Wednesday, September 2, 2009

Kerajaan Selangor Atau Terengganu Bakal Tumbang ?

Detikdaily

Oleh Sofi Wahab
 
 
Najib secara terang-terangan berkata Selangor mesti direbut kembalGo to fullsize imagei dari Pakatan Rakyat. Bagaimana caranya saya tidak pasti. Mungkin cara yang sama seperti yang mereka lakukan semasa merentap kuasa Kerajaan PR di Perak.
Semua orang tahu bahawa BN sememangnya tiada maruah dan sering membelakangkan undang-undang dalam apa juga tindakannya.


Yang penting mereka mendokong 'aqidah' matlamat menghalalkan cara. Sebab itulah mereka tidak kisah dengan apa juga cara samada halal atau haram asalkan matlamat tercapai. Demokrasi dan Islam ditolak ketepi.
 
 
Menariknya kali ini, Najib berusaha keras untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor tetapi pada masa yang sama Anwar pula dilaporkan pernah berjumGo to fullsize imagepa dengan ADUN Terengganu yang tidak puas hati kepada MB Terengganu Ahmad Said. Ada laporan menyebut ADUN tersebut mengugut untuk keluar dari Umno dan menyertai PKR. Ianya tidak mustahil. 
 
 
Khabarnya 9 orang ADUN BN sedang berkira-kira untuk membuat kejutan. Jika mereka menyertai PKR dan bergabung dengan 8 orang ADUN PAS maka kerajaan PR Terengganu dapat dibentuk.
 
 
Namun bagi saya jika ianya menjadi kenyataan kerajaan tersebut pastinya kerajaan yang tidak kukuh dan longgar kerana ianya dianggotai oleh ADUN BN yang tidak puashati terhadap Ahmad Said bukannya tidak suka kepada prinsip dan kebobrokan BN. Bila-bila masa mereka boleh berubah.
 
 
Continue Reading...

SPR Mencabar Undang Undang Tubuh Kerajaan Kedah

Detikdaily

Oleh Ustaz Idris Ahmad

Parti Se-Malaysia (PAS) menolak keputusan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan raya Malaysia (SPR) yang mengistiharkan bahawa Dun N3:Kota Siputeh tidak kosong. 
Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Dato' Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan ADUN Kota Siputeh, Dato' Abu Hassan Sarif, yang didakwa hilang keanggotaannya kerana tidak hadir dua mesyuarat secara berturut-turut.


Berdasarkan Perkara 51: Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah (UUTKNK); 
"Jika mana-mana ahli bagi Dewan Negeri tiada hadir di dalam Dewan dengan tiada kebenaran Speaker di dalam dua kali mesyuarat berturut-turut maka tempatnya itu hendaklah menjadi kosong"
 
Dalam kes ADUN Kota Siputeh, beliau didapati gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu. Maka keputusan Speaker adalah menepati Perkara 51 UUTKNK. 
Walau bagaimanapun SPR mentafsirkannya sebagai tidak sah kerana melibatkan dua penggal yang berbeza dimana mesyuarat 19 April berlaku dalam penggal pertama dan mesyuarat 9 Ogos dalam Penggal yang kedua. 
Ini bercanggah dengan Perkara 51 yang langsung tidak menyebutkan isu penggal. Perkara 51 hanya menyebut tentang mesyuarat tanpa mengasingkannya mengikut penggal dan kuasa memberikan kebenaran adalah ditangan Speaker bukannya Ketua Pembangkang yang gagal melakukan tugasnya pada waktu kejadian. 
Tindakan SPR ini juga bercanggah dengan Perkara 52, UUTKNK yang menyebut; 
"Jika berbangkit apa-apa soalan fasal adakah mana-mana Ahli Dewan Negeri itu tiada layak menjadi ahli maka hendaklah diambil keputusan Dewan dan itulah yang muktamad."
 
