KLpos.com
Menanti pertembungan Zahid dengan bekas bosnya di P.PasirBELUM tiba hari penamaan calon Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Ahmad Zahid Hamidi telah memberi amaran akan memecat mana-mana ahli Umno yang mensebotaj pilihan raya kecil Permatang Pasir pada 25 Ogos depan.Katanya mereka yang sebotaj akan dipecat dalam masa 60 hari, dua bulan. Tegasnya juga dia tidak main-main dengan kata-katanya itu.
Amboi, amboi beraninya naib presiden Umno seorang ini. Tegas sekali bunyinya. Mendengar kata-kata itu seolah-olah Zahid tidak main-main dalam perjuangan. Seolah-olah dia tidak akan berkompromi dengan dengan mana-mana pengkhianat. Seolah-olahnya dia juga seorang yang berprinsip dan tidak pernah melakukan kesalahan kepada Umno atau mana-mana individu. Baguslah kalau begitu.
Soalnya apakah ahli Umno mendengar kata-kata Zahid itu? Apakah ahli akan akur kepada kata-katanya?
Apabila awal-awal lagi Zahid sudah memberi amaran itu ia memberi gambaran Umno Pulau Pinang khasnya di Permatang Pauh seperti bermasalah. Semacam sudah ada desas desus ada pihak yang akan sebotaj pilihan raya berkenaan. Mungkin Zahid sudah dapat menghidunya.
Baca selanjutnya di
'Menanti pertembungan Zahid dengan bekas bosnya di Permatang Pasir'
0 comments:
Post a Comment