Tuesday, August 11, 2009

Reformasi Tanpa Anwar 6

Sumber: PerakExpress

Oleh Amin Ahmad

Saya kira jarak waktu antara 1999-2003 adalah jarak yang paling sukar difahami dalam tempoh Reformasi. Ia ditandai dengan beberapa perkara antaranya:

i. Meskipun tidak menafikan majoriti 2/3, pertambahan bilangan Ahli Parlimen pembangkang di Dewan Rakyat sekurang-kurangnya menjadi simbol bahawa rakyat sangsi dengan Barisan Nasional. Apa yang mungkin penting ialah kenyataan bahawa 65% orang Melayu yang menolak UMNO-BN pada waktu itu.

ii. DS Dr. Mahathir berkata bahawa Pilihan Raya 1999 mungkin Pilihan Raya terkotor dalam sejarah Malaysia. Saya percaya rakyat punya asas untuk percaya bahawa Pilihan Raya di Malaysia tidak bebas dan adil. Perkara ini insyaAllah akan saya tulis dalam tajuk khas kemudian.

iii. ‘Kemewahan’ royalti minyak di Terengganu tiba-tiba bertukar menjadi wang ehsan di mana bicaranya tidak hanya sampai di situ, tetapi jauh mengakar kepada persoalan “kenapa Terengganu kekal antara negeri tercorot sepanjang pemerintahan BN tetapi naik setakuk ketika PAS memerintah Terengganu?”

iv. Siri Tangkapan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan penggunaan luas Akta Hasutan, Akta Media Cetak dan Akta Universiti dan Kolej Universiti.

v. UMNO terus defensif hinggakan DS Dr. Mahathir akhirnya terlepas cakap untuk melepaskan jawatan Presiden sekaligus secara tidak langsung Perdana Menteri Malaysia. Hakikat ini disambut dengan hati-hati oleh rakyat kerana beliau telah ‘membuang’ 3 Perdana Menteri sebelumnya selepas mengisytiharkan bahawa Tun Musa Hitam, Tun Ghafar Baba dan DS Anwar Ibrahim adalah bakal pengganti beliau.

Baca 'Reformasi Tanpa Anwar 6' seterusnya...

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template