Friday, July 31, 2009

SURUHANJAYA DIRAJA ATAU SARKAS DIRAJA ?

Sumber: PenguampasBlog

Oleh : Mohamed Hanipa Maidin

Apabila ditanya oleh wartawan adakah beliau didesak untuk mengadakan Suruhanjaya Di Raja ( SR ) di dalam kes kematian Teoh Beng Hock , Najib menafikan hal tersebut. Beliau mengatakan bahawa sebab mengapa beliau bersetuju mengadakan SR adalah kerana ingin mencari kebenaran.

Betulkah Najib berminat ingin mencari kebenaran ? Apabila beliau dan Kabinet beliau bersetuju menubuhkan SR nampak pada zahirnya beliau seolah-oleh serius ingin mencari kebenaran. Namun apabila skop SR hanya dihadkan untuk menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM ) jelaslah Najib bukan berminat mencari kebenaran. Apa yang jelas Najib ingin mengkebumikan kebenaran !

Najib melalui Ghani Patail ( Ya, beliau adalah Peguam Negara ) terdesak mencari dalil dan alasan bagi menjustifikasikan tindakan beliau yang menghadkan terma rujukan SR hanya kepada menyiasat cara atau kaedah penyiasatan yang digunakan oleh SPRM.

Najib menyatakan bahawa beliau terikat dengan undang-undang. Beliau telah dinasihati oleh Ghani Patail bahawa sebab kematian Teoh Beng Hock perlu ditentukan oleh satu inkues di bawah seksyen 339 (1) Kanun Prosedur Jenayah ( KPJ ) . Di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ , Peguam Negara mempunyai kuasa untuk mengarahkan Majistret untuk mengadakan siasatan di atas kematian seseorang.

Ghani berhujah bahawa KPJ adalah undang-undang khusus yang mempunyai peruntukkan mengenai satu siasatan bagi kes-kes kematian . Oleh itu , hujah Ghani, inkues adalah mandatori bagi menentukan sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock dan bukannya SR yang menjalankan tugas atau peranan tersebut. Ghani menambah jika SR juga menjalankan tugas menyiasat sebab kematian mendiang Teoh maka SR akan menjalankan tugas yang bertindih dengan tugas Mahkamah .

Ghani juga berhujah bahawa orang awam tidak patut keliru peranan SR yang ditubuhkan oleh Kerajaan dengan inkues yang diwujudkan di bawah KPJ . Beliau berhujah bahawa seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) secara jelas merujuk kepada penyiasatan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam ( lihat seksyen 2 ( 1 ) ( a ) ) dan Jabatan Kerajaan ( 2 ( 1 ) ( b ) .

Oleh itu Ghani menambah peranan SR tidak boleh diluaskan bagi menyiasat kes kematian kes Teoh Beng Hock kerana siasatan oleh pihak Majistret adalah lebih betul dan disokong oleh undang-undang .

Ghani berkata adalah tepat peranan SR hanya dihadkan kepada menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh SPRM.

Komen saya terhadap kenyataan Ghani di atas : Wahai Peguam Negara, janganlah berbohong kepada rakyat !!

Pertamanya mari kita lihat hujah beliau bahawa inkues adalah mandatori ( wajib ) bagi menyiasat kes-kes kematian seperti kes Teoh Beng Hock. Baiklah jika kita menerima hujah tersebut kita berhak bertanya mengapakah sehingga kini beliau sebagai Peguam Negara tidak melaksanakan tugas dan peranannya di bawah seksyen 339 ( 1 ) KPJ bagi mengarahkan satu inkues diadakan bagi menyiasat kes A.Kugan yang mati di dalam tahanan polis iaitu di Balai Polis Taipan, Subang Jaya pada 20 Disember 2008. Mengapakah tiada inkues dibuat di dalam kes Memali ?

Kes A.Kugan menimbulkan dua pertanyaaan yang sehingga kini masih gagal dijawab oleh Kerajaan. Pertamanya sebab –sebab kematian beliau di dalam tahanan polis. Kenapakah, mengguna pakai hujah Ghani, inkues tidak dibuat bagi menyiasat hal tersebut. Keduanya kes A.Kugan juga menimbulkan isu teknik penyiasatan pihak polis . Mengapakah Ghani sebagai Penasihat Undang-undang Kerajaan tidak menasihati ditubuhkan SR bagi menyiasat teknik penyiasatan yang digunapakai oleh pihak polis.

Ghani berhujah SR tidak boleh ditugaskan untuk menyiasat sebab-sebab kematian Teoh kerana di bawah seksyen 2 Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 ( Commissions of Enquiry Act 1950 ) penyiasatan SR hanya dihadkan berkenaan tindakan dan pengurusan kakitangan awam dan jabatan Kerajaan sahaja

Di sini jelas Ghani berbohong dan sengaja tidak membaca seksyen 2 secara keseluruhan. Atas sebab yang hanya Ghani tahu, Ghani hanya membaca seksyen 2 ( 1 ) ( a ) dan ( b ) Akta Suruhanjaya Siasatan 1950 dan dengan sengaja meninggalkan seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta yang sama.

Seksyen 2 ( 1 ) ( a ) menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat tindakan pegawai-pegawai Persekutuan dan seksyen ( 2 ( 1 ) ( b ) pula bagi menyiasat tindakan dan pengurusan jabatan Kerajaan yang menjalankan tugas-tugas awam

Apakah pula yang dikatakan oleh seksyen 2 ( 1 ) ( d ) Akta tersebut ? Seksyen tersebut menyatakan bahawa Yang DiPertuan Agung boleh mengarahkan penubuhan SR bagi menyiasat perkara-perkara lain ( any other matter ) yang menurut perkiraan Yang DiPertuan Agung perkara-perkara itu untuk kemaslahatan awam ( public welfare ).

Jelas seksyen 2 ( 1 ) ( d ) memberi suatu kuasa yang amat luas kepada SR yang mana kuasa tersebut adalah merangkumi bagi tujuan kemasalatan awam menyiasat sebab-sebab kematian Teoh Beng Hock. Di negara lain seperti Australia yang mana Malaysia juga meniru Akta tersebut dari negara tersebut, adalah menjadi perkara biasa siasatan dilakukan oleh SR bagi menyiasat sebab-sebab kematian seseorang khususnya kematian misteri .

Mengenai hujah Ghani jika SR diberikan tugas menyiasat kematian Teoh akan berlaku pertindihan tugas , jawapan kita pada hujah mengarut tersebut adalah begini : Jika Ghani atau Najib tidak mahu pertindihan tugas cukuplah diberi kuasa SR untuk menyiasat kedua-dua perkara iaitu teknik siasatan SPRM dan sebab-sebab kematian Teoh. Tidak perlu inkues kerana ia akan bertindih tugas dengan SR dan membazir wang rakyat !!

Mengapa rakyat mahukan SR bagi menyiasat kematian Teoh ? Jawapannya kuasa SR adalah lebih luas dari kuasa seorang Majistret di dalam siasatan inkues. SR sebagai contoh boleh memanggil mana-mana orang dan juga boleh menerima apa-apa keterangan termasuk keterangan yang sekiranya dikemukakan di Mahkamah akan ditolak ( lihat seksyen 8 ( f ) Akta tersebut ).

SR yang ditubuhkan sekadar menyiasat teknik penyiasatan SPRM adalah SR yang ditubuhkan untuk tujuan hiburan semata-mata . Adakah Najib inginkan Suruhanjaya DiRaja atau Sarkas DiRaja ?

posted by hanipamaidin @ 8:44 PM
Continue Reading...

Thursday, July 30, 2009

The Culture of Corruption

Sumber:Malaysia Today

Posted by admin
Thursday, 30 July 2009 21:27

By G. Krishnan

No stone will be left unturned in finding out the real cause of death and, if there is any foul play, action will definitely be take." So says the prime minister to Teoh Beng Hock's family.

Of course the above statement should come as a reassurance not just to Beng Hock’s family members but to all Malaysians. And the operative term here is “should”. That’s the part that troubles me and is something that I find rather difficult to get over. By all accounts, we should have confidence in Najib’s reassurance; we should take solace in the fact that the truth will be revealed; we should have faith that if there has been any criminal wrong-doing which led to or contributed to Beng Hock’s death, that justice would be served; we should have no hesitation about such an eventuality.

But then again, we should be able to trust the fact that our government agencies designed to serve and protect the public are in fact themselves not infested with corruption. We should be confident that those who head these agencies are not themselves compromised and simply obedient political instruments of their political masters. We should be able to have faith that our corrupted political culture has not just tainted – but in fact is sharply reflected and entrenched in the working of government agencies such as the MACC and the police force.

Let me suggest the following: Any arm of the government – you name it – is only as good as the political culture practiced in that society. A society whose political culture is riddled with corruption, nepotism and cronyism will find that is various government institutions are but a mirror image of that reality.


Read more at:IMAGINE...
Continue Reading...

Adun Umno Selangor Jadi Penjual Durian

Sumber:Tranungkite

Oleh: hermansamsudeen

Mujurlah Umno kalah di Selangor dan Adun Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim yang digantung kerana menghina Selcat akhirnya jadi penjual durian. Dapat juga rezeki yang halal.

Kalau Umno menang Mac tahun lepas mungkin beliau taklah jadi penjual durian. Mungkin beliau sekarang berada di Disneyland dengan keluarga Khir Toyo untuk membazirkan duit rakyat.

Beginilah Adun Umno, sudah jatuh ditimpa tangga. Malangnya, masih tak insaf-insaf lagi, jangan ditimpa durian yang berduri udah ler….

Media baru tunjuk gerai durian buruk nie jer..belum tunjuk rumah dan kereta besar dia lagi…..

Adun Selangor jual durian
Oleh Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my

MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor.Wakil rakyat Batang Kali hilang pendapatan akibat elaun digantung.

KUALA KUBU BHARU: Tidak mempunyai pendapatan akibat digantung elaun selama enam bulan, mendorong Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Kali, Mohd Isa Abu Kasim, nekad bekerja sambilan menjual durian di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor, di sini, sejak minggu lalu.

Katanya, beliau perlu mencari kerja sambilan membantu anak saudaranya, Nor Azlan Mansor, 35, menjual raja buah di sini demi mencari pendapatan selepas digantung kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor pada 15 Julai lalu.

Saya tidak malu melakukan kerja menjual durian ini. Apa boleh buat elaun kena gantung. Nasib rakyat perlu dibela walaupun hidup dalam serba kekurangan ini.

Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali,” katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam.

Katanya, setiap hari selama empat jam bermula jam 8 malam beliau menjual durian yang dibeli dari Pahang kepada penduduk sekitar Hulu Selangor.

Saya bersyukur kerana ramai pelanggan memberi sokongan membeli durian di sini. Pendapatan mencecah RM700 setiap malam digunakan untuk kos penyelenggaraan sewa pejabat, gaji pekerja dan sumbangan kepada rakyat di kawasan ini,” katanya.

Mohd Isa berkata, kerajaan Selangor mengambil tindakan menggantung elaun dan kebenaran menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) lima wakil rakyat Barisan Nasional (BN) baru-baru ini selepas mendakwa mereka menegur Jawatankuasa Ketelusan dan Kebertanggungjawaban Selangor di luar dewan .

