat masa ini belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil itu.

"Dengan adanya keputusan-keputusan peperiksaan yang boleh memberi asas kepada kementerian untuk membuat keputusan, maka saya percaya keputusan itu perlu menjadi keputusan yang baik bagi mengukuhkan kepentingan rakyat dan masa depan kita," perdana menteri dipetik berkata.

Pelaksanaan dasar kontroversi itu sejak 2003 mencetuskan perdebatan hangat dan kebelakangan ini ia melimpah dalam bentuk bantahan serius, termasuk penggiat sastera Melayu dengan laporan polis, ugutan saman dan demonstrasi besar.

Kira-kira 8,000 orang yang berarak membantah PPSMI dari Masjid
Negara bagi menyerah memorandum kepada pihak Yang di-Pertuan Agong dihujani puluhan das gas pemedih mata sekitar Kampung Attap.
Continue Reading...

Perhimpunan PPSMI ke Istana Negara 7 March 2009 part 1

Continue Reading...

Friday, March 6, 2009

PPSMI: perhimpunan berjalan seperti dirancangkan

Sumber: Suara Keadilan

Kemaskini: 2.40 Petang- Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.

Kemaskini: 2.30pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.

Walaupun pihak polis sedang menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis.

Kelihatan ketuan Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka.

Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan.

Kemaskini: 1.30 Petang - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’

Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Setul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

Kemaskini: 1.00 Tengah hari - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada hari ini.

Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi.

Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut.

Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini.

Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak.

Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan,” kata beliau denga penuh semangat di iringi tepukan dan launan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.
Continue Reading...

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Sumber:Malaysiakini
Mar 7, 09 1:54pm
kemaskini 2.36pm

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis.

Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.

Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Continue Reading...

Friday, February 27, 2009

Mereka yang tuduh GMP samseng, Hassan Ahmad sifatkan sebagai orang 'bangang'!

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

PENGERUSI Karyawan, Dato' Hassan Ahmad menyifatkan mereka yang menuduh Gerak Mansuh PPSMI (GMP) sebagai samseng bahasa adalah orang 'bangang' yang bercakap tanpa fakta.

"Saya ingat orang itu bangang! Kita ini samseng ke? Yang tidak ada intelektual ialah mereka (yang menuduh). Inilah yang menyebabkan kita marah," katanya ketika sidang media GMP di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa Pustaka, 12 Febuari baru-baru ini.
Hassan yang juga Pengerusi GMP menyifatkan mereka yang menuduh tanpa asas itu sebagai orang yang sudah kalah untuk berhujah.

"Inilah mereka berhujah, hujah orang yang sudah kalah. Mereka gunakan bermacam-macam cara itulah samseng dan gila bahasa," katanya.

Malangnya, kata Hassan mereka yang disifatkan 'bangang' itu takut untuk berdebat dengan GMP kerana gabungan itu terdiri daripada kalangan intelektual dan pakar dalam Bahasa Melayu.

"Bila kita ajak bahas mereka tidak mahu. Dia takut! Macam dia takut hendak menghadapi pilihan raya kecil," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said, Timbalan Pengerusi GMP Dr Mohd Shaharir Mohamad Zain dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana GMP, Suhaizan Kaiat. Hassan juga turut menafikan tuduhan yang mengatakan GMP menjadi alat politik parti pembangkang. Bahkan, beliau menegaskan gerakan itu tidak ada batas politik dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mereka asalkan ia adalah rakyat Malaysia.

"PAS, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Najib ke... mereka boleh sokong GMP sebab mereka rakyat Malaysia. Mereka dipilih rakyat Malaysia. Semuanya rakyat Malaysia, jadi tidak ada kepentingan politik," katanya.

Tegas beliau lagi, GMP juga cuba untuk mengadakan kerjasama dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya, pada 17 Feb ini GMP akan menyerahkan memorandum Membantah PPSMI kepada wakil rakyat agar membahaskan atau mengusulkan di dalam Dewan Rakyat.

Tambah Hassan penuh semangat, GMP akan tetap meneruskan 'Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI' pada 7 Mac nanti.

"Tetapi jika ada keputusan mengejut, kerajaan mahu mansuhkan PPSMI, kita akan adakan sambutan meraikan ucapan terima kasih kepada kerajaan," kata Hassan.
Continue Reading...

Thursday, February 26, 2009

PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.

Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Baca selanjutnya klik disini
Continue Reading...

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Sumber Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

berita selanjutnya klik disini

Continue Reading...

Tuesday, February 17, 2009

Cik Gu Akan Jatuhkan UMNO PRU13

Oleh professor

"Berdiri bulu roma Prof membaca wawancara ini
Cuma dipetik 1 paragraph di sini

Bagaimana Dato' terdorong untuk mengetuai gerakan ini?