Maka SPR tiada kuasa untuk membuat tafsiran atau keputusan kerana kekosongan Dun Kota Siputeh yang boleh diputuskan oleh Speaker dan Mesyuarat Dewan sahaja. 
Maka, dengan sendirinya keputusan SPR itu terbatal dan tidak terpakai. Maka perkara ini perlu dibawa kepada Mesyuarat DUN atau Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan. 
Perlembagaan menetapkan bahawa SPR hanyalah berfungsi sebagai; 
Jawatankuasa pilihan raya ke atas kawasan parlimen dan DUN, mengelola pilihan raya, dan pelaksanaan pendaftaran pemilih. 
Ia juga mengumpul maklumat mengenai kawasan baru yang membolehkan keadilan dapat dilakukan ke atas pengundi untuk mengundi di kawasan pengundian yang ditetapkan, mempromosikan kepentingan mengundi, dan menguruskan semakan daftar pemilih dengan memadam nama-nama orang yang telah mati atau didapati tidak layak mengundi. 
Pada hari pengundian, anggota SPR dan pegawai akan berada di pusat pengundian untuk menjalankan proses pengundian pilihan raya. 
Maka tugas menentukan sesuatu kerusi itu kosong atau tidak adalah kuasa Speaker dan Dewan semua negeri serta Parlimen. SPR tidak boleh memandai-mandai menjadi hakim, jika tidak kes seperti di Perak akan berlaku sekali lagi. 
PAS sekali lagi menyatakan pendirian menolak keputusan SPR dan meminta agar pihak SPR menghormati kuasa Speaker dan Dewan Undangan Negeri Kedah. 
Ketua Penerangan PAS Pusat
Continue Reading...

Pakatan perlu sedia hadapi cabaran lebih besar

Detikdaily

Oleh ABDUL SHUKUR HARUN

Mengikut proses alam, pokok yang baru tumbuh, dengan keadaannya yang masih lemah, akarnya belum teguh, ia berada di dalam keadaan tenang, tidak ada angin atau ribut taufan yang hendak menggugatnya. Ia belum lagi menerima cabaran, hidupnya masih dimanja dan dibelai oleh yang empunya tanaman itu.


Namun apabila, pohon itu semakin membesar dan membesar dan kemudian berbuah, sementara akar umbinya semakin kukuh, maka secara alami ia akan berdepan dengan hujan rebut yang datang, malah mampu menghadapi taufan yang menggila. Di sinilah jika akar umbi pohon itu teguh, ia akan mampu menghadapi cabaran sebesar manapun.

Justru itu, ketika rakyat menyambut sekitar 500 hari Kerajaan Pakatan Rakyat, saya mengambil analogi ini untuk menggambarkan mengenai survival Pakatam Rakyat, sebuah ikatan politik yang dinamik dan menjadi harapan masa depan rakyat. 500 hari dikira bermula dengan pembentukan Kerajaan Pakatan Rakyat di lima negeri selepas keputusan PRU Ke-12 8 Ogos 2008. Bagaimanapun Kerajaan PAS Kelantan sudah berusia 19 tahun, sementara Kerajaan Pakatan di Perak telah di’rampas’ begitu rupa dengan cara yang amat menjijikkan.

Seperti pohon yang sudah mulai teguh dan menampakkan hasilnya, Kerajaan Pakataan Rakyat sudah mampu menerima cabaran ribut taufan yang sangat mencabar dan tidak henti-hentinya. Selepas dapat ‘merampas’ Perak, Barisan Nasonal melancarkan kempen menggugat Pakatan dengan hebat dan pelbagai cara terumatanya di Selangor. Iaitu untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia itu. Sementara itu Kerajaan Pulau Pinang dan Kedah tidak kurang juga menjadi sasaran BN. Namun begitu, setakat ini, Kerajaan Selangor, Pulau Pinang dan Kedah masih dapat bertahan menghadapi cabaran sengit itu.

Tidak syak lagi, sudah terlihat kebijaksanaan pimpinan Pakatan Rakyat, terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Tuan Guru Haji Nik Abd Aziz Nik Mat, Ustaz Abd Hadi Awang, Tan Sri Abd Khalid Ibrahim, Dato’ Seri Azizan Ab Razak, Lim Guan Eng dan pimpinan Pakatan yang lain.dalam menangani cabaran dari Barisan Nasional itu. Usaha pimpinan tertinggi Pakatan mengadakan retreat baru-baru ini, untuk menyelessaikan maslah dalaman, terutamanya perbalahan sesama sendiri, mengatur trategi menghadapi parti lawan dan membentuk jawatankuasa disiplin Pakatan dalam usaha mengukuhkan perpaduan Pakatan Rakyat adalah langkah yang sangat wajar dan bijaksana oleh pimpinan Pakatan Rakyat.