Saya melihat tindakan kerajaan negeri itu terlalu kejam dan tidak adil. Mereka melakukan sesuatu yang tidak berhati perut. Rakyat tahu menilai semua itu,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan akan mengusahakan perniagaan lain selepas berakhirnya musim durian.
Continue Reading...

Manjawab hujah lucu Ibrahim ALi dalam Utusan

Sumber: Tranungkite

Oleh: musafir_lapar


Ibrahim Ali dengan panjang lebarnya memberi hujah mengapa ISA mesti dikekalkan. Kasih sayang dan cintanya yang membuak-buak kepada ISA dizahirkan. Memang melucukan bila baca sebahagian hujah Putera Katak ini. Mari kita lihat jawapan-jawapan kepada soalan bodoh manusia amfibia dua alam ini:

1. SAYA PERNAH KENA ISA

Saya pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Pertama selama dua tahun (1974-1976) kerana terlibat dalam demonstrasi Baling. Kedua, selama 60 hari akibat demonstrasi ketuanan Melayu di Kuala Lumpur pada 1978. Tetapi saya tidak pernah menentang ISA.

Hujah pertama Ibrahim ni ialah dia pernah kena ISA tapi masih sokong ISA. Ini hujah lucu. Kalau ada orang pernah kena raba, kemudian buat siding media kata dia suka kena raba, ini tak bermakna orang lain pun suka diraba. Golongan yang suka mencetus huru-hara macam Ibrahim ini memang elok ditahan, tapi bukan bawah ISA, sebaliknya dakwa elok-elok di mahkamah lalu sumbat dalam penjara.

Takkanlah orang dibogelkan, di mainkan alat kemaluan, didera dan dipukul melalui akta zalim bernama ISA ni kita abaikan lalu kita nak tunjuk hero sokong ISA pulak? Ini kerja binatang.

Eloklah Ibrahim Ali buat kumpulan musik, The Extinct Species yang disertai oleh seorang putera Katak, Ibrahim Ali, raja sesumpah, Saiful dan Khinzir Jahat..

2. “ISA hanya dikenakan ke atas individu untuk mencegah mereka daripada bertindak menjejaskan ketenteraman awam, kesejahteraan rakyat dan keselamatan Negara”.

Ini satu lagi hujah lucu. Kalau betul nak mencegah, undang-undang sedia ada sudah banyak. Macam kes rompakan la. Kalau polis ada maklumat bahawa sekumpulan peronpak nak merompak rumah PM, polis tangkap jelah. Tak payahlah ISA pulak. Tangkap dan dakwa aje di mahkamah.

“Saya juga sering nyatakan, ISA wajar dipinda dan diperbaiki.

Ini satu lagi contoh manusia tak faham konsep. Yang rakyat tentang bukan PENYALAHGUNAAN ISA saja tetapi ISA itu sendiri kerana rakyat tak suka dengan konsep di mana seseorang itu boleh ditangkap dan ditahan seumur hidup berdasarkan syak tanpa perbicaraan.

selanjutnya...
Continue Reading...

Wednesday, July 29, 2009

Was Teoh Beng Hock killed upstairs rather than downstairs?

Sumber:Malaysia Today
PDF Print
Posted by admin
Wednesday, 29 July 2009 17:56

Image

Was Teoh Beng Hock killed upstairs and then his body placed downstairs to make it appear like he jumped out of the window? Look at the two pictures below and see the difference. Judging by the photo of Tan Kian Chong, it appears like Teoh did not really fall but his body was placed there after he died.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Student Tan Kian Chong was found dead at the bottom of Apartmen Vista Angkasa in Kampung Kerinchi yesterday, suspected of falling down 16 floors. See the 'mess'. And eyewitnesses said they heard an 'explosion' when his body hit the ground while his blood was splattered right up to the second floor of the building.

See how 'clean' Teoh's death is.

Continue Reading...

Tuesday, July 28, 2009

Chua: PM M'sia terlalu berkuasa

Sumber: Malaysiakini

Bekas menteri kesihatan, Datuk Chua Jui Meng - pemimpin BN paling kanan yang melompat menyertai Pakatan Rakyat - berkata perdana menteri negara ini terlalu berkuasa.

Katanya, perdana menteri mempunyai terlalu banyak kuasa ke atas institusi dan parlimen.

Oleh itu, katanya, sudah tiba masanya - jika Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi perdana menteri - bagi beliau mengurangkan kuasa-kuasa tersebut dan memulangkannya kepada rakyat.

Bekas naib presiden MCA itu - yang dua kali gagal merebut jawatan presiden - keluar dari parti itu untuk menyertai PKR dua minggu lalu.

Chua yang merupakan menteri kesihatan paling lama - sembilan tahun semuanya - bercakap dengan Malaysiakini minggu lalu di kediamannya di Bukit Damansara.

Katanya, walaupun telah meninggalkan MCA, tetapi beliau masih merupakan kawan baik kepada presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat.

selanjutnya...
Continue Reading...

Former ACA official: Teoh held unlawfully

Sumber: MalaysiaToday

Posted by admin
Tuesday, 28 July 2009 17:43





Standard procedures “were not followed” on July 15 by the Selangor Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC), when it questioned DAP political aide Teoh Beng Hock at its office in Shah Alam.

Pointing this out when asked by Malaysiakini, a senior officer who retired from the Anti-Corruption Agency (ACA) in 2006, further alluded to malice on the part of the MACCin having exceeded its powers.

Mohamad Ramli Manan , in an email interview, said Teoh’s interrogation was carried out beyond office hours and that this could be considered as “unlawful detention”.

The MACC had called in Teoh as part of its investigations into the alleged misuse of constituency development funds by several Selangor Pakatan Rakyat assemblypersons, including his boss and exco member Ean Yong Hian Wah

“It is against established law and practice to interrogate them (suspects) in the night. The lock-up rules demand that they be sent to a lock-up by at least 8pm,” Ramli said.

“Witnesses are sent back to their offices or homes and asked to be present at another appointed date. I don’t know why they had to call Teoh at 5pm. This may be due to poor planning or some evil intention or evil purpose on their part.”


read more...
Continue Reading...

Polis digesa siasat dakwaan salahguna wang JKKK

Sumber: Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri
Jul 28, 09
2:49pm

Polis digesa menyiasat laporan mengenai dakwaan salahguna peruntukan sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) yang berlaku empat tahun lalu sewaktu pentadbiran BN di Selangor.

Exco kerajaan negeri Ean Yong Hian Wah (tengah) berkata, dua laporan polis telah dibuat yang mendakwa berlaku kes salahguna itu, melibatkan pengerusi JKKK dari sebuah parti komponen BN.

Bercakap dalam satu sidang akhbar hari ini, Ean berkata, berdasarkan laporan polis tersebut, salahguna itu membabitkan pemindahan peruntukan kepada JKKK Kampung Gurney, Ulu Yam Baru di Hulu Selangor - berjumlah RM90,000 - ke dalam akaun peribadi pengerusinya ketika itu, Lee Hing Huat.

Ean turut mengedarkan kepada pihak media, salinan kenyataan bank Lee, sebagai bukti berlakunya transaksi tersebut.

selanjutnya...

Pemuda UMNO disaran mengambil pendekatan yang sama dalam hal ini, Jangan nanti dikata orang 'Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata buat-buat tak tau pulak' ......hidup melayo!!!
Continue Reading...

Ean: Buat laporan polis jika pegawai SPRM diugut

Sumber: Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri
Jul 28, 09
6:21pm


Exco Selangor, Ean Yong Hian Wah menggesa Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said agar membuat laporan polis berhubung terdapat pegawainya yang menerima ugutan untuk memaksa mereka menghentikan siasatan berhubung kes salahguna peruntukan ADUN Selangor.

"Saya memandang serius isu yang dibangkitkan oleh Ahmad Said. Tidak patut ada sebarang ancaman untuk mempengaruhi pegawai-pegawai agensi kerajaan untuk menjalankan siasatan dan membuat keputusan," katanya ketika membaca satu kenyataan.

Ean mengulas mengenai laporan akhbar The Star Online semalam yang memetik Ahmad berkata, ketua pegawai siasatan kes tersebut telah dipindahkan daripada mengendalikan kes ini selepas menerima ugutan.

Ahmad dilaporkan berkata, langkah tersebut adalah untuk menjaga keselamatan pegawai berkenaan.

"Saya mencadangkan Ahmad Said melaporkannya kepada polis dan polis boleh menjalankan siasatan ke atas kes ugutan dan menjaga keselamatan pegawai SPRM," kata Ean dalam satu sidang akhbar di Shah Alam hari ini.

"Jikalau beliau tidak berani untuk membuat laporan polis, saya ingin menghulurkan tangan untuk membantu SPRM membuat laporan polis," katanya

selanjutnya...
Continue Reading...

Ada motif politik pengeboman hotel-hotel Jakarta

Sumber: Teranungkite

Oleh:Tarabulsi_2008

"Kawan-kawan di Jakarta memberitahu di JW Marriot pada 17 Julai 2009 ahli-ahli delegasi persidanagn audit antarabangsa memerangi rasuah dan money laundering sedang mula check-out bila bom meletup. Timbalan Ketua Audit Negara Indonesia, Agong Rai yang mempengerusikan mesyuarat audit antarabangsa tersebut antara yang cedera parah. Agong Rai merupakan segelintir pegawai2 berintegrasi yang membantu Presiden Susilo Bambang Yodhoyono (SBY) memerangi rasuah di Indonesia. Ledakkan di Ritz-Carlton beberapa minit kemudiannya mungkin "diversionary" agar pengeboman JW Marriot itu tidak kelihatan bermotif politik dan sasaran utamanya adalah Agong Rai.

Pelik bila TV-TV dan akhbar di Indonesia tak sebut sepatah pun tentang persidangan antarabangsa menentang rasuah dan money laundering tersebut. Sebenarnya perkara ini tidak pelik. Pihak TV-TV dan surat-surat khabar di Indonesia yang dimilikki oleh parti pembangkang Golkar dan parti anak Sukarno, Megawati, mungkin telah sengaja 'blackout" berita tentang adanya persidangan antarabangsa audit mengenai rasuah dan money laundering di JW Marriot bila hotel itu dibom. TV-TV dan surat-surat khabar di Indonesia diperalatkan oleh pihak pembangkang sama kaedahnya dengan di Malaysia di mana TV-TV dan surat khabar di milikki oleh UMNO-BN.

selanjutnya...

Disini kita dapat lihat perasuah akan berbuat apa saja untuk melindungi kedurjanaan mereka .....
Continue Reading...

Monday, July 27, 2009

Bukan 1,000 tetapi hanya 10 orang?

Sumber:Teranungkite

Oleh:anaqsabah

UMNO Silam yang masih berkemelut semakin kehilangan pengaruh akibat perpecahan dalaman parti itu kerana gagal mendapat sokongan seorang wakil rakyat dan seorang ahli Parlimen daripada bahagian tersebut sehingga tergamak membuat dakyah palsu kononnya 1,000 orang ahli PKR Silam menyertai UMNO.

