Wednesday, February 4, 2009

Politik badminton

ITULAH politik penuh dengan serba mungkin. Kerana demikian seninya orang politik menyebabkan sukar untuk kita percaya dan berpegang kepada kata-katanya. Orang politik boleh berkata dengan seribu bahasa yang mempunyai sejuta makna.

Hipokrit! Saya mengalami sendiri keadaan ini. Berjanji dengan orang politik bukan untuk ditunaikan tetapi untuk melihat kemungkarannya dan bagaimana mereka berdolak dalih melemparkan buah ke kaki kita.

Apa yang berlaku di Perak menjelaskan itulah realiti politik. Tidak kira siapa tidak kita parti mana Cina, India atau Melayu. Melayu pula tidak kira Melayu mana, Jawa, Banjau, Pandang, Minang, atau Kelantan dan Terengganu. Asal bernama politik itulah dia.

Tengah hari tadi saya sudah postingkan bahawa DUN Perak bukan senang untuk dibubarkan. Sumber saya memberi tahu bahawa Umno sudah mengadakan perbincangan dengan istana memikirkan keperluan-keperluan yang boleh berlaku dan perlu dilakukan. Sumber itu cukup menyakinkan kerana intergritinya.

Jadi apabila Nizar Jamaluddin telah mengumumkan DUN Perak dibubar lewat petang ini tanpa mendapat perkenan dahulu daripada Sultan Perak ia menambah sulitkan lagi keadaan untuk Pakatan Rakyat. Semisalnya kalau Sutlan tidak bersetuju tetapi diumumkan juga Dewan bubar itu membelakangkan Sultan. Raja ni pun satu hal dia ada bahasa dan lagunya sendiri.

Apakah pengakhiran dan nokhtah untuk kerajaan Pakatan Rakyat sudah tamat menjelang petang ini? Najib Razak dikatakan akan mengadakan sidang akhbar khas di pejabatnya mengenai perkembangan terbaru di Perak itu.

Dari laporan beliau akan mengumumkan kemasukan empat orang Adun menyertai Umno Barisan Nasional. Adun itu ialah Nasarudin Hisham, bekas Umno dan juga bekas PKR, Jamaluddin Mohd Radzi, Mohd Othman Jailu bekas PKR dan dan Hee Yi Fong daripada DAP.

Dengan kemasukan ini bermakna BN mempunyai 30 ahli Dewan Undangan Negeri melebih satu kerusi Pakatan Rakyat yang kini tinggal 29 kerusi.

Memerhati politik tempoyak di Perak ini tak ubah seperti menonton permainan badminton rubber game antara Misbun Sidek dengan Lee Swee King daripada Indonesia pada tahun 1982 dulu dalam merebut piala Thomas.

Satu masa Misbun memegang servis dengan mata terakhir 14 - 13 untuk memenangi game berkenaan dan seterusnya merangkul piala Thomas. Tetapi tiba-tiba bulu tangkis berubah ke tangan Lee Swee King semula dengan kedudukan 16 - 14. Kemudian bulu tangkis bertukar sekali lagi ke tangan Misbun Sidek dengan bola 16 - 16 sebelum dirampas oleh Lee Swee King dengan kedudukan 16- 16 kemudian menang dengan 17 - 16 ke atas Misbun.

Bukan main cemas sampai berpeluh dahi kita menyaksikan game berkenaan. Penuh dengan doa, penuh dengan semangat dan emosi untuk melihat bagaimana salah seorangnya menang. Disaat kita merasakan Misbun memang, tiba-tiba berubah kepada Lee Swee King, dan disaat Lee Swee nak menang ia berubah pula kepada Misbun.

Nah begitulah apa yang berlaku di Perak ketika ini, ia satu permainan (game) yang cukup mencemaskan dan memerlukan daya tahan mental dan fizikal (stamina gahiab) untuk memenanginya. Apapun sama-samalah kita tunggu dengan mempercayai almiha alam itu yang bermula pasti akan berakhir.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template