Oleh Yus Iskandar
Kota Bharu -- Parti pembangkang sebenarnya ketandusan pemimpin yang berkaliber dan terpaksa memancing pemimpin-pemimpin Barisan Nasional (BN) khususnya UMNO untuk menyertai mereka, demikian menurut Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Hj Safian.
Malah tambah beliau lagi, pembangkang sanggup menjadi “recycle bin” dengan menerima pemimpin yang terbuang daripada UMNO mahupun untuk dijadikan pemimpin mereka.
Terbaru katanya tindakan Datuk Zaid Ibrahim mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah agar menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) memperlihatkan pembangkang cukup terdesak.
Justeru beliau menasihatkan Zaid Ibrahim agar menilai diri beliau terlebih dahulu sebelum mengajak orang lain menuruti jejak songsangnya yang kini dianggap wira oleh pembangkang.
"Dulu Zaid Ibrahimlah orang yang dikutuk oleh pemimpin dan penyokong Pas kerana tindakannya menyaman Pas dalam isu hukum hudud tetapi kali ini dia dianggap sebagai wira.
"Biarlah Zaid sahaja diperkudakan oleh pembangkang dan janganlah libatkan orang lain. Capailah cita-cita yang terpendam dengan parti pembangkang yang disertai itu", katanya kepada laman webPemuda di sini, hari ini.
Beliau diminta mengulas ajakan Zaid supaya Ahli Parlimen Gua Musang itu menyertai PKR menerusi blognya - 'Dari Lensa ZI'.
Senario semasa hari ini menunjukkan parti pembangkang mula memancing bekas-bekas pemimpin UMNO dan pemimpin BN yang lain khususnya mereka yang kecewa di dalam parti untuk menyertai mereka.
Anuar yang juga Ketua Pemuda Kubang Kerian seterusnya menempelak pembangkang yang cakap tidak serupa bikin.
Katanya semasa di dalam UMNO, seseorang pemimpin itu akan dikutuk dan dicemuh, namun sebaliknya apabila menyertai mereka.
"Apakah 'dosa' seseorang pemimpin itu akan terhapus setelah menyertai mereka", soalnya.
Ulasan:
Ini Jawapan Dari Kami 'Rakyat 1Malaysia' - Berhijrah dari tempat yang penuh dengan golongan perasuah, penipu, penzalim dan kembali kepada gagasan rakyat adalah lebih mulia walaupun duduk di gobok usang.
Perkara ini jelas dan maklumatnya dinukilkan oleh Pak Tiri hampa atas tajuk RASUAH UMNO, PERMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO.
Apakan kenyataan ini penuh dengan perasangka? Atau 'Rasuah Memang Budaya Kita'.....Hidup Melayo!!!
Perkara ini jelas dan maklumatnya dinukilkan oleh Pak Tiri hampa atas tajuk RASUAH UMNO, PERMILIHAN MAJLIS TERTINGGI UMNO.
Apakan kenyataan ini penuh dengan perasangka? Atau 'Rasuah Memang Budaya Kita'.....Hidup Melayo!!!
0 comments:
Post a Comment