Sumber:MalaysiakiniIa merupakan sejarah yang berulang kembali bagi parti komponen kedua terbesar dalam BN, MCA apabila pemimpinnya terpaksa mengadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM) bagi menyelesaikan krisis politiknya.Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat memutuskan supaya parti itu mengadakan EGM, dijangka diadakan pada hujung bulan ini, bagi mengesahkan keputusan Majlis Presiden memecat timbalan presiden Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berikutan skandal seks membabitkan bekas menteri kesihatan itu...