Saturday, June 27, 2009

Eksklusif: Kes Liwat, Mengingati Semula Siapakah Dr.Zahari Noor Seorang Pakar Forensik HKL Yang Ditukar Ke Kuantan Kerana Pertahan Prinsipnya

Sumber: Pahangdaily

Bila diperkatakan perihal laporan perubatan terhadap kes liwat Anwar, pasti kita tidak akan lupa dengan satu nama yang amat sinonim dengan kes beliau pada tahun 1998 dulu iaitu Dr.Zahari Noor. Beliau adalah salah seorang Pakar Forensik (Terkanan) yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur yang telah diarahkan bertukar ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan (foto), gara-gara enggan untuk memberi kerjasama sepenuhnya bagi berkaitan kes tersebut. Adalah difahamkan, gara-gara sikapnya yang tidak mahu bersekongkol dengan penipuan dan kejahatan yang dilakukan oleh pihak terbabit dalam usaha membuat bukti-bukti palsu terhadap kes berkenaan maka beliau telah diarahkan bertukar. Beliau selepas itu menjadi Pakar Forensik di HTAA dan juga di Pantai Timur. Namanya kini sepi dan seolah-olah dilupakan terus oleh media arus perdana dan alternatif. Namun, krew kami di Kuantan yang pernah bertemu beliau di dalam sebuah masjid di sana, secara jelas mendapatkan maklumat tentang kes Anwar daripada beliau. Antara lain, beliau turut mengakui bahawa kes yang berlaku itu adalah rekaan dan ciptaan semata-mata. Pihak Hospital Kuala Lumpur telah dipaksa oleh polis untuk membuat dan meminda laporan perubatan Sukma serta lain-lain mangsa yang dikaitkan dengan Anwar.

Mereka dipaksa meminda bahawa kesemua mangsa itu memang telah diliwat oleh Anwar biar pun hakikatnya adalah tidak sama sekali. Bagi mereka yang tidak mahu terlibat dan bersekongkol dengan kerja jahat tersebut, maka akan ditukarkan. Namun, beliau bersyukur kerana kini selesa berpindah ke Hospital Tg.Ampuan Afzan Kuantan ketika itu. Maka itu, jika laporan yang memang sudah sahih menunjukkan mangsa tidak diliwat itu pun mahu dipinda supaya berlaku sebaliknya. Apatah lagi laporan yang dibuat oleh Dr.Mohamed Osman dari Hospital Pusrawi dulu. Kini, akhirnya kebenaran bagai kian terserlah apabila ketiga-tiga doktor pakar yang merawat Saiful Bukhari dalam kes liwat terbaru Anwar kini sebulat suara mengeluarkan kenyataan bahawa anak muda itu memang tidak ada kesan dan tanda-tanda diliwat. Apakah ketiga-tiga doktor pakar terbabit akan menerima nasib yang sama seperti Dr.Zahari Noor agaknya? Nantikan sahaja kesudahan episod misteri ini. Ternyata kini, bahawa kesemua laporan klinikal membuktikan yang Saiful "masih teruna", dan wajarlah kes perbicaraan liwat yang bakal diadakan pada 1 Julai 2009 ini juga turut dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi. Di bawah ini dipaparkan sedutan artikel berkaitan Dr.Zahari :-

Dr.Zahari, Contoh Darah Anwar Bukan Untuk DNA


KUALA LUMPUR [30 Dis 1998] - Seorang pakar forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa contoh darah Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh digunakan untuk ujian DNA kerana ia diambil dan disediakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD (penyakit kelamin). Dr Zahari Noor berkata, oleh kerana itu beliau menolak permintaan polis sebanyak dua kali supaya contoh darah itu digunakan untuk ujian DNA. Menurutnya, ketika di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada 28 September lalu bagi mengambil darah Anwar, beliau ditanya oleh Asisten Mohd Rodwan Mohd Yusof sama ada ujian DNA boleh dilakukan terhadap Anwar. Katanya, beliau menasihatkan polis supaya tidak mengambil darah Anwar untuk ujian DNA kerana Anwar hanya memberi persetujuan supaya darahnya digunakan bagi ujian HIV, Hepatitis B dan VD. "Pada 15 Oktober lalu, Mohd Rodwan dan SAC I (Senior Asisten Komisioner) Musa Hassan datang ke HKL dan bertanya sama ada mereka boleh mengambil contoh darah Anwar untuk analisis DNA," katanya. Dr Zahari berkata mereka memberikan empat sebab kepada polis mengapa ujian DNA tidak boleh dilakukan terhadap darah Anwar:

1. Contoh itu tidak disediakan untuk analisis DNA,
2. Ia tidak sesuai untuk ujian DNA
3. Keputusan ujian DNA itu tidak boleh dipercayai.
4. Ia boleh membawa keputusan yang mengelirukan kerana kami menyimpan
contoh darah itu di dalam bekas biasa tanpa pengawet atau EDTA.


