Tuesday, March 3, 2009

Krisis Perak: Dimana Hak Rakyat

Oleh : Emas Hitam

Apa perlunya pilihanraya sekiranya wakil rakyat boleh berubah sokongan selepas pilihanraya. Mandat rakyat sepatutnya dihormati dan bukannya untuk digadai atau dijual untuk kepentingan individu atau wakil rakyat itu sendiri. Kalau wakil rakyat boleh menukar parti sesuka hati, apa gunanya lambangparti yang digunakan semasa pilihanraya. Kalau itu adalah hak individu tersebut, kenapa perlukan perlambangan parti yang diwakilinya digunakan semasa pilihanraya. Kalau individu berhak mengubah haluan sepatutnya yang dipertandingkan adalah individu itu sendiri dan bukanya parti.

Dalam kes politik di Negeri Perak, Wakil rakyat sesuka hatinya berubah sokongan terhadap parti yang diwakilinya. Atas sebab apakah ianya boleh diterima pakai, apakah sebab yang menasabah yang membolehkan wakil rakyat tersebut melompat kesana kemari. Kalaupun ada acara lompat parti dalam sukan bernama politik Malaysia apakah syarat-syarat penyertaan dan skima pemarkahan yang dibuat terhadap acara tersebut bagi memilih pemenangnya. Kalau tiada bagaimana nilaian dibuat.

Kerajaan Negeri Perak dilihat tidak begitu stabil kerana kedudukan kerusi antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) adalah sama iaitu masing-masing mempunyai 28 kerusi Dewan Undangan Negeri(DUN). Penentuan nampak gayanya ditentukan oleh ahli yang tak berparti (ahli bebas). Kenapa tak serahkan saja kepada rakyat untuk memilih siapa yang disukainya dan dasar parti mana yang dirasakan lebih baik untuk rakyat dengan mengadakan semula pilihanraya bagi Dun Perak. Pilihanraya lebih menampakkan demokrasi dan hak rakyat dipulangkan dengan sebaiknya.

Kalau dilihat dengan apa yang berlaku, politik Malaysia seakan otokratik dan bukannya demokrasi. Jadi pilihanraya yang digembar gemburkan sebagai demokrasi ini sebenarnya apa. Cukuplah dengan apa yang telah berlalu, untuk terkehadapan berhentilah dari kerenah dan perlakuan pimimpin untuk semata-mata bagi menutup mata rakyat.

Ingatlah; “Tidak semua orang boleh ditipu dalam pelbagai segi dari setiap masa”

6 feb 2009 -di KOTA BHARU, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berkata PAS tidak akan mengiktiraf kerajaan baru negeri Perak yang diterajui Barisan Nasional (BN).

Katanya beliau berpegang pada pendirian bahawa pilihan raya patut diadakan semula bagi memberi peluang rakyat memilih kerajaan mana yang mereka mahukan.

Tok Guru Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata PAS percaya perkembangan terbaru yang berlaku di Perak itu didalangi pihak tertentu.

“Saya harap perkara ini tidak berjangkit ke negeri lain termasuk Kelantan. Kalau nak tubuh kerajaan, hendaklah dipilih oleh rakyat, bukan main tangkap saja,” katanya ketika menyampaikan kuliah mingguannya di sini, hari ini.

SUHAKAM pertikai cara perlantikan MB Perak baru.

Sementara itu, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berkata cara pembentukan kerajaan baru di Perak telah menimbulkan persoalan dan seterusnya mengenai kesahihan kerajaan negeri yang baru itu.

Sehubungan itu, Suhakam mengulangi bahawa “pilihanraya yang bebas dan adil merupakan satu hak asasi manusia”. dan “memilih kerajaan yang adil merupakan hak asasi rakyat” untuk membuat pilihan.

Menurutnya, Sultan Perak tidak memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Suhakam berpandangan bahawa pilihanraya yang baru bagi Dewan Undangan Negeri - selaras dengan prinsip-prinsip hak asasi manusia - akan menyelesaikan ketidaktentuan politik berhubung kedudukan kerajaan negeri, terutama di mana kesahihan surat peletakan ahli dewan undangan negeri (Adun) diragui,” tambahnya.

Posted in Isu Rakyat

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template