Kepada saya, fungsi jawatankuasa disiplin Pakatan Rakyat sangat penting untuk mengawal supaya tidak ada lagi cross-fire di antara pemimpin Pakatan.sendiri yang selama ini dilihat ada sesetengah kenyataan mereka menjadi ‘hidangan lazat’ media massa tradisional untuk mengadu-domba antara pemimpin parti dalam Pakatan. Sebarang kesilapan pemimpin Pakatan, baik ucapan dataupun kenyataan media mereka bermakna akan mendedahkan diri kepada peluang media mass melaga-lagakan mereka. Justtu itu, pemimpin Pakatan perlulah mempunyai kemampuan mengawal diri supaya tidak terjebak kepada perangkap musuh.

Ini semua adalah cabaran, mehnah dan fitnah, yang dihadapi oleh batang tubuh Pakatan Rakyat, pada ketika rakyat berbilang kaum memberikan sokongan demi sokongan, seperti apa yang terlihat disemua pilihan raya kecil seluruh negara akhir-akhir ini, keculi di Batang Ai, Sarawak. Bagaimanapun kita dapat mengertikan suasana di sana. Insya-Allah, rakyat Sabah dan Sarawak akhirnya akan dapat juga menerima Pakatan Rakyat.

Walaupun Kerajaan Pakatan Rakyat baru memerintah 500 hari di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah tetapi kepimpinan kerajaan baru ini sudah beransur mantap, sudah menampakkan kejayaan. Ia dilihat sangat peduli rakyat. Mereka yang prihatin dan mampu berfikir, tidak prejudis kepartaian dan perkauman sempit, mampu melihat dan merasakan perbezaan antara kerajaan lama Umno/BN dengan kerajaan baru Pakatan Rakyat. Iaitu terutamanya ketelusan dan sudah terlihat mereka melakukan keadilan dan terbuka dalam mengagihkan pelbagai peluang kepada rakyat pelbagai kaum.

Masalahnya, media masa tradisional, atas kepentingan politik tuannya, telah menyembunyikan kebaikan Kerajaan Pakatan Rakyat ini, di mana yang hodohnya saja yang keluar di media tersebut. Ini adakah hakikat pertarungan politik. Dengan itu pemimpin Pakatan Rakyat jangan membuang masa memikirkan semuanya itu. Dunia siber yang terbentang luas, telah menawarkan pelbagai maklumat alternatif melalui pelbagai wabe-site dan sebagainya. Pakatan Rakyat masih berpeluang luas menghantar mesej kepada rakyat akan apa yang mereka lakukan untuk kebaikan rakyat. Di samping itu ia sendiri memiliki akhbar alternatif yang memberi peluang untuk rakyat mendapat maklumat alternatif.

Mengikut statistik, penggunaan internet di kawsan bandar dan semi-bandar sudah sampai kepada 90 peratus. Maknanya demikian ramai rakyat yang mendapat exess maklumat bukan dari media tradisional. Perkembangan ini memberi kelebihan dan sangat menolong Pakatan Rakyat. Justru itu, pengundi di Permatang Pasir, sebuah kawasan di pinggir bandar, umpamanya, mendapat maklumat yang cukup dan berimbang mengenai perkembangan politik dan kemasyarakatan.

Sementara itu, PRU Ke-13 dijangka berlansung tiga tahun lagi, atau lebih cepat. Justru itu, pemimpin Pakatan Rakyat perlu mengatur segala persiapan secukupnya untuk menghadapi PRU Ke-13 itu. Berdasarkan beberapa keputusan pilihan raya kecil baru-baru ini, sokongan pengundi bukan Melayu terhadap Pakatan terus meningkat, sementara sokongan pengundi Melayu belum banyak mengalami perubahan. Bagaimanapun Pakatan Rakyat masih mempunyai peluang untuk menambah sokongan pengundi Melayu. Di tengah-tengah isu perkauman yang ditiupkan oleh Umno/BN, kita yakin tidak semua pengundi Melayu terpengaruh dengan isu ini, justru kerana isu perkauman sama sekali tidak menolong orang Melayu dan kaum lainpun.

