Sumber: Teranungkite
Oleh Tun Telanai
Assamu’alaikum wrt.wm,
Ucapan tahniah kepada PDRM dan khususnya Pejabat Peguam Negara yang telah mengambil tindakan yang paling cepat dan pantas di dunia. Tindakan mendakwa enam orang yang dikatakan terlibat menghina Sultan Perak telah dibuat di mahkamah di Kuala Lumpur , Petaling Jaya, Kota Kinabalu dan Butterworth. Diberitahu juga ada beberapa orang lagi [tidak beritahu bilangan yang tepat] akan didakwa di mahkamah di Kuala Terangganu.
Peguam Negara mengambil tindakan sedemikian kerana individu terlibat melontarkan komen [sekadar meluahkan perasaan marah yang meluap-luap] yang dianggap menghina Sultan Perak berhubung krisis rampasan secara haram yang dikepalai oleh Najib Tun Razak selaku Pengerusi UMNO Perak yang juga Timbalan Perdana Menteri.
Najib melalui kuncu-kuncunya, pertama memulakan operasinya dengan membuat perangkap samar dengan kaedah menawar rasuah wang dan rasuah seks kepada ADUN Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu [kes mereka sedang dalam tindakan mahkamah dan keputusannya memang orang awam boleh mejangkakan seperti kes perbicaraan pembunuhan Altantuya] . Perangkap yang dipasang terkena mangsanya kerana kedua-dua mereka tidak dididik dalam harakah Islamiah.
Selanjutnya...
Artikel Februari 2022
2 years ago
0 comments:
Post a Comment