Sunday, February 22, 2009

Khalid dedah tiga rasuah Khir ketika jadi MB Selangor

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mendedahkan tiga penyelewengan Datuk Seri Khir Toyo ketika memimpin negeri itu sebelum pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Penyelewengan berkenaan membabitkan tindakan cuba mengelak cukai, menukar sistem perakaunan anak syarikat kerajaan negeri, dan pembelian apatmen di Makkah “untuk tujuan yang meragukan”.

Tan Sri Khalid berkata, Khir semasa menjadi Menteri Besar mempengerusikan tiga syarikat negeri dan mendapat imbuhan tiga buah kereta tetapi ini tidak diisytiharkan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Salahguna kuasa kedua yang dilakukan Khir Toyo ialah menerima hadiah jam tangan bernilai RM 150,000 daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad atau PNSB,” katanya.

Beliau berkata, apabila menyedari menerima habuan seperti itu adalah satu kesalahan, Khir cuba membayar balik secara memasukkan wang tunai RM150,000 ke dalam akaun syarikat.

Selain itu, kata Tan Sri Khalid, Khir Toyo juga membuat pembelian apatmen di Makkah untuk “kegunaan beberapa anak Selangor yang terpilih sahaja” dengan perbelanjaan lebih RM 9 juta.

Menteri Besar Selangor menegaskan siri pendedahan mengenai penyelewengan dan salahguna kuasa Khir Toyo dibuat bukan kerana hendak “menutup mulut” Ketua Pembangkang Selangor itu tetapi hendak mengingatkan beliau supaya “menjaga mulutnya”.

Beliau juga menyifatkan Khir Toyo sebagai “pengacau” kepada program pembangunan rakyat dan beliau yang sebelum ini hanya mempertahankan diri daripada segala tomahan Khir Toyo kini bertindak kerana “kesabarannya ada hadnya.” TVAntara

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template