Thursday, February 5, 2009

Perak: Ku Li kutuk pemimpin Umno

Irwan Muhammad Zain
Thu | Feb 05, 09 | 1:32:30 pm MYT


KUALA LUMPUR, 5 Feb (Hrkh) - Bekas Menteri Kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah mengutuk tindakan pemimpin Umno-BN yang merayakan pembentukan kerajaan BN di Perak sebagai tidak bermoral dan tidak menghormati pelantikan yang telah dibuat oleh Sultan Perak.

"Hormati peranan Sultan dan bentuk kerajaan melalui pilihan raya," tegas ahli parlimen Gua Musang yang lebih dikenali dengan KuLi dalam blognya ketika mengulas kemelut politik di Perak.

Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin tegas beliau telah diperkenankan oleh Sultan Perak sebagai Menteri Besar dan selagi Dewan Undangan Negeri (Dun) tidak dibubarkan jawatan tersebut kekal.

Beliau berkata jawatan tersebut akan terlucut jika Nizar meletak jawatan secara sukarela atau undi tidak percaya dibuat ketika sidang Dun.

"BN sekarang membentuk kerajaan hanya kerana dua individu yang tidak berkaliber melompat parti," tegas beliau.

Tindakan Adun Bota yang kembali menyertai Umno selepas menyertai KeADILan selama 11 hari dianggap sebagai menghina intelektual rakyat.

KuLi seterusnya menegaskan, jika BN memilih untuk menubuhkan kerajaan tanpa melalui pilihan raya, ia akan membangkitkan kemarahan rakyat.

"Apa yang akan berlaku nanti dalam pilihan raya umum ke-13 nanti, rakyat bukan hanya menolak BN di peringkat negeri tetapi juga di peringkat persekutuan," tegas KuLi. ,P. Sehubungan dengan itu, beliau mendesak agar pilihan raya peringkat negeri Perak diadakan supaya rakyat Perak menentukan kerajaan yang mereka mahukan. - MKS._

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template