Wednesday, April 29, 2009

Usul lucut jawatan Sivakumar sebagai Speaker

Sumber:Malaysiakini

Pejabat Setiausaha Dewan Negeri Perak telah menerima satu usul untuk melucutkan V Sivakumar dari jawatan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak.

zambry abdul kadirUsul tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan disokong oleh ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong Sabri, usul tersebut telah diberi notis untuk dibawa di dalam mesyuarat pertama, penggal kedua, DUN Perak ke-12 pada 7 Mei depan.

"Sekiranya usul ini diluluskan di dalam mesyuarata tersebut, maka urusan mesyuarat berikutnya ialah pemilihan Speaker DUN yang baru akan dibuat," katanya dalam surat yang dihantar kepada ADUN Perak.

ADUN Tebing Tinggi, Ong Boon Piow dari DAP, mengesahkan telah menerima surat tersebut jam 2 petang ini. Ia dihantar melalui khidmat hantaran laju.

Sehubungan itu, Abdullah meminta ADUN-ADUN mngemukakan cadangan nama Speaker yang baru.

Borang pencalonan Speaker baru itu turut dikepilkan bersama surat tersebut.

Menurut Abdullah, borang pencalonan itu hendaklah dikemukakan beserta borang persetujuan ahli yang dipilih kepada pihak pentadbiran (DUN) selewat-lewatnya esok, 30 April.

nga kor mingSementara itu, Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming, ketika dihubungi Malaysiakini berkata, ia adalah insiden pertama dalam sejarah Malaysia untuk melucutkan seorang Speaker

Beliau yang juga ADUN Sungai Remis dan ahli Parlimen Taiping merasa terkejut dan menyifatkannya sebagai satu tindakan yang luar biasa.

Sehubungan itu, Nga mengecam BN kerana menggunakan Abdullah yang telah dipecat oleh Speaker sebelum ini, utnuk mengeluarkan surat tersebut.

Katanya, semua itu menunjukkan bahawa BN telah bertindak sewenang-sewenangnya.

V SivakumarKatanya, menurut peraturan tetap DUN Perak, Speaker (Sivakumar) mempunyak hak untuk menerima atau menolak sebarang usul, termasuk usul untuk memecatnya.

Nga menyamakannya dengan tindakan Speaker DUN Melaka menolak usul tidak percaya yang dibentangkan oleh wakil DAP terhadap Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam minggu lalu.

Beliau mendakwa tindakan Zambry itu menghina mahkamah, kerana prosiding kes sama ada beliau merupakan menteri besar Perak yang sah. masih belum selesai.
Continue Reading...

Saturday, April 25, 2009

Bebalnya Zambry, Berkokok Di Kandang Harimau!!

Oleh: pendikar gunung kriang

Sesetengah orang ghairah bercakap hingga melupai dia berada di gelanggang mana. Kerana berjawatan besar dalam agensinya, ada isteri yang menganggap dia juga adalah boss dalam rumah tangga, sedangkan mengikut Islam, suami adalah ketua keluarga. Begitu juga ada Menteri yang terbawa-bawa dengan jawatannya sebagai ketua politik menganggap dia juga boleh menentukan urusan masjid, tetapi apabila diminta mengimamkan solat terketar-ketar memberi pelbagai alasan.

Dan hari ini, Menteri Besar Kudeta Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dijadualkan berlangsung pada 7 Mei ini akan tetap diteruskan. Beliau berkata persidangan berkenaan akan tetap diadakan pada tarikh yang telah ditetapkan itu walaupun Speaker V. Sivakumar masih tidak memberi kata putus mengenai tarikh tersebut.

Sepatutnya Zambry perlu sedar dia cuma ketua pentadbiran negeri yang bertanggung jawab untuk mengemudikan perjalanan kerajaan negeri, manakala urusan DUN pula adalah di bawah tanggung jawab Speaker. Apabila Menteri Besar bercakap bagi pihak DUN dia kelihatan bertindak secara tidak menghormati perlembagaan dan tidak mempedulikan doktrin pemisahan kuasa antara legislatif dan eksekutif, yang menjadi prinsip demokrasi di negara ini. Sebagai warga sebuah negara demokrasi kita sangat kecewa dengan gelagat Zambry yang nampak jelas bertindak secara bebal dengan tidak menghormati kuasa Speaker yang masih sah di sisi undang-undang.