"Siapa Hassan Melempeng? Dia seorang desperado dan tidak langsung mempunyai pengaruh dan merupakan katak politik yang mudah diternak oleh mana-mana parti. Dakwaan 1,000 orang ahli PKR hanyalah cerita dongeng yang direka oleh Hassan dan Ketua UMNO Bahagian Lahad Datu, Datuk Datu Nasrun Datu Mansur," ujar Ketua Bahagian (Cabang) PKR Silam, Johani Abdul Halim.

Menurut Johani, beliau sentiasa memantau pergerakan Hassan dan ketika Majlis Makan Malam di Dewan Tun Mustapha baru-baru ini, beberapa ahli dan AJK PKR turut diundang dan mereka diperangkap dengan pengumuman terbuka Hassan dan isterinya, Che Sitti Sarina Che Ismail sehingga menyebabkan AJK dan ahli PKR yang turut serta tertipu.

Hassan pernah memujuk saya menyertai UMNO apabila kami tidak terpilih pada pilhanraya umum 2008, namun saya kekal dengan prinsip perjuangan PKR," ujar Johani lagi yang merupakan Mantan AJK Bahagian UMNO Silam selama tiga penggal dan pernah menjadi Pengarah Bilik Gerakan Pilihanraya UMNO Silam sebelum menyertai PKR pada Julai 2005.

Kata Johani, sebenarnya UMNO hanya sesuai untuk pendatang asing tanpa izin yang mendapat kad pengenalan projek yang ditaja UMNO dan tidak sesuai bagi rakyat Sabah yang cintakan negara ini.

Oleh itu kata Johani, beliau mengucapkan selamat berangkat kepada Hassan suami isteri dan beberapa AJK yang terpengaruh dengan janji palsu Nasrun.

Jika enam jiran keluarga Tiong Hua hidup dalam kemelaratan di belakang rumahnya, bagaimana Nasrun boleh membela Hassan dan ahli UMNO yang gilakan projek kecil?," ujar Johani yang menekankan bahawa Angkatan Muda PKR telah membuat laporan polis dan SPRM terhadap Nasrun yang telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua UMNO Bahagian memberi projek kecil kepada Ketua Cawangan UMNO dan kroninya.

Sehubungan itu, Johani berharap agar Ahli PKR dan Pucuk Pimpinan PKR Pusat tidak gelisah kerana hanya sepuluh orang sahaja yang menyertai UMNO dan bukannya 1,000 seperti yang digembar-gemburkan oleh Nasrun dan tergelak besar ketika menunjukkan simbol 1 kosong menggunakan jari kedua belah tangannya.

Johani turut menggesa SPRM agar menyiasat amalan politik wang yang diamalkan Nasrun yang didakwa melesapkan lebih RM850,000 daripada peruntuk ahli parlimen untuk menanam pengaruh politiknya dengan memberikan lebih 37 projek kecil kepada Ketua Cawangan dan kroninya.

Jika Nasrun boleh membeli perwakilan UMNO, adalah tidak hairan jika beliau juga membuat tawaran projek kecil dan biasiswa untuk anak tiri Hassan," ujar Johani yang telah mengenalpasti 10 orang ahli PKR yang menyertai UMNO.

Mereka ini kata Johani telah dijanjikan projek kecil termasuk rumah PPRT oleh Nasrun sebagai imbalan kemasukan mereka ke dalam UMNO.

Johani menegaskan beliau tidak hairan dengan amalan politik katak Hassan kerana sebelum ini beliau meninggalkan UMNO masuk PBS tetapi mengekalkan keahlian di dalam UMNO cawangan Kampung Berigas, kemudian apabila bertanding sebagai Calon Bebas 2004, dipecat seumur hidup oleh Lembaga Disiplin UMNO.

Kini dia masuk UMNO balik. Apa nak hairan? Tapi bagaimana UMNO boleh terima ahli yang dipecat seumur hidup?," tanya Johani yang meminta ahli PKR bertenang dengan ribut dalam cawan di Silam.

Johani berkata beliau agak hairan dengan sikap YB Papantanda (Billboard) iaitu Nasrun yang hanya mencari populariti dengan menumpang glamor Ketua Menteri Sabah di sepuluh billboard yang tidak ditukar selama hampir setahun dan tidak mempedulikan kebajikan ahli UMNO yang hampir kesemuanya adalah miskin tegar.

Jika 36 cawangan UMNO Silam enggan bermesyuarat dan tidak menghantar wakil ke Persidangan Agung UMNO Silam hari ini, bagaimana Hassan dan kumpulannya boleh mempercayai Nasrun?," tanya Johani yang masak dengan politik kampungan Nasrun yang bertenggek di sebalik jawatannya sebagai Pembantu Menteri yang kini ghairah untuk melobi jawatan Pengerusi Barisan Nasional Silam.

http://www.sabahkini.net
Continue Reading...
Sumber :Laman Web P/UMNO

Oleh Adnil Mohd

Shah Alam -- Pemuda UMNO Selangor membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini, Ahad berhubung dakwaan salah guna peruntukan kerajaan negeri seperti disiarkan sebuah laman blog baru-baru ini.

Ketua Pemuda UMNO Selangor, Suhaimi Mohd Ghazali berkata selain menyiasat dakwaan laman blog itu pihaknya juga mahu SPRM meneruskan siasatan terhadap tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Exco Selangor dari Pakatan Rakyat yang didakwa ada kaitan dengan kes berkenaan.

Tegasnya siasatan SPRM berhubung penyelewengan dan siapa yang terbabit dalam kegiatan kongsi gelap seperti dakwaan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong menerusi laman blognya itu tidak harus dihentikan berikutan kematian Setiausaha Politik Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram Selangor, Ean Yong Hian Wah, Teoh Beng Hock pada 16 Julai lalu.

Tambah beliau kebenaran di sebalik penyelewengan itu harus dibongkar agar semua pihak tahu perkara sebenar.

"Kita minta SPRM teruskan siasatan dan kita mahu tahu siapa terbabit dalam kegiatan kongsi gelap ini.

"Saya percaya walaupun parti pembangkang cuba mengalihkan pandangan, rakyat perlu tahu. Jika ada penyelewengan, ia harus didedahkan dan kalau ada salah guna kuasa, siapa yang terbabit," katanya.

Beliau yang hadir bersama 15 ahli Pemuda UMNO Selangor di pejabat SPRM di tingkat 14, bangunan tersebut turut membawa salinan dokumen daripada laman blog T4TBH yang didakwa mempunyai kaitan dengan penyalahgunaan wang kerajaan negeri itu.

selanjutnya...


Hampa kena juga laporkan "Banglo Toyo" baru .......betul
Continue Reading...

Kerjasama : Pemuda Mahu Nik Aziz Buat Ketetapan Jelas, Muktamad

Sumber:Web Pemudaumno

Oleh Indera Ahmad

Johor Bahru –- Pemuda UMNO menyambut baik kenyataan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk berbaik-baik dengan Kerajaan Pusat namun meminta Menteri Besar Kelantan itu membuat satu ketetapan yang jelas.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata perkara itu penting berikutan pendirian Pas sebelum ini yang sentiasa berubah.

Justeru beliau berharap kesediaan serta pendirian mengenai kesediaannya untuk menjalinkan kerjasama dengan Kerajaan Pusat itu merupakan satu keputusan yang muktamad.

"Kita menyambut baik dan sentiasa membuka ruang untuk berbincang bersama Pas demi menjaga kepentingan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kulai di sini, Ahad petang.

selanjutnya...

Tumpang tanya...mana hampa dapat maklumat ni......kah..kah..kah..gila mengoyam agaknya.....UMNO: Hidung Tak Mancung, Pipi Tersorong-sorong…
Continue Reading...

Penting! Panduan dan Peta Laluan bagi peserta Himpunan Mansuhkan ISA 1 Ogos

Sumber: Teranungkite

Oleh:Hermansamsudeen

Himpunan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 di Kuala Lumpur (Sila Klik Disini Untuk Melihat Peta Laluan)bakal mencipta sejarahnya yang tersendiri selepas Himpunan Bersih dan PPSMI. Uniknya pada hari yang sama akan ada satu lagi himpunan lain yang Menyokong ISA.

Kami menjangkakan pelbagai kaum akan muncul, pelbagai ideologi akan hadir, pelbagai agama dan kepercayaan akan berhimpun untuk menyatakan pandangan mereka khususnya keselamatan Dalam Negeri (ISA).




Oleh itu bagi melancarkan perhimpunan ini, pihak kami mengeluarkan satu garis panduan yang diharapkan dapat membantu anda dan kami diperingkat penganjur dalam memastikan perhimpunan ini dapat berjalan dengan lancar dan aman.

selanjutnya...
Continue Reading...

Alang-Alang Di Gulingkan, Dedah Terus Skandal PKFZ

Sumber:Teranungkite

Berita Oleh: addin_77

"Penasihat DAP Lim Kit Siang menggesa Presiden MCA Ong Tee Keat untuk mendedahkan skandal Zon Bebas Pelabukan Klang (PKFZ) sepenuhnya, alang-alang beliau akan digulingkan oleh pihak tertentu. Kit Siang berkata demikian menyusuli kenyataan Ong yang mendakwa wujudnya pakatan untuk menggulingkan beliau sebagai Presiden MCA.

Pemimpin veteran itu mencemuh tindakan terdesak Ong yang mahu menampilkan dirinya sebagai pendekar yang dikepung dari pelbagai sudut kerana mendedahkan sekelumit skandal RM12.5 bilion itu.

"Perlu saya tegaskan disini saya sebenarnya tidak berminat dengan politik MCA dan saya tidak peduli ada atau tidak kempen untuk menggulingkan Ong dalam MCA. Samada Ong atau timbalannya Chua Soi Lek menjadi Presiden tidak penting sama sekali kepada rakyat Malaysia yang fikir tidak ada perbezaan antara mereka berdua," kata Kit Siang. "Ong sekarang ini mahu menjadi hero. Alang-alang dia akan digulingkan hanya kerana mendedahkan kurang dari 10 peratus skandal PKFZ ini, saya sarankan dia jadi anak jantan dan dedah 100 peratus penyelewengan disebalik skandal ini," tegas Kit Siang.

Sementara itu, Ong juga mendakwa beliau menerima surat ugutan dari pihak tertentu. Kit Siang memberi jaminan bahawa beliau akan membelakangi Menteri Pengangkutan itu sekiranya Ong mendedahkan skandal PKFZ sepenuhnya. "Saya sendiri akan failkan laporan polis untuk Ong jika beliau gagal ke balai polis dalam masa 48 jam, bagi memastikan tidak ada samseng-samseng jahat mengugat integriti kerajaan," katanya./TV Antara
http://addin77.blogspot.com
Continue Reading...

TV3, UM cuba napikan tulisan ini adalah tidak benar

Dari Malaysiakini

Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menafikan bahawa beliau ada menyebut mengenai soal perpaduan antara Umno dan PAS.