Kesimpulannya, jika Pakatan Rakyat tidak lagi berantakan sesama sendiri, prestasinya terus meningkat, tahap kepeduliannya terhadap rakyat terus meningkat, keadilan dan ketelusan dapat dikekalkan dalam pemerintahannya, tidak syak lagi rakyat akan semakin ramai menyokongnya. Oleh itu, Pakatan Rakyat perlu bersedia menghadapi cabaran lebih besar – sama seperti pohon yang teguh akar umbinya, tidak mungkin tumbang walau sebesar manapun rebut taufan melandanya.
Continue Reading...

Rampasan kuasa Selangor: Perancangan 16 Sept berulang?

Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.
Wong Shu Qi, Merdeka Review
 
Desas-desus bahawa Perdana Menteri, Najib bakal merampas kuasa kerajaan negeri Selangor daripada Pakatan Rakyat pada September tahun ini, mungkin berakhir seperti perancangan 16 September, tahun lalu.  Agak mustahil untuk Barisan Nasional merampas lapan kerusi, sebagai langkah menjatuhkan kerajaan PR buat setakat ini.
Namun, seandainya BN cuba menyempurnakan rancangan rampasan kuasa dengan dakwaan rasuah terhadap ADUN tertentu, ia mungkin memerlukan lebih masa.  Singkatnya, kemungkinan untuk BN menggulingkan kerajaan PR Selangor pada September tahun ini, hampir mencecah sifar.
Exco Kontroversi: Hasan Mohd Ali
Exco paling kontroversial, Hasan Mohd Ali (gambar kiri), juga Ketua Pesuruhjaya PAS Selangor, tersenarai dalam golongan "berisiko tinggi".  Namun, ketika ditanya kemungkinan Hasan Ali untuk melompat parti, Exco Senior, Teresa Kok menafikannya secara terus-terang, "Lain cerita kalau beliau dapat membawa lapan orang melompat bersama-sama.  Kalau tidak, untuk apa beliau lompat?  Lompat untuk jadi pembangkang?"
Selepas tsunami politik 8 Mac, Hasan Ali pernah ditawarkan jawatan Menteri Besar, diberi laluan oleh Khir Toyo (bekas MB) sebagai langkah untuk memastikan UMNO terus berkuasa di negeri, menurut seorang pemimpin PAS.  Hasan Ali walau bagaimanapun terpaksa akur dengan keputusan PAS pusat, untuk bersama dengan PR.
Justeru itu, gerak-geri Hasan Ali kebelakangan ini dibaca sebagai desakan untuk menuntut lebih sumber daripada kerajaan PR.  Malah, sumber maklumat yang rapat dengan PAS tidak menolak kemungkinan bahawa tindakan Hasan Ali untuk mencetus pertikaian seperti penjualan arak hanyalah "ugutan" semata-mata.
Bagaimanapun, Teresa Kok tetap menolak kemungkinan rakan sekerjanya untuk melompat parti, berasaskan kenyataan bahawa PAS tidak mungkin menarik diri dari kerajaan negeri PR, kecuali Hasan Ali melompat secara individu.  Maka, pemimpin DAP ini melihat desas-desus rampasan kuasa, lompat parti cuma "perang psikologi" untuk menjejaskan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap kerajaan PR Selangor.
Rapat dengan Ezam : Amirudin Shaari
Khabar angin sebelum ini meramalkan formula lompat parti 3-2-3, iaitu tiga dari PAS, dua dari DAP dan tiga dari PKR, namun Merdekareview dimaklumkan hanya lima orang ADUN yang berkemungkinan melompat parti, iaitu dua dari PKR dan tiga dari PAS.
Tetapi, Speaker DUN Selangor, Teng Chang Khim ketika ditanya, hanya meramalkan maksimanya empat orang yang berkemungkinan lompat parti, tanpa menamakan siapa mereka.
ADUN Batu Caves, Amirudin Shaari (gambar kanan) dan ADUN Sri Muda, Mat Suhaimi Shafei, adalah antara yang tersenarai dalam "golongan berisiko".  Amirudin Shaari tidak terkejut dengan khabar angin bahawa dirinya bakal melompat parti, menyedari dirinya dilihat sedemikian kerana pernah rapat dengan bekas Ketua Angkatan Muda PKR, Mohd.Ezam Mohd.Nor.
Namun demikian, Amirudin Shaari secara tegas menafikan bahawa dirinya akan melompat parti.  Amirudin Shaari pernah menjadi AJK ketika Ezam menerajui AMK, dan Mat Suhaimi Shafei pula adalah ahli ketika Ezam menjawat Ketua Bahagian Shah Alam.  Ezam meninggalkan PKR sebelum PRU ke-12, dan menyertai semula UMNO selepas PRU ke-12.
Badrul Hisham Abdullah yang "gagal dihubungi" disenaraikan sebagai "golongan berisiko tinggi".  Kerajaan PR Selangor dan PKR telah menuntut beliau untuk memberi perjelasan dalam minggu ini.
"Kerana kami menerima aduan, dan kami terpaksa menguruskannya.  Kami perlukan beliau untuk memberi perjelasan, bukan mempersoalkan sama ada beliau akan melompat parti," jelas Amirudin Shaari.
Dakwaan rasuah sebelum lompat?
Pengalaman kedua-dua orang ADUN PKR di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu menghilangkan diri sebelum muncul di depan kamera dalam sidang media bersama Najib, masih segar dalam ingatan.  Lompatan kedua-dua orang ini, ditambah pula ADUN DAP Hee Yit Foong yang berakhir dengan kejatuhan Perak ke tangan BN, telah dijadikan sebagai pengajaran untuk PR.
Teresa Kok berkata, kemungkinan UMNO menjatuhkan kerajaan PR melalui lompat parti tidak tinggi.  Justeru itu, UMNO kini cenderung untuk menggunakan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Di Perak, Jamaluddin Radzi dan Osman Mohd. Jailu dituduh rasuah terlebih dahulu, berakhir dengan kedua-dua orang mengambil pendirian pro-UMNO, dan tuduhan awal itu "lenyap" setelah mereka menyebelahi BN.  Maka, apa yang berlaku ke atas Exco Selangor, Ronnie Liew mengundang pertikaian.
Ronnie Liew yang memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan menafikan kemungkinan lompat parti, malah dengan tegas menyatakan, "Siapa yang menyebut 'lompat parti' kepada saya, saya akan laporkan!"
*Wong Shu Qi ialah wartawan MerdekaReview, artikel ini ditulis dalam bahasa Cina, diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.
Continue Reading...

