Saturday, March 7, 2009

SPRM dicabar,mana hilang kes Ketua dan Menteri Besar?

Sumber: Harakahdaily
Nyza Ayob
Sat | Mar 07, 09 | 7:35:58 am MYT

KUALA LUMPUR, 7 Mac (Hrkh) - "Saya cabar SPRM. Di mana dia isu 18 kes rasuah serta laporan BPR terhadap Ketua Menteri dan Menteri-Menteri Besar yang perlu diberi 'priority' apabila BPR ditingkatkan menjadi SPRM?"

Demikian ditegaskan Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub sebagai respons kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato' Seri Ahmad Said Hamdan yang menyifatkan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar tidak kebal daripada tindakan undang-undang seolah-olah beliau tidak boleh mendengar kes-kes yang melibatkan pembangkang.

Pada 25 Februari lalu, SPRM merekodkan keterangan Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Zambry dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

Ahmad Said menyatakan berdasarkan aduan dan maklumat yang diterima, pihaknya percaya Speaker DUN Perak itu perlu disiasat mengikut Seksyen 23 Akta SPRM 2009.

Continue Reading...

Demo anti-PPSMI dihujani gas Polis

Sumber: Malaysiakini
Jimadie Shah Othman & Abdul Rahim Sabri | Mar 7, 09 1:54pm

Kemaskini 6.19pm Gerakan aktivis bahasa menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) mencipta sejarah apabila turun ke jalan raya, mengulangi peristiwa perarakan Keranda 152 beberapa dekad lalu.

ppsmi march 070309 crowd.jpgPeristiwa bersejarah pada 3 Mac 1967 itu bagi membantah Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), waktu itu antara lokasi penting kegiatan sasterawan dan intelektual Melayu.

Mereka merancang mengadakan bantahan ke Parlimen. Nombor '152' merujuk Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan yang menyentuh fasal Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan Malaysia.

Hari ini, selepas 42 tahun peristiwa penting dalam perjuangan mendaulatkan Bahasa Melayu, kira-kira 8,000 orang berarak dari Masjid Negara selepas jam 2 petang tadi.

Continue Reading...

Perhimpunan PPSMI ke Istana Negara 7 March 2009 part 1

Continue Reading...

Friday, March 6, 2009

PPSMI: perhimpunan berjalan seperti dirancangkan

Sumber: Suara Keadilan

Kemaskini: 2.40 Petang- Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.

Kemaskini: 2.30pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.

Walaupun pihak polis sedang menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis.

Kelihatan ketuan Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka.

Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan.

Kemaskini: 1.30 Petang - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’

Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Setul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

Kemaskini: 1.00 Tengah hari - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada hari ini.

Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi.

Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut.

Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini.

Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak.

Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan,” kata beliau denga penuh semangat di iringi tepukan dan launan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.
Continue Reading...

Polis tembak gas kepada penentang PPSMI

Sumber:Malaysiakini
Mar 7, 09 1:54pm
kemaskini 2.36pm

Perhimpunan membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) bermula di Masjid Negara dengan kawalan ketat polis.

Perhimpunan yang dibenarkan oleh pihak berwajib itu berarak ke Istana Negara bagi membawa memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda dalam pemansuhan dasar kontroversi itu.

Polis bagaimanapun melarang sebarang perarakan ke istana dan juga perhimpunan di dua lokasi lagi seperi dirancang, Pasar Seni dan kompleks membeli-belah Sogo.

Polis kelihatan berkawal dekat mahkamah syariah Wilayah Persekutuan, beberapa ratus meter dari Masjid Negara, jalan menuju istana.

Untuk memintas sekatan polis di situ, kumpulan lebih 1,000 penentang dasar tersebut di kalangan aktivis bahasa dan penyokong pembangkang bergerak melalui jejantas depan masjid menuju Kampung Attap, dekat istana.

Polis melepaskan gas pemedih mata kepada penentang dasar PPSMI di situ sehingga memecahkan kumpulan tersebut kepada dua kelompok kecil.

Tembakan gas pemedih mata juga kelihatan di lebuh raya tersebut, dekat jejantas di atas Jalan Syed Putra.

Suasana kelam-kabut. Belum ada laporan tangkapan diterima, setakat ini.

Walaupun kelihatan asap gas pemedih mata berkepul-kepul di udara, barisan peserta perhimpunan menentang PPSMI terus bergerak ke depan, dengan harapan dapat menuju Istana Negara.

Continue Reading...

Serah tugas Pak Lah kepada pemimpin bermasalah: Satu pengkhianatan buat negara

7 Mac 09

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar dipetik dari blog "nakmarahmarahlah" mengulas tentang penyerahan tugas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada timbalannya dianggap satu pengkianatan kepada negara.

Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Abdullah tidak sepatutnya menyerahkan jawatan Perdana Menteri kerana timbalannya itu dikaitkan dengan pelbagai skandal.

"Najib masih lagi belum dibersihkan oleh mana-mana mahkamah jadi kreadibilitinya dipersoalkan kerana terpalit dengan pelbagai isu. Oleh yang demikian, tidak sepatutnya Abdullah menyerahkan tugas beliau kepada Najib kerana rakyat tidak mahu seorang pemimpin yang penuh dengan skandal. Negara ini tidak memerlukan seorang pemimpin yang telah teruk rosak kreadibilitinya akibat dari kesilapannya sendiri, "ujarnya .

Continue Reading...

Pidato Kebangsaan ‘Ketuanan Rakyat’

Sabtu, 7 Mac 2009 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional

KUALA LUMPUR, 6 Mac (SK): Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim akan menyampaikan Pidato Kebangsaan sempena meraikan sambutan setahun kejayaan Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalu.

Pidato bertajuk ‘Ketuanan Rakyat’ pada Ahad ini akan menumpukan isu-isu ke arah membina penyatuan rakyat Malaysia.

Beliau juga dijangka akan mengumumkan pendekatan yang perlu diambil oleh pimpinan Pakatan Rakyat dalam menghadapi cabaran kemelesetan ekonomi serta perancangan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan usaha meningkatkan mutu pendidikan negara.

Butiran program:

Hari: Ahad 8hb Mac 2009
Masa: Jam 3.30 petang
Tempat: Wisma MBSA, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Anda juga boleh menonton siaran langsung acara tersebut di laman http://www.justin.tv/tvantara

Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template