Friday, March 6, 2009

Majlis Raja-raja diminta tuntut kembalikan kekebalan

Sumber: Malaysiakini
Mar 6, 09 3:32pm

Persatuan Kerabat Diraja Kedah (PKDK) akan meminta Persidangan Majlis Raja-Raja supaya menuntut semula imuniti raja agar pihak tertentu tidak mempersenda Raja-Raja Melayu yang merupakan tonggak dan payung kepada kekuatan orang Melayu.

Yang Dipertuanya Datuk Tengku Zainol Rashid Tengku Yahya berkata desakan itu akan dibuat selepas satu perhimpunan besar-besaran di Kuala Lumpur melibatkan 250 NGO bagi menyatakan taat setia kepada raja-raja Melayu tidak lama lagi, lapor Bernama.

"Kalau imuniti raja-raja dikembalikan, isu persenda Raja-Raja Melayu tak mungkin timbul," katanya kepada pemberita selepas majlis pelepasan peserta Mencari Harta Karun anjuran PKDK di Alor Star hari ini

Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah melepaskan 45 kereta yang menyertai acara itu dari Alor Setar ke Haadyai. Pada acara itu, Tengku Zainol Rashid mengetuai lebih 100 peserta untuk melafazkan ikrar taat setia kepada Raja-Raja Melayu.

Tengku Zainol Rashid juga memberi amaran kepada ahli politik yang cuba membangkitkan isu kedaulatan raja-raja dalam agenda mereka.

"Sekiranya mereka buat lagi, kita akan cari jalan untuk mereka hentikannya," katanya.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template