Tuesday, September 1, 2009

PAS: Umno dalang demo kepala lembu

Sumber:Malaysiakini

kemaskini 3.58pm Pemimpin PAS mengulangi dakwaan bahawa penduduk Seksyen 23 Shah Alam - yang mengadakan demonstrasi dengan mengarakkan kepala lembu bagi membantah pembinaan kuil di kawasan mereka - diupah oleh Umno.

Naib presidennya, Mahfuz Omar berkata, beliau yakin dengan penglibatan Umno berdasarkan kenyataannya sebelum ini yang didakwa mengapi-apikan isu perkauman, antaranya menyifatkan pentadbiran PAS sebagai "orang Islam jadi boneka bukan Islam".

"Saya menganggap bahawa tindakan kumpulan yang memijak kepala lembu itu, atas niat kerana itu lambang agama Hindu, tuhan agama Hindu, (tindakan) itu menyalahi agama Islam dan melanggar perintah Allah.

"Jadi, saya minta pemimpin Umno yang mengupah mereka ini, yang mengupah kumpulan ini, supaya membuat protes sebegitu, seharusnya merujuk kepada mufti (terlebih dahulu)," katanya.

Jumaat lalu, ahli parlimen Shah Alam – yang turut menjadi sasaran kemarahan penduduk Seksyen 23, selain Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim – dilaporkan mendakwa Umno menjadi dalang membantah pembinaan kuil tersebut.

Menjawab tuduhan itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun menafikan penglibatan Umno.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara pagi tadi, Mahfuz menyatakan kekesalannya terhadap demonstrasi itu yang didakwanya didorong emosi keterlaluan dan perkauman sempit.

"Kita (dalam) negara demokrasi. Kita boleh buat apa protes sekalipun, (terhadap) apa yang kita tidak setuju. Tetapi mesti protes yang bertamadun dan beretika yang tidak melampaui batas agama," katanya.

Ahli parlimen Pokok Sena berkata tindakan Umno itu – yang didakwanya mahu menarik kembali sokongan Melayu – akhirnya memberikan kesan negatif apabila ia menimbulkan kemarahan masyarakat bukan Islam.

