Friday, February 6, 2009

Di Selangor Seleweng Wang Rakyat, Di Kedah Exco “Bela” Perempuan Simpanan

Dari Laman Web Pemuda UMNO
Posted on Wednesday, February 04 @ 09:58:24 MYT

Oleh S.A Najmuddin

Shah Alam -- Belum pun reda isu penyelewengan lembu korban, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berdepan dengan satu lagi dakwaan. Kali ini ia membabitkan salah guna wang kerajaan negeri sebanyak RM7,779 untuk kegunaan peribadi.

Ini berikutan dakwaan Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak) yang sekali lagi membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), semalam terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pengerusi Gerak, Nazree Mohd Yunus, membuat laporan kepada SPRM mendakwa Menteri Besar itu menyalah guna sejumlah wang rakyat untuk menyelenggara kereta Lexus miliknya.

Dalam laporan yang diserahkan kepada SPRM kira-kira jam 4.45 petang itu, Gerak mendakwa mempunyai bukti bahawa wang kerajaan negeri digunakan untuk membiayai kos penyelenggaraan kereta peribadi Menteri Besar itu secara berkala.

Dokumen itu diserahkan kepada tiga pegawai penyiasat SPRM. Hadir sama, Pengarah SPRM Selangor, Mohd Samsudin Yusof.

Gerak mendakwa Abdul Khalid menyalah guna wang kerajaan negeri berjumlah RM5,302 membeli alat ganti berupa tayar berjenama Michelin untuk kereta Lexus dengan nombor pendaftaran WQR 779.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu juga mendakwa kerajaan negeri menanggung kos pemasangan aksesori kereta iaitu cermin gelap untuk kereta Lexus itu berjumlah RM1,500.

Nazree yang ditemui selepas membuat laporan dan mengemukakan bahan bukti kepada SPRM berkata, beliau mempunyai invois dan resit pembayaran daripada pusat servis yang bertanggungjawab menyelenggara kereta peribadi Abdul Khalid itu.

"Tindakan ini sama sekali bertentangan dengan peraturan kewangan negeri yang tidak membenarkan wang kerajaan negeri diguna untuk membiayai penyelenggaraan kereta persendirian," katanya.

Nazree bagaimanapun tidak menjelaskan bagaimana beliau memperoleh invois dan resit pembayaran itu di samping enggan mendedahkan pusat servis yang menyelenggara kereta peribadi Menteri Besar itu.

"Kita mahu SPRM menjalankan siasatan rapi kerana wang kerajaan negeri sepatutnya diguna untuk rakyat dan negeri bukan kepentingan peribadi," ujarnya.

Sementara itu di Alor Star pula seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Kedah didakwa terbabit dalam salah laku moral dengan “membela” perempuan simpanan sehingga melahirkan anak.

Seorang penduduk yang mewakili Persatuan Kaum India Taman Ria, Sungai Petani, Mahbul Ilahi Hashim mendakwa Exco terbabit juga dipercayai sering membawa perempuan simpanannya menghadiri majlis rasmi kerajaan selain mengabaikan isterinya.

Beliau berkata salah laku moral Exco itu mendapat perhatian kira-kira 500 penduduk yang turut membantah dengan menurunkan tandatangan pada satu memorandum yang diserahkan kepada Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

"Kami kecewa dengan perbuatan Exco terbabit dan lebih mengejutkan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak juga pernah dimaklumkan mengenai salah laku moral pemimpin berkenaan", katanya ketika ditemui di perkarangan Istana Anak Bukit, di sini, semalam.

Ulasan:

Saudara S.A Najmuddin,

Apakah benar Menteri Besar Selangor ambil rasuah.........banyaknya RM7 Billion(aku tambah sebab sikit) ini kalah pemimpin UMNO. Ini tidak harus dibiarkan. Banyak sangat...... Orang UMNO yang besaq2 tu ambil komisyen hanya RM500 juta je....itu pun sebab beli kapal selam.

Exco Kedah bela pepuan mana boleh, dalam UMNO bawak lari anak raja tak pa sebab depa kawin. Beli bini orang pun tak pa depa kawin jugak . Pasal raba punggung minah mana tu....dia suka tak pa.........

UMNO ni kuman diseberang lautan nampak, gajah depan mata buat-buat tak tau

Jangan marah sindir sedikit.........Dulu Kini Selamanya tak mau berubah ke.....kah..kah...kah

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template