Friday, March 6, 2009

PPSMI: perhimpunan berjalan seperti dirancangkan

Sumber: Suara Keadilan

Kemaskini: 2.40 Petang- Polis bertindak menembak gas pemedih mata walaupun ada kanak-kanak dalam perarakan tersebut. Kanak-kanak kecil dan warga emas menjadi mangsa gas pemedih mata polis. Perarakan diteruskan sehingga ke Jalan Syed Putra, kira-kira satu kilometer ke Istana Negara.

Kemaskini: 2.30pm - Hampir 50 ribu penyokong bantah PPSMI sedang menuju ke Istana Negara di ketuai oleh bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad dan A Samad Said . Dalam hujan yang renyai-renyai, perarakan diteruskan dengan penuh semangat.

Walaupun pihak polis sedang menyekat perarakan tersebut namun penyokong tetap merempuh dan terus berjalan menuju ke Istana Negara. Perarakan tersebut telah sampai ke Bangunan Koperasi Polis.

Kelihatan ketuan Pemuda PAS pusat, serta wakil Ketua Angkatan Muda KeADILan dan Majlis Pimpinan Tertinggi KeADILan Badrul Hisham Shahrin juga berada di tengah-tengah asakan orang ramai yang menuju ke Matlamat mereka.

Kenderaan yang lalu lang juga membunyikan hon masing-masing dengan berirama tanda memberi sokongan kepada penyokong bantahan PPSMI itu. Terdapat kekecohan di sini sana dengan pasukan polis yang cuba menghalang pergerakan.

Kemaskini: 1.30 Petang - Seramai 250 mahasiswa Cina memasuki kawasa perkarangan Masjid negara membawa sepanduk ‘mansuhkan PPSMI’

Dua buah bas yang membawa Orang Asli dari Tapah, Perak di tahan berdekatan Tol Damansara dan dibawa ke Balai Polis Setul. Difahamkan Tok Batin dan isterinya sahaja dapat lolos ke Masjid Negara dengan menaiki kereta.

Kemaskini: 1.00 Tengah hari - Bekas Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka Hassan Ahmad amat terharu dangan kehadiran lebih dari 200 orang yang menyokong perjuangan ‘Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris’ (PPSMI) pada hari ini.

Beliau menyatakan perasaan terharunya kepada sekumpulan wartawan yang berkumpul di perkarangan Masjid Negara tengah hari tadi.

Hassan berkata polis akan mengiringi rombongan beliau ke Istana Negara untuk memudahkan penyampaian memorandum tersebut.

Sementara itu, aktivis seni HMI Mohamad Salleh Abu Bakar,74 yang juga bekas Setiasusaha Dewan Rakyat membacakan sebuah puisi bertajuk ‘Telinga satu Berlidah dua’ di hadapan anak-anak muda yang hadir menyokong perhimpunan hari ini.

Kedengan laungan takbir oleh sekumpulan anak muda mengalu-alukan kedatangan Sasterawan Negara A Samad Said di perkarang Masjid Negara menuju ke barisan hadapan perhimpunan yang telah lama bersiap sedia untuk berarak.

Beliau memulakan ceramahnya dengan berkata Bahasa Melayu dalam perlembagaan, tugas kita sebagai Negara merdeka 50 tahun untuk memastikan bahasa kita hidup untuk ilmu pengetahuan,” kata beliau denga penuh semangat di iringi tepukan dan launan takbir oleh anak-anak muda yang hadir menyokong.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template