Dalam kenyataan rasminya kepada TVPAS pagi ini, beliau yang juga menteri besar Kelantan, menafikan perkara itu.

Malah, Nik Aziz mencabar media massa supaya buktikan dengan rakaman video atau audio bahawa beliau menyebut soal perpaduan dan beliau menghulurkan salam perpaduan Umno-PAS.

“Umno ni dah jadi macam cerita Laila Majnun’ kata Tok Guru dipejabatnya sambil mengibaratkan ia menunjukan sikap ‘desperado’ Umno ‘yang gilakan PAS’.

“Saya bercakap pasal kerjasama antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri seperti semangat federalisme bukan pasal antara parti,” kata Nik Aziz lagi.

“Yang duduk cakap pasal parti ialah (Dato’) Mustapha Mohamed,” kata Nik Aziz sambil merujuk kepada sidang media selepas majlis pelancaran Fiesta Kelantan di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur, jumaat lalu.

selanjutnya....



Continue Reading...

Tuesday, July 21, 2009

There is many a truth in the parody

Sumber: Malaysia Today

Posted by admin
Tuesday, 21 July 2009 16:07

Image

So the heat was on. Friday was the dateline. They wanted Tan Sri Khalid and his team arrested that same day. And they would have to use force if necessary to get Teoh to say what the MACC wanted him to say to meet this dateline.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Some of you may think that the MACC Downfall Parody video is in bad taste. I mean, how can we make fun of Teoh Beng Hock’s death when we should instead be mourning him? Yes, it was a hard decision to make as to whether to publish that video or not. But we decided to do it anyway not with intent to make fun of Teoh’s death but to reveal the real circumstances behind his death. And the video best describes the events behind what really happened.

Many months ago, soon after Perak fell, Malaysia Today had revealed the plan to bring down the Pakatan Rakyat state governments of Selangor, Penang and Kedah. Unfortunately, instead of taking corrective measures by strengthening their defences against the onslaught, Pakatan Rakyat became embroiled in inter-party and intra-party bickering. And most of the bickering was about petty and personal issues involving personalities and egos.

Perak was supposed to be the beginning. Selangor, Penang and Kedah were supposed to follow suit. In time, all the states under Pakatan Rakyat, save Kelantan, would be back in the hands of Barisan Nasional.

The Selangor plan was simple. The Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, and a few of the Selangor State EXCO Members would be arrested for corruption. They would be held a day or so in the lockup and then dragged to court to be charged. The trial would be speedy so that their resignations or disqualifications would come fast. And that would be the end of the Pakatan Rakyat Selangor government.

The modus operandi would be the same as what they did to Anwar Ibrahim in 1998. One need not actually receive money or benefit financially for it to be regarded as corruption. Even if your office is used in what could be perceived as an abuse of power or you personally instruct someone to ‘do something’ -- even if it does not involve money or financial gain -- that too would be considered corruption and you can be sent to jail.

Read more ...

Continue Reading...

Another Questionable Death in Malaysia

Sumber:Malaysia Today

Posted by admin

How did an opposition party aide manage to throw himself off an anti-corruption agency building?

Asia Sentinel

If Teoh Beng Hock had died in the custody of the police in Moscow or Chechnya, the death would have been all over the western media as yet another example of the brutality of the system. But because Malaysia buys lots of arms from the west, western tourists love Langkawi beaches, and Manchester United makes millions from its Malaysian fans, this appalling story rated the briefest of international mentions. Yet murder goes closer to top people in Malaysia than it does to their equivalents in Russia.

Teoh was an aide to an executive councilor in the Selangor state government which is controlled by an opposition coalition including the Democratic Action Party (DAP) of which Teoh's boss was a senior member. He was found dead on the fifth floor roof of the Malaysia Anti-Corruption Commission building having allegedly jumped to his death after an interrogation.

The story is not just a tragedy for Beng Hock, his family, fiancée and friends. It is yet another tragedy for the Malaysian system of law and justice. Exactly what happened at the Shah Alam, Selangor, of the Malaysian Anti-Corruption Commission we shall probably never know. Cover-ups will go on indefinitely, as also in the case of the murder of Mongolian model and translator Altantuya Shaaribu , the pregnant former mistress of Razak Baginda a close associate of now prime minister Najib Razak who was killed by members of Najib's security detail.

According to the MACC, Teoh's interrogation had ended some hours earlier but he had elected to stay at its offices, from which he later jumped. At the very least, if Teoh had killed himself it could only have been after mental or physical torture or administration of drugs by the MACC. Teoh was not the subject of investigation by the MACC, the agency said, only his boss. He was a former newspaper reporter for the Chinese daily Sin Chiew Jit Poh until joining the state government after the opposition victory last year. He was due to be married soon.

The MACC may sound a worthy institution dedicated to clean government. But foreigners should not be fooled. Its interrogation of Yeoh was clearly aimed at trying to dig up something to pin on his boss and hence disrupt an opposition coalition already subject to the money politics which has helped keep the UMNO-led coalition in power at national level for more than 50 years.

The MACC meanwhile has singularly failed to investigate the payment of "commissions" totaling €114 million to Najib's friend Razak Baginda for the purchase of French submarines while Najib was Defense Minister. The French-speaking Altantuya visited Paris with Razak Baginda during discussions with the French so was almost certainly privy to the deal and, by her own admission, later tried to blackmail Baginda. According to testimony which was not allowed in court, Najib was also present on one of these Paris visits. Indeed, according to a private detective who later recanted his testimony then disappeared, Najib himself had previously had a sexual relationship with Altantuya.

The trial of Razak Baginda, who was acquitted, and two members of Najib's squad, who were found guilty, was a bizarre affair which made a mockery of justice. (see Asia Sentinel: Altantuya's Killers Judged Guilty) Yet western governments, which continue to lecture Russia and others on human rights and the rule of law for their own commercial reasons, continue to accord Malaysia's government and courts a liberal and democratic status which they lost two decades ago.

The death of Teoh Beng Hock is yet another tragic illustration of how rotten the Malaysian system has become after years of one party rule, racialism and blatant corruption on a massive scale.

Continue Reading...

Statutory Declaration of ASP Mior Fahim Bin Ahmad (G/13237)

Sumber: MalaysiaToday

Posted by admin
Saturday, 13 June 2009 01:20

Image

In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses as punishment for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

AKUAN BERKANUN


Saya, MIOR FAHIM BIN AHMAD (K/P Polis No: G/13237) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), Jabatan Siasatan Jenayah, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintendan (ASP) di Cawangan D7 di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 21.08.2006, saya telah terima arahan kenaikan pangkat dari C/Insp ke ASP melalui E-Siar. Kenaikan pangkat saya berkuatkuasa mulai 01.07.2005.

3. Pada September 2006, saya telah berjumpa dengan KBPD IPD Kota Kinabalu – DSP. CHEW THAM SOON dan meminta bantuan beliau untuk menguruskan penempatan saya jawatan SIO Kota Kinabalu seandainya beliau mempunyai kenalan di bahagian perjawatan Bukit Aman, disamping itu saya juga telah memohon bantuan beberapa pegawai kanan lain yang saya kenali.

4. Saya telah berjumpa dengan DSP. CHEW THAN SOON dan saya bertanyakan penempatan saya. Kemudian saya dimaklumkan beliau telah mencadangkan saya ke jawatan D7, IPK Johor. Saya tidak bersetuju dan meminta beliau untuk mengekalkan saya di IPD Kota Kinabalu. DSP CHEW THAM SOON meyakinkan saya untuk pertukaran ke D7 Johor.

5. Pada November 2006, saya mula dikenalkan kepada BK TAN. Saya bersama DSP. WAN HASSAN (Tim. Komandan PULAPOL Kota Kinabalu) di bawa oleh DSP. CHEW THAM SOON ke sebuah pejabat yang terletak di bangunan AM-CORP, Petaling Jaya, Selangor. Kami telah berjumpa dengan seorang lelaki Cina yang dikenali sebagai BK TAN. Dalam perjumpaan terebut DSP. CHEW THAM SOON telah mengenalkan saya kepada BK TAN. Kemudian saya telah ditemu bual oleh BK TAN berhubung pengalaman kerja.

6. Semasa perjumpaan tersebut, telah datang seorang lelaki Cina gemuk yang mengenalkan dirinya sebagai AH HON. Dalam temubual tersebut, BK TAN memberitahu bahawa apabila saya bekerja di bahagian D7, IPK Johor, hendaklah bekerja dengan baik. BK TAN juga beritahu saya AH HON merupakan orang yang menjaga ZON SELATAN dan memberitahu sekiranya ada apa-apa hal AH HON akan berhubung dengan saya. Kemudian telah masuk seorang lelaki Melayu di pejabat sebelah, lalu BK TAN telah pergi menyambut lelaki tersebut.

7. DSP CHEW memberitahu saya bahawa lelaki melayu itu adalah salah seorang Ahli Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) iaitu DATO’ OTHMAN TALIB, yang mempunyai hubungan baik dengan BK TAN, dengan tujuan memudahkan urusan untuk kenaikan pangkat di masa hadapan.

8. Dalam waktu yang sama, masuk seorang lelaki Cina pendek ke Pejabat tersebut. AH HON telah mengenalkan bahawa lelaki Cina tersebut adalah PT-D7 JOHOR (DSP. NG FOOK LONG). DSP CHEW juga memberitahu saya bahawa BK TAN mempunyai perhubungan yang amat baik dengan TAN SRI KPN dan akan mendengar setiap cadangan dan nasihat BK TAN. DSP CHEW juga menunjukkan seorang lelaki melayu yang sedang bekerja di pejabat bersebelahan dan memberitahu bahawa orang itu adalah anak lelaki TAN SRI KPN. Sewaktu saya di pejabat BK TAN, saya juga lihat AH HON telah membawa keluar satu arahan pertukaran yang baru keluar dan arahan pertukaran tersebut dibincangkan oleh mereka bersama.

9. Pada Disember 2006, saya telah menyemak E-Siar dan mendapati nama saya terdapat dalam arahan pertukaran tersebut untuk melapor diri sebagai ASP D7, IPK Johor. Pada hari yang sama juga AH HON telah menghubungi saya melalui talipon dan bertanyakan kepada saya bila hendak melaporkan diri dan meminta saya untuk melaporkan diri dengan cepat.

10. Lebih kurang 2-3 hari selepas arahan pertukaran keluar, saya telah menalipon beberapa pegawai kanan yang saya kenali ACP ROSLI MD ISA, DCP DATO’ MOKTHAR BIN HASSAN, ACP AZIZAN ABU TAAT yang pernah bertugas di Johor. Mereka menasihatkan saya supaya berhati-hati dengan sindiket ekor haram dan pelacuran di Negeri Johor.

11. Pada 16.01.2007, saya telah melaporkan diri di IPK Johor. Apabila saya melaporkan diri, AH HON telah menghubungi saya dan memaklumkan rumah telah disediakan. Saya kemudian telah terus pergi ke rumah tersebut di Bistari Impian, Larkin dan berjumpa dengan tuan rumah. Tuan rumah tersebut adalah seorang perempuan Cina. Saya bertanyakan tentang harga sewa sebulan dan beliau mengatakan harga biasa adalah RM1,200/- sebulan tetapi beliau menawarkan untuk saya hanya dengan RM900/- sebulan dan pada masa yang sama juga saya meminta beliau untuk menyediakan surat perjanjian sewa rumah. Beliau mengatakan “Tuan duduk dululah nanti baru kita kira”.

