Friday, February 6, 2009

PAKATAN RAKYAT SUDAH BERADA DI PUTRAJAYA…’

Oleh:(Mohd Ezli Mashut:
Ketua Penerangan AMK ,
Bahagian Kuala Selangor)


AGENDA SEMANGAT 16hb SEPTEMBER ATAU 916 BERTERUSAN …

Jika yang mengandaikan bahawa agenda 16hb September atau 916 sudah berlalu dan merupakan angan-angan mat jenin semata-mata. Kini 16hb Februari atau 216 bakal menjelmakan satu lagi harapan dan hasrat baru majoriti rakyat Malaysia ke arah perubahan pemerintahan Kerajaan Malaysia.

Setelah Barisan Nasional menyerang bertali arus ke arah Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan khususnya kepimpinan Dato ‘ Menteri Besar Selangor dalam isu kereta Toyota Camry dan lembu. Serangan kini ditumpukan pula kepada kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan dalam isu lompat-melompat parti.

Malahan episod siasah negeri Perak Darul Ridzuan selepas ini akan lebih menarik dan mengujakan. Debaran setiap saat perkembangan terkini bakal menyusul dari hari ke sehari. Apa yang pasti ketika kamera, media massa dan berita difokuskan ke arah negeri Perak Darul Ridzuan. Ada perkembangan dijangkakan yang diluar jangkaan semua pihak bakal berlaku di Parlimen Malaysia pada sidang kali ini.

SIDANG PARLIMEN TERAKHIR UNTUK SIAPA ?..DATO’ SERI ABDULLAH BADAWI , DATO SERI NAJIB TUN RAZAK ATAU BARISAN NASIONAL…

Sidang Parlimen pada kali ini amat menarik dan sensasi. Apakah sidang kali ini sidang terakhir Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Perdana Menteri Malaysia?..Ketika janji peralihan kuasa Perdana Menteri antara Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak dimuktamadkan pada Mac 2009. Apakah janji ini sekadar janji-janji kosong untuk mengurangkan tekanan hebat terhadap kepimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sebenarnya keretakan hubungan politik antara Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak semakin melebar daripada sehari ke sehari. Walaupun umum dipentas media digambarkan dengan hubungan erat dan akrab tetapi semuanya adalah sandiwara politik semata-mata.

Keretakan ini boleh dilihat dengan pelbagai isu yang melanda negara mutakhir ini yang melibatkan kepentingan kroni masing-masing. Isu percanggahan pendapat lapangan terbang tambang murah (LCCT) di Labu, penswastaan Institut Jantung Negara, kegagalan pakej rangsangan ekonomi, pertukaran jawatan di kementerian, tindakan agresif pihak SPRM dalam politik wang pemilihan UMNO , Suruhanjaya Kehakiman Malaysia dan lain-lain isu lagi merupakan petanda-petanda percanggahan antara dua pemimpin negara yang jelas dapat dilihat.


RAMALAN EKONOMI MALAYSIA 2009 KIAN PARAH DAN SURAM…

Ekonomi Malaysia akan terus parah pada 2009 ini. Ramalan oleh penganalisis ekonomi dan badan-badan antarabangsa dan negara menjangkakan ekonomi negara akan terus merudum. Ianya disebabkan ekonomi kuasa besar dunia yang terus merudum dan kegawatan ekonomi di seluruh dunia yang tidak menentu.

Terbaru akibat krisis ekonomi ini dijangkakan untuk tahun 2009 hampir 200,000 orang pekerja di Malaysia yang bekerja di pelbagai sektor bakal menghadapi pemberhentian kerja. Malahan isu pengangguran terus meningkat jika para graduan dan pelajar lepasan peperiksaan bakal keluar memasuki sektor pekerjaan. Ini belum ditambah dengan isu pengangguran hampir 80,000 orang graduan yang belum selesai sepenuhnya. Info-info ini terus mencemaskan ekonomi negara untuk tahun 2009 ini.

Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh Menteri Kewangan di Parlimen masih tidak menampakkan impak positif kepada iklim ekonomi Malaysia. Malahan kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Pengilang-Pengilang Malaysia terbaru yang menuntut penyaluran dana disegerakan dalam pakej tersebut menampakkan kelemahan sistem penyampaian pakej rangsangan tersebut. Apakah dana tersebut sudah dilabur dan dilebur di pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ?...Wallahu Aklam.

Kita melihat bahawa polisi dan dasar yang dikemukakan oleh Kerajaan Barisan Nasional dalam soal ekonomi seolah-olah menunjukkan ekonomi Malaysia masih bebas daripada jangkitan kegawatan ekonomi. Kerajaan dilihat terus mengeluarkan kenyataan-kenyataan positif dan dalam keadaan selesa tetapi hakikat sebenar ekonomi Malaysia amat berbeza.

