Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo didakwa mengamalkan sikap "cakap tidak serupa bikin" apabila mendesak Elizabeth Wong melepaskan jawatan exco kerajaan Selangor dan wakil rakyat susulan terbongkarnya foto separuh bogelnya.Bekas menteri besar itu tidak mengambil sikap sedemikian apabila dimaklumkan tentang dakwaan skandal Senator Datin Paduka Norhayati Onn beberapa tahun lalu, kata suami pemimpin Wanita Umno itu, Mohd Suffian Abdul Aziz.
"Wajarkah Datuk Seri Khir meminta YB Elizabeth meletakkan jawatan sedangkan semasa beliau menjadi menteri besar, kenapa beliau abaikan kes Norhayati?
"Saya sendiri pernah berjumpa Datuk Seri Khir di pejabat menteri besar, mengadu masalah (dakwaan) hubungan sulit isteri saya dengan (bekas) ahli parlimen Gombak," kata Mohd Suffian.
baca seterusnya disini


0 comments:
Post a Comment