Saturday, February 21, 2009

Perrrghh! Lagi satu bukit!!

Oleh: MSK

Belum sempat masalah dua bukit…Bukit Gantang dan Bukit Selambau selesai, tiba-tiba datang lagi satu Bukit…Bukit Lenjan buat hal.

Ada orang kata, ini bala yang datang…tapi bagi aku…ini satu ujian. Masa ni la nak tau, sapa kawan..sapa lawan. Sapa yang pandai cakap, sapa yang pandai buat.

Aku tak mau cakap pasai Umno…sebab tu dah memang lawan aku..dulu, kini dan selamanya. Cuma aku nak cakap tentang member-member dalam Pas dan PKR…sebab sebelum ni aku tak tau mana kawan dan mana lawan. Bila dah jadi macam ni, baru nampak belang.

Hari tu aku pi Bukit Gantang..tengok Muslimat Pas sebar risalah, kononya nak bagi penerangan kat orang kampung. Dan depa sebar risalah yang mengutuk Osman Jailu, siap dengan doa minta dilaknatkan Osman Jailu. dan bila orang kata, Osman Jailu ni orang Pakatan Rakyat…depa tak mau mengaku…YANG NI ORANG PKR. ORANG PAS TAK KAN BUAT MACAM NI.

Ni aku nak bagi tau! Kalau macam ni cara hangpa berkempen, aku pun tak mau tolong hangpa!.

Betui Osman Jailu tak boleh pakai. Betui Osman Jailu tak guna. Tapi hari tu pun aku dah kata…ini bukan masa nak salahkan PAS atau PKR. Ini bukan masa nak cerita PAS lebih baik, PKR tak guna! Ini bukan masa nak cerita ADUN PAS lebih bermoral, ADUN PKR tak dak moral. Kalau aku nak telanjangkan orang Pas pun aku boleh buat.

Hari tu, Idham Lim post satu artikel dalam blog dia, puji Nizar bagai nak rak. Tak pa la…tapi diakhir posting, dia hentam PKR. Pakai akai la sikit. Kalau ADUN pun buat kerja macam tu, yang bawah mesti ikut. Hangpa nak lawan dengan Umno atau nak cari gaduh dengan PKR?

Hari Ahad member-member PKR kat Kuala Kangsar pi sebar risalah penerangan, tiba-tiba kena cekup. Masa nak sebar risalah..ada yang cakap bukan main tinggi lagi…dia la pejuang reformasi. Tapi bila kena serbu, dia cabut dulu. Sorang Ahli majlis PKR dok sebok dengan meeting projek. Sorang lagi hilang tak nampak muka.

Masa mesyuarat, seolah-olah dia la yang hero kat Kuala Kangsar, habis duit ribu-ribu perjuangkan reformasi, tapi bila member kena cekup, dia buat tak tau. Kami yang dari Ipoh boleh turun tengok member yang kena cekup, tapi Ahli Majlis PKR yang pegang jawatan tinggi dalam parti, menyorok kat rumah. Apa salahnya pi tengok member yang kena tahan ni..dah makan ka belum, apa tindakan yang nak diambil…semua buat tak tau! Nak tolong jadi penjamin pun tak mau! tapi bila time nak ambil gambar, dia yang terhegeh-hegeh nak bergambar dengan member-member yang kena cekup. Pirrrah!

Hj. Osman pun serupa. Bila dapat tau member kena cekup, bukan dia nak aturkan peguam ka, nak tolong ka….sebaliknya perlecehkan pulak yang kena cekup. “Tu la…buat kerja kena hati-hati. Kena ada perancangan..blah-bla..”

Tak guna punya Ketua Perhubungan Negeri! Orang macam ni yang Anwar pi lantik jadi ketua pasai apa?

Malam tadi aku pi Manjung tengok ceramah Nizar. Dan selepas ni…Nizar akan turun kesetiap kawasan untuk memberi penerangan. Dan cara Nizar bagi ceramah memang kow! Tu pasai semua orang suka dia.

Tapi aku nak bagi tau kat Ustaz Zul dan Misbah, jangan ambil penceramah ikut suka saja. Pastikan penceramah tau apa yang nak dicakap…bukan membebel tak tentu pasai.

Aku cukup bengang bila ADUN Changkat Jong tu berucap. Masih mempersalahkan ADUN-ADUN yang melompat itu kerana tidak bermoral. dan orang Pas tak buat macam ni kerana mereka bermoral dan sudah ditarbiahkan. Hang nak aku bagi tau sapa ADUN PAS yang disebut oleh Datin Ummi sebagai salah seorang yang akan melompat? Hang nak aku cerita apa yang jadi kat Selangor? Hangpa tau pasai apa Raja Petra tulis kat blog dia macam ni?

In Selangor, Hassan Ali has been promised the post of Menteri Besar if he can convince enough of his people to join him in crossing over. This is of course further to the millions he and his gang are going to receive. So far he has only two from PAS and another two or so from PKR who have agreed to join him. So he will need a couple more to finalise the plan.

Rest assured it is all about power and money. Hassan Ali wanted to be the Menteri Besar of Selangor way back in 1999. The only problem is that in 1999 the opposition did not win Selangor. He still wants to be Menteri Besar. And if crossing over to Barisan Nasional with enough of his supporters to enable Barisan Nasional to form the new Selangor government is what it takes, then that is how he will do it as long as he can become Menteri Besar.

Hari tu aku dah tulis…sekarang bukan masa untuk menuding jari. Tapi kalau pemimpin Pas tak tau macam mana nak jaga anak buah depa, aku akan keluarkan perbualan Jamaludin dengan Mejar XXX.

Ni Bukit Lenjan pulak buat pasal. Belum apa-apa lagi, dah ada pemimpin PAS yang dah kutuk, suruh Eli letak jawatan. Hangpa dah tengok gambaq tu ka belum? Betui ka dia bogel? Betui ka dia tak bermoral?

Aku dah tengok…dan kalau gambar itu yang dihebohkan, yang tak bermoral ialah pemimpin Umno yang mengaku berugama Islam dan pemimpin Pas yang percaya dengan propaganda Umno itu sebagai orang yang paling tidak bermoral.

Aku tak tau kot-kot ada gambar lain, tapi kalau gambar sekeping itu yang dijadikan sandaran, aku rasa Eli tidak bersalah. Dan Eli tak sepatutnya meletak jawatan.

Tetapi kalau dia nak letak jawatan diatas kerelaan beliau sendiri, pun aku setuju kerana dia akan mencipta satu standard yang tinggi untuk ikuti. Kalau gambar yang diambil tanpa disedari, menyebabkan seorang itu dicop sebagai tidak bermoral, aku lebih malu dengan pemimpin Umno yang merogol, berkhalwat,merampas bini orang, malah melarikan anak raja. tapi kita semua diam.

Dan bukan pemimpin Umno saja…pemimpin PKR dan Pas pun kena ingat. Kalau Eli resign, she is setting a very high moral standard which would be very difficult for any politician in Malaysia to conform, be it Pas, PKR or Umno.

I know Elizabeth Wong personally, though she may not know who is matsamankati. And I’ll always stand by her side ‘cos I believe she has done nothing wrong. Dan kalau ada pemimpin Pakatan Rakyat yang berkata dia patut letak jawatan kerana tidak bermoral…aku akan gunakan standard ini untuk menilai hangpa.

Fikir sebelum cakap. Dan kalau pilihanraya kecil diadakan serentak diantara Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Bukit Lanjan….aku akan pergi ke Bukit Lanjan….

Jangan depa tarik aku pi Bukit Aman dah la.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template