Friday, March 6, 2009

Apabila Agong berkuasa penuh lantik PM

Sumber: Malaysiatoday

Kini, khabar angin tersebar luas kononnya Yang di-Pertuan Agong tidak berapa senang dengan bakal Perdana Menteri yang ada. Ini kerana, beliau terlalu banyak “masalah” yang belum selesai yang dipikul dan digalasnya.

Zulkifli Sulong, The Malaysian Insider

"Agong mempunyai kuasa mutlak untuk melantik Perdana Menteri," kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dalam Dewan Rakyat baru-baru ini. Ia telah disiarkan secara jelas dalam beberapa akhbar khasnya akhbar The Sun.
Kuasa inilah yang digunakan oleh Sultan Terengganu ketika melantik Datuk Ahmad Said sebagai menteri besar Terengganu walaupun Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, selaku pemimpin tertinggi BN, mahukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai MB.

Ia juga berlaku di Perlis. Walaupun Abdullah, melalui suratnya mahukan Datuk Seri Shahidan Kassim menjadi MB, namun Datuk Mat Isa Sabu yang diperkenankan oleh Raja Perlis.

Selepas Mac 2009 nanti, Abdullah akan meletakkan jawatannya sebagai Perdana Menteri. Inilah janji beliau dan ia diulangi lagi baru-baru ini.

Selepas beliau meletakkan jawatan, sebagaimana dikatakan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dalam Dewan Rakyat, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa sepenuhnya untuk melantik siapa sahaja yang difikirkan baginda mendapat sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.

"Tidak boleh. Baginda mesti melantik ketua parti iaitu Najib?" kata seorang anggota Parlimen Umno kepada saya. "Dalam kes Terengganu berbeza kerana Idris bukan ketua parti," tambah ahli Parlimen dari Umno berkenaan lagi.

Jika benar apa yang dikatakan beliau itu, bermakna tidak benarlah apa yang dikatakan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat itu.

Baca seterusnya..

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template