Saturday, February 28, 2009

PAC Perak panggil Zambry, Nizar dan Exco

Sumber: Malaysiakini
Feb 28, 09 8:42pm

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Perak (PAC) akan memanggil menteri besar dan bekas menteri besar untuk memberi penjelasan berhubung dakwaan penggunaan wang kerajaan sepanjang krisis politik di negeri itu.

Selain Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, PAC turut memanggil barisan exco mereka untuk memberi keterangan pada mesyuarat khas yang akan diadakan pada pukul 4 petang, 5 Mac ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata PAC boleh mengeluarkan arahan untuk waran tangkap terhadap individu yang enggan hadir, lapor Bernama.

Katanya, PAC yang mengadakan mesyuarat di bilik mesyuarat kewangan negeri di Ipoh kelmarin memutuskan terdapat dua perkara sepanjang krisis kerajaan negeri yang perlu ditangani segera iaitu berkaitan pelantikan tiga penasihat menteri mesar baru dan ketua penerangan kerajaan negeri.

Beliau memberitahu demikian dalam sidang akhbar di pejabat Speaker Dewan Undangan Negeri Perak semalam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan Canning itu berkata PAC mempersoal pelantikan Datuk Chang Ko Youn sebagai Penasihat Hal Ehwal Masyarakat Cina, Datuk S Veerasingam (penasihat hal ehwal masyarakat India) dan Datuk Najmuddin Elias Al-Hafiz sebagai penasihat hal ehwal agama serta pelantikan Datuk Hamdi Abu Bakar sebagai ketua penerangan kerajaan Perak.
Continue Reading...

Benarkah Anak Ketua SPRM ditangkap?

Anak kepada Datuk Seri Ahmad Said Hamdan Pengerusi Suruhanjaya Rasuah Malaysia bernama AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID yang bekerja sebagai seorang Juruterbang MAS telah ditangkap dan didenda oleh mahkamah Australia kerana kesalahan membawa masuk bahan lucah kanak-kanak bawah umur (child pornography) ke Australia.

Keratan ABC News


Ahmad Shauqi bin Ahmad Said kelihatan digari di Mahkamah Majistret Adelaide kerana dituduh mengimport bahan yang dilarang.


Berita ini hanya diheboh melalui laman web sahaja, sedangkan semua media di negara ini tidak menyiarkannya (mungkin saya terlepas atau sebaliknya). Saya bersetuju dengan media negara ini jika niat mereka baik, kerana "Allah akan sorokkan keaiban kita sekiranya keaiban orang jangan kita dedahkan".

baca selanjutnya disini dan disini.
Continue Reading...

Pemuda Umno disifatkan khianat, amal politik longkang

Abdul Aziz Mustafa
Sat | Feb 28, 09 | 11:05:26 am MYT

KUALA LUMPUR, 29 Heb (Hrkh) - Ketika MCA dilaporkan oleh The Star menganggap Pemuda Umno menghina sistem demokrasi negara ini, kedaulatan undang-undang, pengundi dan Parlimen serta memusnahkan imej negara, akhbar yang sama semalam menyiarkan surat pembaca yang menyifatkan tindakan Pemuda Umno menyerang Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh sebagai politik longkang dan perbuatan khianat.

Baaca selanjutnya disini.
Continue Reading...

Karpal Diserang, Pemuda UMNO Macam Orang Utan!

Bangunan Parlimen adalah tempat Ahli Parlimen berbahas dan berhujah. Bukanya gelanggang gusti. Nyata disini Umno “Dok Ghok Chetong”. Dah tak mampu berhujah menegakkan benang-benang yang dah basah. Jadi ini sahaja cara nak menunjukkan mereka masih bertenaga.

Saya bukannya nak membela Karpal dengan ucapannya terhadap Pemuda Umno, tetapi berkelakuan seperti itu di Bangunan Parlimen tidak boleh diterima.

Lepas ni kalau ada serangan jahat di Parlimen saya nak rakyat Malaysia ingat, inilah kerja jahat yang diajar oleh Umno selain daripada menjadi pembunuh syuhada’ Memali.

Umno yang dah hilang akal selepas dari kehilangan sokongan rakyat sememangnya dah tak keruan dan menjadi gila ekoran penolakkan rakyat dalam PRU 12 dan PRK yang lepas.

Oleh itu rakyat Malaysia harus berhati-hati apabila terserempak pemuda yang mengenakan logo Umno dipakaian mereka kerana mereka boleh juga bertindak kepada anda.

Anda masih ingat Samad Gul Pemuda Pas yang dikapak dikepala? haa itu angkara UMNO.

Anda masih ingat Anak dara orang yang dirogol oleh Ketua Menteri Melaka dulu? itu juga angkara Umno.

Anda masih ingat Menteri Besar yang memikul dan melarikan duit rakyat ke luar negara dan “I’m not talking English”? itu pun Umno juga dan hati2 mungkin dia akan jadi Timb Presiden Umno.

Jadi hati-hati bila anda berjalan di Pasar atau membeli belah di Pasaraya, sebab kalau bangunan Parlimen pun diceroboh oleh orang gila ini, tak pelik tempat2 biasa anda mungkin juga akan diserang.

http://siasahdaily.com/v2/?p=175

Continue Reading...

DATO L.A CUBA HALANGI SIDANG DUN TERGEMPAR

February 28, 2009

IPOH (27 Feb): Penasihat Undang-undang Negeri Perak sedang berusaha menghalang usaha untuk menghantar notis kepada adun-adun Perak berhubung dengan persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadualkan Selasa, 3 Mac.

Menurut Pengerusi DAP Perak Dato Ngeh Koo Ham, penasihat undang-undang Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid, telah mengarahkan Setiausaha Dewan agar tidak menghantar notis mengenai persidangan tergempar itu.

” Usaha ini adalah “menghina DUN” dan mereka berkenaan boleh dihukuman di bawah peraturan dewan,” katanya sambil menegaskan bahawa Ahmad Kamal tiada hak untuk mencampuri urusan DUN.

“Beliau bukan penaihat kepada DUN. Dia tidak boleh menghalang proses dan keputusan akhir sama ada untuk menghantar notis itu berada di bawah bidangkuasanya. Speaker akan mencari kaedah bersesuaian untuk menghantar notis jika halangan itu berterusan,” kata Ngeh pada persidang media

Dua usul akan dibentangkan pada persidangan itu. Yang pertama oleh Adun Titi Serong, Khalil Idham Lim untuk mengulangi pendirian dan keyakinan bahawa Dato Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk terus bertindak sebagai Menteri Besar.

Usul kedua ialah oleh Adun Teja, Chang Lih Kang untuk memohon Menteri Besar menyelesaikan krisisis politik semasa dengan kaedah yang sewajarnya untuk membubarkan DUN, termasuk memohon perkenan Paduka Seri Tuanku Sultan Perak, Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN.

http://perakdaily.com
Continue Reading...

Polis guna meriam air surai penyokong Uthayakumar

Sumber:Malaysiakini

Abdul Rahim Sabri | Feb 28, 09 12:05pm

Polis melepaskan tembakan meriam air untuk menyuraikan kira-kira 300 orang yang berhimpun di luar ibu pejabat polis Brickfields untuk membuat laporan polis beramai-ramai berhubung layanan perubatan terhadap tahanan ISA, P Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Polis melepaskan tembakan meriam air itu kira-kira jam 11.55 pagi selepas mereka tidak mengendahkan tiga arahan polis supaya bersurai.

Sebelum itu, kira-kira 50 orang dibenarkan masuk untuk membuat laporan polis berhubung layanan terhadap Uthayakumar.

Mereka terdiri daripada lima wakil dari sembilan negeri dan lima anggota keluarga Uthayakumar.

brickfields uthayakumar hindraf 280209Mereka berkumpul hari ini sebagai membantah kerana Uthayakumar - yang menghidap kencing manis - tidak diberi rawatan perubatan sewajarnya.

Beberapa anak jari kaki kiri Uthayakumar mengalami kecederaan pada 31 Januari lalu ketika berada di Kem Tahanan Kamunting.

Pada 20 Februari lalu, Manikavasagam dilaporkan berkata, jika keadaan itu berterusan, 'beratus-ratus" laporan polis akan dibuat terhadap pihak berkuasa hari ini.

brickfields uthayakumar hindraf 280209 marching to stationPada jam 12.15 tengahari, kira-kira 12 orang ditahan termasuk ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam dan penyelaras badan pemantau polis dan jawatankuasa hak asasi manusia, S Jayathas.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Sing Deo juga kelihatan berada di balai polis untuk memberi sokongan kepada mereka.

Bagaimanapun, pada kira-kira jam 12.45 tengahari, orang ramai sudah beredar dan hanya tinggal polis dan para wartawan di situ..
Continue Reading...

