Tuesday, August 11, 2009

Anwar Fail Tuntutan Pasukan Pendakwaraya Digugurkan

Sumber:Kelab Greenboc

Pasukan peguambela Anwar Ibrahim hari ini memfailkan permohonan ke mahkamah untuk menggugurkan pasukan pendakwaan dalam perbicaraan kes Anwar II.

Permohonan ini dibuat bersandarkan kepada kenyataan dan fakta-fakta berkaitan yang menunjukkan Peguam Negara Abdul Gani Patail bersikap "berat-sebelah dan prejudis dalam pendakwaannya" terhadap Anwar Ibrahim.

Terdapatnya pelbagai bukti yang menguatkan hujah klien kami ini, berdasarkan kepada siri-siri laporan polis yang menunjukkan cubaan untuk menyembunyikan bukti dan/atau memalsukan bukti, kata peguam Sankara Nair.

Kenyataan ini merujuk kepada campurtangan Gani Patail dalam dua kes Anwar sebelum ini pada 1998 dan insiden lebam mata.

Selain itu, tindakan Peguam Negara meluluskan permohonan Seksyen 418A untuk mendakwa Anwar Ibrahim disebalik dakwaan ini tidak kukuh menunjukkan bahawa Gani adalah individu yang mendalangi pendakwaan ini, kata Sankara Nair.

Sankara menambah sekiranya Peguam Negara diizinkan untuk meneruskan pendakwaan ini, ia bermaksudnya pencabulan proses undang-undang telah berlaku.

Klien kami tidak mempunyai pilihan lain melainkan terpaksa membuat permohonan ini untuk perhatian mahkamah, tegas Sankara.

Pasukan pendakwaraya kini dianggotai oleh tujuh orang iaitu Peguamcara Negara 1 Idrus Harun, pendakwaraya kanan Mohd Yusof Zainal Abiden, pendakwaraya Nordin Hassan, Mohamad Hanafiah Zakaria, Wong Chiang Kiat, Shamsul Sulaiman dan Noorin Badaruddin. -TVA

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template