Sunday, July 19, 2009

Kerajaan Malaysia harus bekukan SPRM

Sumber:aminiskandar.com

Updates

Hari Isnin bersamaan dengan 20 Julai 2009, pengebumina Teoh Beng Hock akan diadakan di Alor Gajah, Melaka pada pukul 10 pagi.

Diharap semua kawan-kawan tidak kira apa agama, bangsa dan pandangan politik dapat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir kepada beliau.

Ini adalah satu peristiwa nasional yang perlu diangkat dan diselesaikan sehingga akar umbi.

Posting Asal

Peristiwa kematian Setiausaha Politik Exco Kerajaan Negeri Selangor, Ean Yong Hian Wah yang dijumpai berhampiran dengan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggemparkan seluruh negara.

Mayat Teo Beng Hock, 30, ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut. Beliau semalam telah dibawa kepejabat SPRM untuk disiasat berikutan dengan tuduhan rasuah kepada Exco Selangor tersebut. Klik disini untuk membaca berita selanjutnya dari Malaysiakini.

Saya sendiri terkejut selepas mendapat tahu mengenai peristiwa ini. Didalam kepala macam-macam perkara bermain. Teringat kembali peristiwa yang melibatkan SPRM satu ketika dahulu. Pada ketika itu, blog ini pernah menulis mengenai “keganasan” SPRM. Klik disini.

Akan tetapi, tidak berniat pula saya nak menuduh sesiapa dibelakang kejadian ini.

Oleh kerana kes ini adalah kes besar dan mempunyai impak terhadap keselamatan negara, kerajaan pimpinan Najib harus segera menubuhkan “Suruhanjaya Bebas” yang dianggotai oleh orang-orang yang neutral dan boleh diterima oleh semua pihak untuk menyiasat secara terperinci mengenai insiden ini.

Selain daripada itu, kerajaan Malaysia perlu “membekukan” tugas SPRM berkuatkuasa serta merta.

Ini agar kemarahan rakyat dapat diredakan. Jika kerajaan pimpinan Najib terus angkuh dan sombong, jangan terkejut jika mereka akan jatuh sebelum PRU 13. Ingat, perubahan bukan hanya boleh dilakukan melalui pilihanraya.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template