Friday, February 27, 2009

Bagaimana Pemuda Umno Menipu

Oleh Profesor Ali Mamat - Laman M@RHAEN

Sila baca apa yang dikatakan oleh Pemuda UMNO ini

“ 12 ketua Pemuda Umno bahagian dari Selangor bersama 10 penyokong pergi ke bangunan Parlimen kerana ada temujanji makan tengahari dengan seorang timbalan menteri “

“ Bagaimanapun, ketika berjalan pulang, mereka terserempak dengan Karpal yang sedang masuk ke dalam dewan dari bangunan pentadbiran Parlimen “

“ Mereka berdua menerpa kita, kita terpa mereka tetapi tidak sempat bertumbuk kerana dileraikan. Tetapi mereka yang mengasari kita, bukan kita yang mengasari mereka,"

Ulas Sikit

Sudah dibaca kah?

* Sekarang bagaimana pendapat anda?

* Apa yang anda faham mengenai cerita dari Pemuda UMNO ini?

* Adakah kenyataan mereka ini boleh dipercayai?

* Adakah 12 Ketua pemuda dan 10 penyokong ini mempunyai tujuan seperti yang
dinyatakan,iaitu meraikan jamuan makan tengahari dengan seorang
timbalan menteri?

* Adakah anda mempercayai rombongan 12 Ketua pemuda dan 10 penyokong
ni bukan bertujuan untuk menyerang Karpal Singh?

Catatan

Prof agak payah untuk mempercayai apa saja yang dikatakan oleh pemuda umno ni. Sejarah tidak pernah mengesahkan pemuda umno adalah bersih dari segala jenis pembohongan, penipuan dan segala sifat-sifat keji dan kasar serta ganas.

Belum pernah dijumpai sejak merdeka pemuda umno ni bersih, samada dalam keperibadiannya, tingkahlakunya, wataknya,dan perbuatannya Islam Hadhari yang dipelopori oleh Pak Lah tidak mengharamkan penganut-penganut umat umno berbohong, menipu dan bercakap dusta.

Bagaimana dalam kedaaan tersepit, kerana terzahir sudah dengan sangat jelas, bukan saja raja, sultan dan istana umno perkudakan, lapangan di parlimen juga diceroboh oleh umno, khususnya kumpulan ‘celaka’ dan samseng pemuda umno ni.

Tercatatlah sudah satu lagi sejarah kejahatan, kebobrokan dan keganasan oleh pemuda umno, di hati rakyat Malaysia.

KJ Kata Karpal Penipu

KJ kata karpal penipu, tetapi sebenarnya pemuda umno lah penipu

Sikit Lagi

Sekarang ni disalahkan pulak MP dari Pakatan Rakyat. Ini lah yang dikatakan perumpamaan, " orang lain makan nangka, orang lain pulak terkena getah ". Pandai sungguh pemuda umno ni membersihkan diri mereka. Tahniah lah
Continue Reading...

TOLAK UMNO BERMAKNA TIDAK PATRIOTIK?

Macam nee pulok....sapa habaq kat hangpa neeee????

Mungkin ramai yang sempat mengikuti rancangan Hujah yang disiarkan oleh TV9 malam semalam. Ahli panel yang diundang adalah Tan Sri Rahim dan DS Syed Hamid, calon Naib Presiden UMNO pada pemilihan Mac depan.

Tajuk perbincangan malam tadi adalah “Peralihan kuasa, apa yang berubah?”.

Melihat kepada tajuk perbincangan malam tadi, saya jangkakan isi perbincangan akan menjurus kepada “apa yang akan berubah”, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Selanjutnya klik disini.
Continue Reading...

PM macam tak ada kuasa je??

SEKARANG BARU DIA TAHU!

Saban tahun tak peduli ekonomi gawat ke, minyak naik ke......tol mesti naik, apa pasai........

baca seterusnya disini
Continue Reading...

Kes Altantuya: Awat Mahal Sangat Wajah Sirul Dan Azila ...neeee ????


Tidak pernah terjadi di Malaysia maupun didunia OKT yang dihadapkan ke makamah pakai macam nija. Siapa punya ideal ni. Mana boleh maa....

Walaubagaimana pun tunjukkan wajah Azilah dan Sirul sebelum keputusan diumumkan...ikuti kisah pelik tetapi benar disini.
Continue Reading...

Siasat Speaker Perak buktikan SPRM tidak faham perlembagaan

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat Speaker Perak, V.Sivakumar membayangkan badan itu tidak memahami asas perlembagaan negara dan negeri.

"Tindakan itu jelas menunjukkan bahawa SPRM tidak memahami asas perlembagan negara dan negerai yang mana Speaker Dun Negeri dan Parlimen itu adalah di luar daripada tugas dan bidang kuasa pihak seperti SPRM untuk campur tangan," kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Malah katanya, lebih hina lagi apabila SPRM membuat siasatan dan memanggil Speaker untuk disiasat yang mana itu satu kesalahan dari segi perbezaan dan kewibawaan atau kedudukan tinggi Parlimen atau Dun, katanya. Ikuti selanjutnya disini.

Dr Mahathir pula menyatakan nasihat PM lucu berhubung dengan perkara ini. Baca disini

Continue Reading...

Dari Drama Pembunuhan, Ugutan, Penculikan, Rasuah dan Episod Memalukan di Parlimen - Anwar

Semalam saya menerima undangan makan tengah hari bersama Pesuruhjaya Tinggi Australia di kediaman beliau. Saya kembali ke Parlimen dan mengadakan pertemuan dengan Menteri Besat Tan Sri Khalid di pejabat Ketua Pembangkang.

Sejurus kemudian saya diminta segera turun ke Dewan kerana Sdr. Karpal Singh mengemukakan bantahan diatas tekanan dan ugutan oleh pimpinan pemuda umno selangor. Saya terkejut dengan gelagar sebahagian ahli parlimen umno-bn yang memandang enteng serangan tersebut malah melalak menafikan ruang untuk Sdr. Karpal dan rakan lainnya berhujah.

Dalam keriuhan tersebut saya bangun dan diberikan ruang oleh Speaker. Saya tidak menuding kepada ahli parlimen umno. Namun mereka harus waras dan matang mengecam kebiadapan menodai kemurnian kawasan Parlimen. Kita berhak berbeda pendapat secara sopan tetapi tidak pantas bertindak kasar dan ganas.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin memberikan jamninan bertindak. Maka kami keluar untuk memberikan kenyataan bersama kepada media. Dan selanjutnya ke pejabat Speaker menggesa beliau bertindak segera secara tegas.

Maka berakhirlah satu lagi babak keji dalam sejarah Parlimen - bersambung dari drama pembunuhan, ugutan, penculikan, rasuah dan akhirnya hingga ke kawasan Parlimen.

ANWAR IBRAHIM

Continue Reading...

Tamparan Hebat Buat UMNO Pahang, Seorang Lagi Bekas ADUN BN Bakal Sertai Parti Keadilan Rakyat Dalam Meniti Arus P

BERA - Kehadiran Mantan ADUN Guai (Penggal 2004-2008), Tn.Hj Hamzah Ibrahim (foto) di program ceramah PKR anjuran PKR Cawangan Felda Triang 3, Bera pada 21 Februari yang lalu benar-benar mengejutkan UMNO dan Barisan Nasional Pahang. Keputusan yang dibuat oleh beliau untuk berada bersama-sama dipentas penceramah pada malam tersebut telah menjadi satu tarikan kepada wartawan dari Sinar Harian, Nanyang Siang Pau serta China Press yang turut hadir ke situ. Berbagai spekulasi terhadap mantan YB Guai itu telah mula bertiup sejak April 2008 yang lalu terhadap minat beliau yang berkemungkinan akan bersama Pakatan Rakyat terutamanya di Parlimen Bera. Dengan kehadiran beliau ke program anjuran PKR tersebut menguatkan lagi spekulasi ini dan ini merupakan satu petanda kepada UMNO Bera khususnya bahawa rakyat di kawasan itu telah mula hilang kepercayaan terhadap UMNO serta Barisan Nasional.

Baca seterusnya disini.
Continue Reading...

Sidang tergempar DUN kusutkan lagi krisis Perak

Sumber: Malaysiakini

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar memanggil sidang tergempar dewan itu Selasa depan untuk membahaskan dua usul yang boleh mengusutkan lagi krisis politik negeri tersebut.

Beliau menggunakan kuasanya bawah peraturan tetap 8 dan 11 DUN itu untuk membahaskan isu-isu utama yang menjadi ketegangan pokok antara Pakatan Rakyat dan BN sejak awal bulan ini.

Usul pertama, mengesahkan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar yang sah sebelum ditumbangkan dalam rampasan kuasa BN.

Kedua, membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihanraya peringkat negeri diadakan seperti hasrat Pakatan Rakyat sebelum ini.

Krisis politik di negeri itu tercetus susulan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat meninggalkan kerajaan campuran itu dan menyatakan sokongan kepada BN.

