Peguam seorang tertuduh kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menimbulkan sedikit kegemparan apabila memohon Abdul Razak Abdullah Baginda dibicarakan semula.
Kamarul Hisham Kamaruddin yang mewakili koperal Sirul Azhar Umar, dalam hujahnya, meminta agar ketiga-tiga tertuduh asal kes itu - termasuk penganalisis politik itu yang dibebaskan tanpa diminta membela diri - dibicarakan semula.
Seorang lagi tertuduh ialah cif inspektor Azilah Hadri - kedua-dua anggota polis ini daripada Unit Tindakan Khas (UTK).
Jika Sirul Azhar tidak diisytiharkan salah dibicarakan, peguam itu juga memohon anak guamnya digugurkan daripada kes tersebut.
Kamarul Hisham memohon demikian ketika menyampaikan hujah di akhir kes pembelaan di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini.
Kamarul Hisham berhujah bahawa pelanggannya telah dipersalahkan atas jenayah yang dilakukan oleh orang lain.
Menurutnya, pihak pendakwaraya gagal mengemukakan bukti lengkap mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya mahu orang mempercayai bahawa Sirul terbabit dalam pembunuhan wanita Mongolia itu dan membuang semua bukti fizikal kemudiannya.
Kamarul berkata, Sirul tidak mempunyai motif untuk membunuh Altantuya.
Beliau juga berhujah bahawa kes itu patut dibicarakan semula kerana saksi utama, DSP Musa Mohd Safri, yang merupakan pengiring timbalan perdana menteri, tidak dipanggil memberi keterangan dalam perbicaraan tersebut.
Katanya, DSP Musa boleh memberi bukti mengenai kesalahan ketiga-tiga tertuduh.
Sebaliknya, kata beliau, kegagalan untuk membawa saksi tersebut merupakan kegagalan untuk membuktikan kes tersebut tanpa sebarang keraguan.
Kamarul berkata, DSP Musa adalah penting untuk memberi keterangan mengenai apa yang berlaku dalam kes pembunuhan tersebut.
Berikutan itu, katanya, pihak pembela telah dinafikan hak untuk menyoal balas DSP Musa bagi tujuan menunjukkan wujudnya ketiadaan konsisten bukti.
Sementara itu, Datuk Hazman Ahmad, yang mewakili Azilah, berhujah bahawa pelanggannya tiada niat untuk membunuh Altantuya.
Menurutnya, tidak ada saksi atau DNA-nya ditemui di tempat kejadian untuk membuktikan kaitannya dengan pembunuhan tersebut.
Hazman berkata, tiada bukti yang menunjukkan bahawa Azilah diarahkan oleh Razak untuk melakukan pembunuhan tersebut dan Azilah hanyalah seorang pegawai polis yang menawarkan bantuan atas permintaan daripada DSP Musa.
"Dia bukan seorang pembunuh upahan, seorang samseng atau seorang yang terbabit dalam kongsi gelap," katanya.
Menurut Hazman lagi, tiada bukti yang menunjukkan bahawa jika Altantuya dibunuh, Azilah akan mendapat kenaikan pangkat atau menerima bayaran bagi kematian wanita Mongolia itu.
Penghujahan akan bersambung esok.
http://www.malaysiakini.com/

0 comments:
Post a Comment