Sunday, July 19, 2009

Misteri Kehilangan Telefon Bimbit Teoh Di Pejabat SPM

Sumber: Pendikar Gunung Keriang



Dalam era digital ini peranan telefon bimbit tidak setakat sebagai alat komunikasi semata. Tapi di dalam telefon bimbit tersimpan berbagai data nota dan rekod, koleksi gambar, koleksi lagu, maklumat peribadi pemiliknya dan sebagainya. Sebab itu apabila telefon bimbit seseorang hilang, dia akan menggelabah. Tapi apa pula halnya jika seseorang yang baru meninggal dunia kehilangan telefon bimbitnya?

Itulah yang terjadi kepada mendiang Teoh Beng Hock yang disedari kehilangan telefon bimbit selepas kematiannya. Dan yang paling istimewa, kehilangan itu berlaku di dalam bangunan SPRM - agensi yang kerjanya menyoal siasat orang yang masih hidup. Apa yang istimewa sangat dengan telefon bimbit Teoh hingga mengakibatkan kehilangannya? Apakah keistimewaan telefon bimbit Teoh terletak kepada bukti-bukti penting yang boleh dikaitkan dengan kematian beliau seperti data panggilan keluar - masuk terutama menjelang kematiannya, maklumat sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterima Teoh dan lain-lain?

Apapun SPRM perlu bertanggung jawab di atas kehilangan telefon bimbit Teoh kerana ia berlaku di dalam bangunan miliknya. Mungkin SPRM akan berkata mereka tidak tahu menahu mengenai kehilangan telefon bimbit Teoh. Mungkin SPRM akan berkata maklumat-maklumat penting yang tersimpan di dalam telefon bimbit Teoh, tidak penting untuk mereka. Mungkin SPRM akan berkata anggota-anggota SPRM baik-baik belaka dan tidak kebulur untuk mencuri telefon bimbit Teoh. Tapi rakyat juga bebas membuat pelbagai tanggapan terhadap SPRM dan kehilangan telefon bimbit Teoh berdasarkan puluhan atau ratusan rekod-rekod tidak menyenangkan yang terpalit di badan agensi bebas yang tidak bebas itu.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template