Friday, February 20, 2009

Salah tafsir sembah derhaka

Perselisihan tafsiran undang-undang di antara Sultan Perak, Raja Azlan Shah dan Menteri Besar Perak Dato' Seri Nizar Jamaluddin merupakan proses biasa dalam amalam demokrasi, dan bukan kali pertama berlaku di Malaysia dan mana-mana negara di dunia.

Adakah derhaka Nizar?

Nizar tidak meletakkan jawatan kerana dia memegang amanah rakyat, dia hendak kembalikan semula kepada rakyat. Itu tafsirannnya.

Tuanku Sultan ada tafsirannya. Jadi jika ada perselisihan tafsiran undang-undang, maka dalam hal ini bolehkah ianya dinamakan sebagai derhaka?

Perlu ditegaskan disini bahawa raja-raja Melayu perlu dikekalkan pada takhta yang sedia ada dan rakyat diseru supaya bersatu dan mengekalkan kedudukan mereka. Mana-mana Parti Politik di Malaysia UMNO/BN atau PR jangan sesakali menyetuh soal ini. Isu derhaka jangan sesakali dimainkan untuk kepentingan peribadi.

Sembah derhaka Nizar, apakah beliau derhaka?

Istilah 'sembah derhaka' yang dimanipulasi oleh plebagai pihak khususnya media dan UMNO/BN sedangkan ianya bukan satu bentuk tindakan derhaka yang sebenarnya.

'Sembah derhaka' bermaksud apa yang diminta oleh seorang Raja atau Sultan tidak dapat dipenuhi atau ditunaikan oleh seorang hamba rakyat. Sama ada kecil atau yang besar. Seorang rakyat akan menuturkan bahawa 'patik sembah derhaka'. Bukan yang kita fahami itu derhaka adalah melawan atau menyakiti Raja. Ini tugas semua pihak untuk perjelaskan agar keadaan ini jangan dimanipulasikan untuk kepentingan Politik sesetengah pihak.

Mengikut Dr Harun Din .... klik disini dan disini

Katanya, yang tidak mahu mendedahkan secara terperinci, memang berlaku perbuatan menderhaka yang tidak diketahui umum.

"Ada pemimpin disuruh Raja untuk 'briefing' pada hari tertentu tentang perkembangan negeri, langsung tak datang. Ada yang Raja suruh buat projek untuk rakyat, tetapi pemimpin tak buat. Ada Sultan yang suruh hentikan projek tertentu kerana membazir, mereka terus buat.

"Ada raja suruh bantu ekonomi orang Melayu, dengan bantu projek tertentu tetapi beri pada kroni mereka pula malah ada Raja beritahu saya, ada pemimpin yang terajang pintu istana kerana tidak puas hati.

Ini semua saya dapat tahu dan ada antara Raja-raja yang beritahu sendiri kepada saya. Inilah perangai mereka... ini jauh lebih derhaka lagi," katanya.

Mari kita kenangkan kembali sejarah tanah air yang sebelum ini belum pernah berlaku dimana-mana didunia ini tetapi berlaku di Terengganu.

Angkar siapa ini....saya rasa semua rakyat Malaysia mengetahui dan mengapa sehingga sekarang tidak ada tindakan diambil.

Kata-kata Laksamana Bentan harus dikuti sampai bila-bila "Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja Disanggah" ini pegangan kita.

Mengikut Nabi SAW antara lain berbunyi "taatlah kepada pemerintah selagi ia tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada derhaka kepada Allah maka perintah taat tadi gugur. Ada hadis bermaksud, tidak boleh taat pada mana-mana makhluk dalam melaksanakan kemaksiatan kepada Allah".

Bagi saya perintah Allah dan Rasul wajib kita taati dan taat kepada pemimpin selagi mereka tidak menderhaka kepada Allah SWT. Kalau ada yang derhaka kepada Allah SWT maka taat kami kepada pemimpin telah gugur sama sekali.

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template