Saya sebenarnya didatangi oleh sekumpulan orang muda meminta saya mengetuai gerakan ini, kerana, menurut mereka, sudah tiada orang yang mahu berjuang lagi untuk mempertahankan bahasa mereka.

Saya terima dengan syarat gerakan ini bergerak bukan untuk berperang melawan sesiapa tetapi semata-mata untuk meminta supaya pihak yang berkuasa memansuhkan PPSMI demi kebaikan dan kepentingan bangsa, pendidikan dan kemajuan negara berdasarkan model kita di Malaysia, bukan di Britain atau di Amerika Syarikat.

Kita tak usahlah berdolak-dalik lagi. Kita mempunyai banyak hujah, fakta dan hasil kajian untuk meyakinkan rakyat dan khususnya orang-orang dan pihak yang tidak faham tentang keburukan PPSMI itu.

Tugas saya dalam gerakan ini lebih banyak bersifat memberi nasihat dan sebagai tenaga pengimbang, memimpin gerakan yang kebanyakannya ditenagakan oleh orang muda yang sangat prihatin terhadap masalah bangsa, mengimbangi antara perasaan dengan realiti. Ketika ada yang datang bertanya kepada saya, saya fikir kenapa tidak? Jadi saya pun terima.

Ulasan

Prof jadi begitu bersemangat , walaupun dalam tugasan yang menimbung , tak terkata banyaknya , tapi bila baca wawancara ini , naik ‘seth’ pulak jadinya.

Apa tidaknya , kalau benar apa yang dikata , terbukti kini , golongan anak – anak muda yang akan menjadi faktor utama dan terbesar , bagi kejatuhan umno PRU13 nanti.

Rupa – rupanya golongan orang muda ini begitu terkehadapan memperjuangkan bahasa , membantah PPSMI ini.

Apa lagi umno nak kata dengan orang muda ni ???

Begitu juga dulu , golongan pendidik , pendokong utama umno , sehingga ke tahun 1981 , dengan bermulanya era Mahathir , golongan korporat mengambil alih menerajui umno , meminggir dan menyingkir , hingga hampir tidak ada lagi guru – guru bersama umno , dan seterusnya melahirkan penyakit rasuah , yang sudah sampai ke tahap 3 , 4 yang sukar dan tidak mungkin dapat dipulihkan lagi

Umno agak subur sekitar kira – kira 1951 – 1981 , 30 tahun , bah kan boleh dikatakan letak tunggul pun boleh menang dalam mana – mana pilihanraya ketika itu.

Begitu lah besarnya jasa dan peranan cik gu – cik gu dalam mendokong dan menyokong UMNO.

Keadaan sudah berubah kini , zaman sudah beredar , hari ini sudah terbalik jadi nya , dalam PRU12 lalu dikatakan ,kalau Barisan Alternatif [ sekarang Pakatan Rakyat ] meletakkan batang pisang pun , umno/bn boleh kalah.

Lihat saja contoh, seperti di selangor , calon – calon bidang terjun dengan gaya hebat dan tersendiri boleh menduduki kerusi – kerusi parlimen dan negeri.

PRU12 2008 , 11 2004 [ kerana silap mata pak lah ] , 10 1999 dikatakan golongan profesional , kakitangan dan pegawai kerajaan yang juga dipanggil kumpulan pengundi atas pagar tidak lagi memberi undi kepada umno.

Betul ke dalam PRU13 nanti , golongan pendidik secara kolektif akan memberi undi kepada calon – calon Pakatan Rakyat , juga orang – orang muda.

Antara isu besar yang berlegar dalam pasaran sekarang ini , yang bakal membunuh umno ialah Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI)

Kalau itu jadinya siapa lagi yang umno boleh harapkan untuk menyokongnya dari rebah ???

Boleh ke umno bergantung harap dengan golongan korporat , yang mendominasi hampir 100% jawatan – jawatan utama , dari peringkat pusat hingga ke negeri , bahagian dan cawangan , yang disaluti dan baluti dengan penyakit rasuah tahap 3 dan 4 ?

Dalam isu PPSMI ini , bukan setakat cik gu , malah para seniman juga turut menzahirkan ketidakgembiraan mereka dengan langkah Mahathir 6 tahun dulu.

Cuba merasai kegusaran para seniman di bawah ini

Begitu lah betapa perihatin nya semua golongan ini , mereka berjuang bukan kerana perut , seperti mana golongan ahli – ahli politik umno yang sentiasa memikirkan untuk menambahkan harta dan kekayaan diri , ahli keluarga dan kroni – kroninya.

Nampak ada kesepakatan , walaupun dalam keadaan ’terpaksa’ GAPENA juga turut membuat laporan polis , bagi menyatakan bantahan dan merayu kerajaan memansuhkan PPSMI. Kalau tidak turut serta , takut nanti ketinggalan pulak dalam meraih populariti. Lihat ini
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template