Dua polis ini yang kini naik pangkat selepas kes Anwar 1998

Katanya, mereka kemudian mencadangkan kepada polis bahawa mereka bersedia pada bila-bila masa untuk mengambil contoh darah Anwar di penjara Sungai Buloh untuk ujian DNA jika tertuduh membenarkannya. Saksi pendakwa ke-20 itu memberi keterangan dalam pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Abdul Gani Patail pada perbicaraan yang memasuki hari ke-35 itu. Sebelum itu, Dr Zahari berkata, beliau mengambil contoh darah bekas setiausaha sulit Anwar, Mohamad Azmin Ali dan isterinya, Shamsidar Tahrin dan anak perempuan pasangan itu yang berumur tiga tahun, Farah Afifa pada 29 Julai lalu, bagi ujian DNA. Katanya, beliau mengambil contoh darah Anwar pada 28 September lalu selepas diminta oleh polis. Bagaimanapun, beliau mengakui HKL tidak menjalankan ujian DNA dan beliau sendiri tidak pernah menjalankan ujian atau mempunyai pengalaman amali dalam teknik terkini DNA kerana ia bukan bidangnya. Dr Zahari berkata, contoh darah itu disimpan selama dua bulan setengah sebelum polis mengambilnya pada 9 Disember, bagi dihantar kepada Jabatan Kimia Petaling Jaya untuk ujian DNA.

Di bawah ini satu lagi laporan yang telah dikeluarkan oleh seorang doktor berhubung dengan kekeliruan laporan yang dibuat oleh akhbar Utusan Malaysia terhadap kenyataan yang telah dibuat oleh Dr.Zahari berhubung dengan kes liwat Sukma Dermawan. Di sini jelas sekali menunjukkan bahawa media memang berperanan untuk memesongkan fakta sebenar bagi mengubah persepsi dan tanggapan rakyat terhadap kes ini dulu. Maka wajarlah media seperti ini ditolak oleh rakyat demi menjaga minda generasi muda agar tidak terus terpesong. Cuba lihat artikel berkenaan bagi menjelaskan lagi tentang perkara ini :-

Utusan Malaysia Putarbelit Testimoni Dr.Zahari





[10 Feb 2000] - Saya agak terperanjat dengan tajuk berita di Utusan Malaysia (UM) hari ini (bukan saya beli tetapi kepunyaan rakan saya ) bertajuk 'Saksi akui ada kemungkinan Sukma diliwat'. Kenyataan ini dikatakan dikeluarkan oleh Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor semasa menjadi saksi pembelaan kes 'liwat' DSAI semalam. Kenyataan ini agak bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Dr Zahari Noor semasa perbicaraan kes 'rasuah' DSAI tahun lepas di mana beliau mengatakan bahawa TIDAK ADA BUKTI PERUBATAN YANG MENUNJUKKAN BAHAWA SUKMA PERNAH DILIWAT PADA LIMA TAHUN KEBELAKANGAN INI DAN TIADA BUKTI MENUNJUKKAN SUKMA ADALAH PENGAMAL HOMOSEKS BERTERUSAN (HABITUAL HOMOSEXUAL). Oleh kerana saya tidak puas hati dengan laporan UM tersebut, saya pergi ke gerai akhbar dan membelek (bukan membeli) akhbar tabloid the Star mengenai kes 'liwat' DSAI. The Star memberi tajuk 'NO SIGNS OF ANAL PENETRATION' bermaksud tidak ada tanda-tanda dubur Sukma telah ditembusi. The Star juga mengatakan bahawa Dr Zahari Noor tidak dapat mengesahkan samada Sukma pernah diliwat atau tidak ('Dr Zahari Noor said he could not determine whether Sukma had ever been sodomised or not' ). Jadi yang mana satu hendak dipercayai sekarang, UM atau the Star? (Rujuk Video)