Zambry perlu sedar dalam DUN dia cuma ADUN biasa. Kuasa Speaker melebihi kuasa Menteri Besar di dalam DUN dan kuasa Perdana Menteri dalam Parlimen. Speaker boleh menentukan perjalanan DUN mengikut bidang kuasa yang ditetapkan kerana beliau adalah pengerusi yang mengemudikan mesyuarat DUN. Mesyuarat DUN tidak sama dengan Mesyuarat EXCO di mana Menteri Besar adalah Pengerusi Mesyuarat EXCO. Oleh itu Zambry tidak perlu bercakap lebih-lebih melebihi kuasa yang ada padanya. Apabila berada di dalam kandang harimau mengaumlah, jangan berkokok, nanti semua harimau akan membaham anda!
Continue Reading...

RAKYAT DAPAT APA?

Sumber: Nobisha

Sejak kebelakangan ini, kita banyak berbicara mengenai perkembangan yang berlaku di kalangan pemimpin-pemimpin dan parti-parti politik. Dalam UMNO, peralihan kepimpinan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato' Seri Najib Tun Razak, pemilihan kepimpinanan baru parti itu, dan perlantikan Ahli-ahli Majlis Tertinggi. Kita juga melihat rakyat mengambil bahagian dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Air. Selepas ini, pilihanraya kecil Penanti pula.

Pada Mac ini, PAS akan mengadakan muktamarnya. Berdasarkan kepada coretan teman-teman di blog masing-masing, saya yakin akan berlaku peralihan kepimpinan. Saya tak fikir PAS akan menukar presidennya seperti UMNO, namun saya tidak berani berkata hal yang sama terhadap jawatan Timbalan Presiden.

Di Pulau Pinang, Dato' Seri Anwar Ibrahim meminta maaf kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng kerana tidak memaklumkan rancangannya mengenai perletakan jawatan Mohamad Fairus Khairudin sebagai ADUN Penanti. Di Selangor, Elizabeth Wong kembali bertugas sebagai Exco Kerajaan Negeri setelah bercuti panjang. Di Terengganu, Menteri Besar Dato' Ahmad Said diprotes oleh ahli-ahli partinya sendiri.

Kesemua ini menambahkan warna-warna politik Malaysia. Seperti blogger sosio-politik yang lain, saya juga menulis sebahagian peristiwa ini yang saya fikir penting kepada rakyat. Bagaimanapun, saya fikir apa yang lebih penting sekarang ialah menganalisis kesemua perubahan ini dan impaknya kepada kesejahteraan rakyat.

Continue Reading...

Tuesday, April 21, 2009

Zambry perolehi perintah yang tidak laku

Sumber:Harakahdaily

Oleh:Mohamed Hanipa Maidin

Pembaca ruangan ini masih bertanya kepada saya adakah dua perintah perisytiharan yang dikeluarkan Mahkamah Persekutuan pada 15 April lalu bahawa penggantungan Zambry dan enam exconya oleh Speaker Perak dibatalkan membolehkan mereka menghadiri sidang DUN Perak nanti.

Jawapan saya adalah tidak! Berikut adalah alasan-alasan saya.

Apa yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya hanyalah perintah deklarasi (perisytiharan) semata-mata. Tidak lebih dari itu. Di dalam undang-undang perintah deklarasi yang diperolehi oleh Zambry dan enam exconya tidak membawa apa-apa makna kerana perintah deklarasi tidak mempunyai kuasa pemaksaan (coercive force).

Pakar undang-undang Pentadbiran, Prof M.P Jain secara jelas menyatakan:

"A declaration merely declares what the legal rights of the concerned parties are. A declaratory order has no coercive force as such nor does it quash any decision which may have been taken by an administrative authority."

Dalam konteks kes Zambry lwn Sivakumar apa yang sepatutnya peguam Umno buat adalah selain mendapatkan perintah perisytiharan (deklarasi) bahawa penggantungannya tidak sah, Zambry juga sepatutnya memohon Mahkamah mendapatkan perintah-perintah berikut iaitu perintah 'certiorari' iaitu perintah mengenepikan atau memadam keputusan Sivakumar yang menggantung beliau dan enam exconya, dan juga perintah mandamus iaitu perintah meminta Sivakumar menbenarkan beliau dan enam exconya hadir ke dalam sidang DUN Perak.

