Wednesday, February 4, 2009

"Pakatan Rakyat masih berkuasa" - Nizar

Kalau betullah apa yang dikatakan oleh MB Perak Dato' Sri Nizar, nampaknya TPM sekarang bagitu terdesak sekali telah mengumumkan BN telah mengambil alih negeri Perak melalui Berita TV3 jam 8.00 malam. Apakah Najib ingat dia boleh buat apa yang dia suka. Berertika kah orang seperti ini. Layak kah beliau untuk memimpin Negara ini.......semuanya ditanggan saudara-saudara.

Berikut ini kenyataan Dato' Sri Nizar berkaitan dengan perkara ini:

Oleh Mohd Khalil Abdullah & Azamin Amin

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Hrkh) -Kerajaan Pakatan Rakyat masih berkuasa. Tidak berlaku apa-apa. Semua seperti biasa.

Demikian ungkapan pertama Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebentar tadi bagi menjelaskan isu yang sedang melanda negeri itu ketika ini.

"Kerajaan masih sah dan keputusan masih di tangan tuanku.

"Tuanku bertitah Allah bersama orang-orang yang sabar,keputusan tuanku masih belum buat,"jelasnya kepada Harakahdaily sebentar tadi.

Menurutnya lagi, ketika ini urusan kerajaan akan berjalan seperti biasa.

"Segala aktiviti kerajaan negeri seperti biasa. Saya akan hadiri aktiviti Majlis Jubli Perak Tuanku,"katanya lagi.

Tambahnya, beliau sebelum ini telah menghadap ke bawah tuanku untuk menjelaskan situasi politik semasa dan terkini kerajaan negeri.

"Kini terpulang kepada tuanku untuk membubarkan dewan. Pembubaran jika berlaku adalah perlu untuk memastikan satu pilihan raya seluruh negeri Perak dapat diadakan agar rakyat dapat memilih pemimpin yang benar-benar bersih,"jelasnya lagi.

Katanya, ketika ini keputusan adalah di tangan tuanku sultan dan baginda sedang memperhalusi isu yang berlaku dari sudut undang-undang.

"Rakyat diminta bertenang,tiada apa-apa huru-hara yang berlaku.Semua seperti biasa.

"Apa-apa pun tunggu keputusan Sultan dan keputusan tuanku adalah merupakan keputusan yang adil,"tambahnya.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak, Nizar berkata,"Najib seolah-olah cuba merampas kerajaan secara tidak beretika."

Beliau juga berkata, isu Dato Nasharudin masuk Umno tidak timbul. Ini disebabkan, dakwaan Najib bahawa Nasharuddin menyokong BN boleh dipertikaikan kerana wujudnya unsur paksaan.
"Kaum keluarga sendiri buat laporan bahawa dia telah hilang. Dia dibawa dua orang yang dakwa Raja Muda ingin berjumpa tetapi pertemuan itu tidak berlaku.

"Saya cuba hubungi begitu juga dengan kaum keluarganya dan semua tidak berjaya,"jelasnya.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template