Thursday, May 14, 2009

Court Mammoth

Sumber:Ketua Perusuh

Ramai rakyat Malaysia suka membeli belah di Court Mammoth. Mana tidaknya, segala kelengkapan rumah bermula dari ruang tamu, bilik tidur dan seterusnya sehingga ke ruang dapur ada terjual di Court Mammoth. Saya dan isteri juga suka sekali-sekala membasuh mata di Court Mammoth.

Court Mammoth adalah sebuah gedung jualan kelengkapan rumah yang mempunyai banyak rangkaian cawangannya diseluruh Malaysia. Malah boleh dikatakan hampir separuh daripada rakyat Malaysia memiliki produk yang dijual olehnya. Court Mammoth bukanlah sebuah “Mahkamah bersaiz mega” seperti yang dapat dibayangkan jika kita menterjemahkan namanya secara bersendirian.

Tujuan saya menulis komentar kali ini adalah untuk membandingkan persamaan yang ada pada Court Mammoth dengan operasi Mahkamah (Sesyen, Majistret, Tinggi, Rayuan ataupun Persekutuan) di Malaysia. Pada pandangan peribadi saya, adalah tidak wajar bagi mana-mana rakyat Malaysia menggelarkan Mahkamah di Malaysia sebagai “Kanggaroo Court” kerana binatang kanggaru tidak perlu akan sebuah mahkamah untuknya.

Saya lebih suka menyamakan Mahkamah di Malaysia dengan “Court Mammoth” yang pada dasarnya nampak gah (besar dan teguh serta menyakinkan) namun mempunyai cacat cela disana sini. Mana tidaknya, khidmat lepas jualan di Court Mammoth sekian lama tidak mencapai skala yang ditetapkan, malah ada ramai pelanggan yang telah membayar barangan secara tunai, namun lambat mendapat barangan yang dipesan. Ada beberapa kes yang saya dengar dan sampai kepada pengetahuan saya bahawasanya ada kes melibatkan barangan yang dihantar tidak sama seperti barangan yang dilihat didalam ruang jualan (show room).

Inilah juga yang berlaku didalam Mahkamah (court) di Malaysia, terlalu banyak rungutan yang kita dengar selama ini, namun tiada tindakan susulan dari pihak Mahkamah. Ada kes yang mengambil masa berpuluh-puluh tahun tidak dapat diselesaikan (kes orang biasa), namun bagi satu dua kes berkaitan dengan orang VVIP (politik), ianya dapat diselesaikan dalam tempoh yang amat singkat (kurang dari 12 jam).

Anda boleh lihat sendiri apa yang berlaku pada kes yang berkaitan dengan Nizar lwn Zambry yang turun naik dibeberapa mahkamah. Bagi kes permohonan Nizar untuk disahkan sebagai Menteri Besar Perak yang sah, ianya mengambil masa hampir 3 bulan, namun bagi kes rayuan Zambry untuk menangguhkan perlaksaanaan kehakiman ianya mengambil masa kurang 12 jam. Inilah contoh kenapa saya gelarkan Mahkamah di Malaysia sebagai “Court Mammoth”.

Perkara ini boleh berlaku bilamana badan kehakiman tidak lagi bergerak secara “individu” melainkan ianya dikawal dan ditentukan hala tujunya oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui dalangnya Zaki Azmi sebagai Ketua Hakim Negara. Seorang yang rendah akhlak dan peribadi (serta boleh dipersoalkan) telah dilantik menjawat jawatan yang terlalu besar iaitu sebagai Ketua Hakim Negara.

Ketua Hakim Negara Malaysia adalah ahli UMNO dan Peguam Negara Malaysia juga khabarnya adalah ahli UMNO. Bagaimanakah orang yang bias dalam politik menerajui bidang kehakiman yang sepatutnya berada berasingan sepertimana yang diabsahkan melalui teori “pengasingan kuasa”. Selagi mana tiada dilakukan pengasingan kuasa, maka selagi itulah kita boleh lihat Mahkamah di Malaysia dilacurkan pada setiap masa.

Mahkamah Malaysia = Court Mammoth

Ketua Perusuh
Bekas Felo Kanan
Institut Kajian Strategik Dan Antarabangsa – ISIS

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template