Nampaknya UM masih cuba menipu rakyat dengan memutarbelitkan testimoni Dr Zahari Noor. Seboleh mungkin UM mahu juga meyakinkan rakyat bahawa DSAI adalah pengamal homoseks. UM juga cuba menonjolkan cerita mengenai parut yang berada di dubur Sukma sebagai bukti liwat. Bukankah kita telah diberitahu dahulu oleh saorang doktor bedah bahawa parut itu adalah kesan dari pembedahan buasir (haemorrhoids) yang dialami oleh Sukma. Doktor bedah tersebut juga menyatakan bahawa tidak ada bukti masalah buasir Sukma bersangkut paut dengan amalan homoseks yang didakwa diamalkan oleh Sukma. Di dalam buku perubatan pun tidak ada dinyatakan bahawa kegiatan liwat boleh menyebabkan penyakit buasir. Sekiranya benar Sukma adalah pengamal homoseks berterusan (habitual homosexual) seperti yang didakwa, sudah tentu pemeriksaan dubur Sukma akan menunjukkan kesan sekalipun amalan tersebut menggunakan lubricant. Dubur sesaorang pengamal homoseks berterusan akan menjadi lembut (lax atau patulous di dalam istilah perubatan) apabila doktor melakukan 'digital per rectal examination' tetapi ini tidak dikesan pada dubur Sukma. Yang pendakwa bertanya mengenai pemeriksaan 'proctoscopy' apa relevannya? Nak tengok ada buasir ke di dalam dubur Sukma? Setahu saya proctoscopy dibuat untuk melihat buasir pada peringkat awal iaitu dipanggil 'first degree atau second degree haemorrhoids', bukan untuk menunjukkan bukti liwat.
Yang menghairankan saya ialah akhbar Berita Harian (BH) yang saya belek di gerai akhbar hari ini tidak ada langsung laporan mengenai kes perbicaraan 'liwat' DSAI. Adakah kerana pada peringkat pembelaan ini di mana DSAI dan Sukma sudah memgemukakan bukti-bukti kukuh yang menunjukkan bahawa tuduhan 'liwat' itu tidak benar dan sengaja diada-adakan maka BH tidak berani melaporkan? Kenapa tidak perbesarkan bukti yang dikemukakan oleh Sukma bahawa Tivolli Villa hanya diduduki selepas April 1993? Satu lagi berita terbaru yang menarik mengenai kes 'liwat' DSAI ialah mengenai usaha peguam-peguam DSAI untuk memanggil Dr Mahathir ke mahkamah untuk memberi keterangan. Dr Mahathir pernah berkata selepas memecat DSAI ' I did my own investigations other than the police investigations regarding DSAI homosexual activities and I was convinced'. Saya berhajat benar agar Dr Mahathir dapat memberitahu mahkamah bagaimana beliau melakukan kajian salahlaku seks DSAI dan memberikan bukti-bukti kukuh seperti yang didakwa oleh beliau. Sedangkan polis sendiri di bawah SAC 1 Musa Hassan sendiri sampai sekarang tidak dapat bukti kukuh, maka adalah penting Dr Mahathir sendiri hadir ke mahkamah sebagai saksi

[Maka dengan ini, sama-samalah kita lihat apakah pula trick dan helah yang akan digunakan oleh Saiful Bukhari Azlan bagi membuktikan beliau telah diliwat Anwar. Apakah pihak polis boleh menerima keterangan dari "mulut" Saiful daripada laporan klinikal daripada Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi itu agaknya. Jika laporan mulut diterima oleh polis dan mahkamah, maka memang zaman kehancuran sistem kehakiman dan undang-undang negara akan berlaku lagi akhirnya. Masyarakat dunia akan merasa takut untuk datang serta melabur di Malaysia, selepas melihat kes pembunuhan dan jenayah dipermain-mainkan oleh mahkamah di negara ini. Justeru itu, kembalilah kepada kebenaran dan tegakkan keadilan. Kembalikan semula keyakinan rakyat terhadap isntitusi kehakiman negara. Usahlah kita terus biarkan generasi kita terbelenggu dengan sistem kehakiman yang terpesong daripada matlamatnya. Sia-sia sahaja anak-anak kita belajar ilmu undang-undang di universiti dalam dan luar negara, jika inilah amalan undang-undang yang mahu dipertontonkan].
Continue Reading...

MB: Laksana PPSMI 'tidak beretika'

Sumber: Malaysiakini

Jimadie Shah Othman

Tidak wajar sesuatu dasar pendidikan negara – seperti Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) – diputuskan berasaskan emosi dan persepsi, tanpa kajian dan perancangan rapi, kata menteri besar Johor.

