Sunday, March 8, 2009

2008: Kelahiran baru nasionalisme

Sumber:Malaysiakini
Mar 8, 09 9:00pm

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyifatkan tsunami politik yang melanda negara setahun lalu sebagai "kelahiran baru nasionalime".

Dalam ucapannya sempena ulangtahun setahun pilihanraya umum pada 8 Mac 2008 di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam, Anwar menggesa pakatan pembangkang supaya mengajak rakyat Malaysia untuk bersama-sama dengan pergerakan tersebut.

anwar ibrahim special briefing 280209Beliau mahu mereka mengajak rakyat supaya bersama-sama dengan 'kelahiran baru nasionalisme' itu bagi membina negara atas prinsip keadilan, kesaksamaan dan peluang untuk semua.

Anwar adalah orang yang bertanggungjawab mencetuskan gerakan reformasi pada 1998 dan 10 tahun kemudiannya - dalam pilihanraya umum 2008 - pembangkang berjaya menafikan Barisan Nasional (BN) penguasaan dua pertiga di Dewan Rakyat.

Malah, Pakatan Rakyat menumbangkan kerajaan BN di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dalam pilihanraya umum tersebut.

"Jika anda mengundi kami pada 2008, maka anda adalah sebahagian daripada sejarah. Ketahuilah, undi anda dalam pilihanraya akan datang, akan menentukan halatuju masa depan negara.

"Jangan lepaskan peluang ini. Saya minta semua rakyat Malaysia yang berkongsi impian ini, supaya bersama-sama dengan gerakan untuk perubahan ini," katanya.

Anwar turut membidas kerajaan BN yang menurutnya, walaupun lebih setengah abad berkuasa dan bercakap tetapi pembaharuan, semuanya berupa "cakap tak serupa bikin".

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template