Friday, March 27, 2009

Gesaan PR Diharamkan Cuma Layak Dibincangkan Di Kedai Kopi!

Sumber:Pendekar Gunung Kriang

Seorang perwakilan UMNO yang mungkin 'pendek akal' menyatakan Pakatan Rakyat (PR) sebuah pertubuhan haram sambil menegaskan, tiada mana-mana pihak termasuk media wajar menggunakan nama tersebut.

"Tiada pendaftaran secara rasmi ... tetapi semua pihak, media, promosikan pertubuhan haram ini. Pertubuhan Pakatan Rakyat ini adalah haram, mengapa dilayan" kata Ketua Pemuda UMNO Langkawi, Nor Saidi Nayan ketika membahaskan usul Ucapan Dasar Presiden hari ini.

Mungkin Nor Saidi ketika berucap terlupa PR sendiri tidak pernah mengaku ia merupakan satu pertubuhan politik seperti BN. Sebab itulah dalam pilihanraya masing-masing parti bertanding atas nama parti masing-masing, bukan atas nama PR. Sebab itulah PR tidak mempunyai satu bendera rasmi seperti BN. PR hanyalah satu pakatan dan bukannya satu gabungan politik seperti BN. Pakatan politik sebegini bukan perkara baru, ia pernah wujud di seluruh dunia untuk menghadapi satu parti yang lebih besar. Ia pernah wujud di Pakistan, India dan Indonesia bagi menghadapi parti pemerintah yang mempunyai jentera yang lebih kukuh. Jadi apa yang hendak diharamkan jika ia cuma sekadar satu pakatan longgar?

Dan suatu lagi yng peliknya ialah mengapa ketika PR yang dulunya dikenali sebagai Barisan Alternatif (BA), tidak pernah pula mana-mana pihak dalam UMNO mempertikaikan nama itu, tidak pernah mana-mana pihak dalam UMNO mengesyorkan BA diharamkan? Mengapa? Jawapannya amat mudah: ketika itu BA tidak begitu menjadi ancaman kepada BN yang sangat gah dengan kekuatan luar biasanya.

Apabila ada gesaan meminta nama PR diharamkan, ia amat melucukan. Gesaan ini sebenarnya cuma layak dibincangkan di dalam kedai kopi di kampung nelayan terpencil Langkawi dan bukannya di bangunan PWTC yang tersergam indah itu!

Ulasan:

Bukan PR yang patut diharamkan, tetapi parti UMNO yang selayaknya diharamkan. Kerana apa? Kerana Parti ini telah rusak dan penuh dengan bebanan fitnah jenayah dan rasuah yang sukar dipulihkan. Bagaimana bisa punya pemimpin yang rusak bagini. Oleh itu ramai mengesyorkan agar Parti ni ditukar namanya dan semua yang ada didalamnya...terus. Apa ada pada UMNO, pembela Melayu....sudahlah. Dr Mahathir sendiri geli dan meluat dengan UMNO, ini kan pula orang seperti kita hanya ahli biasa peee....rrah!!!

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template