Kejatuhan harga komoditi negara seperti harga getah, kelapa sawit dan petroleum memberi kesan kepada belanjawan penambahan defisit bajet 2009 tetapi tiada tindakan baru untuk membetulkan bajet 2009 yang dibentangkan lepas kerana situasi ekonomi sudah jauh berbeza daripada segi data dan fakta.

Kerajaan di jiran-jiran kita seperti di Singapura dan Thailand sudah mengeluarkan kenyataan agar bersedia berhadapan krisis ekonomi dunia yang paling teruk dan hebat setakat ini. Malahan mereka telah mengambil beberapa pendekatan pre-emptive dan proaktif bagi berhadapan situasi getir ini.

Ia berbeza dengan gaya polisi dan dasar kerajaan kini, pakej rangsangan ekonomi RM7 Billion hanya gah pada jumlahnya tetapi impaknya masih dipertikaikan. Malahan info terbaru pakej rangsangan ekonomi kedua pula bakal diumumkan. Kita di sini mempertikaikan sistem penyampaian pakej RM berbilllion-billion ini apakah ianya sampai kepada golongan sasaran untuk memberi suntikan positif kepada ekonomi negara.

Kita ingin menegaskan supaya kerajaan selepas ini menumpukan pemulihan ekonomi dengan lebih inovatif dan agresif. Gejala rasuah dan budaya berbelanja secara tidak berhemah dan bermewah-mewahan perlu dikekang. Selagi budaya ini tidak ditangani dengan baik di semua peringkat, usaha pemulihan ekonomi akan terus menemui jalan buntu.

PAKATAN RAKYAT PERLU MELANGKAH KE PUTRAJAYA SEKARANG...

Situasi perkembangan siasah dan ekonomi Malaysia yang meruncing memerlukan tindakan proaktif daripada pihak Pakatan Rakyat. Sidang Parlimen bermula 16hb Februari 2009 ini merupakan detik terbaik untuk Pakatan Rakyat bersama Ahli Parlimen lain yang akan bersama-sama dengan agenda perubahan untuk menubuhkan kerajaan baru di Malaysia.

Setelah cita-cita agenda 16hb September direncat sebentar oleh pelbagai tekanan,ancaman, dan ugutan.Kesempatan waktu pada kali ini adalah kesempatan yang paling sesuai ke arah penubuhan kerajaan baru Malaysia. Ahli-ahli Parlimen daripada pihak Barisan Nasional sebelum ini yang telah menghantar ‘signal-signal’ untuk bersama dengan agenda perubahan Malaysia perlu menyatakan pendirian mereka pada kali ini.

Kenyakinan pada kali ini semakin kukuh dengan harapan baru rakyat di Kuala Terengganu yang telah menghantar wakil rakyat barunya daripada Pakatan Rakyat. Ianya juga menggambarkan tsunami politik semakin kencang untuk perubahan total siasah di Malaysia. Diberitakan juga kerajaan negeri di Negeri Sembilan di bawah Barisan Nasional semakin menuju jalan suram dengan juga bakal menukar tampok pemerintahan.Di jangka juga teori domino ini akan terus menjalar di Sarawak dan seterusnya Sabah yang dijangka mengadakan pilihanraya DUN pada waktu terdekat ini.

Negeri Melaka,Perlis, Pahang dan Terengganu yang dilihat tidak berkocak politiknya ketika ini. Mungkin akan berlaku kejutan yang tidak disangka-sangka. Jika pemerintahan pusat sudah dikuasai oleh Pakatan Rakyat maka negeri-negeri ini juga akan mengorak langkah yang sama untuk bersama-sama dengan kerajaan pusat membentuk kerajaan baru.

Justeru saat kesempatan sebelum kuasa Perdana Menteri berubah kepada Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak yang akan meneruskan legasi ala-Mahathir yang lebih diktator bermula. Tindakan pantas perlu digerakkan. Pakatan Rakyat tidak perlu leka dengan kemenangan sebelum ini sebaliknya menggandakan usaha untuk ‘Selamatkan Malaysia’.

Ada yang menjangkakan dengan naiknya Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri ke-6, negara perlu bersedia untuk satu pilihanraya baru di Malaysia seawal akhir tahun 2009 atau awal tahun 2010.Ianya pasti untuk mendapatkan mandat baru daripada rakyat Malaysia untuk PRU-13 ini. Menunggu waktu lebih panjang untuk pilihanraya baru membuka ruang dan peluang untuk sebenarnya menamatkan riwayat Barisan Nasional. Justeru apabila Perdana Menteri bertukar bersedia kita semua untuk Pilihanraya Umum ke-13 yang akan lebih kotor dan jijik.

Jika Mac 2009, Dato Seri Mohd Najib Tun Razak mengangkat sumpah menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6. Detik tersebut akan dihitung menjadi bermulanya sekali lagi detik hitam masa hadapan politik di Malaysia. Dalam sejarah PM-in-waiting belum pernah bakal Perdana Menteri tersebut disabitkan dan dipalit dengan pelbagai skandal. Masa hadapan pemimpin yang tidak sehaluannya akan menerima nasibnya sepertimana era Tun Dr Mahathir ketika dahulu. Malahan tindakannya mungkin lebih kejam dan zalim dalam sejarah Perdana Menteri Malaysia yang pernah memerintah.