Speaker membenarkan kesemua Adun hadir di persidangan khas itu kecuali mereka yang telah digantung pada 18 Feb lalu, iaitu menteri besar kerajaan BN sekarang Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exconya.

Tiga wakil rakyat bebas - yang dianggap telah mengosongkan kerusi masing-masing melalui surat peletakan jawatan mereka - juga dilarang menyertai sidang tersebut.

Jika larangan itu dipatuhi, barisan wakil rakyat BN akan tinggal 21 orang, sementara Pakatan Rakyat 27 orang, tidak termasuk Sivakumar.

Sidang tergempar DUN ini akan mencetuskan satu lagi babak tegang dan tidak menentu perebutan kuasa antara BN dan Pakatan.

Menurut Bernama, Sivakumar memberitahu media di Ipoh bahawa sidang tergempar itu tidak memerlukan perkenan Sultan Perak terlebih dahulu kerana notis 14 hari hanya perlu dikeluarkan persidang biasa DUN dan bukannya untuk sidang tergempar.

Katanya, arahan telah diberikan kepada Setiausaha DUN Perak, Abdullah Antong, untuk menghantar notis secepat mungkin kepada semua 49 Adun yang dibenarkan hadi bagi menyertai sidang itu.

Ditanya sama ada tindakannya memanggil sidang tergempar itu tanpa perkenan Sultan Azlan Shah akan dianggap sebagai tidak menghormati baginda, Sivakumar berkata beliau hanya mengikut Perintah Tetap dewan.

Beliau juga enggan mengulas tindakan selanjutnya jika kesemua
Adun BN enggan menghadiri sidang tergempar itu atau jika kesemua 10 wakil rakyat yang dilarang itu tetap hadir ke sidang tersebut, lapor agensi berita itu lagi.

Sementara itu, exco kanan Perak bawah kerajaan Pakatan Rakyat, Datuk Ngeh Koo Ham dilaporkan berkata penasihat undang-undang negeri Datuk Ahmad Kamal Mohd Shahid cuba menghalang notis sidang tergempar itu dikeluarkan.

Tambahnya, tindakan sedemikian boleh disifatkan menghina dewan dan boleh dikenakan tindakan oleh DUN tersebut.
Continue Reading...

Nizar tetap enggan serah kereta MB

Sumber: Malaysiakini

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menyerahkan kunci kediaman rasmi menteri besar Perak hari ini, selepas hampir seminggu mengosongkan kediaman itu sejak Ahad lalu.

Menteri besar Pakatan Rakyat itu bagaimanapun enggan menyerahkan kenderaan rasmi kerajaan negeri - Toyota Camry dengan nombor pendaftaran AGS 10 - sehingga mahkamah mengisytiharkan sama ada beliau masih sah atau tidak memegang jawatan tersebut.

Pegawai khasnya Amran Harun berkata Mohammad Nizar enggan menyerahkan kenderaan itu sebagai simbol beliau tidak melepaskan jawatan tersebut sehingga proses mahkamahnya selesai.

Penyerahan kunci kediaman rasminya dilakukan oleh Amran kepada ketua penolong Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Bahagian Khidmat Pengurusan, Shamsul Zaman Sulaiman, yang mewakili SUK, Datuk Dr Abdul Rahman Hashim, pada 11.20 pagi tadi.

Amran menambah, Mohammad Nizar menggunakan kereta rasminya itu untuk bergerak ke majlis-majlis penerangan tentang krisis peralihan kuasa di Perak sejak tiga minggu lepas kerana mereka tidak mendapat maklumat yang jelas.

Mohammad Nizar ingin mahkamah membatalkan kesahan pelantikan menteri besar BN, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan mengekalkan jawatan yang disandangnya sejak Mac tahun lepas.
Continue Reading...

Najib secara rasminya serahkan kepada SPRM untuk siasat semua aduan! Beranikah SPRM bertindak?

SUAMI kepada Rosmah Mansor, Najib Razak yang kini dikenali sebagai Najib Altantuya menyerahkan kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan bahawa beliau terlibat dalam percubaan untuk membeli Adun Pakatan Rakyat dengan nilai puluhan juta RM, ulas Amin Iskandar pada blognya.

Najib menafikan bahawa dia terlibat dan berkata, “Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat menteri-menteri D8 mengenai keselamatan makanan di ibunegara pagi ini. “Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat.”

Semalam Sekretariat Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang diketuai oleh Badrul Hisham Shaharin membakar laporan-laporan rasuah yang pernah mereka hantar kepada BPR yang kini dikenali sebagai SPRM. Sementara Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang diketuai oleh Shamsul Iskandar menghantar lembu kepada SPRM.

Baca selanjutnya disini
Continue Reading...

Kerajaan BN Perak terdesak bila diseret ke mahkamah, Zamry gabra!

Oleh: Sanggahtoksago

UMNO Perak kini begitu terdesak sehingga terpaksa mencari tenaga pakar undang-undang dari luar seperti yang digembar-gemburkan bagi mempertahankan Kerajaan Perak pimpinan Dato Dr Zamry Abdul Kadir, yang diperolehi secara tidak bermoral.

Pengerusi Lajnah Undang-undang PAS Pusat, Mohd Hanipa Maidin menyifatkan parti itu kini benar-benar sangat terdesak bagi mengesahkan kerajaan haram yang dibentuk selepas tiga Adun Pakatan Rakyat melompat parti. Akibat tindakan undang-undang diambil oleh Pakatan Rakyat, maka Dr Zamry juga terpaksa mencari khidmat nasihat pengamal undang-undang luar negara, bagi mempastikan kerajaan baru yang diperolehinya itu berdiri kukuh.

"Mereka ini sudah tidak percaya kepada pengamal undang-undang tempatan berbanding Dato' Seri Nizar yang masih menggunakan khidmat peguam tempatan," katanya.

Hanipa berkata, pasukan peguam Nizar diketuai Sulaiman Abdullah turut dianggotai Zulkarnain Lokman, Edmund Bon, Amer Hamzah serta dua peguam dari DAP selain dirinya sendiri (Hanipa). Manakala Penasihat Undang-undang Negeri Perak, Datuk Ahmad Jamal Md Shahid bertindak bagi mewakili Zambry.
Continue Reading...

Tokoh bahasa sifatkan 'Sembah Derhaka' Nizar beradab, bukan kurang ajar atau satu penderhakaan, macam dakwaan Umno!


Dato' Hassan Ahmad bersama Dato' Dr Anuar Ridhwan (kanan) sewaktu pelancaran kempen Himpunan 100,000 Rakyat Bantah PPSMI dikaki lima SOGO


Dari mula lagi memang jelas, 'Sembah Derhaka' DS Nizar kepada Tuanku Sultan Perak, jelas menampilkan tindakan 'beradab' beliau dalam menghormati institusi raja dan itu tidak boleh dianggap sebagai derhaka atau penderhaka.

Pada pandangan saya perkara ini memang sengaja dimainkan oleh pihak tertentu khususnya UMNO agar rakyat yang kurang cerdik marah dan bangkit menyokong tindakan mereka. Tetapi malang, rakyat sekarang telah meluat dengan tingkah laku ahli dan pemimpin UMNO yang kuasa mereka kian terhakis.

Baca seterusnya apa kata TOKOH bahasa terkenal, Dato' Dr Hassan Ahmad Hassan berkaitan 'Sembah Derhaka' Nizar klik disini.
Continue Reading...

Mereka yang tuduh GMP samseng, Hassan Ahmad sifatkan sebagai orang 'bangang'!

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

PENGERUSI Karyawan, Dato' Hassan Ahmad menyifatkan mereka yang menuduh Gerak Mansuh PPSMI (GMP) sebagai samseng bahasa adalah orang 'bangang' yang bercakap tanpa fakta.

"Saya ingat orang itu bangang! Kita ini samseng ke? Yang tidak ada intelektual ialah mereka (yang menuduh). Inilah yang menyebabkan kita marah," katanya ketika sidang media GMP di Rumah Pena, Jalan Dewan Bahasa Pustaka, 12 Febuari baru-baru ini.
Hassan yang juga Pengerusi GMP menyifatkan mereka yang menuduh tanpa asas itu sebagai orang yang sudah kalah untuk berhujah.

"Inilah mereka berhujah, hujah orang yang sudah kalah. Mereka gunakan bermacam-macam cara itulah samseng dan gila bahasa," katanya.

Malangnya, kata Hassan mereka yang disifatkan 'bangang' itu takut untuk berdebat dengan GMP kerana gabungan itu terdiri daripada kalangan intelektual dan pakar dalam Bahasa Melayu.

"Bila kita ajak bahas mereka tidak mahu. Dia takut! Macam dia takut hendak menghadapi pilihan raya kecil," tegasnya.

