Monday, August 17, 2009

UMMNO TU RASUAH, RASUAH TU UMNO

Dari Laman Web Pemuda UMNO

Oleh Indera Ahmad

SPRM Diminta Tidak Tunduk Dengan Agenda Politik Pembangkang

Johor Bahru -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mesti meneruskan siasatan kes rasuah tanpa mengira mana-mana parti politik jika tidak mahu kredibiliti badan bebas itu dipertikaikan, demikian menurut Pengerusi Biro Pendidikan Politik, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Ali Mazat Salleh.

Justeru tegasnya SPRM tidak seharusnya terperangkap dengan agenda politik pihak tertentu terutama pembangkang yang ketika ini cuba mengalih perhatian rakyat terhadap masalah yang sedang mereka hadapi.

"Usah hentikan siasatan terhadap pemimpin dan ahli mana-mana parti politik. Janan tunduk dengan permainan politik pembangkang khususnya DAP.

"Kalau UMNO boleh disiasat kenapa perlu beri keistimewaan kepada parti pembangkang. Siasatan mesti diteruskan tidak kira sama ada yang disiasat itu dari UMNO, parti-parti komponen BN mahupun DAP, PKR dan Pas", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Berpegang kepada prinsip berani kerana benar, takut kerana salah tambah beliau lagi tidak ada apa yang harus ditakutkan oleh parti-parti politik jika siasatan ingin dilakukan SPRM.

"Ada pihak yang ketika ini cuba merosakkan imej agensi-agensi tertentu semata-mata kerana ingin menutup jenayah yang mereka lakukan. Ini tidak sepatutnya dibiarkan berlaku dan SPRM mesti sentiasa tegas dalam hal ini", ujarnya.

Catitan:

Sdr Ali Mizat Salleh mendesak SPRM menyiasat tuduhan rasuah terhadap pemimpin dan mana-mana ahli politik yang dituduh rasuah khasnya pakatan rakyat.

Sdr Ali Mizat Salleh terlupa untuk mendesak SPRM siasat semua Menteri, Ketua Menteri, Menteri Besar, Perdana Menteri, TPM, Ketua Pemuda UMNO (Tun Mahathir sendiri menuduh beliau peasuah) kerana mereka-mereka ini dari segi kehidupan hari-hari nampak jelas ada yang tak kena.......siasat lah?

Cakap boleh lah kalau kena batang hidung sendiri diam menyepi. Dalam UMNO/BN ni berjuang untuk kaya boleh lah, sapu sana sapu sini.....untuk membela rakyat hanya dibibir saja....
hidup Melayo?!.........peerrah mangkuk..

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template