Sumber: malaysianwaves.blogspot.com
Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?
Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mengata orang mereka yang lebih.
UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan Haram
Perhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.
Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu, penakut dan dayus.
Baca seterusnya...
Baca seterusnya...
1 comments:
Thanks for post. It’s really imformative stuff.
I really like to read.Hope to learn a lot and have a nice experience here! my best regards guys!
--
rockstarbabu
--
seo jaipur--seo jaipur
Post a Comment