Tanpa perintah 'certiorari' dan mandamus tersebut maka perintah perisytiharan yang Zambry dan enam exconya perolehi dari Mahkamah adalah satu perintah yang tidak membawa apa-apa kesan ke atas Sivakumar. Berhadapan dengan perintah seperti itu Sivakumar dengan tenang akan menjawab begini: "So what!"

Mungkin pembaca ingin bertanya mengapa Zambry dan enam exconya tidak memohon perintah 'certiorari' dan mandamus sebaliknya hanya memohon perintah perisytiharan sahaja.

Continue Reading...

Sunday, April 19, 2009

Mahkamah bertindak di luar kuasa atau 'ultra vires' - Dr Aziz Bari

Sumber:Sanggah Tok Sago

MESKIPUN keputusan mahkamah mengisytiharkan tindakan Speaker DUN Perak menggantung Dato Dr Zambry Kadir mengecewakan banyak pihak, ia terpaksa diterima.

Demikian kata Profesor Dr Abdul Aziz Bari ketika diminta mengulas keputusan mahkamah tertinggi negara pada 16 April lalu. Dalam keputusan lisannya mahkamah membuat keputusan sebulat suara. Ketika menyampaikan keputusan itu Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Sherif memutuskan bahawa Speaker V. Sivakumar tidak mempunyai kuasa berbuat demikian.

Aziz berkata, perlembagaan - baik negeri maupun persekutuan - tidak menyatakan dengan jelas kuasa-kuasa speaker dan selama ini undang-undang dan amalan yang ada baik di Malaysia dan seluruh Komanwel ialah ia tertakluk kepada budi bicara speaker dan ini dipandu oleh 'Standing Orders' atau peraturan dewan. Ini mempunyai asas di dalam perlembagaan dan kuasa mentafsir 'Standing Orders' itu ialah kuasa mutlak speaker.

Continue Reading...

Friday, April 17, 2009

Laporan dedah kelemahan MB T'ganu

Sumber: Malaysiakini

Lebih sepuluh ADUN Barisan Nasional menerima laporan gelagat pentadbiran menteri besar Terengganu - didakwa penuh dengan politik cantas dan kelemahan - yang menjadi asas kemarahan mereka.

Mereka memulaukan persidangan DUN pada Selasa dengan alasan nyawa mereka terancam susulan muncul mesej SMS ugutan bunuh - dipercayai berkaitan ura-ura membawa usul tidak percaya terhadap menteri besar itu.

Dalam laporan kepada kira-kira separuh ADUN parti itu, Datuk Ahmad Said didakwa memecat pegawai dan tokoh politik dalam era pentadbiran Datuk Seri Idris Jusoh yang digantikannya.

Mereka yang dipecat termasuklah ketua pegawai eksekutif Institut Pembangunan Terengganu (TDI) Dr Azmi Omar, dan ahli-ahli lembaga pengarah syarikat pelaburan negeri Terengganu Inc. Datuk Seri Azlan Hashim dan Tan Sri Razali Ismail.

Continue Reading...

Zambry dan enam Adun BN tidak boleh hadiri sidang Dun Perak


Sumber:Harakahdaily

Oleh:Mohamed Hanipa Maidin

Ramai yang bertanya saya adakah keputusan tersebut bermakna Zambry dan enam exconya kini boleh menghadiri sidang Dun Perak? Jika kita melihat kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar pro-Umno seperti Utusan Malaysia (17.4.2009) mereka dengan tidak bertanggungjawab menyatakan bahawa Zambry dan enam exconya kini dibenarkan menghadiri sidang Dun Perak yang mungkin akan diadakan dalam masa terdekat.

Sebagai salah seorang peguam yang terlibat dalam kes tersebut, saya menasihati rakyat agar tidak terkeliru dengan kenyataan peguam Umno dan laporan akhbar Umno tersebut. Banyak yang mereka sembunyikan dan tidak jelaskan tentang apa yang sebenarnya berlaku di Mahkamah Persekutuan pada tarikh tersebut.

Continue Reading...

Jangan Berdolak Dalik Melaksanakan Perubahan!