12. Semasa saya melaporkan diri kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG, beliau telah meyampaikan beberapa arahan penugasan dan memberi arahan semua serbuan boleh dibuat ke atas aktiviti haram kecuali judi empat nombor ekor haram dan hendaklah memaklumkan kepada beliau terlebih dahulu.

13. Pada 28.02.2007, saya telah terima sms dari AH HON dari talian no. 017-2551255 yang berbunyi “Tolong Ambil Tindakan Serta Merta 4A(a) atas Tiga Tempat berikut No. S38, S25A dan S37 Jalan Bukit Batu 11, Kulai Johor. Tugasan dari atas tengah perhatikan. Jangan balik kosong”. Saya kemudian telah memaklumkan kepada PT-D7 DSP. NG FOOK LONG dan beliau pun mengatakan ada menerima sms yang sama. Saya memberitahu DSP NG FOOK LONG, “Kita pegawai polis dan tidak boleh ikut arahan AH HON” yang saya dapati ahli sindiket haram. DSP NG FOOK LONG hanya mendiamkan diri.

14. Pada awal Mac 2007, saya telah keluar dari rumah yang disediakan oleh AH HON dan mencari rumah sewa sendiri di Bandar Baru Uda. Saya telah menguruskan sendiri penyewaan dan perpindahan ke rumah tersebut.

15. Saya juga telah terima sms dari AH HON, dimana AH HON meminta maaf di atas arahan beliau untuk buat serbuan. Selepas dari itu, tiada perhubungan lagi dengan AH HON.

16. Sekita waktu sama pada awal Mac 2007, saya telah terima maklumat dari anggota D7 iaitu SM/D.94894 Manimaran, Sjn/D.104700 Raja Kumar, Sjn/D.88548 Tow Pong Yew, L/Kpl/D.115161 Asmawi Bin Utar dan Sjn. 89379 Yassim Bin Malek – dari IPD Kluang, Johor bahawa sindiket TENGKU (GOH CHENG POH) dibawah seliaan AH HON telah aktif menjalankan kegiatan judi empat nombor ekor haram dengan memonopoli seluruh Negeri Johor, dimana TENGKU mempergunakan Pegawai dan Anggota D7 untuk membuka kes fail ke atas mana-mana ajen/penganjur yang tidak tunduk kepada sindiket tersebut. Mana-mana pegawai dan anggota tidak mengikut telunjuk sindiket ini akan ditukarkan ke PGA.

17. Ada diantara anggota D7 yang tidak dapat menerima perkara ini telah memohon untuk bertukar keluar dari D7, IPK Johor tetapi tidak disokong oleh PT-D7 terdahulu iaitu DSP. MOHD HEDZIR BIN HUSSIN dan SI/D.59920 NG SWEE MIN. Atas sebab tersebut, saya telah mengeluarkan arahan kepada Pegawai D7 dan anggota D7 supaya mendapatkan maklumat ke atas kegiatan sindiket TENGKU untuk penyediaan kes fail.

18. Pada 28.03.2007, sepasukan Pegawai dari D7 Bukit Aman, Kuala Lumpur yang di ketuai DSP. ZAWAWI telah membuat serbuan/tangkapan ke atas dua (2) pusat pengiraan judi empat nombor ekor loteri awam haram iaiatu di Taman Sri Putri, Kulai Johor dan Taman Sentosa, Johor Bahru. Dalam tangkapan tersebut sejumlah 32 buah mesin faks dan tujuhbelas (17) orang telah ditangkap bersama lebih kurang 3,000 helai “ekod of stake”, Rujuk: Kulai Report: 2588/2007 dan Johor Bahru Selatan Report: 7295/2007.

19. Hasil dari risikan yang diperolehi dari tangkapan-tangkapan di atas, saya telah membuka kes fail dibawah Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 ke atas tiga (3) orang subjek yang terlibat langsung dengan TENGKU. Manakala kes fail terhadap TENGKU tidak dapat dibuka kerana kekurangan “statement”. Tiga (3) orang subjek yang diambil tindakan kes fail adalah bernama:-

(a) SOH KING SIANG;
(b) LIM CHIN CHAI; dan
(c) LEE YOKE HAN.

20. Ketiga-tiga kes fail ke atas subjek terserbut diatas telah diedarkan ke D7, Bukit Aman, untuk kelulusan tangkapan di bawah Sek. 3(1) Ord. Darurat (KA & MJ) 5/69. Namun, sehingga kini ia masih belum diluluskan.

21. Kemudian dari itu, saya dapati tigabelas (13) orang dari tujuhbelas (17) tangkapan di atas telah membuat laporan Polis dengan mendakwa saya dan anggota-anggota yang terlibat dalam soalsiasat dan merakam percakapan risikan telah memukul mereka semasa dalam tahanan dan rakaman percakapan risikan, dimana kebanyakkan tangkapan adalah wanita tua.

22. Akibat daripada laporan yang di buat oleh tangkapan-tangkapan di atas, satu pasukan TATATERTIB diketuai oleh DSP. Navamaney telah merakamkan percakapan saya dan anggota terlibat. Siasatan Tatatertib menjurus kepada membantu kepada pihak sindiket, sedangkan saya dan anggota tidak menggunakan sebarang kekerasan terlebih lagi terhadap wanita tua. Selang dua hari kemudian, saya dapati DSP. Navamaney telah dinaikkan pangkat P/SUPT.

23. Pada 30.03.2007, saya dan anggota D7 telah menangkap tiga (3) orang subjek di bawah Sek. 3(1) Ordinan Darurat (KA & MJ) 5/69 yang merupakan ahli sindiket TENGKU. Butiran diri mereka adalah seperti berikut:-

(a) CHAI NGEW;
(b) CHIN YEW FAH; dan
(c) TAN LEE POEY

24. Subjek (i) dan (ii) telah ditahan di lokap Balai Polis Larkin, dimana ketiga-tiga mereka ditahan untuk tempoh 60 hari sementara arahan KKDN. Selepas sembilan (9) hari kemudian, ketiga-tiga subjek di atas dibebaskan tanpa pengetahuan saya, sedangkan saya merupakan IO kes fail. Mereka telah dibebaskan oleh P/DSP. NG FOOK LONG di atas arahan DATO KHALID BIN ABU BAKAR – Tim. Pengarah JSJ 1 – (Operasi/Risikan). Setelah meneliti ketiga-tiga kes fail tersebut, saya dapati mereka dibebaskan dengan alasan, telah insaf, tiada kekerasan dan menjalankan aktiviti secara individu, sedangkan arahan PJSJ No. 2/2005 masih dikuatkuasakan.

25. Pada 29.05.2007, saya telah meneliti E-Siar dan mendapati lima orang pegawai D7, IPK Johor telah ditukarkan keluar dari Bahagian D7, IPK Johor dan salah seorang pegawai saya bernama C/INSP. SUNDAR RAJAN A/L ELLUMALAI (I/12413) telah ditukarkan-ke PGA SIBU. Saya dapati pengawai ini ditukarkan kerana beliau telah terlibat dalam merakamkan percakapan risikan ke atas seorang tangkapan bersabit J.BAHRU REPORT: 7295/2007 yang mendedahkan secara positif penglibatan TENGKU dalam penganjuran aktiviti perjudian empat nombor ekor loteri awam haram. Selain itu, pegawai ini juga aktif dalam menangkap ajen-ajen menulis judi empat nombor ekor loteri awam di bawah sindiket TENGKU.

26. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan jenayah judi haram yang membabitkan sindiket dibawah naungan TENGKU dan BK TAN boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib. Saya menganggap ini satu penganiayaan terhadap diri, kerjaya, keluarga dan nama baik saya.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh MIOR FAHIM BIN )
AHMAD (G/13237) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )


Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Continue Reading...

Statutory Declaration of Detektif Sarjan Raja Kumar (D/104700)

Sumber: Malaysia Today
PDF Print
Posted by admin
Friday, 12 June 2009 00:21

Image

In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses as punishment for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

AKUAN BERKANUN


Saya, Raja Kumar (K/P Polis No: D/104700) yang beralamat di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK), JSJ, Johor dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang anggota polis berpangkat Detektif Sarjan di Bahagian D7, IPK, Johor (JSJ). Sebagai anggota JSJ, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJ. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 16/06/2005 jam 1430, semasa saya berada di pejabat JSJ IPD JB(U) dimana Si Ng Swee Min bertanya kepada saya, adakah saya mahu masuk ke IPK cawangan D7. Saya memberitahu bahawa saya tidak minat dan tidak mempunyai pengalaman di dalam cawangan D7. Semasa itu beliau memberitahu, kalau kamu masih didalam cawangan D9 hanya boleh dapat surat penghargaan sahaja, naik naik pengkat pun susah dapat.

3. Setelah mendengar jawapan tersebut, saya hanya mendiamkan diri sahaja. Setelah lebih kurang satu (1) jam kami berdua berbual-bual, Si Ng Swee Min terima panggilan daripada kawannya. Selepas panggilan tersebut, beliau mengajak saya keluar makan. Jam lebih kurang 1500, saya bersama beliau keluar daripada IPD JB(U). Sampai di tepi jalan hadapan balai datang sebuah kereta berhenti. Si Ng Swee Min menyuruh saya naik kedalam kereta tersebut, dimana beliau duduk dibahagian hadapan bersama pemandu kereta tersebut iaitu seorang lelaki Cina, rupa bentuk pendek dan kepala botak, pakaian kemas.

4. Pada jam lebih kurang 1520 kami bertiga sampai disebuah restoran Sea Food, kawasan Taman Seleseh Jaya, Skudai. Lelaki Cina tersebut order makanan. Lelaki Cina tersebut bersalam dengan saya dan Si Ng Swee Min kenalkan saya kepada lelaki Cina tersebut. Setelah makan sampai kami bertiga pun makan. Si Ng Swee Min berbual-bual dalam bahasa Cina dan saya hanya mendiamkan diri sahaja. Setalah kami bertiga habis makan lelaki Cina tersebut membayar bill makanan tersebut. Pada jam lebih kurang 1620, lelaki Cina tersebut menghantar saya bersama Si Ng Swee Min balik ke Balai Polis Skudai. Selepas itu, saya pun balik ke rumah dan Si Ng Swee Min pun beredar daripada Balai.

5. Pada 16/06/2005 jam 2300, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) saya terima panggilan telefon daripada seorang lelaki Cina daripada Muar, No Tel: 012 - 6170595, nama panggilan lelaki Cina tersebut adalah Botak Seng (seorang ejen empat nomber haram yang tinggal dikawasan Kersang Muar). Di dalam perbualan telefon tersebut, Botak Seng bertanya kepada saya “Kawan petang lu keluar makan sama siapa, lu tahukah?”. Saya memberitahu yang saya tidak tahu, Botak Seng kata “Itulah boss Tengku Tangkak“. Kami kemudain berbual-bual selama lebih kurang 10 minit dan saya pun memberitahu Botak Seng bahawa saya ada kerja dan kami pun tamatkan perbualan.

