Mereka terdiri daripada penduduk Seksyen 23 Shah Alam bersama beberapa NGO Melayu.
Khalid juga mengingatkan orang ramai supaya jangan mengadakan demonstrasi yang menyentuh sensitiviti agama.
"Tidak ada permit polis dikeluar bagi mengadakan protes tersebut. Ianya satu perhimpunan haram. Mereka berkumpul selama kira-kira 15 minit dan bersurai selepas diarahkan berbuat demikian.
"Mereka juga diarahkan supaya mengalih kepala lembu itu, dan mereka mematuhinya," katanya kepada Malaysiakini.
Pelik tetapi benar, sikap POLIH yang mesra rakyat ini tidak pernah lagi belaku sebelum ini. Tiada tangkapan tiada FRU dengan water canon dan tiada apa-apa.
Kalau yang protes itu benar-benar orang Islam sila baca ayat Quran dibawah ini dan andainya ada orang dari ugama lain mencaci Allah Subahanawataala......beranikah kamu bertanggungjawab? Mana dia mufti dan orang-orang 'alim dikawasan tersebut sila ambil tanggunjawab, ini masalah besar.
Mencaci agama atau apa-apa saja berhubung dengan agama lain tidak dapat diterima dalam negara Malaysia tercinta ini.
Surat Al An'am, Ayat 108!!?
Audzubilillahi minash'syaitan'nirajjiim,
وَلاَ تَسُبُّواْ الَّذِينَ يَدْعُونَ مِن دُونِ اللّهِ فَيَسُبُّواْ اللّهَ عَدْواً بِغَيْرِ عِلْمٍ كَذَلِكَ زَيَّنَّا لِكُلِّ أُمَّةٍ عَمَلَهُمْ ثُمَّ إِلَى رَبِّهِم مَّرْجِعُهُمْ فَيُنَبِّئُهُم بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ
(walaa tasubbuu alladziina yad'uuna min duuni allaahi fayasubbuu allaaha 'adwan bighayri 'ilmin kadzaalika zayyannaa likulli ummatin 'amalahum tsumma ilaa rabbihim marji'uhum fayunabbi-uhum bimaa kaanuu ya'maluuna)
Dan janganlah kamu memaki sembahan-sembahan yang mereka sembah selain Allah, karena mereka nanti akan memaki Allah dengan melampaui batas tanpa pengetahuan. Demikianlah Kami jadikan setiap umat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian kepada Tuhan merekalah kembali mereka, lalu Dia memberitakan kepada mereka apa yang dahulu mereka kerjakan.
0 comments:
Post a Comment