Tuesday, February 3, 2009

Penglibatan dalam rasuah lompat parti: Gantung tugas Najib - AMK

Laporan rasuah diserahkan kepada SPRM. Penglibatan Najib cubaan rasuah RM50 Juta keatas Ketua KeADILan Ipoh Barat dan Ugutan keatas Adun Bukit Selambau, V Arumugam

KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI (SK)- ANGKATAN Muda KeADILan (AMK) mendesak agar Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi untuk menggantung tugas Najib Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri sehingga proses siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selesai.

Menurut Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin, selain dari itu, Abdullah diminta agar tidak campur tangan dalam proses siasatan yang dibuat keatas Najib dalam tuduhan terlibat untuk merasuah pelobi bagi melompat parti.

“AMK mendesak Abdullah Ahmad Badawi atas kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri sama sekali tidak campur tangan dalam proses ke atas Najib dan dalam masa yang sama menggunakan kuasa eksekutif yang ada pada beliau untuk menggantung tugas Najib bagi memberikan ruang yang kondusif kepada SPRM untuk menyiasat Najib,” katanya ketika di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya tadi.

Hari ini, Shamsul telah membuat satu laporan kepada SPRM berikutan akuan Ketua bahagian KeADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda, yang ditawarkan RM50 juta bagi menarik Adun Perak menyertai Barisan Nasional.

Semalam dalam satu sidang media, Fauzi telah mendakwa bahawa Najib Tun Razak yang juga Timbalan Presiden United Malays National Organisation (Umno), telah mencuba untuk memujuknya supaya melobi dua ahli dewan undangan negeri (Adun) dari Pakatan Rakyat di Perak supaya melompat parti.

Menurut akuanya, beliau telah ditawar sejumlah RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.

Selain itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Selambau, V Arumugam semalam turut mendedahkan bahawa keselamatan beliau dan keluarganya telah diancam oleh pihak Barisan Nasional semenjak pilihanraya umum 8 Mac tahun lalu.

Menurutnya dalam satu kenyataan media yang diterima Suara Keadilan, selain dari ancaman yang diterima oleh keluarganya, pegawai dan bekas pegawainya turut diugut supaya beliau melompat parti.

SPRM, menurut Shamsul, perlu bertindak untuk menyiasat Najib bersandarkan kepada dua pendedahan yang dibuat 2 Februari lalu oleh V Arumugam dan Fauzi Muda.

“AMK akan membuat laporan kepada polis dan SPRM secara rasmi demi memperlihatkan keseriusan kes demi kes yang berlaku membabitkan Najib,” katanya.

Menurutnya dalam perkembangan politik muktahir ini, perkara ini dilihat sebagai sangat serius dan membahayakan negara. Tambahnya, ketika keadaan rasuah politik dan amalan politik ugutan telah menjadi mainan sesetengan pihak di dalam Umno-BN demi memasyikan kuasa mereka dapat dikekalkan dalam apa jua keadaan.

“Ternyata keputusan Pilihanraya Umum ke 12, Mac tahun lalu serta disusuli kekalahan parah Umno-BN di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu gagal mengajar mereka untuk menerima hakikat bahawa politik perkauman dan berasaskan sentimen ugutan dan rasuah tidak lagi diterima oleh rakyat yang semakin celik dan cerdik menilai situasi semasa,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Shamsul juga berkata AMK akan mengadakan satu pertemuan dengan Peguam Negara Abdul Gani Patail bagi menyerahkan beberapa dokumen sokongan demi memastikan sebarang bentuk elemen politik kotor dan jelek ini akan berakhir dnegan pendakwaan yang adil dan tulus.

Suara Keadilan Online

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template