Monday, March 2, 2009

Tiada Esok Bagi Mu, Zambri


Oleh alhusseyn

"Zambry kini sedang tercungap-cungap berhadapan dengan situasi yang amat genting bagi kerajaan kudetanya di Perak.

Esok tentunya dia dalam keadaan yang sangat serba salah. Apakah dia perlu hadir atau tidak ke persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pagi esok? Kalau dia hadir, maknanya dia terlibat dengan persidangan haram ; kerana dia dan Najib awal-awal lagi dah katakan sidang dewan tergempar itu tidak sah kerana melanggar perlembagaan !

Dan kalau dia tidak hadir, bertambah lagilah gundah gulananya kerana tidak cukup perwakilan untuk melawan undi Pakatan Rakyat yang ada 28 kerusi. Mereka mengharapkan sangat campur tangan Istana , namun pihak Istana terus menyepi menyebabkan pihak Zambri terpaksa berkejar ke Mahkamah Tinggi pagi tadi sebagai talian hayat terakhir.

Adakah masih ada esok untuk Zambri dan Enam Jahanamnya itu? Sangat menarik kita ikuti perkembangan ini esok.

Zambri telah begitu bersungguh-sungguh berusaha supaya rakyat Perak menerimanya sebagai Menteri Besar. Dimana-mana dia pergi, maka ia akan mengulangi ungkapan yang sama : “Saya Menteri Besar untuk semua”

Zambri menaburkan ratusan ribu wang untuk mengambil hati rakyat. Sewaktu di kuil Hindu Gunung Churoh tempohari merayakan Thaipusam, Zambri telah meluluskan peruntukan segera RM100,000 untuk perayaan Thaipusam.

Sehari sebelum itu, Zambri menghadiri majlis Tahun Baru China tajaan BN dan mengulangi ungkapan yang sama : “Saya Menteri Besar untuk semua”

Tetapi ungkapanya seperti itu sewaktu menghadiri Sambutan Tahun Baru China tajaan MCA disebuah sekolah China telah ditengelami oleh riuh pikuk oleh ratusan rakyat yang menyuarakan bantahan terhadapnya diluar kawasan sekolah tersebut!

Zambri telah memberikan akuan meluluslkan peruntukan untuk kumpulan Okestra Muzik China, dari salah sebuah sekolah yang terkaya di bandar ini.

Bahawa bukan semuanya dalam dunia ini boleh dibeli dengan wang ringgit sebagaimana tiga ekor katak dulu itu. Ada juga yang memohon kepada yang Maha Berkuasa lagi Maha Kaya, supaya ‘kebenaran’ dapat melenyapkan ‘kebathilan’ .

Apa-apa pun kita berharap Allah akan kabulkan hajat munajat kami selama ini.Doa orang yang dizalimi tidak ada hijabnya. Apabila datang ‘kebenaran’ , maka akan lenyaplah ‘kebathilan’.

Al-Sultan Azlan Shah sendiri pernah menasihati Nizar dengan kalimah Allah yang mulia lagi benar : Innallaha ma’a-sabiriin.Semoga masanya itu akan sampai esok."

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template