Thursday, February 26, 2009

Derma Lembu Korban, Guna Kereta Peribadi : Sultan Selangor Tiada Halangan

SHAH ALAM, 25 Februari - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj tiada halangan terhadap usaha sedekah lembu korban malah menggalakkan usaha kebajikan seperti itu dipanjangkan ke kawasan Kuala Lumpur termasuk Bandar Tun Razak, kata Dato’ Menteri Besar hari ini.

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata dalam pertemuan dengan baginda di Istana Mestika pagi tadi Sultan Sharafuddin turut menyatakan pendiriannya untuk tidak membantah penggunaan kereta peribadi sebagai kenderaan rasmi Dato’ Menteri Besar jika semua prosedur undang-undang dipatuhi.

Abdul Khalid yang dikaitkan dengan isu sedekah 46 ekor lembu korban dan penyelenggaraan kereta peribadinya menggunakan wang kerajaan negeri juga berkata beliau akan menulis surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) berikutan kenyataan Ketua Pesuruhjayanya berhubung dua dakwaan itu.

Dato’ Seri Ahmad Said Hamdan ketika bercakap kepada media pada 20 Februari lalu dilaporkan berkata terdapat bukti kukuh yang menunjukkan Abdul Khalid menyalahgunakan kuasanya.

“Dalam pada itu, satu proses undang-undang akan dibuat terhadap Pengerusi Gerak (Mohd Nazree Mohd Yunus) atas segala tohmahan salahguna kuasa seperti yang disiarkan dalam media,” katanya.

Menurut beliau, pihaknya akan menulis surat meminta penjelasan Mohd Nazree berhubung tohmahan itu terlebih dahulu sebelum meneruskan tindakan undang-undang sekiranya beliau gagal memberi jawapan.

Sementara itu, Abdul Khalid merakamkan penghargaan kepada Presiden Pas, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang atas sokongan padu terhadap beliau dan kepimpinan negeri berikutan isu salahguna kuasa yang dicanang pihak tidak bertanggungjawab akhir-akhir ini.

Beliau menyifatkan sokongan berkenaan menunjukkan kekuatan ikatan Pakatan Rakyat (PR) cukup padu tetapi sedang dirungkai oleh sekumpulan pihak yang ingin meraih populariti murahan.

Abdul Khalid berkata satu mesyuarat dalaman bagi membincangkan isu itu akan diadakan secara telus dan ilmiah bersama semua kepimpinan. - NOOR ALLIA KASSIM

http://www.selangorkini.com.my

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template