6. Pada 22/06/2005 jam lebih kurang 1400, semasa saya bersama Si Ng Swee Min berada di pejabat JSJ IP JB(U) beliau bertanya kepada saya adakah saya mahu tukar ke IPK JSJ cawangan D7. Saya kata saya tidak minat kerja di cawangan D7. Beliau memberitahu saya bahawa beliau akan mengajar saya cara-cara penugasan di cawangan D7. Beliau juga kata boleh mengaturkan saya cepat dapat pakai pangkat sarjan dan boleh mengaturkan saya mahu pindah mana-mana tempat yang saya mahu nanti. Beliau juga memberitau beliau mempunyai pengalaman di cawangan tersebut selama 20 tahun.

7. Beliau juga memberitahu bahawa walaupun saya pernah bertugas di cawangan JSJ di daerah B/Pahat dan Muar, selagi saya di cawangan JSJ, IPD JB(U) saya tidak ada peluang buat tangkapan di daerah-daerah tersebut. Setelah saya mendengar perbualan tersebut saya mendiamkan diri sahaja. Lebih kurang jam 1400. Si Ng Swee Min mengajak saya makan, saya pun setuju.

8. Semasa saya bersama beliau keluar daripada Balai Skudai, sebuah kereta sudah menunggu diluar IPD JB(U). Apabila sampai di situ lelaki nama panggilan TENGKU sudah berada di dalam kereta tersebut. Saya tidak cam nombor kereta tersebut, yang berwarna hitam jenis Mercerdes iaitu kereta yang sama di gunakan oleh TENGKU tempoh hari semasa kami keluar makan.

9. Apabila sampai di restoran yang sama, TENGKU bertanya kepada saya “Kerja ada baik kah?”, saya kata biasa lah CID punya kerja. Semasa itu Si Ng Swee Min mendiamkan diri sahaja. Setelah makan, TENGKU menghantar kami berdua balik ke IPD JB(U). Sampai di situ saya balik kerumah dan Si Ng Swee Min memberitahu beliau juga balik kerumahnya.

10. Pada bulan tersebut, tetapi tidak ingat tarikh, saya dapati pada hari Sabtu dan Ahad Si Ng Swee Min selalu jarang-jarang ke Pejabat. Saya pernah bertanya kepadanya kenapa selalu tidak datang ke Pejabat pada hari Sabtu dan Ahad. Beliau memberitahu bahawa beliau ada mesyuarat di Kuala Lumpur dan mengarahkan saya supaya jangan beritahu pada sesiapa. Saya pun kata ok.

11. Pada 26/06/2005 jam 1400, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) saya bersama-sama beberapa anggota Detektif dan pengawai terima semboyan arahan di kehendaki lapor ke cawangan JSJ D7 IPK Johor. Apabila terima berita tersebut, saya berhubung dengan Si Ng Swee Min dan tanyakan macam mana ini boleh berlaku. Beliau memberitahu ikut sahaja arahan DIG seperti dalam semboyan tersebut. Saya merayu kepadanya supaya gantikanlah dengan orang lain tetapi beliau memberitahu ini adalah arahan DIG.

12. Pada hari yang sama, saya berjumpa dengan KBSJD DSP Ahmad Zamri dan memberitahu bahawa saya tidak mahu pergi, tetapi diberitahu ikut sajalah kerana ini adalah arahan DIG. Pada malam tersebut saya juga menelefon Si Ng Swee Min dan bertanyakan macam mana perkara ini boleh terjadi. Beliau memberitahu bahawa beliaulah mengaturkan perkara tersebut. Beliau juga memberitahu pada dalam bulan tersebut beliau sering pergi ke Kuala Lumpur hari Sabtu dan Ahad kerana inilah yang beliau bincangkan dengan pihak atasan. Setelah saya mendengar berita tersebut saya mematuhi dan tidak memberitahu kepada sesiapa pun.

13. Pada 01/07/2005 jam 1100, saya mohon cuti 7 hari daripada KBSD dan tidak mahu lapor diri di cawangan D7. Setelah tamat cuti KBSJD menyuruh saya lapor ke IPK D7 dan memberitahu ini adalah arahan DIG. Apabila saya mendengar arahan tersebut, saya memberitahu kepada KBSD bahawa saya akan lapor diri pada 16/07/2005.

14. Sebelum tarikh saya lapor diri di IPK Johor, jam lebih kurang 2200 saya terima panggilan telefon daripada DSP Mohd Hedzir menyuruh saya datang ke sebuah restoran kawasan Taman Tasek Johor Bahru. Apabila, sampai disitu saya dapati DSP Mohd Hedzir, Si Ng Swee Min dan semua anggota yang sudah lapor diri pada 01/07/2005 berada direstoran tersebut. Disitu kami semua berkenalan.

15. Setelah berkenalan satu sama lain, DSP Mohd Hedzir bertanya kepada setiap anggota kebolehan masing-masing. Apabila sampai giliran saya, saya memberitahu tak ada apa-apa kelebihan. DSP Mohd Hedzir kemudian bertanya kepada saya, jika saya tahu aktiviti kegiatan kongsi gelap dan perjudian di daerah yang saya pernah kerja. Saya jawab bahawa maklumat berkaitan aktiviti dan ketua sindiket adalah dalam pengetahuan saya, walaupun saya bertugas di daerah Batu Pahat dan Muar cawangan JSJ. Selepas lebih kurang (1) satu jam, saya minta izin untuk balik ke Skudai. Semasa itu, DSP Hedzir mengarahkan “bahawa kamu mesti lapor pada 16/07/2005”. Beliau juga memberitahu tugas beliau akan beroperasi dan berhubung dengan saya bila-bila masa. Saya kata akan patuh arahan.

16. Pada 11/07/2005 jam 2200, semasa saya berada di Pejabat JSJ IPD JB(U) Si Ng Swee Min telah menghubungi saya dan mengarahkan supaya saya segera datang ke kawasan Taman Pelangi Johor Bahru atas arahan DSP Hedzir kerana mereka memerlukan anggota untuk buat serbuan. Saya terus pergi ke kawasan Taman Pelangi dan apabila sampai di hadapan kedai perabut, saya nampak DSP Hedzir, Si Ng Swee Min, Insp Zainal D7 IPK, C/Insp Junah dan anggota D6 IPD JBS sudah berada disitu. DSP Hedzir memberi taklimat bahawa beliau akan membuat serbuan terhadap sebuah rumah di kawasan tersebut untuk menangkap suspek Hok Soon. Beliau mengatakan bahawa suspek ini adalah seorang di kehendaki terlibat di bawah sek/324 KK kes pukul seorang peguam di Johor Bahru yang telah menjadi perhatian pihak Bukit Aman.

17. Setelah terima taklimat, saya juga menaiki kereta, Si Ng Swee Min dan yang lain anggota naik kereta masing-masing, DSP Mohd Hedzir juga menaiki keretanya. Jam lebih kurang 2330, serbuan di buat di rumah tersebut dan di ketuai oleh DSP Mohd Hedzir. Semasa serbuan dibuat, didapati suspek tiada di rumah. Yang ada hanya anak dan isterinya sahaja walaupun kad pengenalan suspek berada di dalam rumah tersebut. Kami membuat pemeriksaan selama lebih kurang satu jam dan selepas itu, C/Insp Junah dan anggotanya mula beredar daripada rumah tersebut.

18. Pada masa yang sama, saya ternampak ada sebuah kereta jenis Rexton warna silver nombor tak pasti, ada dua lelaki Cina parking ditepi rumah tersebut. Seorang lelaki Cina berbadan tegap dan lengan ada tattoo, memakai rantai emas besar masuk kedalam rumah tersebut. Saya perhati bahawa DSP Mohd Hedzir berbual-bual dengan lelaki Cina tersebut. Saya ada bertanya kepada anggota D6 JBS siapakah Cina ini. Mereka memberitahu bahawa Cina tersebut adalah bekas penjenayah nama panggilan ONG CHEE KIONG tinggal di Senai, terlibat di dalam kes samun senjatapi dan colek. Mereka juga memberitahu mungkin Cina tersebut “source” DSP Mohd Hedzir. Saya perhati bahawa lelaki Cina itu masuk ke dalam rumah tersebut dan menjalankan pemeriksaan di semua bilik di dalam rumah tersebut. Saya perhatikan lelaki Cina itu hanya berbual-bual dengan DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min sahaja.

19. Setelah membuat pemeriksaan di dalam rumah tersebut, DSP Mohd Hedzir mengarahkan kami semua bersamanya tunggu sampai 0400 kerana kemungkinan suspek akan balik. Saya menghampiri ke kenderaan dan nampak lelaki Cina butir-butir fizikal gemok pakai cermin mata, sedang berbual-bual dengan lelaki Cina yang memandu kenderaan tersebut. Saya bertanya “Boss datang dari mana?”. Beliau memberitahu dari KL dan beliau juga memberitahu suspek mesti balik. Semasa itu saya juga nampak lelaki tersebut menghantar laporan mengunakan computer note book tetapi saya tidak tahu kepada siapa laporan itu dihantar. Setelah itu, saya balik kerumah tersebut dan bertanya kepada Insp Zainal “Tuan, siapa lelaki yang dalam kereta tersebut”. Beliau memberitahu lelaki Cina yang saya berbual-bual tadi adalah pegawai dari cawangan E 1 Bukit Aman, itu pun beliau dapat tahu daripada DSP Mohd Hedzir. Pada jam lebih kurang 0430 kami semua beredar daripada rumah tersebut.

20. Pada 16/07/2005, saya telah lapor diri ke cawangan D7 IPK Johor. Setelah lapor diri, penugasan saya adalah dapatkan maklumat tempat menulis nombor ekor haram, mengesan ketua-ketua sindiket dan aktiviti mereka di kawasan Johor, Daerah Muar dan di Batu Pahat.

21. Pada bulan tersebut semasa kami membuat serbuan atau risikan bersama DSP Mohd Hedzir saya juga nampak lelaki Cina yang menggunakan kenderaan Rexton selalu mengekori kami. Apabila saya bertanya kepada DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min siapa mereka kerana selalu ada ditempat kita minum. Saya juga pernah nampak ada masanya beliau menaiki teksi berada di sekitar tempat kita melakukan serbuan. Mereka memberitahu bahawa lelaki Cina adalah pegawai E1 Bukit Aman akan membuat pemantuan tugas yang kita buat.