By Anwar Ibrahim

Di sebalik pembebasan 13 tahanan ISA tempoh hari, kita dikejutkan pula dengan pendedahan Gerakan Mansuhkan ISA yang membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia(SUHAKAM) bahawa tiga lagi ditahan sejak bulan lalu. Mangsa terbaru ialah Abdul Matin Anol Rahmat yang ditahan pada 1hb April 2009, dua hari sebelum Dato Najib menjawat jawatan perdana menteri. Menurut aduan GMI, ketiga-tiga mereka ditahan kerana disyaki terbabit dengan Jemaah Islamiah.

Saya tegaskan kini bukanlah masanya mendendangkan halwa telinga politik. Jika mahukan Perubahan, laksanakannya, jangan lagi berdolak dalik. Pastikan Akta Keselamatan Dalam Negeri dimansuhkan dan maklumat tidak disekat serta suara yang berbeda tidak dibungkam.

Kepada rakan-rakan sekalian, Keadilan merupakan tiang paut yang boleh dikongsi bersama, walau berbeda ras, budaya dan agama. Keadilan adalah fitrah yang menyebati dalam diri setiap insan. Firman Allah S.W.T dalam Surah Al A’raf ayat 29 berbunyi, “Katakanlah Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara).” Kerana itu apabila kita bersatu kerana ingin menegakkan Keadilan dan menentang kezaliman, makanya kita memepersatu kekuatan yang ada dalam setiap dari kita. Kekuatan inilah yang akan kita gembleng untuk melakukan perubahan yang menyeluruh.

ANWAR IBRAHIM
Continue Reading...

Bukan soal siapa MB, tapi siapa wakil dalam kabinet


Sumber:Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri | Apr 17, 09 12:07pm

Rakyat Perlis tidak memikirkan berhubung persoalan masalah perebutan siapa yang sepatutnya untuk memegang jawatan pengerusi perhubungan Umno negeri.

Sebaliknya mereka memikirkan ketiadaan pemimpin dari Perlis dilantik menganggotai kabinet baru Datuk Seri Najib Razak, kata timbalan pengerusi perhubungan Umno Perlis.

"Pemimpin Umno di Perlis langsung tidak mendapat tempat dalam kabinet Najib," kata Datuk Zahidi Zainol Abidin kepada Malaysiakini.

"Rakyat kecewa. Sokongan mereka tidak dihargai. Menjadi hasrat mereka, wakil rakyat Perlis mengganggotai kabinet, sekurang-kurangnya timbalan menteri.

"Kena ingat undi rakyat. (Undi) mereka minta dihargai," katanya.

Umno Perlis memenangi kesemua tiga parlimen di negeri itu: Datuk Seri Azmi Khalid (Padang Besar), Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad (Kangar) dan Datuk Ismail Kassim (Arau).

Sebelum ini, dalam era kepemimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi, dua ahli parlimen Perlis menjadi menteri penuh iaitu, Radzi dan Azmi masing-masing menteri hal-ehwal dalam negeri dan menteri sumber asli dan alam.

Mengulas keinginan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mendapat jawatan pengerusi perhubungan Umno Perlis, Zahidi berkata keputusan tersebut terserah kepada Najib, sebagai presiden Umno, untuk mempertimbangkannya.

"Itu masalah lama ... ia (adalah) mainan politik 'pemimpin purba' di negeri Perlis,” katanya.

"Dalam usaha untuk meremajakan Umno, lebih-lebih lagi Umno dalam keadaan lemah, kepentingan peribadi letak tepi."

Diminta mengulas kemungkinan krisis di Terengganu berulang di Perlis, Zahidi berkata beliau tidak nampak kemungkinan akan berlaku undi tidak percaya kepada Md Isa.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said berdepan dengan masalah pemulauan 10 ADUN BN, Selasa lalu - pada asalnya ura-ura untuk membawa usul undi tidak percaya terhadapnya di DUN yang berakhir Rabu lepas.
Continue Reading...

Sunday, April 12, 2009

‘Tidak ada sebab ambil nyawa mangsa dengan kejam’ - Cif Inspektor Azilah Hadri

Sumber:Harakahdaily

“Saya tidak mempunyai sebarang sebab untuk mencederakan apatah lagi mengambil nyawa mangsa dengan begitu kejam. Saya merayu kepada mahkamah yang kini berada di dalam kedudukan dan mempunyai kuasa untuk menentukan hidup dan mati saya, agar tidak menghukum saya sekaligus menyempurnakan perencanaan mereka terhadap saya.”


