Saturday, February 21, 2009

KETUA BPR HARUS DISINGKIRKAN

Memang layak MACC (Malaysian Anti-Corruption Commission atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) diberi nama Agensi Malaysia mengenai Kereta dan Lembu oleh Lim Kit Siang klik disini.

Apa tidaknya, kenyataan yang dibuat Ketua Pesuruhjaya Ahmad Said Hamdan semalam berkaitan kes Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim, lebih kepada mensabotaj dan meletakkan kerajaan dalam keadaan cukup sukar.

Memang benar kata Kit Siang, tidak pernah dalam sejarah BPR (Suruhanjaya) membuat kenyataan mengenai sesuatu kes apatah lagi mengeluarkan kenyataan seperti yang disiarkan dimuka hadapan Utusan Malaysia semalam klik disini.

Setahu kita, Suruhanjaya hanya perlu menyerahkan hasil siasatannya kepada Jabatan Peguam Negara dan jabatan tersebut yang seharusnya menentukan samada ada kes atau tidak terhadap Khalid Ibrahim. Kalau Ahmad Said boleh membuat kenyataan sedemikian, maka agensi lain seperti Polis juga boleh membuat kenyataan bahawa hasil dari siasatan mereka, contohnya kes bunuh, "sianu dicadangkan didakwa kerana terdapat bukti dia telah membunuh mangsa".

Tindakan Ahmad Said mengeluarkan kenyataan semalam samalah seperti perbuatan bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang memukul Anwar Ibrahim dalam tahanan dan musibahnya dibiarkan ditanggung oleh ahli politik, Umno dan Barisan Nasional.

Apakah tujuan Ahmad Said membuat kenyataan sedemikian? Adakah Ahmad Said terlalu gilakan publisiti dan bangga melihat gambar beliau di dada akhbar saban hari?

Apakah negara kita tiada pemimpin sehingga seorang pegawai seperti Ahmad Said membuat kenyataan sesuka hati tanpa mengambil kira implikasi dan risikonya kepada kerajaan?

Seperti kata Kit Siang, tindakan perlu diambil terhadap Ahmad Said.
Ketua Pesuruhjaya itu harus disingkirkan demi nama baik Suruhanjaya.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template