Tuesday, August 4, 2009

Menteri yang bangang, media yang bongok

Nukilan: Penarik Beca

Utusan Malaysia hari ini melaporkan, sebahagian individu yang menyertai perhimpunan haram membantah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di ibu negara, Sabtu lalu dipercayai telah diupah oleh pihak tertentu.

Sebelum membaca berita tersebut, saya baru bersembang dengan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Haji Mohamad Sabu. Beliau menyatakan rasa terima kasih tak terhingga kepada "kekasaran polis dan kebodohan media (pro-Umno dan Barisan Nasional)".

Tindakan mereka, pada pandangannya, menambahkan lagi jumlah rakyat yang benci kepada Umno dan BN. Kata beliau, kalau Pak Pandir masih hidup, dia akan tergelak sakan melihat kebodohan media-media Umno BN itu. Kalau berminat, boleh baca pandangannya dalam Harakah yang akan datang (dicetak Rabu dan mula diedarkan hari Khamis akan datang kalau tak silap).

Bila membaca berita Utusan Malaysia tersebut, saya berterima kasih kepada menteri yang bangang, polis yang ganas dan media Umno BN yang bongok.

Ya, saya diupah. So what? Di hari amalan saya dihitung nanti, saya akan merayu Allah s.w.t. menyelamatkan saya dari neraka antara lain kerana saya menentang undang-undang ciptaan manusia yang mencabar peraturan-Nya. Allah sendiri pun membicarakan hamba-hamba-Nya sebelum dicampak ke neraka atau dipersilakan ke syurga.

Ketika hendak menuju ke tempat yang dituju, secara kebetulan saya bertemu dengan seorang pengemis. Saya sedekah sikit kepadanya sambil berdoa kepada Allah s.w.t. di dalam hati, "Mohon saya ni tak ditangkap hari ni, ya Allah".

Saya memang terpaksa mengharung gas pemedih mata dan air beracun, tetapi saya tak ditangkap walaupun berkali-kali berlegar-legar di antara begitu ramai anggota polis. Badan gemuk, lari pun tak guna.

Polis ingat aku ni geng depa? Ada ka polis yang pakai selipar? Kalau ada, boleh jadi la kot. Untung la aku kalau depa ingat aku ni salah seorang dari depa.

Pagi ini, saya memohon kepada Allah supaya menambahkan kebencian rakyat khususnya orang-orang Melayu Islam kepada Umno dengan bantuan menteri yang bangang, polis yang ganas dan media Umno BN yang bongok.

Cukuplah, dah azan Subuh dah.

0 comments:

Post a Comment

 

CKITUL

People may have different views on one thing. It is a matter of perspective. I have my own when I look the thing through my spectacles.

'The Universal Declaration of Human Rights indicates'

"Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media regardless of frontiers"

MACC Downfall Parody

Hitler lives on!

Watch the shocking parallels here and for proof that Hitler lives on!

Ckitul Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template