Demikian kata Cif Inspektor Azilah Hadri pada 4 Feb lalu sambil membacakan nota bertulis. Beliau yang mula memberi keterangan pada 15 Jan lalu , berkata dia tidak mempunyai sebarang motif untuk membunuh dan melenyapkan wanita itu sebaliknya tujuan dia berjumpa dengannya (Altantuya) hanya untuk menasihati Altantuya secara lembut supaya tidak mengugut Abdul Razak dan tidak membuat kecoh di rumah penganalisis politik itu.

Azilah juga memberitahu mahkamah dia diarahkan oleh seorang anggota polis atasan, DSP Musa Safri untuk membantu Abdul Razak dan tidak mungkin melakukan perbuatan “bodoh” (membunuh) itu apatah lagi dia adalah anggota polis.

Pembelaan Sirul Azhar pula amat mengejutkan kerana dia bukan sahaja dilihat mengalirkan air mata, malah kenyataannya bahawa dia sekadar kambing hitam yang harus dikorbankan, amat menyentuh perasaan.

Kes ini bukan sahaja dilabelkan sebagai perbicaraan yang paling panjang (159 hari) dengan mengemukakan 84 orang saksi di peringkat pendakwaan dan dua saksi (tertuduh sahaja) ketika pembelaan, tetapi merupakan kes utama mahkamah selama dua tahun (sebelum Abdul Razak bebas).

Mengikut rekod, Azilah ditahan di penjara Sungai Buloh selama 891 hari manakala Sirul Azhar ditahan selama 895 hari.

Semalam Mahkamah Tinggi Shah Alam telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar selepas mereka didapati bersalah terhadap tuduhan membunuh Altantuya Shaariibuu.

Kedua-dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) itu didapati bersalah membunuh wanita muda Mongolia itu, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat Shah Alam antara jam 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, mereka dibicarakan bersama-sama pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober lalu, penganalisis politik itu dilepaskan dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat (sumber dipetik laporan agensi berita). - azm/mks. _
Continue Reading...

Azilah & Sirul: so calm when sentenced to death!


By:SUSAN LOONE

It beats logic but it is true. Reliable sources say that the two murder accused of Altantuya Shariibuu was very calm today when they were sentenced to death in the Shah Alam court house.

They were police special force action unit personnel. They take orders from ’someone up there’.

This morning Azilah [Hadri] came in first to court and was very calm, seen cheerful and smiling, looked fine. Sirul came in much later, and many thought he had broke down, but this is not to be so. He also came in looking calm.

[Perhaps, I watched too many movies. But people either faint or shriek or show some kind of emotion when sentenced to death].

Even when the sentenced was read by the judge. The emotions were calm. After it was read, the two convicts left the dock and hug their lawyers.

Azilah’s fiancee who was present in court was also very calm. She told reporters later that she expected Azilah to be freed, but since the judge had made his decision, they would wait for the ‘next’ step.

She still plans to marry Azilah. It seems the only person found shedding a tear, quite strangely, was Azilah’s fiancee’s sister.

Anyway, the duo will be in the Kajang prison, and not Sungai Buloh, awaiting their appeal.

It’s worthwhile to read Lim Kit Siang’s statement today : Demands intensify for allegations of Najib’s involvement in the Altantuya c4 murder case.
Continue Reading...

Thursday, April 9, 2009

Bukit Gantang: Pas Tidak Menang Semua!

Sumber:msomalaysia

SEMUA pihak sependapat bahawa kemenangan Pas di dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang kelmarin kerana sokongan pengundi Cina. Baik BN, Pas dan penganalisa politik bebas bersetuju dengan hakikat itu. Berapa peratus undi Cina masuk ke dalam peti undi Pas, belum ada perangkaan yang tepat dan rasmi dikeluarkan.

Ada yang kata lebih 75%, ada yang kata lebih 80%. Berapa peratus pun hakikatnya Cina memberi kemenangan kepada Pas. Kemenangan kerana adanya semangat perkongsian untuk melihat UBN kalah.

