Friday, February 13, 2009

Bangkai menunjuk perasaan pun saya sokong!

Sumber: PenarikBeca
Abd Rahim Kassim kawan saya. Dia antara penAdd Imageeraju utama Harakah ketika ia mula diasaskan sebagai akhbar tabloid. Sebelum itu Harakah diterbitkan dalam saiz A4. Ketika itu, Cik Gu Ishak Surin menyuruh kami memanggilnya Rahim Purnomo. Cik Gu Ishak lebih tahu sebabnya.

Hari ini, Rahim Purnomo berniaga. Bila berniaga, banyak jumpa kaki berniaga. Kadang-kadang dia berjumpa dengan kaki niaga yang selalu berkeliaran di koridor kuasa.

Semalam, Rahim tulis posting bertajuk "Najib tak ada 'chance' jadi PM". Menurut beliau, khabar-khabar yang berlegar menyatakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan terus menjadi Perdana Menteri selepas Mac 2009. Apa yang Rahim tulis itu segera mengingatkan saya kepada posting Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk "Mac 2009".

Menurut Dr Mahathir, "Berita angin sudah berkembang bahawa walaupun Najib akan jadi Presiden Umno, tidak semestinya dia akan jadi Perdana Menteri. Berita yang didengar ialah Abdullah masih berminat meneruskan jawatan Perdana Menteri".

Sebagai ahlul-pembangkang, kita sering menuntut perlaksanaan demokrasi di dalam negara ini. Menurut hukum demokrasi, oleh kerana Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi Presiden Umno yang merupakan parti peneraju Barisan Nasional (BN) yang kini memerintah, beliaulah yang sepatutnya menjadi Perdana Menteri.

Kalau kita bercakap mahukan demokrasi, kita sepatutnya mahu melihat demokrasi terlaksana walaupun dalam mana-mana puak politik di dalam negara ini. Membiarkan atau mempersetujui demokrasi dipijak semata-mata kerana kita tak suka Najib dengan sendirinya memperlihatkan sifat lidah bercabang kita. Pembohong masuk dalam kategori munafiq.

Saya tidak suka Najib. WaLlahi! Tetapi perasaan saya itu bukanlah lesen untuk saya merelai demokrasi menjadi taik di dalam pentadbiran negara. Hukum demokrasi menetapkan Abdullah mesti berundur. Beliau mesti memberi laluan kepada Najib.

Kalau kita yang menjadi ahlul-pembangkang ikhlas memperjuangkan demokrasi yang tidak cacat dan terencat serta tidak bantut, kita tidak boleh merelai Abdullah terus menjadi Perdana Menteri walaupun beliau bukan lagi Presiden Umno.

Kita tidak boleh merasa suka melihat orang lain ditimpa apa yang kita tidak suka berlaku kepada kita. Itu ajaran Islam yang jelas.

Soal Najib adalah peribadi yang meragukan disebabkan kenyataan Burmaa Oyunchimeg yang memberikan keterangan di mahkamah bahawa Najib pernah bergambar dengan broker senjata antarangbangsa yang dibunuh kejam, Altantuya Shaariibuu walaupun Najib bersumpah bahawa beliau tidak kenal Altantuya, itu kerja mahkamah.

Soal polis yang dituduh tidak ada kejantanan kerana tidak berani menyoal Najib mengenai perkara itu, itu juga kerja mahkamah (I put it to you that the reason you did not question Najib in this case is because the police knew for a fact that he was involved in the murder and had no guts to reveal this in their probe, kata peguam dalam mahkamah).

Najib tidak bersalah selagi beliau tidak dibuktikan bersalah. Soal kita tidak melihat Najib bersih, itu soal lain. Selagi dia tidak bersalah dan selagi kita ikhlas mahukan demokrasi yang tidak bantut terlaksana dalam negara kita, kita tidak boleh bersetuju Abdullah terus menjadi Perdana Menteri selepas Najib secara rasminya menjadi Presiden Umno. Amalan selama ini menetapkan Presiden Umnolah yang menjadi Perdana Menteri.

Jika Abdullah terus menjadi Perdana Menteri dengan meminggirkan Najib dalam keadaan suami Datin Seri Rosmah Mansor (sic!) itu tidak dibuktikan bersalah, saya akan menyokong demonstrasi siapa sahaja yang menuntut Abdullah berundur untuk memberi laluan kepada Najib - tidak kiralah demonstrasi Pemuda Umno, pemuda kuli Cina yang menjadi jaga kelab malam tetapi bercakap fasal ketuanan Melayu atau mana-mana bangkai munafiq sekalipun!

Nak lawan pun biarlah ikut peraturan. Jangan gila tak tentu hala.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template