Sumber: Malaysiakini
Abdul Rahim Sabri | Apr 8, 09 2:53pm
Bekas ADUN Bukit Selambau, V Arumugam, muncul di lapangan terbang Sultan Abdul Halim di Alor Star - sehari selepas PKR berjaya mengekalkan kerusi tersebut dalam pilihanraya kecil semalam.
Ketibaannya disambut oleh Pengerusi PKR Kedah, Ahmad Kassim dan ADUN baru PKR di Bukit Selambau, S Manikumar.
former bukit selambau v arumugam return from india 080409 01Beliau tiba di lapangan terbang tersebut pada jam 3 petang.
Turut menyambutnya ialah peguamnya dan anggota keluarganya.
Arumugam sebelum ini meletakkan jawatan exco kerajaan negeri Kedah serta ADUN Bukit Selambau awal Februari selepas mendakwa keselamatannya terancam.
Sejak itu beliau tidak dapat dikesan sehinggalah muncul semula hari ini.
Tenang fikiran di Chennai
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Arumugam berkata beliau telah pergi di Chennai, India, seorang diri untuk untuk menenangkan fikiran.
Menurutnya, beliau berbuat kerana mahu menjaga keselamatan isteri dan anggota keluarga.
Dan katanya, beliau mengambil keputusan untuk balik sekarang, kerana pilihanraya kecil DUN Bukit Selambau sudah selesai.
former bukit selambau v arumugam return from india 080409 08Dalam pilihanraya kecil itu semalam, calon PKR, S Manikumar berjaya mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 2,403 undi.
Beliau meraih 12,632 undi untuk menewaskan calon BN dari MIC, Datuk S Ganesan, yang mendapat 10,229 undi.
Mengulas mengenai ugutan yang diterima sebelum berlepas ke Chennai, Arumugam berkata:
"Sudah banyak kali buat laporan polis, tindakan tak diambil, sampai bila saya nak tunggu.
Laporan polis
"Pada hal, ada orang nak culik saya. Saya dah bagi tahu pihak polis, dan kawat cam sudah dibuat, ada orang nak mai pecah cermin kereta saya, sampai sekarang, tak ada apa apa hasil. tak kan suspek tak ada kot?.
"Sampai orang ikat surat dengan batu-bata, tak ada apa-apa (tindakan) pun.
"Berapa lama saya nak tunggu. Tunggu orang nak bunuh saya baru nak ambil tindakan?" soalnya.
Ditanya apakah tindakannya jika masih menerima ugutan, Arumugam berkata: "Saya baru sampai, setakat ini tak tahu lah. Kalau ada kita buat laporan polislah...
"Saya balik kawan-kawan boleh tolong. Saya nampak keselamatannya lebih (terjamin)," katanya sambil menambah beliau masih takut lagi.
Ditanya sam ada beliau menyesal melepas jawata exco dan ADUN, Arumugam berkata: "Kena jaga keselamatan isteri dan keluarga saya. Kalau rezeki (dah) tak ada, nak buat macam mana...
"Kerja dah sebelas bulan, dan tuhan dah bagi rezeki macam tu, nak buat macam mana."
Artikel Februari 2022
2 years ago
0 comments:
Post a Comment