22. Lama kelamaan, saya dapat tahu bahawa lelaki Cina itu adalah adik ipar Si Ng Swee Min. Beliau juga adalah ahli sindiket kegiatan aktiviti haram. Setelah lebih kurang 6 bulan saya bertugas di cawangan JSJ D7 IPK Johor. Banyak juga kami telah membuat tangkapan kes berkaitan sindikit ekor haram walaupun kegiatan kongsi gelap, kegiatan kumpulan samun dan bunuh masih berlaku. Setelah masuk lapan bulan, saya diberitahu bahawa segala maklumat berkait kegiatan ekor haram mestilah disalurkan kepada DSP Mohd Hedzir dan Si Ng Swee Min. Saya ada bertanya kepada DSP Hedzir “Dulu semasa kita mula-mula buat kerja ada maklumat sahaja tuan boleh buat tangkapan, kenapa sekarang maklumat di kehendaki hanya disalurkan kepada tuan atau Si Ng Swee Min sahaja”. Beliau memberitahu itu adalah arahan pihak atasan. Setelah saya mendengar berita tersebut, saya mendiamkan diri sahaja.

23. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang anggota polis, saya merasakan ada yang tidak kena dengan tindakan pegawai atasan di atas.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh Sarjan Raja Kumar )
(K/P Polis No: D/104700) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Continue Reading...

Statutory Declaration of ASP Hong Kin Hock (G/10990)

In 2007, six (6) police officers and two (2) underworld figures signed Statutory Declarations alleging that senior police officers right up to the IGP have links with the Chinese drugs, prostitution, illegal gambling and loan-shark syndicate based in Johor and which was expanding its operation throughout Malaysia. Another police officer made a police report alleging that his family was kidnapped by the ACA to force him to change his statement while the head of the CCD and his lawyer were arrested and charged for alleged criminal offenses as punishment for detaining underworld bosses under the Emergency Ordinance.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

AKUAN BERKANUN


Saya, Hong Kin Hock (G/10990) yang beralamat ……………………………………………………………………….. dengan ini sesungguhnya dan seikhlasnya berikrar dan menyatakan seperti berikut:-

1. Saya bekerja sebagai seorang pegawai polis berpangkat Assisten Superintenden Polis (ASP) di Cawangan Operasi/Bantuan Teknik Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Kompleks Kerajaan, Bukit Perdana, Jalan Dato’ Onn 50502 Kuala Lumpur. Sebagai pegawai JSJK, saya menerima arahan dari pegawai atasan di JSJK. Saya membuat Akuan ini demi menjaga keselamatan peribadi dan integriti saya sebagai seorang pegawai polis berhubung tugasan dan siasatan yang saya lakukan dan arahan yang saya terima.

2. Pada 20/06/2006, saya menerima arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK melalui ACP Hamzah Md Som, KPP Operasi untuk mengumpul maklumat-maklumat mengenai kegiatan ceti haram di kawasan Johor dan Melaka, terutamanya yang melibatkan Sindiket Along “Tangkak Kia” yang dikatakan sangat aktif and mempunyai rangkaian di seluruh Malaysia. Saya telah menghantar 5 anggota detektif untuk membuat siasatan dan pengumpulan maklumat di Johor dan Melaka.

3. Pada 24/10/2006, susulan dari siasatan ini saya telah berjumpa dengan “Sumber“ yang mendedahkan beberapa maklumat mengenai kegiatan ceti haram di Tangkak, oleh penama yang dikenali sebagai Ah Kooi, Ah Seng, Ah Hang dan Tengku. Sumber dedahkan bahawa disamping terlibat kegiatan ceti haram, mereka juga terlibat dalam kegiatan haram lain seperti ekor haram, bookie bola dan bookie lumba kuda. Sindiket ini dikatakan sering menggunakan nama YDH Tan Sri KPN untuk melindungi aktiviti mereka tetapi tiada bukti jelas menunjukkan terdapatnya hubungan sedemikian.

4. Pada 20/01/2007, Sumber memberitahu saya bahawa seorang kawannya yang dikenali sebagai Richard adalah sangat rapat dengan YDH Tan Sri KPN dan banyak membantu kawan-kawan dalam pasukan polis untuk dinaikkan pangkat. Sumber meminta saya untuk memberi butir-butir peribada saya kepada Richard untuk disampaikan kepad YDH Tan Sri KPN. Saya tidak membantah dan memberi nombor polis, nama dan tempat tugas saya yang terkini.

5. Pada 24/03/2007 jam 1500 – 1600, dalam perjumpaan ini beliau memberitahu saya bahawa Ah Kooi dan Ah Sang (Melaka) telah bergaduh kerana masalah kewangan. Orang yang menjadi batu api adalah Tengku (Johor). Hal ini telah saya maklumkan kepada ACP Hamzah bin Md Som dan juga YDH Dato’ PJSJK. Pada masa yang sama Sumber juga memberitahu bahawa Richard memaklumkan bahawa nama saya telah diberikan kepada YDH Tan Sri KPN dan kemungkinan bila-bila masa Tan Sri akan memanggil saya.

6. Pada 23/04/2007 jam 2030 – 2100, saya diberitahu oleh Sumber bahawa pihak sindiket Tengku mengetahui Orang Tahanan (OT) Ong Yong Hoe telah disoal siasat oleh pegawai JSJK Bukit Aman dan mereka sedang menyiasat siapa pegawai tersebut dan tujuan soal siasat dijalankan. Saya tidak menafikan bahawa saya telah membuat soal siasat tersebut atas arahan YDH Dato’ PJSJK untuk mendapatkan maklumat-maklumat ceti haram. Sumber juga meminta saya supaya berhati-berhati kerana kemungkinan pihak Tengku akan menggunakan pengaruh mereka terhadap saya jika apa-apa berlaku.

7. Pada 22/05/2007 jam 1530, ketika sedang menjalankan serbuan bersabit “Ops. Tiong“ dikawasan Kondominium Heritage, Setapak, saya telah menerima panggilan telefon daripada Sumber bahawa Richard telah mengaturkan perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri KPN pada jam 1700 bertempat dirumah Tan Sri, dan Sumber bersetuju untuk pergi bersama-sama saya dengan menaiki kereta saya.

8. Pada 22/05/2007 jam 1630–1730, semasa dalam perjalanan ke rumah Tan Sri di Jalan Gasing, Petaling Jaya, saya telah bertanya kepada Sumber tujuan Tan Sri hendak berjumpa dengan saya. Sumber beritahu bahaw Richard telah berikan butir-butir peribadi saya dan kemungkinan Tan Sri hendak berjumpa untuk “temuduga“. Bila ditanya apakah perlu saya beritahu jika Tan Sri bertanya mengenai hal di Skudai yang mungkin dalam pengetahuannya. Sumber cadang agar saya beritahu hal sebenar iaitu saya hanya menjalankan tugas atas arahan Pengarah JSJK dan tidak tahu hal-hal lain.

9. Pada 22/05/2007 jam 1915–1930, perjumpaan telah dibuat dengan Tan Sri KPN dengan kehadiran bersama Sumber. Antara perkara-perkara yang berbangkit adalah seperti berikut:-

Sebaik sahaja masuk ke rumah, Tan Sri KPN telah mempersilakan kami untuk duduk dan terus bertanya siapa saya dan tujuan saya berjumpa dengan beliau. Saya diam seketika dan terus melihat “Sumber“ dengan harapan beliau dapat menjelaskan tujuan sebenar perjumpaan ini. Sumber terus beritahu Tan Sri tentang nama Richard. Tanpa berfikir panjang, saya terus beritahu Tan Sri bahawa pada 17/04/2007 saya telah diarahkan oleh YDH Dato’ PJSJK untuk membuat satu rakaman percakapan risikan ke atas seorang lelaki Cina di IPD Skudai yang merupakan tahanan Emergency Ordinan (“EO“) oleh JSJ. Apabila ditanya, saya dedahkan nama OT tersebut adalah Ong Yang Hoe. Saya juga diberitahu bahawa selepas selesai rakaman percakapan ini, saya mendapat berita bahawa ada siasatan sedang dibuat oleh pihak tertentu ke atas saya atas sebab-sebab yang tidak saya ketahui. Kemudian YDH Tan Sri telah bertanyakan beberapa soalan seperti berikut:-

(a) Saya memberitahu bahawa pada 16/04/2007 selepas menerima arahan ini, saya telah maklumkan kepada DSP Mohd Salleh, PP Operasi tentang tujuan dan arahan Dato PJSJK. DSP Mohd Salleh, telah mengatur untuk saya berjumpa dengan Insp. D7 (nama tak ingat) di IPD Skudai. Saya tiba di IPD Skudai pada 17/04/2007 dan dengan kerjasama seorang anggota D7 IPD Skudai (nama tak ingat) saya telah berjaya berjumpa dengan OT Ong dan rakaman dijalankan di Bilik Mesyuarat IPD Skudai.

(b) Saya memberitahu bahwa saya tidak tahu dan saya telah diarahkan oleh Dato’ PJSJK untuk membuat rakaman risikan ke atas OT ini dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai ceti haram terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka;

(c) Saya diberitahu bahawa saya telah bertanyakan OT Ong tentang penglibatannya dalam kegiatan ceti haram, tetapi OT Ong menafikan penglibatannya dalam kegiatan ceti haram kecuali penglibatan dalam ekor haram yang mana telah beliau berhenti sejak 2006. OT Ong juga berasa hairan kenapa kini beliau boleh ditangkap dan dituduh atas kesalahan EO. Pada masa yang sama OT Ong ada beritahu bahaw dia tahu ada kumpulan ceti haram dikenali sebagai “Tangkak Kia“ yang sangat aktif di Johor dan sangat ganas tetapi tiada maklumat-maklumat mengenai mereka;

(d) Saya memberitahu bahawa saya terpaksa merakam segala pendedahan haram yang dibuat oleh OT Ong memandangkan saya telah berada di Skudai dan “statement“ ini perlu disiapkan kerana ia menjadi tanggungjawab saya mendapatkan semua pendedahan yang hendak dibuat oleh OT Ong untuk dimajukan kepada YDH Dato’ PJSJK. Saya terus mencatatkan segala yang OT Ong hendak dedahkan kepada pihak polis. Seperti biasa saya ada menganjurkan beberapa soalan seperti siapa ketua sindiket ekor haram. OT Ong ada dedahkan bahawa dia bekerja dengan Heng Kiah (juga dikenali dengan panggilan Allen oleh orang lain). OT Ong juga ada dedahkan boss Heng Kiah adalah Tengku yang beliau tahu berasal dari Tangkak, tetapi tidak tahu samaada Tengku ada terlibat dalam kegiatan ceti haram.

(e) Pada masa ini saya dapati YDH Tan Sri berasa hairan dan beritahu bahawa semasa JSJ buat rakaman tidak pula OT Ong mendedahkan nama Tengku dan kini bila JSJK rakam OT Ong dedahkan pula nama Tengku. Tan Sri kemudian didapati membuat panggilan kepada seseorang dengan beliau panggil sebagai “Dato Khalid” dan bertanyakan mengenai pengetahuannya tentang pengawai JSJK yang telah diarahkan oleh Pengarah JSJK untuk membuat rakaman ke atas tahanan EO di Skudai yang bernama Ong Yong Hoe. Dalam nada yang tegasTan Sri juga telah mengarahkan “Dato’ Khalid” untuk menyiasat mengapa pegawai JSJK boleh membuat rakaman percakapan tahanan EO tanpa pengetahuan pihak JSJ. Selepas berbual, Tan Sri beritahu saya bahawa tindakan telah dibuat dimana kes fail OT Ong telah pun dihantar kepada KKDN untuk tindakan.