Turut bersama dalam sidang media itu, Sasterawan Negara Dato' A.Samad Said, Timbalan Pengerusi GMP Dr Mohd Shaharir Mohamad Zain dan Timbalan Pengarah Jawatankuasa Pelaksana GMP, Suhaizan Kaiat. Hassan juga turut menafikan tuduhan yang mengatakan GMP menjadi alat politik parti pembangkang. Bahkan, beliau menegaskan gerakan itu tidak ada batas politik dan mengalu-alukan sesiapa sahaja untuk menyertai mereka asalkan ia adalah rakyat Malaysia.

"PAS, Nik Aziz, Anwar Ibrahim, Muhyiddin, Najib ke... mereka boleh sokong GMP sebab mereka rakyat Malaysia. Mereka dipilih rakyat Malaysia. Semuanya rakyat Malaysia, jadi tidak ada kepentingan politik," katanya.

Tegas beliau lagi, GMP juga cuba untuk mengadakan kerjasama dengan pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini. Antaranya, pada 17 Feb ini GMP akan menyerahkan memorandum Membantah PPSMI kepada wakil rakyat agar membahaskan atau mengusulkan di dalam Dewan Rakyat.

Tambah Hassan penuh semangat, GMP akan tetap meneruskan 'Himpunan 100 Ribu Rakyat Membantah PPSMI' pada 7 Mac nanti.

"Tetapi jika ada keputusan mengejut, kerajaan mahu mansuhkan PPSMI, kita akan adakan sambutan meraikan ucapan terima kasih kepada kerajaan," kata Hassan.
Continue Reading...

Thursday, February 26, 2009

Sejarah Umno khianat Raja-raja Melayu tidak boleh dipadamkan - MB Kedah

Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Ustaz Azizan Abdul Razak menyifatkan Umno kini cuba menjadi jaguh kononnya mempertahankan Raja-raja Melayu dan cuba menggambarkan PAS sebagai menentang sedangkan Umno mempunyai sejarah pengkhianatan mereka kepada Raja-raja Melayu.

Terbaru, dalam laporan Buletin Utama TV3 pada 25 Februari lalu, Setiausaha Pemuda Umno Kedah, Haris Che Mat mengumumkan untuk membuat laporan polis terhadap seorang Exco Kerajaan Negeri Kedah dengan tuduhan menghina Tuanku Sultan Kedah berdasarkan satu surat layang.

Sehubungan itu, Ustaz Azizan selaku Pesuruhjaya PAS Kedah mencabar Pemuda Umno berkenaan untuk mengemukakan bukti dan sekiranya gagal mereka akan berhadapan dengan saman yang akan dikemukakan.

Baca selanjutnya disini
Continue Reading...

SPRM perlu siasat pengerusi perhubungan Umno Perak - Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Nik Aziz, mengatakan tindak tanduk Umno seperti gengstar

"Apabila Umno mencetuskan banyak isu, semakin dibenci golongan intelek, katanya.

Malah katanya, orang muda sekarang melihat pemimpin Umno semacam terkena allergic.

"Seorang bekas mufti mengatakan Umno sekarang sudah menjadi allergic dan saya pula anggap macam penyakit berjangkit yang mesti dijauhi orang ramai, katanya.

Beliau juga berkata, sekiranya seseorang pemimpin itu mendapat kedudukan tinggi kerana amalan rasuah yang diamalkan, mereka tidak layak hidup di muka bumi ini," katanya.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyifatkan Umno sekarang berada dalam kolam najis kerana amalan rasuah sudah sebati dengan pemimpin parti itu.

"Mana rakyat boleh menerima pemimpin sebegitu," katanya.

Ikuti pandangan Nik Aziz klik disini
Continue Reading...

Akar permasalahan politik semasa

Sumber harakahdaily.net

Mohd Hilmi Ramli
Tue | Feb 24, 09 | 11:27:13 pm MYT

Frans De Walls, dalam bukunya Chimpanzee Politics (1982) ada mengungkapkan tentang 'kelicikan Machiavellian' ataupun 'Machiavellian Intelligence'. Maksud yang ingin beliau huraikan ialah bagaimana kapasiti seseorang boleh memanipulasi keadaan sehingga menguntungkan nafsu peribadi.

Tidak timbul soal prinsip atau tidak, asalkan matlamat menghalalkan cara. Biar siapa yang terkorban, sama ada keluarga, sahabat baik, prinsip agama, asalkan nafsu serakah 'politik' tercapai.

'Machiavellian Intelligence' boleh diterjemahkan melalui sikap berjanji, tetapi boleh bila- bila masa memungkiri janji. Boleh membohong, tetapi kadang- kadang sahaja bercakap benar.

Boleh nampak baik dan 'beriman' di tempat awam, tetapi, boleh berwatakan 'iblis' jika di belakang orang. Boleh memuji depan orang, tetapi boleh mengumpat dan mengeji di sebaliknya. Semua ini tidak mustahil hari ini, kerana politik adalah segala-galanya.

Maka tidak menghairankan jika silang-sengketa perbalahan politik ada kaitannya dengan penganut faham politik ala Machiavellian. Apa bezanya dengan kriteria orang munafiq? Bukankah ciri orang Munafiq seperti yang terkandung dalam Hadith Sallahualahi Wasalam, iaitu bila berjanji suka mungkiri, bila bercakap suka berbohong dan bila diberi amanah suka khianati.

Apabila politik dilihat segalanya, makanya obsesi atau keghairahan terhadap politik melampaui batas. Apatah lagi apabila politik sebenarnya tidak mengenal prinsip. Tidak pernah dalam sejarah politik moden kejujuran dan kebaikan diletakkan di tempat paling atas sebagai prinsip paling utama. Prinsip yang mendominasi politik moden hari ini ialah semuanya berteraskan faham Machiavellian.

Baaca seterusnya klik disini
Continue Reading...

Kisah katak dan barua politik

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Wed | Feb 25, 09 | 9:21:57 am MYT

POLITIK Malaysia memang hebat. Penuh warna-warni dengan pelbagai konflik, dramatik, sarkastik dan kontradik.

Politik Malaysia sejak akhir-akhir ini sudah memasuki fasa ala barbarian dan kemelut yang berlaku dalam negara, menunjukkan kita sedang menuju ke arah rough politics.

Rakyat sedang dihadapkan dengan tiga kes yang dilakukan secara 'rough' hasil daripada kegelojohan pemimpin Barisan Nasional.

Belum habis rakyat dikejutkan dengan rampasan kuasa di Perak, dibangkitkan pula kes gambar Elizabeth Wong, sekarang dihebohkan pula kes lembu dan kereta Tan Sri Khalid Ibrahim.

BN bukan peduli siapa salah atau siapa betul kerana mereka pun tahu, kes-kes penyelewengan, salahguna kuasa dan salahlaku moral bertimbun-timbun dalam Umno-BN.

Bagi BN, mereka tidak peduli itu semua. Tujuan mereka satu sahaja. BN menggunakan media untuk menanamkan persepsi buruk rakyat terhadap Pakatan Rakyat, bahawa kononnya pemimpin Pakatan Rakyat derhaka, mempunyai salahlaku moral dan melakukan penyelewengan.

Umno-BN beruntung kerana banyak pihak yang membantu. Selain media, propaganda BN memburuk-burukan Pakatan Rakyat dan menanamkan persepsi buruk, dibantu oleh pegawai-pegawai kerajaan yang sanggup menjadi 'barua' atau pencacai upahan.

Sama ada mereka bertaraf mufti, ketua SPRM, ketua polis, ketua hakim, setiausaha kerajaan negeri, pentadbir anak-anak syarikat kerajaan negeri mahupun para editor.

Baca selanjutnya disini

Continue Reading...

Risiko kerajaan 'mi segera'

Mohd Rashidi Hassan | rashidi@harakah.net.my
Mon | Feb 23, 09 | 9:50:25 am MYT

WALAUPUN Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dirampas jawatannya, dihalang masuk ke pejabat, disuruh memulangkan kereta dan rumah rasmi, belum tentu Dato' Dr Zambry Abdul Kadir dapat mentadbir dengan selesa.

Zambry tidak akan selesa kerana beliau sedar kerajaan pimpinannya, didirikan secara instant noodle (mi segera), tidak demokratik dengan bantuan pihak yang defect (berpaling tadah) dan bias (berpihak).

Pada kedudukan sekarang Pakatan Rakyat mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional juga ada 28. Dengan tiga orang Adun yang defect sebagai bebas tapi menyokong BN.

Media pro BN, cuba mempamerkan persepsi baik kononnya kerajaan baru yang haram itu ditegakkan secara demokratik.

Media pengampu juga memainkan isu ketuanan institusi Raja, kononnya Umno pembela ulung Raja-Raja Melayu, manakala Pakatan Rakyat cuba dilabel sebagai golongan penderhaka.

Baca selanjutnya klik disini
Continue Reading...