Perkembangan ini – sokongan Cina melebihi 50 peratus mengejutkan. Ia membuka satu dimensi baru dalam politik berbagai kaum negara ini. Sekaligus orang Melayu melihat aliran ini dengan berbagai perasaan. Melayu Pas tentu gembira kerana orang Cina menyokong mereka, dan mereka mendapat kerusi itu. Manakala Melayu BN pula merasa sedih dan bimbang kerana sokongan itu bakal melemahkan kekuasaan politik mereka di masa depan sekiranya trend ini berkekalan.

Yang nyatanya Pas kini mula mengutip hasil dari penyemaian bibit politik baru dengan slogan Pas for all. Pas kini mula memasuki acuan politik baru. Dengan maslahat untuk mencapai kemenangan Pas rela meleraikan dasar Islam konservetifnya dan ternyata tindakan ini membawa hasil.

Continue Reading...

Wednesday, April 8, 2009

Saman Hindraf: Permohonan IGP, AG ditolak

Sumber: Malaysiakini

Mahkamah Tinggi hari ini menolak dengan kos permohonan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia untuk mengetepikan saman RM100 juta terhadap mereka oleh penasihat undang-undang kumpulan Hindraf, P Uthayakumar.

Pesuruhjaya Kehakiman Datin Zabariah Mohd Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya hari ini setelah mendengar hujahan kedua-dua pihak dan memerintahkan satu perbicaraan penuh diadakan secepat mungkin.

Uthayakumar diwakili peguam M Manogaran manakala Peguam Kanan Persekutuan Rozi binti Bainon mewakili ketiga-tiga defendan, lapor Bernama.

Manogaran, ketika ditanya media apakah alasan mahkamah menolak permohonan itu, berkata:

"Hakim perlu mendengar keterangan saksi tentang beberapa perkara berhubung perkara itu (saman) melalui perbicaraan."

Musa, Abdul Gani dan kerajaan Malaysia sebelum ini memohon supaya saman itu ditolak bagi mengelak rasa benci terhadap kerajaan dan mengelak konflik perkauman.

Uthayakumar, yang ditangkap pada 13 Disember tahun lalu dan ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana disyaki terlibat menganjur tunjuk perasaan oleh Hindraf, menyaman ketiga-tiga pihak itu kerana mendakwanya mempunyai hubungan dengan kumpulan pengganas Sri Lanka.
Continue Reading...

Bekas ADUN Bkt Selambau muncul selepas 'hilang'

Sumber: Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri | Apr 8, 09 2:53pm

Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star - sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil semalam.

Ketibaannya disambut oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN baru PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 01Beliau tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 3 petang.

Turut menyambutnya ialah peguamnya dan anggota keluarganya.

Arumugam sebelum ini meletakkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah serta ADUN Bukit Selambau awal Februari selepas mendakwa keselamatannya terancam.

Sejak itu beliau tidak dapat dikesan sehinggalah muncul semula hari ini.

Tenang fikiran di Chennai

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk untuk menenangkan fikiran.

Menurutnya, beliau berbuat kerana mahu menjaga keselamatan isteri dan anggota keluarga.

Dan katanya, beliau mengambil keputusan untuk balik sekarang, kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.

former bukit selambau v arumugam return from india 080409 08Dalam pilihanraya kecil itu semalam, calon PKR, S Manikumar berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,403 undi.

Beliau meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.

Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:

"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.

Laporan polis

"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat, ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil. tak kan suspek tak ada kot?.

"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun.

"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.

Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah...

"Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatannya lebih (terjamin)," katanya sambil menambah beliau masih takut lagi.

Ditanya sam ada beliau menyesal melepas jawata exco dan ADUN, Arumugam berkata: "Kena jaga keselamatan isteri dan keluarga saya. Kalau rezeki (dah) tak ada, nak buat macam mana...

"Kerja dah sebelas bulan, dan tuhan dah bagi rezeki macam tu, nak buat macam mana."

Continue Reading...

Keputusan 3 PRK

TAHNIAH KEPADA PENDUDUK BUKIT SELAMBAU DAN BUKIT GANTANG. Kalian telah mendapat Wakil Rakyat yang benar-benar berjiwa RAKYAT.















Bukit Selambau


Bukit Gantang


Continue Reading...