Setakat ini, tambah Mahfuz, tiada ahli PAS dikenal pasti terlibat dalam demonstrasi 50 penduduk dan NGO Melayu di depam bangunan setiausaha kerajaan negeri Selangor di Shah Alam.

"Kemuka nombor kad pengenalan, kita boleh semak (keahlian PAS).

"Jadi dia sendiri tidak boleh kemuka. Sesiapa sahaja boleh dakwa ahli PAS. Jadi, Umno upah, dia kena mengakulah," cabarnya.
Continue Reading...

Bullshit! What 52nd Anniversary of Malaysia's Merdeka?

Sumber:Malaysia Today

Today, no cheong hei article. Today, very short. Today, I want to ask just one thing. Yesterday we celebrated Malaysia's 52nd Anniversary of Merdeka? Bullshit! Malaysia was formed only in 1963, not 1957. What 52nd Anniversary? That's what you get when you learn maths in Bahasa Melayu.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin
Continue Reading...

Tiada p'raya kecil di Kota Siputeh

Sumber: Malaysiakini

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memutuskan bahawa Datuk Abu Hassan Sarif masih kekal sebagai ADUN Kota Siputeh, Kedah.

Oleh itu, menurut SPR, pilihanraya kecil tidak perlu diadakan di DUN tersebut.

Sebelum ini Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abdul Isa Ismail telah menghantar surat kepada SPR berhubung kedudukan Abu Hassan dari Umno, yang didakwa hilang keanggotaannya.

Surat Dr Abdul Isa itu memaklumkan bahawa Abu Hassan hilang keanggotaan setelah dua kali gagal menghadiri sidang DUN pada 19 April dan 9 Ogos lalu.

Abu Hassan, ketua Umno bahagian Jerlun menyandang kerusi DUN Kota Siputeh selama empat penggal berturut-turut.

Seksyen 51 Perlembagaan Negeri memperuntukkan mana-mana anggota DUN yang tidak hadir sidang Dewan dua kali berturut-turut hilang keanggotaannya dan hendaklah mengosongkan kerusi yang disandang.Bagaimanapun, Abu Hassan telah menjelaskan bahawa beliau mempunyai sijil cuti sakit pada hari yang beliau tidak dapat hadir.
Abdul Isa bagaimanapun sebelum ini bertegas dengan keputusannya dan menolak penjelasan Abu Hassan bahawa beliau sakit dan menolak permohonan maafnya.
Sementara itu, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, SPR dalam mesyuaratnya hari ini, sebulat suara memutuskan ADUN Kota Siputeh itu tidak menghadiri dua mesyuarat berturut-turut di dalam dua penggal yang berbeza, bukan dua mesyuarat di dalam satu penggal yang sama.

"Setelah meneliti dokumen dan mengkaji fakta yang dikemukakan kepada SPR serta kedudukan undang-undang yang berkaitan, pada menjalankan kuasa di bawah Fasal (5) Perkara 53 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah, surat cuti sakit yang dikemukakan oleh ADUN Kota Siputeh, diterima oleh SPR bahawa kegagalan beliau menghantar surat cuti sakit kepada Speaker lebih awal tidak menjadikan surat cuti sakit itu terbatal," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abdul Aziz berkata sebelum Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah Darul Aman digunakan, ia terlebih dahulu perlu dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan.

Mengenai surat pemakluman daripada Speaker DUN Kedah, Abdul Aziz menjelaskan bahawa Abu Hassan telah diberi peluang untuk menjelaskan sebab sebenar ketidakhadiran beliau dalam sidang itu.

"SPR telah meneliti surat daripada beliau yang memohon maaf kerana tidak dapat hadir dalam Sidang Dewan pada 9 Ogos 2009. Bersama surat itu dilampirkan surat cuti sakit daripada doktor yang mendapati beliau tidak sihat untuk menjalankan tugas selama dua hari iaitu dari 9 hingga 10 Ogos.

"Turut diteliti ialah kenyataan beliau bahawa beliau telah menghantar sms (khidmat pesanan ringkas) kepada Ketua Pembangkang untuk memaklumkan mengenai ketidakhadiran itu kerana sakit dada," katanya.
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template