Derma Lembu Korban, Guna Kereta Peribadi : Sultan Selangor Tiada Halangan

SHAH ALAM, 25 Februari - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiada halangan terhadap usaha sedekah lembu korban malah menggalakkan usaha kebajikan seperti itu dipanjangkan ke kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak, kata Dato’ Menteri Besar hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam pertemuan dengan baginda di Istana Mestika pagi tadi Sultan Sharafuddin turut menyatakan pendiriannya untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi Dato’ Menteri Besar jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.

Abdul Khalid yang dikaitkan dengan isu sedekah 46 ekor lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadinya menggunakan wang kerajaan negeri juga berkata beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjayanya berhubung dua dakwaan itu.

Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan ketika bercakap kepada media pada 20 Februari lalu dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Abdul Khalid menyalahgunakan kuasanya.

“Dalam pada itu, satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi Gerak (Mohd Nazree Mohd Yunus) atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan menulis surat meminta penjelasan Mohd Nazree berhubung tohmahan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan undang-undang sekiranya beliau gagal memberi jawapan.

Sementara itu, Abdul Khalid merakamkan penghargaan kepada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan padu terhadap beliau dan kepimpinan negeri berikutan isu salahguna kuasa yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab akhir-akhir ini.

Beliau menyifatkan sokongan berkenaan menunjukkan kekuatan ikatan Pakatan Rakyat (PR) cukup padu tetapi sedang dirungkai oleh sekumpulan pihak yang ingin meraih populariti murahan.

Abdul Khalid berkata satu mesyuarat dalaman bagi membincangkan isu itu akan diadakan secara telus dan ilmiah bersama semua kepimpinan. - NOOR ALLIA KASSIM

http://www.selangorkini.com.my
Continue Reading...

PPSMI: Surat Terbuka Kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad

Kepada Pengerusi Yayasan Kepimpinan Perdana Tun Dr Mahathir Mohamad. Salam sejahtera dan semoga sihat sahaja. Saya menulis surat kepada Tun kerana ada banyak hal yang kita perlu muhasabahkan bersama.

Sebagai umat Islam yang mengaku menjadi umat Muhammad s.a.w, kita mestilah sentiasa memperbaharui taubat.

Saya menyeru diri saya sendiri termasuk Tun dan kepimpinan Melayu Umno dulu, kini dan selama untuk sama-sama bermuhasabah mengenai sejauhmanakah kita telah berusaha memperbaiki taraf hidup Melayu, Muslim dan bangsa Malaysia seluruhnya.

Mutakhir ini, kita melihat keadaan yang membimbangkan. Khir Toyo mula menyerang Elizabeth Wong dan Tan Sri Khalid Ibrahim. Saya dapat menghidu semua ini. Selepas kes Eli, maka gambar mereka berdua disiarkan di Agenda Daily. Memang tepat.. Khir Toyo akhirnya menyerang Khalid pula.

Rakyat tahu bahawa saat menjelangnya Perhimpunan Agung Umno, Khir Toyo cuba menonjolkan dirinya sebagai ‘bakal’ Ketua Pemuda dengan cara menunjukkan kejaguhan beliau menghentam parti lawan.

Baca selanjutnya klik disini
Continue Reading...

MP Zukifli Nordin - Kulim Bandar Baru

Satu insiden yang sangat memalukan berlaku dikawasan Parlimen sebentar tadi (skrg 3.30pm) apabila sekumpulan lebih kurang 15 orang Pemuda UMNO telah menghalang YB Karpal Singh daripada memasuki Dewan Parlimen. Mereka mengugut dan mengeluarkan pelbagai kata kesat terhadap beliau.

YB Tan Sri Speaker telah dimaklumkan perkara ini semasa sidang Parlimen ini dan YB Speaker telah mengarahkan pihak keselamatan Parlimen segera mengambil tindakan terhadap mereka.
Saya sangat kesal dengan sikap kehaiwanan saperti ini. Jangan hanya kerana kita berkuasa kita berasa kita boleh buat apa sahaja. Jangan kita takabbur dengan kuasa kita. Allah yang memberi dan Allah yang akan mencabut balik.

Kita mungkin tidak setuju dengan sikap YB Karpal Singh. Saya sendiri pun dalam banyak perkara tidak bersetuju dengan YB Karpal. Malahan telah banyak kali saya mengeluarkan kenyataan menyanggah YB Karpal.

Tetapi biarlah kita berbeza pendapat secara bertamaddun. Ada saluran tertentu yang kita boleh gunakan untuk membantah atau berbeza pendapat. Kalau kita tidak berpuashati, kita boleh cabar di Mahkamah, kita boleh buat lapuran polis dan lain-lain.

Saya berharap apa yang berlaku terhadap YB Karpal Singh tidak akan berulang lagi tidak kira samada mereka wakil rakyat kerajaan mahupun pembangkang.

http://zul4kulim.blogspot.com/
Continue Reading...

Laporan Polis

Sumber Ketua Perusuh

Pertama sekali ingin saya tegaskan bahawa pada dasarnya saya amat bersetuju jika mana-mana aduan untuk mana-mana pihak dibuat dan disiasat oleh Polis. Namun pihak Polis perlulah lebih professional dengan tidak membuat siasatan terpilih atas mana-mana aduan ini.

Sebagai contoh jika seorang petani membuat aduan mengenai JKKK yang disyaki melakukan salahguna kuasa, maka perlulah pihak Polis membuat siasatan walaupun pihak JKKK tersebut mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Ketua Polis sekalipun.

Amatlah tidak wajar sekiranya pihak Polis tidak mengambil tindakan untuk membuat siasatan mahupun tangkapan hanya kerana JKKK tersebut adalah saudara kepada Ketua Polis. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa terdapatnya unsur-unsur siasatan terpilih yang boleh juga diklasifikasikan sebagai satu salahguna kuasa.

Namun apa yang kita semua sedia maklum, pihak Polis di Malaysia sememangnya senantiasa melakukan siasatan terpilih. Sejak bertahun kita sendiri boleh lihat bahawa jika ada mana-mana aduan atau laporan yang berkait dengan pihak yang berkuasa, maka biasanya pihak Polis tidak akan memulakan apa-apa siasatan walaupun berlori-lori aduan dan laporan polis dibuat di merata tempat.

Malah kita boleh melihat senario ini menjadi tidak terkawal sejak akhir-akhir ini hanya kerana pihak Polis ditekan oleh pemerintah. Sepatutnya pihak polis berkecuali dalam segala hal, namun demi kepentingan beberapa pihak (didalam ataupun diluar institusi Polis itu sendiri) maka ianya menjadi semakin parah.

Dalam seminggu dua ini kita boleh lihat beratus-ratus laporan Polis yang dibuat oleh beberapa pihak (tidak kira daripada parti pemerintah mahupun parti pembangkang), namun laporan Polis yang dibuat oleh pihak Pembangkang nyatanya tidak diambil tindakan oleh pihak Polis ataupun sengaja dilengah-lengahkan. Akan tetapi jika terdapatnya laporan Polis yang dibuat oleh parti pemerintah, maka dengan pantasnya pihak Polis akan mengambil tindakan.

Walaupun sesetengah laporan Polis tersebut tidak wajar disiasat atas kapasiti pengasingan kuasa (seperti contoh laporan Polis terhadap Speaker DUN Perak). Disini kita wajar mempersoalkan status kuasa yang ada pada pihak Polis yang membolehkan mereka menyiasat setiap keputusan muktamad yang dibuat oleh mana-mana Speaker DUN/Parlimen.

Mengikut perlembagaan Malaysia, status Speaker mana-mana DUN/Parlimen adalah kebal dari mana-mana tindakan sivil atau jenayah bagi setiap urusan atau keputusan yang berkaitan dengan DUN/Parlimen. begitu juga mana-mana Ahli DUN/Parlimen semasa sidang DUN/Parlimen. Speaker DUN/Parlimen adalah dilindungi oleh undang-undang dan tidak boleh ditahan, didakwa atau dipenjara sama ada melalui prosiding sivil atau jenayah bagi semua Negara Komanwel

Oleh yang demikian, tindakan Polis yang menyiasat Speaker DUN Perak berasaskan kepada laporan Polis yang dibuat oleh agen-agen Barisan Nasional adalah bersalahan dengan kuasa yang ada padanya. Jika pihak Polis dibenarkan berterusan membuat siasatan keatas kuasa Speaker, maka tidak mustahil sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia akan runtuh.

Tindakan pihak Polis ini sebenarnya boleh dicabar di Mahkamah atas dasar mencabuli hak-hak dan status dalam Perlembangaan Malaysia. Perkara yang sama juga boleh dilakukan terhadap SPRM (dahulunya dikenali sebagai BPR) yang khabarnya sedang menyiasat keputusan Speaker DUN Perak. Tindakan Polis dan SPRM ini nampaknya seperti mencabar kedaulatan Perlembagaan Malaysia yang memberikan kuasa “absolute” kepada Speaker DUN/Parlimen dalam membuat keputusan yang dikira muktamad.