(f) Saya maklumkan bahawa selepas kembali di pejabat, oleh kerana arahan ini disampaikan terus daripada YDH Dato’ PJSJK, saya telah menghantar laporan ini terus kepada YDH Dato PJSJK disamping memberi taklimat ringkas. Tan Sri kemudian mahu saya laporkan perkara ini kepada Bahagian Tatatertib kerana merasa sesuatu tidak kena kerana saya dari JSJK telah diarah membaut rakaman seorang OT yang sedang di siasat JSJ tanpa terlebih dahulu mendapat kebenaran JSJ ataupun tanpa pengetahuan pihak JSJ. Saya dapati Tan Sri terus menghubungi seorang pegawai Tatatertib dan meminta nombor telefon saya untuk diberikan kepada pegawai tersebut. Kemudian, Tan Sri memberitahu saya bahawa pegawai Tatatertib bernama Supt Nava akan hubungi saya dan meminta saya berjumpa dengan beliau esok unuk laporkan bagaimana saya boleh mendapat arahan PJSJK untuk menyiasat seorang OT dari JSJ tanpa mendapat kebenaran JSJ terlebih dahulu. Saya terpaksa mematuhi arahan Tan Sri dengan memberikan nombor telefon saya. Selepas lebih kurang lima minit, Supt Nava telah hubungi saya dan mahu saya berjumpa beliau esok pada jam 0900. Saya menjawab “ya”.

10. Pada 22/05/2007 jam 2030, selepas perjumpaan ini, saya merasa sesuatu tidak kena kerana hajat perjumpaan saya adalah seperti yang telah saya jelas seperti di atas. Saya kemudian terus menghantar SMS kepada ACP Hamzah Md Som maklumkan bahawa Bahagian Tatatertib ingin temuduga saya bersabit kes soal siasat di Skudai tempoh hari. Saya kemudian mendapat SMS kembali daripada ACP Hamzah untuk berjumpa dengan YDH Dato’ PJSJK pada keesokkan hari.

11. Pada 23/05/2007 jam 0915, saya menerima panggilan daripada Supt. Navamaney untuk berjumpa di pejabatnya di Tingkat 13, Bukit Aman. Tetapi saya beritahu bahawa saya terpaksa mendapat kebenaran daripada Pengarah JSJK terlebih dahulu sebelum boleh berjumpa beliau. In sepatutnya di fahami oleh Supt. Nava kerana saya adalah seorang pegawai JSJK dan tidak boleh melanggar arahan pegawai atasan saya di JSJK.

12. Pada 23/05/2007 jam 0950, saya telah berjumpa dengan YDH Dato’ Pengarah JSJK dan memberitahu tentang perjumpaan saya dengan YDH Tan Sri pada petang 22/05/2007 dan arahan untuk saya berjumpa dengan Supt. Navamaney, Bahagian Tatatertib. YDH Dato’ Pengarah memberi arahan supaya saya tidak berjumpa dengan Supt. Nava sehingga Dato’ Pengarah JSJK memberi kebenaran.

13. Pada 23/05/2007 jam 1030, saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamany samada boleh berjumpa beliau sekarang. Saya maklumkan bahawa saya masih belum menerima arahan/kebenaran daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK.

14. Pada 23/05/2007 jam 1530, sekali lagi saya menerima panggilan telefon dari Supt Navamaney, dan saya maklumkan bahawa kebenaran/arahan masih belum diperolehi daripada YDH Dato’ PJSJK. Saya juga beritahu Supt. Navamaney bahawa saya akan hubungi beliau sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada YDH Dato’ PJSJK.

15. Pada 28/05/2007 jam 1030, ketika berada di Pulau Pinang, saya telah menerima SMS Supt. Nava bertanyakan bila boleh berjumpa dengan beliau. Saya membuat panggilan kembali memberitahu bahawa saya masih belum mandapat kebenaran/arahan daripada YDH Dato’ Pengarah JSJK, dan pada masa ini saya sedang menjalankan siasatan rasmi di Pulau Pinang.

16. Adalah saya mengatakan bahawa sebagai seorang pegawai polis, saya merasa amat tertekan bahawa tindakan saya mematuhi arahan pegawai atasan saya di JSJK dalam menjalankan risikan terhadap kegiatan ceti haram dan membuat rakaman risikan ke atas OT Ong yang membabitkan nama Tengku dan untuk memperolehi maklumat mengenai ceti haram, terutama yang melibatkan sindiket di Johor dan Melaka, boleh menyebabkan saya dikenakan siasatan oleh Bahagian Tatatertib.

Dan saya membuat pengakuan ini dengan sesungguhnya mempercayai bahawa yang sama adalah benar dan mengikut peruntukan Akta Akuan Berkanun, 1960.

DITANDATANGANI DAN DIIKRAR )
SESUNGGUHNYA oleh ASP Hong Kin Hock )
(G/10990) tersebut di atas di Kuala Lumpur )
pada haribulan 2007 )

Di hadapan saya,

Pesuruhjaya Sumpah

(The original copy of the above was signed and personally delivered to Tun Dr Mahathir Mohamad by Raja Petra Bin Raja Kamarudin).

Continue Reading...

Pendustaan Gani Patail dan Musa Hassan Dibongkar

By: Anuar Ibrahim

1. Hari ini saya telahpun membuat dua laporan berasingan di Balai Polis Damansara

2. Laporan polis pertama adalah berkaitan prosiding perbicaraan saya di mana saya telah pun menfailkan permohonan mengenepikan pertuduhan yang dikenakan ke atas saya kerana ianya merupakan satu konspirasi politik berniat jahat.

2.1 Affidavit yang saya kemukakan untuk menyokong permohonan menolak pertuduhan terhadap saya, menjelaskan dari perenggan 53 sehingga 63 bagaimana Tan Sri Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan terlibat di dalam membuat laporan palsu oleh ACP Koh Hong Sun berhubung penahanan saya di bawah ISA pada 20/21 September 1998. Gani dan Musa juga terlibat memalsukan bukti di dalam siasatan serangan ke atas saya oleh Tan Sri Rahim Noor. Ini antara contoh peranan kedua-dua mereka sehingga kini yang terlibat di dalam konspirasi politik dan memalsukan keterangan/bukti terhadap saya.

2.2 Dato Razak bin Musa ( Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan, SPRM ) dan Hanafiah bin Hj Zakariah ( Timbalan Pendakwa Raya yang berada di dalam pasukan pendakwaan)telah menfailkan affidavit bertarikh 30 Jun 2009.

2.3 Saya menemui kenyataan palsu yang terkandung di dalam affidavit tersebut. Saya percaya mereka menyedari kepalsuan kenyataan-kenyataan tersebut namun masih tetap memasukkannya untuk tujuan digunakan di dalam prosiding mahkamah nanti. Tindakan mereka adalah satu kesalahan jenayah dan menguatkan serta mengesahkan hujah bahawa saya berhadapan dengan pasukan pendakwaan yang merupakan sebahagian dari konspirasi politik sebagaimana yang wujud ketika perbicaraan 1998 itu.

2.4 Razak dengan sengaja mengelirukan Mahkamah Tinggi, walaupun sudah mengangkat sumpah, dengan berkata panel yang dianggotai oleh tiga hakim bersara ( Datuk Kadir bin Sulaiman, Datuk Wira Mohd Noor bin Ahmad dan Datuk Mohama Noor bin Abdullah) telah mendapati Gani tidak terlibat dalam sebarang kesalahan jenayah. Razak selaku ketua jabatan perundangan dan pendakwaan SPRM sewajarnya menyedari sekurang-kurangnya seorang ahli panel dari tiga hakim tersebut mendapati Gani sememangnya melakukan kesalahan jenayah.

2.5 Hanafiah pula selaku Timbalan Pendakwaraya Kanan semestinya sudah menyiasat dan meneliti fakta-fakta tersebut sebelum memasukkan affidavit Razak yang mengandungi kenyataan palsu ke dalam affidavit pendakwaan.

3. Laporan polis kedua yang saya kemukakan berhubung kegagalan pihak polis untuk menyiasat laporan yang dibuat oleh saya pada 20 Febuari 2009 ke atas Gani dan Musa berkaitan peranan mereka memalsukan laporan polis berkaitan penahanan saya pada 20 September 1998 yang difailkan oleh ACP Koh Hong Sun.

3.1 Peguam cara saya telah menghantar surat bertarikh 23 April 2009 kepada OCS Balai Damansara untuk mengetahui status laporan, namun sehingga ke saat ini belum ada sebarang jawapan.

3.2 Datuk Hishamuddin Hussein di dalam jawapan yang bertarikh 22hb terhadap soalan yang dikemukakan oleh YB Sivarasa di dalam Parlimen berkata laporan yang dikemukakan saya telah pun dirujuk kepada SPRM untuk tindakan lanjut pada keesokan harinya(21 Febuari 2009)

3.3 Peguam saya kemudiannya menghantar surat bertarikh 26 Jun 2009 kepada SPRM bertujuan untuk mengetahui kedudukan penyiasatan kerana kami belum mendapat sebarang maklum balas dari mereka selama ini.

3.4 Kami terkejut apabila menerima maklumbalas bertulis bertarikh 10 Julai 2009 yang menyatakan mereka telah menerima laporan tersebut, telah menelitinya dan mendapati kesalahan yang didakwa berlaku adalah luar dari bidangkuasa mereka. Mereka merujuk semula laporan tersebut kepada PDRM untuk tindakan selanjutnya. Adalah munasabah untuk menganggap SPRM selepas membuat kesimpulan sedemikian merujuk kepada PDRM sesegera mungkin.

3.5 Pertamanya, ini bermakna PDRM dan pegawai Kementerian Dalam Negeri telah menyebabkan Menteri Datuk Hishamuddin mengelirukan Parlimen dengan mengemukakan jawapan pada 22 Jun 2009 bahawa laporan tersebut sekian lama ada di SPRM sejak dari 21 Febuari 2009 untuk tindakan lanjut

3.6 Kedua, pihak polis yang menerima semula laporan tersebut dari SPRM(yang menerimanya pada penghujung Febuari 2009)gagal untuk berbuat apa-apa. Kesimpulannya adalah jelas wujud satu perancangan di dalam PDRM untuk memastikan tidak ada tindakan terhadap laporan yang dibuat oleh saya serta memastikan jenayah yang berlaku di sembunyikan. Oleh kerana laporan saya ini menyatakan Gani dan Musa Hassan(Ketua Polis Negara)terbabit memalsukan laporan, usaha menutup serta menyembunyikan dakwaan saya ini pastinya datang dari pihak atasan.

3.7 Oleh kerana SPRM menyatakan bahawa mereka tidak mempunyai bidangkuasa untuk menyiasat dan pihak polis hanya berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan, ianya jelas kepada saya bahawa Gani dan Musa dilindungi secara politik demi menyembunyikan peranan yang dimainkan mereka di dalam merekayasa pertuduhan palsu terhadap saya pada tahun 1998 dan sekarang.
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template