Nasib ahli politik yang tidak sehaluan dengannya samada di Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional mungkin akan menerima nasib seperti penculikan politik, pembunuhan karektor,hilang dalam pandangan umum, diugut , diancam dan pelbagai lagi tindakan yang tidak boleh diterima oleh rakyat Malaysia. Belum pun Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri kredibiliti dan wibawanya terus dipertikaikan oleh banyak pihak dengan pelbagai isu dan agenda glokalnya.

Kita menjangkakan parti-parti dalam BN akan terus-menerus dibuli dan diperbudak-budakkan. Nasib pembangunan Negeri Sarawak dan Sabah akan terus dilupakan. Nasib sistem keadilan di Malaysia juga bakal menerima nasib yang sama seperti berkecainya wanita Mongolia dengan letupan bom C4. Harapan untuk melihat Malaysia bangkit menjadi jaguh ekonomi akan sekadar menjadi harapan palsu dan fatamorgana.

PRU-13 kelak akan dipergunakan semahu-mahunya oleh Sang Penguasa baru akan jentera kerajaan Malaysia untuk memenangi kembali kerusi yang kalah kepada Pakatan Rakyat. Untuk rekod pihak pembangkang agak sukar untuk memenangi pilihanraya dalam suasana kepimpinan negara yang baru memerintah. Tetapi dalam kes ini situasi PRU-13 kelak ini mungkin akan ada perubahan jika pilihanraya umum diadakan secara adil,telus dan bersih. Tetapi sejauh mana Suruhanjaya Pilihanraya mampu bertindak bebas dan tanpa pengaruh.

SIAPA BAKAL TIMBALAN PERDANA MENTERI MALAYSIA YANG BARU PULA ?...

Daripada analisa terhadap kemampuan bakal Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang ditawarkan oleh UMNO pada pemilihan yang akan datang merupakan harapan palsu untuk rakyat Malaysia. Ketiga-tiga calon tersebut merupakan calon-calon yang lemah untuk memimpin negara. Persoalan agenda besar yang mampu dipugar dan dibawa oleh calon-calon ini untuk membawa Malaysia bangkit semula tidak menyakinkan rakyat Malaysia dan antarabangsa. Malahan kepimpinan calon-calon ini dipertikaikan untuk membawa gagasan dan harapan baru untuk Malaysia apatah lagi untuk dunia.

Berbeza jika Timbalan Perdana Menteri itu apabila Pakatan Rakyat memerintah. Pastinya bakal Timbalan Perdana Menterinya dikalangan yang berwibawa, berkemampuan dan mampu mengangkat martabat kembali negara yang sudah merudum dalam pelbagai aspek. Faktor terkuatnya yang menyokong ialah gagasan Pakatan Rakyat itu sendiri yang setiap waktu untuk membina dan memberikan yang terbaik untuk rakyat dan melaksanakan keadilan sejagat tanpa mengira agama dan bangsa.

Faktor ini yang dilihat bahawa Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk memimpin harapan baru untuk mengembalikan Malaysia kembali dihormati di peringkat antarabangsa. Kita sudah melihat kekaguman Perdana Menteri Turki Raceb Tayyib Erdogan di Forum Ekonomi Dunia di Davos yang menempelak ketua pengganas Zionist Israel yang menjadi wira dunia Islam dalam menyatakan yang hak dan batil. Ini ciri-ciri pemimpin yang didambakan oleh generasi baru Malaysia yang bisa mengangkat martabat ummah dikemuncaknya.

Kesimpulan :

Untuk memastikan sistem siasah di negeri-negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat dan lain-lain menerima cahaya keadilan. Pakatan Rakyat dan ahli parlimen yang cintakan kehidupan keadilan perlu mengambil detik terbaik ini untuk perubahan total siasah di Malaysia. Kita tidak boleh menunggu masa lebih lama lagi kerana semakin kita memberi masa kepada Barisan Nasional membuat perubahan semakin banyak kerosakkan yang dilakukan terhadap sistem ekonomi, siasah, keadilan, sosial dan pentadbiran.

Oleh itu Sidang Parlimen pada kali ini detik terbaik untuk menukar kerajaan yang telah gagal. Rakyat Malaysia seluruhnya sudah bersedia untuk menerima kepimpinan yang baru yang bakal membawa harapan dan terus memimpin harapan baru untuk Malaysia. Semoga langkah ini adalah langkah permulaan sebelum kita melangkah membawa Malaysia menjadi negara dan rakyat yang hebat dan berjiwa besar. Sesungguhnya harapan besar ummah terletak kepada tindakan bijak yang kita lakukan sekarang.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template