Jika ini dibenarkan berterusan dilakukan (Siasatan Polis dan SPRM terhadap Speaker), maka sudah pastinya selepas ini kita boleh lihat akan ada banyak lagi laporan polis terhadap keputusan Speaker di DUN-DUN yang lain ataupun Parlimen. Namun jika siasatan terpilih dilakukan (hanya terhadap Speaker DUN/Parlimen dari pihak Pakatan Rakyat), maka sewajarnya kita (Rakyat Malaysia yang prihatin) mengambil tindakan menyaman ataupun membubarkan sahaja PDRM dan SPRM.

Bola ada dikaki semua rakyat Malaysia yang prihatin.

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa - ISIS

Continue Reading...

JIKA MAHU TERUS JADI LEMBU, SPRM PERLU ISYTIHAR JADI PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL


Hari ini, Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.

Sepanjang dua bulan berlalu sejak SPRM dinaik taraf menjadi sebuah suruhanjaya, pelbagai kecelaruan telah pun timbul. Dalam keadaan puluhan malah ratusan laporan rasuah yang dikemukakan kepada badan tersebut telah dibakulsampahkan tanpa siasatan.

Penyelewengan yang dilakukan oleh SPRM ini, sebagaimana yang telah ditegaskan oleh AMK beberapa hari lepas, sangat bertepatan dengan kronologi usaha untuk menjatuhkan kerajaan-kerajan negeri Pakatan Rakyat.

Kalau ada kes rasuah dalam Umno , kes kes ini akan disurukkan dari pengetahuan umum.

Sebagai contoh dalam kes yang melibatkan rasuah oleh ADUN Umno-BN Lenggeng, Mustafa Salim.

Kes rasuah politik pemilihan Umno yang melibatkan Ahli MT Umno, Norza Zakaria.

Kedua-dua kes ini disorokkan identiti daripada pengetahuan umum. Bukan ini sahaja, malah banyak lagi kes yang telah dikemukakan baik oleh AMK mahupun komponen Pakatan Rakyat lainnya yang mempunyai asas yang kukuh dipinggir begitu sahaja tanpa sebarang status.

Justeru, lembu yang 'dihadiahkan' oleh AMK kepada SPRM akan menjadi batu tanda dan pengajaran buat SPRM agar mereka tidak berterusan menjadi 'lembu yang dicucuk hidung' khususnya oleh Umno.


Shamsul Iskandar Mohd Akin
Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia
Continue Reading...

Najib: Terpulang pada SPRM untuk siasat

Sumber Malaysiakini
Muda Mohd Noor | Feb 26, 09 10:45am

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata terpulang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat dakwaan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak yang mendakwa mereka ditawarkan imbuhan oleh ejen yang mendakwa mewakili timbalan perdana menteri itu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

"Siapa yang membuat laporan palsu, dia akan didakwa," katanya ketika ditemui selepas merasmikan mesyuarat MenteriKumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di ibunegara pagi ini.

Semalam, dua Adun Pakatan itu membuat laporan kepada SPRM, mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai BN.

Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Keshvinder memberitahu pemberita bahawa beliau menerima pelbagai tawaran dari beberapa ejen mendakwa mewakili timbalan perdana menteri yang juga pengerusi perhubungan Umno Perak, dengan seorang daripada ejen itu ialah seorang wartawan akhbar berbahasa Cina tempatan.

"Saya tidak tahu apa-apa pun mengenai perkara itu. Biar SPRM siasat," kata Najib.

Ditanya mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata: "Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."
Manakala mengenai dakwaan kedua-dua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti ukuh, beliau berkata: "Sudah tentunya mereka kata begitu Tapi) biarlah uruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya."

Ditanya apakah Umno mempunyai begitu banyak wang sehingga boleh menawarkan sehingga RM50 juta kepada Adun-adun Pakatan, Najib berkata:

"Mana ada RM50 juta...mengarut ni. Kita tak ada wang, dia dakwa sahaja, itu yang dia dakwa. Biar SPRM siasat," katanya.

Sebelum ini, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda, dalam akuan bersumpahnya, mendakwa kononnya Najib menawarkan RM50 juta kepada mana-mana Adun daripada Pakatan Rakyat di Perak supaya menyertai BN.

Fauzi dilaporkan mendakwa, Najib yang juga timbalan presiden Umno telah mencuba tahun lalu untuk memujuknya supaya melobi dua Adun Pakatan di Perak supaya melompat parti.
Publish Post

Fauzi mendakwa, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak membuat apa-apa tindakan untuk memenuhi hasrat Najib itu.

Mengulas lanjut, Najib berkata sesiapa ang membuat laporan palsu kepada SPRM akan didakwa.

Katanya, tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya.
Continue Reading...

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Sumber Malaysiakini
Jimadie Shah Othman | Feb 26, 09 1:57pm

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

berita selanjutnya klik disini

Continue Reading...

Satu Lagi Projek Barisan National-Kadar Tol Naik Lagi


Sumber Malaysiakini

Kadar tol bagi lima lebuhraya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus) naik sebanyak 5 peratus mulai 1 Mac ini.

Empat lagi leburaya ialah Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuhraya Sungai Besi (Besraya) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad.

Kadar kenaikan tol terbabit adalah seperti berikut:

bullet button Lebuhraya Utara-Selatan (Plus): Kadar kenaikan tol untuk sistem kutipan tol tertutup Plus dinaikkan 0.68 sen sekilometer bagi kereta. Bagaimanapun, kenaikan ini tidak membabitkan tol di Plaza Tol Bukit Kayu Hitam, Tambak Johor dan Bangunan Sultan Iskandar.

bullet buttonLebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (Sprint). Plaza tol Pantai: naik 50 sen dari RM1.50 kepada RM2 (naik 33) dan Plaza tol Damansara: naik 30 sen dari RM1 kepada RM1.30 (naik 30%).

bullet buttonLebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)(Lebuhraya E12): Kadar tol dinaikkan sebanyak 50 sen bagi kereta - dari RM1.50 hingga RM2 (naik 33%).

bullet button Kadar tol Lebuhraya Sungai Besi (Besraya): Kadar tol dinaikkan sebanyak 10 sen bagi kereta - dari RM1.30 kepada RM1.40 (naik 7.7%). Bayaran hanya dibuat di Plaza Tol Mines kerana Tol Salak Selatan Jaya telah ditutup mulai semalam.

bullet buttonLebuhraya Baru Pantai (NPE): Kadar tol dinaikkan sebanyak 40 sen bagi kereta - dari RM1.60 kepada RM2 (naik 25%).

Dalam kenyataannya, Mohd Zin menyifatkan kenaikan kadar tol baru itu sebagai sangat kecil.

Mohd Zin berkata, sebenarnya kadar tol di lebuhraya Plus, Sprint dan Akleh sepatutnya dinaikkan pada 1 Januari 2008, tetapi telah ditangguhkan kepada 28 Februari lalu.

"Berikutan penangguhan itu, kerajaan terpaksa membayar pampasan berjumlah RM245 juta, iaitu RM177 juta kepada Plus, RM38 juta kepada Sprint dan RM30 juta kepada Akleh," katanya.

Menurut Mohd Zin lagi, kenaikan kadar tol itu tidak seharusnya dilihat sebagai membebankan kerana mutu dan kualiti lebuhraya berkenaan terjamin, selain menjadi laluan altenatif di kawasan berkenaan.

Kewujudan lebuhraya berkenaan juga, katanya, telah membawa rahmat kepada rakyat dan negara, dengan menggalakkan pembangunan, perumahan, perniagaan dan juga meningkatkan sosio-ekonomi penduduk sekitar.
Continue Reading...

Perbicaraan Pelik, Altantuya dibunuh kejam tanpa motif?

Oleh hermansamsudeen

"Mengikuti perbicaraan kes Altantuya Shaariibuu, 28 akhir-akhir ini, terasa seperti ada sesuatu yang tertinggal, iaitu motif pembunuhan. Cif Inspektor Azilah Hadri, 33, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 37, telah dipanggil membela diri pada 31 Oktober tahun lalu manakala tertuduh ketiga Abdul Razak Abdullah Baginda dibebaskan.

Timbalan Pendakwaraya Manoj Kurup dalam hujah terakhirnya semalam menyatakan bahawa;

"kedua-dua tertuduh kini saling bersaing untuk meraih hadiah bagi fiksyen terbaik yang diberitahu di Mahkamah dan kedua-dua versi patut ditolak kerana tidak berjaya mewujudkan keraguan munasabah berhubung kerumitan dan kesalahan dalam pembunuhan Altantuya."

Walaubagaimana pun, sepanjang sesi pengulungan itu beliau tidak menyatakan motif pembunuhan Altantuya. Beliau hanya menekankan bahawa kedua-dua tertuduh memang terlibat dengan niat dalam kes pembunuhan ini.

