Sunday, March 1, 2009

Raja Muda Perlis : Umno/BN jahil perlembagaan

Sumber: Al-Hussein

Saya sangat bersetuju dengan titah Raja Muda Perlis, bahawa kejahilan perlembagaan punca kekecohan awam,

Disebabkan kejahilan tersebutlah maka kita dapat lihat kebangangan tindakan dan ulasan daripada pimpinan Umno / BN.Berikut adalah antara nya :
  • Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Hilmi Ismail dengan mulut celuparnya telah mengecam dan mengugut Sivakumar bengan berkata, "Kami juga telah lama bersabar dengan sikap biadab dan kurang ajar yang ditunjukkan oleh beliau. Tahap kesabaran rakyat di negeri ini ada hadnya, jangan sampai kami perlu bertindak sendiri," katanya ketika dihubungi di sini
Walhal Yang Dipertua Dewan tidak boleh dicabar oleh mana-mana mahkamah.Maka nampak sangat jahil dan bebalnya Umno /BN sepertimana titah Raja Muda Perlis kerana tidak memahami peruntukan perlembagaan seperti berikut :

Perkara 72. Keistimewaan Dewan Undangan.
  1. Kesahan apa-apa prosiding di dalam Dewan Undangan mana-mana Negeri tidaklah boleh dipersoalkan di dalam mana-mana mahkamah.

  2. Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan atau apa-apa undi yang diberikan olehnya semasa mengambil bahagian dalam prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau prosiding mana-mana jawatankuasanya.

  3. Tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan oleh atau di bawah kuasa Dewan Undangan mana-mana Negeri.

  4. Fasal (2) tidaklah terpakai bagi mana-mana orang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen di bawah Fasal (4) Perkara 10 atau atas suatu kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 sebagaimana yang dipinda oleh Ordinan No. 45 (Kuasa-Kuasa Perlu) Darurat 1970.

  5. Walau apa pun Fasal (4), tiada seorang pun boleh dikenakan apa-apa prosiding di dalam mana-mana mahkamah berkenaan dengan apa-apa jua yang dikatakan olehnya tentang Raja mana-mana Negeri semasa mengambil bahagian dalam apa-apa prosiding Dewan Undangan mana-mana Negeri atau mana-mana jawatankuasanya kecuali jika dia menganjurkan penghapusan kedudukan Raja itu sebagai Raja berperlembagaan Negeri itu.
Rujuk : di sini

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template