Sunday, February 1, 2009

Kes A Kugan bukan sentimen perkauman


Saya suka memberi sedikit pandangan berhubung dengan kematian tahanan dalam jagaan Polis. Disebabkan saudara A Kugan disyaki terlibat..........tetapi hak-hak sesaorang disisi undang-undang mesti dihormati sehingga beliau di buktikan bersalah. Sebagai warganegara walaupun apa jenis orang sekalipun mesti dihormati. Kematian atau kecederaan teruk orang yang disyaki oleh Polis dalam tahanan Polis ini sesuatu tindakan yang zalim dan patut dielakkan atau diharamkan terus.

Saya bukan nak bela sesiapa tetapi undang-undang yang kita junjung telah memberi hak kepada semua warganegara tak kira hitam,puteh choklat atau sebagainya. Saya tengok di TV3 umpamanya, Menteri dalam negeri semasa mengadakan sidang akhbar tentang perkara ini bagitu emosinal sekali seolah-olah kematian A Kugan ini biasa. Ini tak betul pada pandangan saya. Sepatutnya sebagai Menteri beliau sepatutnya menghadapi suasan bagini dengan hati terbuka dan memastikan perkara seperti ini jangan dibenarkan berlaku walau apa pun alasan.

Kita bantah Iserail membunuh orang-orang Palestine dan menuduh pihak Yahudi (Zionist) tidak bertemaddun, saya nak tanya penderaan dan kematian tahanan dibawah jagaan Polis ini apa?? Akhir kata dari saya "Masa Hidup Teringgin Naik Kereta Mewah, Setelah mati baru Dapat" ................Makkal Sakti

Disini saya petik Artikel dari Tranungkite untuk kita fikirkan bersama:

Oleh hayati

"Assalamualaikum,

Melihat tajuk di atas tentu pembaca dapat meneka apa yang akan saya perkatakan dalam artikel saya kali ini. Beberapa hari sebelum rakyat Malaysia menyambut Tahun Baru Cina yang bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina, malah oleh semua bangsa di Malaysia, kita dikejutkan dengan berita tentang kematian seorang lelaki India, A Kugan yang didakwa terlibat dalam kes curi kereta mewah oleh PDRM.

Bukanlah niat saya untuk menafikan peranan PDRM dalam menangani masalah jenayah yang berleluasa di negara ini malah kita tabik hormat atas usaha mereka itu. Apa yang kita persoalkan mengapa sering berlaku kematian terhadap tahanan yang dalam soal siasat. Itulah akan saya perkatakan dalam artikel ini.

Marilah kita melihat kes ini dalam sudut pemikiran yang rasional dan bukan bersifat sentimen perkauman. Memang A Kugan seorang India dan kes jenayah di kalangan masyarakat India begitu tinggi masakini. Satu Malaysia gamat dan kecoh dengan NGO, parti politik terutama pembangkang bangun untuk menyuarakan rasa tidak puas hati, ketidakadilan dan keraguan yang timbul dalam kes kematiannya. Beliau dilaporkan mati akibat cecair dalam paru-paru sepertimana yang disiarkan dalam dada akhbar tempatan. Tetapi keluarganya terkejut melihat keadaan mayatnya yang ada kesan lebam dan calar-calar. Saya sendiri dapat melihat gambar mayatnya yang tersiar dalam akhbar (bukan media perdana) dan saya seolah tak percaya yang insiden begini boleh berlaku di Malaysia.

Apa yang ingin saya perkatakan di sini adalah, apakah harapan kita sebagai rakyat Malaysia yang kita boleh jamin akan selamat apabila secara tak sengaja kita berada dalam tahanan PDRM. Kalau dulu dalam tahun 1998 seorang bekas Timbalan Perdana Menteri boleh diperlakukan begitu kejam sekali, dan kali ini seorang yang didakwa (belum disabitkan) penjenayah pun menerima nasib yang sama, bagaimanakah agaknya nasib anak-anak kita yang Melayu, Cina, Kadazan, Iban, Benggali dan tah apa bangsa lagi, menjadi tahanan untuk soal siasat boleh selamat untuk meneruskan perbicaraan di Mahkamah. Marilah sama-sama kita fikirkan dan mengambil insiden ini sebagai kayu pengukur yang kita memang tidak boleh menyandarkan harapan yang begitu tinggi kepada PDRM dalam menegakkan keadilan di negara ini. Bukanlah maksud saya menuduh seluruh anggota dalam PDRM, tapi mungkin sebahagian dari mereka yang sanggup mengambil tindakan yang di luar batasan peri kemanusiaan. Kita sebagai rakyat selalu dinasihatkan dan diperingatkan agar mengikut saluran undang-undang dan jangan melampaui batas-batas yang telah ditetapkan dalam perlembagaan negara ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Mungkin kali ini ia berlaku kepada seorang berbangsa India, selepas ini kita tak tahu siapa pula yang akan menerima nasib seperti A Kugan. Mungkin orang lain akan berfikir, biarlah penjenayah mati, lebih-lebih lagi orang India, kurang berlaku jenayah lagi yang melibatkan bangsa ini. Itu mungkin datang dari pemikiran mereka yang sempit untuk menilai yang insiden ini telah meragut nyawa seseorang (tak kira apa bangsa) sebelum dakwaan ke atas kesnya dibicarakan di Mahkamah. Itu yang sebenarnya yang ingin kita bincang, selidiki dan amati sedalam-dalamnya.

Yang benar-benar mengherankan saya adalah apabila timbul kes yang melibatkan rakyat biasa, cepat dan pantas pula PDRM menyelesaikannya sampai tercabut nyawa tertuduh. Tapi apabila tiba pada kes berprofil tinggi dan melibatkan seseorang yang tertinggi dalam negara, macam-macam helah dan tipu muslihat untuk menidakkan kehadirannya di Mahkamah. Walaupun ada bukti yang boleh mengheretnya untuk disoal di mahkamah, ini tidak mungkin dan memang tidak akan berlaku dalam negara yang mengamalkan undang-undang rimba ini.

Oleh yang demikian, kesimpulannya di sini, janganlah kita terlalu prejudis terhadap sesuatu bangsa itu. Memang tidak dinafikan kes jenayah di kalangan masyarakat India begitu tinggi di negara ini, tapi bila ia berlaku dalam keadaan yang meragukan dan menimbulkan persoalan terhadap kematiannya, marilah kita menolak sebentar sentimen perkauman kita dan selamilah kesedihan dan ratapan keluarganya yang menerima mayat anak dalam keadaan yang lebam, calar-calar serta menjadi deraan anggota keselamatan yang kita harap dapat melindungi kita yang hidup di bumi yang aman dan damai ini (betul ke begitu). Kalau insiden ini berlaku dalam kalangan keluarga kita, anak, adik, anak saudara, cucu, cicit dan sebagainya, adakah kita akan terima dengan penuh redha tanpa mempersoalkan sebarang keraguan yang timbul. Aa..lu fikirlah sendiri (meminjam kata-kata Nabil Raja Lawak). Salam buat kali ini.

http://hayatireform.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template