Walaupun disangkal dalam hujah pembelaan bahawa kedua-dua tertuduh menjadi kambing hitam atas tindakan orang-orang tertentu, namun pihak pendakwaan tidak mengajukan apa-apa soalan untuk mendedahkan siapakah dalang sebenar kes itu.

Ikuti cerita selanjutnya klik disini

Continue Reading...

Wednesday, February 25, 2009

Anak muda di SPRM Putrajaya, Rabu 11 pagi

Sumber Black

Akhir-akhir ini terdapat banyak perbincangan mengenai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Ini timbul selepas Pengarah SPRM, Ahmad Said mengeluarkan kenyataan terbuka bahawa SPRM mempunyai cukup bukti untuk mendakwa MB Selangor, Khalid Ibrahim dalam isu kereta dan lembu.

Ahmad Said dikritik hebat kerana membuat pengumuman terbuka sedangkan MB Selangor itu masih belum dibicarakan. Ini dilihat sebagai satu perbicaraan melalui media dan melibatkan Pengarah SPRM sendiri.

Selain daripada itu, sudah terlalu banyak kes-kes rasuah yang dilaporkan melibatkan pimpinan Umno/BN tetapi tidak ada sebarang tindakan.

Ini telah menyebabkan SPRM atau MACC digelar “Malaysian Agency for Cars and Cows” (Agensi Rakyat Malaysia untuk Kereta dan Lembu).

Diatas kesedaran ini, Solidariti Anak Muda Malaysia akan ke pejabat SPRM, 25 Febuari 2009 jam 11 pagi untuk membuat kejutan kepada mereka. Sila klik disini untuk mendapatkan berita yang lebih lanjut.
Continue Reading...

Umno: 269 calon bertanding, 900 aduan rasuah

Abdul Aziz Mustafa
Tue | Feb 24, 09 | 9:37:04 pm MYT

KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Dengan 269 calon yang bertanding merebut pelbagai jawatan dalam Majlis Tertinggi Umno dan ketiga-tiga sayap parti itu pada pemilihan yang dijadual berlangsung dari 24 hingga 28 Mac depan, setakat November lalu sahaja 900 aduan rasuah telah diterima.

Pengerusi Lembaga Disiplin Umno, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail menyifatkan rasuah pada pemilihan kali ini adalah paling serius.

Tidak diketahui berapa banyak kes rasuah sepanjang kempen pemilihan tersebut yang tidak diadukan.

Ketika mengecam gejala itu, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini berkata, jika orang yang menghulur rasuah menang dalam pemilihan Umno Mac ini, kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika Barisan Nasional (BN) menang.

"Jika yang menang adalah orang yang menghulur rasuah maka Umno akan dipimpin oleh perasuah.

"Dan kerajaan Malaysia dan kerajaan negeri akan dipimpin oleh perasuah selepas Pilihanraya Umum ke 13 jika BM menang. Dan pemimpin jenis ini akan sauk duit kerajaan dan duit siapa sahaja yang berurusan dengan kerajaan," kata bekas Presiden Umno itu.

Tindakan membanteras rasuah di dalam Umno bagaimanapun ditentang oleh ahli-ahli parti itu.

30 Januari lalu, ahli-ahli Umno menunjuk perasaan membantah tindakan Lembaga Disiplin dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membanteras gejala politik wang ketika Majlis Tertinggi (MT) parti itu sedang bermesyuarat.

Mereka yang menunjuk perasaan di pekarangan Menara Dato Onn itu turut menyerahkan memorandum bantahan terhadap tindakan SPRM itu.

Mereka membawa sepanduk-sepanduk yang tertulis "Kami menolak SPRM, boleh belah", "Jangan ambil hak ahli Umno" dan "Lembaga disiplin sudah nyanyuk".

Penentangan sedemikian bukan sahaja datang dari ahli-ahli Umno.

Sebuah blog, politica-net.blogspot.com, yang dipercayai dikendalikan oleh seorang ahli parti itu mendedahkan ada "orang besar" menghalang siasatan ke atas salah seorang calon Timbalan Presiden Umno yang dibabitkan dengan hampir 400 dakwaan rasuah.
Continue Reading...

Kes Altantuya, siasat segera siapa 'gembala kambing'- Azmin

Wan Nordin Wan Yaacob
Wed | Feb 25, 09

KUALA LUMPUR, 25 Feb (Hrkh) - Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali mempertikai keenganan pihak berkuasa termasuk polis dan bahagian pendakwaan yang enggan menyiasat DSP Musa Safri sebagai saksi penting dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibu.

Azmin yang juga ahli ParlimenGombak berkata, meskipun nama Musa Safri selaku pengiring kanan Timbalan Perdana Menteri,Dato' Seri Najib Tun Razak disebut-sebut berulang kali dalam pengakuan tertuduh, Koperal Sirul Azhar, namun hingga kini tiada siasatan dibuat ke atas beliau.

"Inilah hujah yang telah kita kemukakan dari awal bahawa kita tak tunding jari kepada TPM atau mana-mana individu cuma kita tuntut proses siatan yang perlu adil dan saksama.

"Dalam konteks ini tertuduh diminta beri keterangan bersumpah, dan tertuduah kata berulang kali penglibatan Musa Safri yang juga ADC kepada TPM.

"Tertuduh ada menyatakan di mana beliau bertemu dengan Musa beberapa kali dan tertuduh beberapa kali berunding dengan beliau(Musa) di pejabat TPM, kenapa Musa tak dipanggil beri keterangan?," soal Azmin.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Parlimen pada 24 Februari lalu semasa diminta mengulas isu pengakuan Sirul Azhar dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.

Sekurang-kurangnya kata Azmin, untuk membuat pertuduhan kepada seseorang, sebelum itu proses siasatan perlu berjalan dahulu dengan semua individu yang terbabit disiasat.

Apa yang menggemparkan tertuduh (Sirul) telah membuat keterangan di mahkamah bahawa beliau adalah 'kambing hitam' dalam kes ini, katanya.

Bagi Azmin, keterangan Sirul ini sesuatu yang amat serius dimana ada individu yang berpengaruh yang tiada dalam mahkamah dalam kes ini.

Namun individu itu secara terang ada pengaruh di luar yang di kalangan pembesar yang terbabit,

Malangnya walaupun pengakuan bersumpah ini dibuat di mahkamah, sehingga kini tiada sebarang usaha polis atau pendakwaan menyiasat hal ini, katanya.

"Ia boleh dikemukakan sebagai bukti baru, tetapi siasatan tak dibuat malah dipadamkan oleh media milik Umno/BN," tegasnya.

Beliau juga melihat pengakuan Sirul yang mengaku dirinya sebagai 'kambing hitam' dalam kes tersebut menjelaskan lagi kewujudan 'Gembala Kambing'.

Baginya, 'Gembala Kambing' itu adalah pembesar yang berpengaruh yang boleh mempengaruhi dan menguasai pihak berkuasa.

Sebelum ini, dalam perbicaraan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Kamarul Hisham turut berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.

Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya.
Continue Reading...

Skandal kewangan RM17 juta babitkan Khir Toyo

Dari Harakahdaily

Oleh Ahmad Tajdid

KUALA LUMPUR, 25 Feb Setelah menjadi juara dakwaan penyelewengan kuasa membabitkan pengagihan 46 lembu korban dan caj servis kenderaan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; mantan Menteri Besar Selangor yang juga calon Ketua Pemuda Umno, Dato’ Seri Mohd Khir Toyo kini terpaksa berhadapan skandal membabitkan penerimaan bayaran RM17 juta daripada seorang individu hasil jualan tujuh unit hartanah Al Marwa Tower di Makkah, Arab Saudi.

Pembayaran tanpa sebarang resit rasmi itu diterima hasil jualan tujuh daripada 12 unit hartanah yang dibuat Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) di Makkah.

Apa yang menghairankan, Resolusi Pengarah PNSB bertarikh 14 September 2007 hanya meluluskan pembelian lima unit kediaman berjumlah RM8,352,427.66 sedangkan rekod PNSB menunjukkan sejumlah RM25,603,545 telah dibayar ke akaun individu di Arab Saudi dari 17 September hingga 19 September 2007.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar Menteri Besar Selangor, 24 Februari lalu, kesemua transaksi dibuat atas nama Mohd Khir selaku Pengerusi PNSB atas alasan Arab Saudi hanya membenarkan hartanah di Makkah dibeli oleh individu muslim.

“Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Pengerusi Perbadanan Menteri Besar (MBI) berhasrat mendapatkan jawapan terhadap persoalan di atas dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas jika kes ini membabitkan unsur jenayah,” kenyataan akhbar itu dipetik.

Sebelum ini dua orang Pegawai PNSB telah diminta bercuti selama sebulan bagi membolehkan siasatan dalaman dijalankan.