Pakatan Rakyat memenangi dua Bukit. BN cuma dapat sebatang!!!


Yang ini, I punya. Dua Bukit. Nanti kami pakat-pakat jaga Bukit ni.

“We are going to request for a quick and urgent dissolution of the Perak government so that the constitutional crisis in Perak can be resolved and that will be my immediate action to stabilise the political scenario in Perak,” - Datuk Seri Mohammad Nizar.

……………………………………………
Continue Reading...

Dari Dato’ Seri Anwar Ibrahim



Alhamdulillah, saya panjatkan rasa penuh kesyukuran ke hadrat Allah S.W.T di atas kemenangan pilihan raya kecil pada 7hb April 2009.

Syabas saya ucapkan kepada pengundi di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Sokongan yang anda berikan menjadi bukti kekuatan rakyat untuk berani berhadapan dengan kekuasaan. Undi yang telah anda berikan untuk Pakatan Rakyat menjadi saksi akan kemahuan yang kuat menuntut Perubahan.

Tahniah saya ucapkan kepada para calon dan petugas Pakatan Rakyat kerana bekerja keras untuk memastikan kejayaan hari ini. Kemantapan kerjasama di antara Parti Keadilan Rakyat, Pas dan Dap semakin hari semakin utuh.

Continue Reading...

Wednesday, April 1, 2009

Ezam, Hentikanlah Temberang Anda!

By Anwar Ibrahim

Oleh Jegela Melayu

Saya ketawa besar ketika membaca laporan media berhubung dakwaan Ezam Mohd Noor bahawa Anwar Ibrahim (sewaktu menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia) pernah memberitahunya akan kecerdikan Najib Razak.

Apakah benar dakwaan Ezam ini? Atau sekadar pembohongan yang digunakannya untuk dijadikan modal hiburan pertunjukkan sarkis? Mari kita nilai sejauh mana dakwaan badut Umno yang bernama Ezam ini.

Berikut saya petik laporan dari mStar Online:

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

Oleh G. MANIMARAN dan ZANARIAH ABD MUTALIB

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno.

Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.”

“Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda.

“Anwar mengatakan kepada saya (semasa menjadi pembantu Anwar), Anwar berkata antara yang paling cerdik, yang beliau iktiraf ialah Najib (ketika itu Naib Ketua Pemuda Umno),” kata beliau ketika berceramah pada sesi Pidato Perdana di Taman Kaya dekat di sini malam kelmarin.

Ezam juga merupakan bekas Setiausaha Politik dan Setiausaha Sulit kepada Anwar, yang juga bekas Timbalan Perdana Menteri, dipecat pada September 1998.

Ezam kembali ke pangkuan Umno Jun lalu.

Beliau merupakan antara penceramah tetamu tetap bagi Umno dalam pilihan raya kecil sejak persaingan di Parlimen Permatang Pauh Ogos lalu dan Parlimen Kuala Terengganu Januari lalu.

Anwar menambah, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dua Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah antara pemimpin Umno yang diakui oleh Anwar sebagai pemimpin-pemimpin bijak dan terbaik yang menjadi sebahagian dalam pasukan idamannya.

Oleh itu, katanya, Anwar dan pemimpin Pakatan Rakyat tidak harus mempertikaikan keupayaan kempimpinan baru ini.

“Kenapa dia (Anwar) protes Datuk Seri Najib? Sebab dia takut. Sebab apa dia paling takut Datuk Seri Najib? Sebab beliau adalah yang paling cerdik.

“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik.

“Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini.

Apa yang pasti, Ezam telah menipu!

Setelah melakukan penyelidikan, fakta yang sebenarnya adalah Ezam mula bekerja dengan Anwar Ibrahim pada 1 November 1996.

Anwar Ibrahim melepaskan jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia dan menang jawatan Naib Presiden pada 24 April 1987.

Pada waktu itu Ezam baru berumur 20 tahun (1987) dan hanya menyertai Umno pada usia 26 tahun (1993).

Persoalannya, celah mana Ezam tanya Anwar Ibrahim sedangkan waktu Anwar menjadi Ketua Pemuda Umno Malaysia, Ezam masih lagi seorang budak hingusan?!

Sudahlah Ezam, hentikanlah temberang anda!
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template