"Adalah salah, tidak beretika dan tidak rasional jika dasar pendidikan negara diputuskan melalui prasangka, emosi, persepsi dan andaian individu-individu tertentu yang tidak mempunyai kepakaran dalam bidang pendidikan sebenarnya," kata Datuk Abdul Ghani Othman.

"Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang membentuk dasar pendidikannya secara mendadak, tanpa memikirkan kepentingan murid dan kesediaan guru, melainkan Malaysia."

Abdul Ghani, juga pengerusi Permuafakan Badan Ilmiah Nasional (Pembina), mengulas dasar kontroversi tersebut sewaktu merasmikan kolokium mengenai PPSMI anjuran NGO itu di Shah Alam pagi tadi.

Ucapan ringkasnya itu dibacakan oleh Pengerusi Eksekutif Pembina, Datuk Abdul Raof Hussin.

Turut hadir, Prof Diraja Ungku Aziz dan seniman Datuk Jins Samsudin.

Abdul Ghani juga berkata, Pembina berpendirian bahawa sebarang perubahan dasar pendidikan mestilah dibuat berdasarkan perancangan rapi, tidak secara tiba-tiba, serta berlandaskan fakta dan data yang sah.

Tambahnya, kajian badan tersebut – yang disokong ahli akademik dari tujuh universiti awam – mendapati PPSMI menyebabkan berlakunya "kepupusan generasi akibat bertambah ramai murid gagal (dalam matapelajaran) Sains dan Matematik" di pelbagai peringkat.

Sementara Ungku Aziz dalam ucapannya selepas itu menyifatkan masalah dalam sistem pendidikan berlaku disebabkan terlalu banyak kompromi pemimpin politik.

"Banyak pemimpin politik luar dan dalam kabinet tentu hendak mencari kompromi. Orang politik suka berkompromi. Bila banyak komporomi, dia tidak boleh berpikir dengan rasional.

"Tambahan lagi, orang politik hendak cepat. Bagi saya, jalan singkat tidak ada," katanya yang kerap bercerita dan berjenaka dalam ucapannya.

Ungku Aziz menegaskan, tindakan kerajaan memperkenalkan PPSMI enam tahun lalu sebagai "tindakan gila" kerana Matematik menggunakan "bahasa simbol" – melalui angka, nombor dan penggunaan rumus tertentu.

"Apa bahasa matematik? Bahasa simbolik, angka, semua simbol. Matematik ini bahasa simbolik. Kalau guna bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, pilih bahasa Inggeris untuk belajar Matematik, (itu tindakan) gila.

"Kalau hendak belajar bahasa Inggeris dengan bahasa matematik, bagaimana boleh belajar?" katanya di hadapan 150 pendidik sekitar Selangor.

Selain menyokong saranan Pembina supaya PPSMI dimansuhkan di semua peringkat, Ungku Aziz mencadangkan masa pengajaran bahasa diajar secara tetap tiga hingga empat jam seminggu, selain menggunakan kaedah pembelajaran terkini.

"Masa untuk belajar bahasa tidak cukup. Itu kunci kepada semua sekali, perkara pokok sekali. Dalam sistem pembelajaran di sekolah rendah, menengah dan universiti, masa untuk belajar bahasa itu diberi sedikit sahaja.

"Pendekatannya pun salah. Banyak orang (pemegang) PhD bawa teori lapuk sepuluh tahun lalu. Dia lupa, apa dia belajar dulu orang lain sudah tukar (hari ini)," katanya.

Pembina pertama kali mengedarkan dan membentangkan kajian PPSMI mereka kepada umum hari ini. Dokumen itu pernah diedarkan kepada peserta Kongres Melayu ke-2 penghujung Mac lalu di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur.

Selain laporan itu setebal 200 halaman, dua lagi kajian berhubung pelaksanaan dasar kontroversi itu yang dihasilkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) turut dibentangkan.
Continue Reading...

Mahu RM300? Jangan undi di Manek Urai

Sumber: Malaysiakini

Tawaran RM300 kepada penduduk Manek Urai sahaja. Tidak usah pulang membuang undi pada pilihanraya kecil 14 Julai ini jika mahu ganjaran tersebut, lapor akhbar web PAS hari ini.