Siasatan tersebut berhubung dakwaan kelemahan dan kesalahan urusan simpanan rekod perakaunan anak syarikat kerajaan negeri.

Abdul Khalid selaku Pengerusi PNSB telah mengenal pasti beberapa kelemahan dan kesalahan dalam penyimpanan rekod tersebut.

Continue Reading...

Sultan S'gor serah pada MB

Sumber Malaysiakini

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyerahkan kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk membuat keputusan berhubung kedudukan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang gambar bogelnya disebarkan kepada umum baru-baru ini.

Pendirian Sultan Selangor itu dinyatakan kepada Khalid semasa beliau menghadap baginda hari ini untuk mendapat nasihat mengenai kedudukan Elizabeth yang menawarkan diri untuk meletakkan jawatan ekoran kontroversi tersebut.

Baginda mengambil keputusan itu memandangkan isu Elizabeth masih dalam siasatan polis dan sebagai Sultan Selangor, baginda sememangnya berkecuali dalam hal ehwal politik, lapor Bernama.

"Sultan Selangor menitahkan kepada saya untuk memaklumkan bahawa baginda tidak dapat memberikan panduan atau nasihat kepada Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor dalam hal berkenaan isu Yang Berhormat Elizabeth Wong kerana ia masih dalam siasatan pihak polis dan melibatkan kedudukan Yang Berhormat Elizabeth Wong dalam politik.

baca selanjutnya klik disini
Continue Reading...

Adun Pakatan dakwa ditawar RM20 juta keluar parti

Sumber Malaysiakini

Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendakwa mereka ditawar sehingga RM20 juta serta jawatan oleh pihak tertentu supaya menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN).

abdul yunus jamahariMereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di Ipoh ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh daripada DAP dan Adun Kuala Kurau Abdul Yunus Jamsari daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).


baca seterusnya klik disini



Continue Reading...

Tuesday, February 24, 2009

SELAMATKAN PERAK......

‘Detik 06hb Feb 2009 merupakan tragedi hitam dalam sejarah perjuangan rakyat Perak Darul Ridzuan dalam membina kerajaan yang ‘good governance’, adil dan berkebajikan…’

‘ Rampasan Kuasa ini menjadi faktor ‘Semangat Perak’ sebagai sebuah Darul Ridzuan dan negeri Madani mula terhakis…’

Permulaan pemerintahan UMNO/BN secara ‘rasminya’ di Perak dimulakan dengan satu majlis angkat sumpah di Istana Iskandariah di Kuala Kangsar. Tanpa dihadiri oleh 28 orang ADUN daripada Pakatan Rakyat menjadi simbol penolakan total kepada kerajaan rampasan kuasa ini. Di luar Istana Iskandariah Kuala Kangsar tiada sambutan percikan bunga api daripada rakyat untuk meraikan kejayaan rampasan kuasa ini.

baca selanjutnya klik sini
Continue Reading...

Monday, February 23, 2009

Perak: Umno dapatkan nasihat dari Queen’s Counsel - Malaysiakini


Penasihat Undang2 Perlembagaan UMNO nampak gaya dah habih pakar di Malaysia ni untuk mintak khidmat untuk menegakkan kerja buruk dan cabul Undang-undang di Perak.

Terpaksa pergi ke England untuk minta pandangan Queen’s Council cari jalan keluar krisis Perak.

Tapi pelik jugak kenapa Penasihat Undang-Undang Negeri masih tidak memberikan pandangan beliau. Sedangkan beliaulah yang mempunyai autoriti berkenaan KRISIS PERLEMBAGAAN di Perak ketika ini.

Zambry menyebut Beliau tidak memberi penjelasan kepada media kerana beliau merupakan Kakitangan Kerajaan dan terikat dengan Etika. Tapi saya percaya kalau pandangan Penasihat Undang2 Negeri itu selari dengan kerajaan Haram Jadah BN hari ni, awal2 lg dah muncul.

Ni la masalah bila Umno yang memerintah sepatutnya Junjung Undang2 negara tetapi membelakangi Perlembagaan.

Semalam Nizar berceramah dan menjelaskan Dun Perak mesti bersidang dalam tempoh enam bulan dari tarikh persidangan lepas. Kalau ikut jadual jatuh pada Bulan Mei ni.

Itu sebabnya Umno dalam keadaan panic sekarang ni. Kalau diadakan sidang Dun umno akan berdepan dengan Undi tak Percaya dan perwakilan BN hanya 21 orang berbanding PR 28.

Aku nampak, Kalaupun Undi Tidak Percaya diadakan nampak seperti PR mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Haram Jadah pulak dah. Itu yang timbul isu siapa yang mempunyai kuasa memanggil Sidang Dun samada Sultan atau Speaker.

Kalau tidak diadakan Sidang Dun dalam tempoh tersebut, Dun Perak akan dibubar secara automatik dan Pilihanraya Negeri terpaksa diadakan.

Dari segi Undang-undang nampak gaya masih menyebelahi PR tapi saya bimbang dengan Sikap tak profesional SPR selepas kes 2 Adun Haram Jadah lompat Parti tu.

Nampak gaya selagi tak de keputusan mahkamah berkenaan dua exco tu, SPR akan guna tindakan yang sama tidak mengiktiraf kuasa speaker setiap kali diminta mengadakan Pilihanraya Kecil.

“Mereka merancang dan Allah juga merancang, tetapi Allahlah sebaik-baik perancang”

Sumber

Continue Reading...

Tun Dr Mahathir Pertikai BN Di Perak


Selepas Tengku Razaleigh, Dr. Mahathir pula mengkritik tindakan BN dalam isu krisis politik Perak. Dr. Mahathir menyifatkan cadangan Abdullah Badawi agar Menteri Besar (Haram) membuat laporan polis terhadap tindakan Speaker V . Sivakumar mengantung MB dan Exco Haram BN sebagai sesuatu yang melucukan.

Kata Dr. Mahathir didalam blognya,

“Jika keputusan yang dibuat oleh Speaker boleh dianggap sebagai satu jenayah, apa akan jadi jika Speaker Dewan Rakyat menggantung ahli pembangkang kerana apa-apa sebab? Dan ini kerap berlaku. Apakah ahli pembangkang akan lapor kepada polis? Jika boleh maka bolehlah kita anggap bahawa polis berkuasa keatas Speaker Dewan.

Memang ada jenayah yang boleh dilakukan oleh Tuan Speaker tetapi menggantung seseorang ahli Dewan bukanlah diantara jenayah yang boleh diambil tindakan oleh Polis.”

Sila baca tulisan beliau disini

Continue Reading...

Apabila Sireh Pulang Ke Gangang

Diberitakan team peguam-peguam Umno telah berlepas ke London bersama-sama dengan seorang Adun Umno Perak untuk mendapatkan pandangan daripada Peguam Diraja England untuk menyelesaikan konflik di negeri Perak.

Jika benar ini berlaku, ianya bolehlah saya disifatkan sebagai “sireh pulang ke gagang”.

Ini adalah kerana dari segi sejarah, Umno adalah agen penjajah British pada ketika itu. Sebab itulah kemerdekaan diberikan kepada Umno. Jika kemerdekaan berjaya diperolehi oleh pejuang-pejuang kemerdekaan tulen, sudah pasti kepentingan Briish di Tanah Melayu tidak akan dijaga.

Dengan berkuasanya Umno, Malaysia yang pada ketika itu dikenali sebagai Malaya dapat meneruskan kepentingan penjajah British.

Pada ketika itu, Malaya amat penting kepada British. Ini dapat dibuktikan dengan pembinaan “underground train” di London yang dibiayai seratus-peratus daripada hasil Bijih Timah dari Malaya.

Selain daripada itu, kita juga boleh melihat bagaimana Umno meneruskan Dasar Pecah dan Perintah yang digunakan oleh penjajah British satu ketika dahulu. Umno akan tetap meneruskan dasar-dasar ini oleh kerana itu sahajalah cara berpolitik yang mereka tahu.

Selanjutnya....

Continue Reading...

Jangan salah nilai

Oleh amanlegend

" Perjuangan bukan sahaja disulami dengan aspek bangsa, agama dan negara malahan aspek mempertahankan hak makhluk yang hidup di muka bumi tanpa mengenal bangsa, agama malahan negara ataupun spesies makhluk!..

Segalanya perlu berpaksikan kepada kebenaran dengan agama,tatacara dan etika tabie' manusia sebagai panduan.


Satu artikel yang akan menguatkan lagi hujah tuan guru nik aziz..pencerahan untuk mereka yang keliru isu lompat-melompat.kesimpulannya,ungkapan 'lompat' hanya sesuai untuk yb pakatan yang menyertai gerombolan.untuk yb gerombolan yang menyertai pakatan boleh la kita anggap 'hijrah'.

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – satu molikul hydrogen dan dua molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.

Dipeti Klik disini...
Continue Reading...
 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template