Friday, March 6, 2009

Keluarga Kugan seret Hospital Serdang ke polis

Sumber:Malaysiakini
Mar 6, 09 2:48pm

Keluarga A Kugan, yang mati dalam tahanan polis, hari ini membuat laporan polis berhubung lapan perbezaan terang-terangan antara keputusan bedah siasat pertama dengan kedua.

Ditemani peguam N Surendran, beberapa ahli keluarga mendiang membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pukul 11 pagi terhadap pengarah dan doktor patologi Hospital Serdang yang mengeluarkan keputusan bedah siasat awal.

Turut hadir ahli parlimen PKR Kapar, S Manikavasagam dan ahli parlimen DAP Teluk Intan, M Manogaran.

Laporan bedah siasat kedua di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) mendapati mendiang mati akibat kecederaan dalaman setelah dibelasah dengan teruk sewaktu ditahan di balai polis Taipan, Subang Jaya.

Kugan direman sejak 15 Januari lalu bagi membantu siasatan kes kecurian kereta mewah.

Bedah siasat ulangan dibuat susulan rasa tidak puas hati keluarga Kugan terhadap hasil bedah siasat Hospital Serdang pada 21 Januari lalu yang mendapati punca kematiannya akibat paru-paru berair.

Bedah siasat itu juga mendapati pakar patologi pertama hanya menyenaraikan 22 kesan kecederaan pada mayat.

Bedah siasat kedua di PPUM bagaimanapun mendapati hampir 40 lagi kecederaan, kesan bakar dan calar.

Ia memutuskan, kematian pemuda 22 tahun itu akibat kegagalan buah pinggang selepas aliran darah tersekat.

>>> Laporan bedah siasat pertama (lima halaman)

>>> Laporan bedah siasat kedua (12 halaman)

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template