Memetik kenyataan Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman, Harakahdaily melaporkan wang itu sebagai habuan untuk menggalakkan pemilih memulaukan proses pembuangan undi.

bm version kerusi dun manek urai 220509"Saya diberitahu agen-agen Umno bergerak mencari pengundi yang tinggal di luar cuba mempengaruhi pengundi terbabit supaya tidak pulang mengundi dengan membuat pelbagai tawaran," katanya.

"Antaranya menawarkan wang tunai sebanyak RM300 dengan syarat tidak pulang mengundi."

Menurut akhbar web itu lagi, Umno kini berhempas pulas merancang pelbagai strategi bagi memastikan kerusi DUN tersebut, kawasan kubu kuat PAS, terlepas ke tangannya.

PAS malam tadi mengumumkan seorang usahawan perniagaan ikan, yang juga bendahari parti itu kawasan Kuala Krai, Fauzi Abdullah sebagai calon dalam pilihanraya kecil yang bermula 6 Julai ini.

Pilihanraya itu dipanggil susulan kematian penyandangnya Ismail Yaacob pada 22 Mei lalu.

Wakil rakyat PAS ini menguasai kerusi tersebut selama lima penggal kecuali antara 2004 hingga 2008 apabila beliau tidak bertanding di situ.

BN akan mengumumkan calonnya, seawal-awalnya esok.
Continue Reading...

Monday, June 1, 2009

Investigate these judges !

Sumber:SUSAN LOONE’s Blog

By: P Ramakrishnan
President Aliran
28 May 2009

Justice is becoming a rare commodity in our courts when judges of questionable ability Parties sit in judgment. This situation raises serious concerns regarding the appointment of judges and their elevation to the bench.

In the recent cases involving the Perak crisis we wonder whether the Federal Court judges and the Court of Appeal judges who heard these cases were right in ignoring Article 72(1) of the Federal Constitution. We are appalled with their judgment which went against the grain of justice.

On what basis did the Federal Court judges rule that the Speaker of the Perak State Assembly had no power to suspend certain BN Assemblymen? In any case, it was the Rights and Privileges Committee that had suspended them – not Sivakumar. That fact fell on deaf years.

But the moot point is can these judges ignore and discard the provisions of the Federal Court in deciding their cases? Aren’t decisions based on sound reasoning rooted in precedents and written law?

In a well-argued article the former Court of Appeal judge N H Chan has clearly established that the Judges’ Code of Ethics had been breached by these judges who had not paid any attention to the Federal Constitution.

N H Chan has pointed out that Article 72(1) specifically states, “ The validity of any proceedings in the Legislative Assembly of any State shall not be questioned in any court.” How come this provision did not mean anything to them?

The words of this provision are written in unambiguous terms that it is not too difficult to understand what they mean and imply. It is crystal clear that the courts have no business in getting involved in this matter.

And yet, the supreme law of the country which should be the corner stone of our judicial system and justice have been totally side-stepped and circumvented to the utter disgrace of the judiciary.

In the case of the single junior Appeal Court judge, there was no basis for him to grant the stay in spite of the declaratory order of the High Court – which was the outcome of a ‘well considered judgment’ as stated by N H Chan – is deemed as absurd according to authoritative legal circles. The grounds for the stay have not been stated or supported by any sensible logic.

In all these cases there have been no written judgment. This is a ridiculous situation that is not fair to the aggrieved parties, to members of the public and to academia.
Judges simply cannot pronounce judgments that are not backed by sound arguments, reasoned logic, precedents and written law. Litigants have a right to know how a particular judge arrived at a decision so that the aggrieved party has that fundamental right to challenge that decision. That is the only way to seek justice.

N H Chan has suggested the use of the Judges’ Code of Ethics 1994.

According to him, “The words of section 3(1)(d) (of the Code) are so clear and easy to understand that we do not need any court of law to explain it to us ordinary folk. We know what the words mean. By not administering and applying the law, which in this case is the supreme law of the land as it stands the errant judges have brought discredit to the judiciary – a ground for their removal from office.”

Aliran supports the view that these judges should at least be investigated as to whether this Code has been violated.

Their continued presence on the Bench is alarming. What is at stake is justice itself when these judges sit in judgment. It would be a travesty of justice if they are allowed to occupy the hallowed positions on the Bench, if they have broken the Code or have not discharged their duties properly.

When justice is not rendered based on precedents and the Constitution, it becomes a costly and futile attempt turning to the courts for justice.
Continue Reading...
"http://mywebsitenetmy.blogspot.com"
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template